Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TIGA / Masuk

AKU dipelawa masuk ke dalam bilik disiplin.

Jap.
Nih bukan bilik disiplin!
Nih bilik pengawas!

Aku terus tak jadi masuk.

"Masuk la..Dorang da tunggu kau"
Tegur lelaki yg bawak aku ke sini.
Sah. Mamat ni memang bawak bala.

"Sape pulak? Patutnya cikgu kan?"
Aku menyoal lagi. Ini soalan ke-10 ku.

"Kau nak tau..baik kau masuk. Aku ada banyak lagi kerja nak wat."
Lelaki tadi terus tolak aku masuk tanpa ragu-ragu.

Aduhh!
Dia nih kan!

Aku mula rasa tak sedap hati. Jantung berdebar-debar menanti. Entah apa hukuman yang bakal menimpa pada hari ini.

Aku perasan ada dua orang perempuan tengah kemas rak buku.

Seorang lelaki sedang mengelap meja yang dibasahi air mungkin? Air apa ntah.

Dan seorang lagi.
Syaziq?

Takkan la..Apsal bebanyak tempat kat sini gak nak jumpa? Punya la besar muka bumi nih. Hisy. Abaikan dia!

"Ehem..ehem.."
Aku cuba dapatkan perhatian dengan berdehem. Entah jadi ke tidok.

Tadi sibuk sangat suh aku datang sini.Aku mula buat muka.


"Ya dik? Awak cari siapa ya?"
Tegur seorang gadis yang berbaju kurung biru. Tak silap aku dia nih tua setahun. Rasanya lah.

Nampak sangat aku tak kenal senior.
Haha.
Lantak la.

"Tadi ada 2 org nih suruh saya datang sini."
Aku berkata benar. Berani kerana benar, takut kerana salah. Eceih.

Nih apsal si Syaziq nih pandang aku dari tadi?Ingat aku tak perasan? Aku cungkil biji mata tuh kang. Sia-sia je kene kutip bali bebola mata kau yang bersepah tu.

"Oh! Kau nih mesti Alyana Alyna kan?"
Soal Syaziq secara tiba-tiba selepas menghampiri ku.

"Ya! Tepat sekali! 10 mata untuk anda!"
Aku menunjukkan kesemua jari yg ada.

"Orait. Ikut aku jap."

Aku ikut je dia pi kat satu lagi bilik.

Berapa banyak bilik da? Naik rimas aku kene merantau satu bilik yang dipenuhi bilik-bilik lain nih.

Ada tiga orang pengawas dalam tuh.Dua orang perempuan, sorang lelaki. Semua masih khusyuk wat something.

Aikk..?
Nih mesti suh aku wat keje kat sini nih.
Maklumlah aku nampak dorang tengah sibuk borak sambil menulis. Khusyuk sangat. Mata kat atas, tangan kat bahu.

"Hai Alyna!" Sapa gadis yang berbaju sukan tatkala menyedari kehadiran ku.

"Erk..hai!" Aku balas walaupun tak berapa kenal ngan mahkluk tuhan nih.

Aku dipelawa untuk duduk. Apa lagi? Duduk le. Punggung pun da letih ni. Kaki rasa kejang dari tadi.

Aku terus meneliti sususan perabot dan suasana bilik tersebut. Ada pendingin hawa lagi.Uishh..

"Dah puas tengok?"
Pertanyaannya bagai menamatkan lamunan ku. Aku terus mengalihkan pandangan pada si pemanggil yang duduk bertentangan.

"Kenapa saya.."
Baru saja mulutku mengeluarkan dua patah perkataan,

"Kau ke yang hantar semua nih?"

Syaziq terus menyoal sambil mengeluarkan barang-barang dari sebuah kotak merah.

Semuanya barang yang Mimi kirim.Serius!Aku kenal semua nih!
Ah! Muffin bulan lepas pon ada?
Mamat nih gile ke? Nak tunggu berkulat baru makan?

"Woaaa! Banyak gila duh makanan! Nak sikit siaa!"
Sampuk seorang lelaki yang dari tadi diam. Eleh. Tadi sibuk sangat wat keje. Nampak sangat mamat ni curi dengar perbualan.

"Nih bukan untuk makan Faiq.." tegur perempuan berbaju sukan tadi lalu menyambung kerjanya.

Aku hanya membisu apabila diajukan soalan maha KBAT tadi. Dahi ku berkerut cuba memikirkan jawapan paling di luar kotak yang boleh diberikan.

Habislah karier aku kalau aku mengaku!

Apa nak buat nih.

"Kau suka aku eh Alyana?"
Pertanyaannya bagai mencurah minyak ke dalam api yang marak.

Aku yang senyap dari tadi terasa nak mengamuk. Dada ku bagai dihimpit batu sejurus mendengar soalan maha bodohnya.
Sejak bila pulak?
Sabar Al....
Sabar....

"Nape kau diam? Takkan malu kot?"
Syaziq nih mengejek aku ke ape? Aku paling pantang bab kene anjing nih. Tak kesah la kucing ke anjing ke..Semua natang aku tak suka!

Alyana bangun lalu menghentak meja sekuat hatinya. Senyap seketika suasana dalam bilik tersebut. Semua mata mula tertumpu ke arahnya.

"Eh! Kau jangan nak tuduh sesuka hati ea. Ya! Memang aku yg hantar! Tapi!!!!"

Aku menuding jari tepat pada hidung Syaziq.

Ahah! Reaksi dia priceless!

"Aku tak pernah simpan hati kat manusia spesies angkat bakul dan perasan macam kau nih! Eh! Kau tuh setakat amik anugerah 2-3 kali atas stage da sombong! Kau ingat aku hadap sangat ke stokin hitam busuk kau tuh?"

Aku menghamburkan perasaan tak bermoral ku sebelum melangkah keluar tanpa menoleh.

Apa nak jadi. jadi la!

Macam la aku tak kenal ngan si Syaziq tuh.

Harap muka je ada.
Perangai macam stokin dia gak.

Hah..

Aku melepaskan satu keluhan yang cukup berat.

Camne kalau dia blacklist nama aku dalam buku kesalahan?

Aku tak nak la hadap cikgu. Wajah dingin Mr. Ketunky mula menerpa minda ku.

Alyana sekali lagi mengeluh.

"Apa aku da buat nih?"
Terbit perasaan menyesal kat dalam hati. Walaupun tadi aku yang marah namati.

Aku menendang batu-batu kecil yg ada.
Rasa malas nak masuk kelas mula bertapa dalam hati. Tadi helok je berjoget waktu muzik. Tetiba lepas kene panggil ni, mood melayang tahap dewa.

Aku sekali lagi menendang sambil meneruskan langkah.
Takde hala tuju. Takde matlamat baru.

Aku tertendang batu besar. Ops.
Alahai. Biarlah. Bukannya ada..

"Oii! Sakit la! Sape baling batu nih?!"
A

lamak!

Aku tersentak lantas menyembunyikan diri kat belakang tembok. Sekarang aku da tau function tembok nih. Menghalang penglihatan musuh. Huhu.

Mamat tuh lagi..
Zayyad Izyan.

Jap!
Mesti dia yg report kat Syaziq pasal kad ucapan tuh!
Tapi..Aku tak rasa pun dia jenis kaki mengadu.

Aku memerhati Zayyad yang sibuk melepaskan amarah kat batu tuh. Sakit mental ke apa mamat ni? Dah sah-sah la batu tu tak leh balas balik. Bijak benor.

Geng dia tengah lepak kat situ sekali. Tiba-tiba si Zayyad tarik kolar sorang junior lelaki.

"Kau yg baling kan?"
Zayyad menuduh budak tersebut. Dahinya berkerut menahan marah yang bakal meletup.

"Ma..mana ade bang...."
Budak tuh nampak menggigil.

"Habistuh apsal ko gelak bodoh? Kau ingat aku tak tau?!"
Zayyad mula meninggikan suaranya.

Alamak. Camne nih?

Aku yang tertendang tadi.

Baik aku belah je. Aku sudah berkira untuk meninggalkan tapak kebodohan tersebut.

"Huaaaa...! Mama.....!"
Junior tadi menjerit cam pondan. Alahai. Seriau je aku dengar lolongan dia nih.

Aku terus menghentikan langkah di tengah jalan lalu menarik nafas sedalam mungkin. Mana tau pasni takde chance nak hirup udara lagi?

Ok.

Face your fear Alyna!

Aku mengutip batu kecil lantas melontarnya tepat ke arah Zayyad.

Lelaki berketinggian 178 cm itu mengaduh kesakitan lalu mencari punca kesakitannya. Maka aku dengan senang hatinya menampilkan diri ke arahnya.

Zayyad menolak budak junior tadi selepas perasan kehadiran ku.

"Sa..saya yg baling batu tuh tadi!"
Jawab ku tergagap-gagap.

Budak tadi dah lari lintang pukang.

Good. Save your life kid.

Zayyad menghampiri ku sambil mengepal penumbuk.

Aku hanya memandang dia tanda tak takut! Konon..

Tapi keberanian cam da bersepah kat tepi tembok tadi. Huhu.

"Kau nih pompuan kat kelas aku tadi kan?"

Camne dia ingat?

Aku hanya mengangguk perlahan.
Berani kerana benar!

"Boleh tahan gak kau en...Mula-mula ceroboh kelas orang pastu buat onar kat aku.."

Zayyad jalan mengelilingi ku membentuk satu bulatan bermuda. Ok merepek. Tiga segi bermuda ada lah.

"A..awak nak apa? Kene batu je pon bukannya besi. Takkan itu pon nak marah"

Aku mula menyuarakan pendapat ku.
aku pon ada hak bersuara ok?

"Oh! Jadi kau pernah rasa la kene baling batu?"
Zayyad mengalihkan pandangan pada ku seraya mendekatkan jaraknya.

"Ta..tak..tapi takde la sakit mana pon!"
Aku masih cuba menafikan kesakitan yang Zayyad alami.

"Ha ah la..Guys! Budak nih kata kene baling batu tak sakit! Wow!"

Zayyad seolah-olah mengejek ku.

"HAHAHAHAAHA!"
Kawan kawan dia mula tergelak cam monyet terkena cili.

"Cube dia rasa! Sakit ke tak!!"
Salah seorang geng Zayyad mula mencadangkan idea yang paling bernas pernah aku dengar.

"Kau nak rasa? Jarang tau aku offer budak pompuan. lagi-lagi yang pendiam cam kau nih.."
Zayyad tersenyum sinis seraya mengatur langkah ke arah ku.

Camne dia tau aku nih pendiam?

Aku mula rasa tak selesa.

"Eh tak payahla..lagipon saya kene masuk kelas"
Aku berkata selaju yang mungkin. Perasaan gementar semakin bertambah. Keringat yang mengalir langsung tak membantu.

"Oh! Budak baik cuba nak larikan diri...."
Kini jarak ku dengan si zayyad hanya beberapa sentimeter.

"Kesah lak aku? Heh."
Dia berbisik dengan sinisnya. Hampir gugur jantung aku bila dengar suara mamat ni dekat-dekat. Huhu.

"Ok get ready girl! 1..2.."
Geng Zayyad mula mengira.

Aku pejamkan mata.
Kaki aku bagai terkunci.

Ya ampun Al..
Lari dong..
Entah kenapa lutut aku menggeletar nih.

"3!"

Duk!

Eh?

Aku buka mata.

"Da pi balik kelas kau. Kau report pasal nih siap kau"

Zayyad berlalu pergi.

Camtuh je?

Tak kene pun?

Aku melangkah pergi dari tempat tuh ngan tanda tanya yang memenuhi ruang minda.

Takkan tak kene kot?
Lagipun si Zayyad tuh kan selalu main basketball..
Maybe dia..
Tak kan la.

Soalan demi soalan aku biarkan tergantung.

■■■

Aku menunggu papa di tempat yg disediakan.
Selalunya dia yang jemput aku waktu balik.

Lambatnya...

Pitt pitt!

"Oit batu! Ko tak balik ke?"

Zayyad?
Dan motosikalnye..
Motosikal apa ntah.
Tapi nampak cantik bagi ku
Merah merah gitu.

"Mm..nanti saya balik la"

Sibuk je dia nih.

"Nak tumpang?"

Terbeliak mata aku dengar pelawaan dia tuh.

"Taa...tak payahla"
Aku tolak mentah-mentah. Buang tabiat ke apa mamat nih?

"Ok. Kau berkulat la kat situ sensorang ya"
Zayyad menghidupkan enjin kembali.

Sorang?

Aku tengok sekeliling.
Ramai dah balik.
Tinggal 2 org je.
Itupun lelaki yg aku tak kenal.

"Ehh! Jap!"

Nape ngan aku nih? Hisy.

Zayyad mengangkat alis matanya seraya mematikan niatnya untuk meninggalkan ku.

"Nak naik tak? Aku tak suka tunggu orang"

Haish.
Terpaksa la.

Aku cuba naik motosikal dia dari belakang.

Nasib baik aku pakai baju sukan harinih.

Zayyad biarkan aku panjat motosikal dia nih.
Ish
Susah kebeno.

First time naik motor.
Takutnya.

Aku genggam baju dia dari belakang.

"Pegang kuat-kuat..Jatuh aku tak tau"
Kata Zayyad sambil membetulkan posisi.

"Ishh..bawak la perlahan-lahan..saya takut nih"
Aku menggigit bibir perlahan.

"Sebab tuh aku suh pegang kuat-kuat bengong"
Zayyad membalas dengan pedasnya.

Sebaik sahaja enjin dipanaskan, dia terus memecut laju motosikalnya.

"OPOCOT NASI PATTAYA MELETUP!"
Aku terpeluk Zayyad dan memejam mata kerana takut.


Dia hanya tersengih.






Gambar : Syaziq Airul.
Sukati korang le nak bayang camne. Author cuma tepek kat atas.

Sila la meninggalkan vote dan komen banyak-banyak sebelum ke chapter seterusnya.

Kerjasama anda amat dihargai :')

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro