Sebelas
...
ALYANA memerhati keadaan perpustakaan sekolah.
Bukan dia tak pernah ke situ cuma dia sedang menunggu seseorang.
Mana dia nih?
Alyana berharap heronya itu akan datang dan mengajarnya.
Dah pukul 2:35 petang.
Kebanyakan pelajar yang terlibat dah muncul.
Cikgu pun da mula bagi arahan.
Zayyad.
Mana awak?
Hanya Alyana saja yang duduk bersendirian di sebuah meja yang disediakan pihak sekolah.
Takpelah.
Mungkin dia ada hal lain?
Lagipun cikgu dah maklumkan dia sebelum nih.
Takpun dia terlupa.
Alyana cuba menjawab hand out yang diberi guru.
Sepatutnya dia jawab bersama mentornya tapi..
Biarlah.
..
..
...
Kreeek
Kerusi di hadapannya seperti ditarik seseorang.
Alyana yang terlalu fokus masih tidak sedar akan kehadiran seseorang mahkluk di depannya.
"Nih ke soalan nya?"
Zayyad mengambil kertas yang berada di tangan Alyana.
Lebih tepat lagi merampas.
Alyana tersentak.
Dia datang.
"Nape awak datang lambat?"
Soal Alyana.
Mata Zayyad masih melekat di kertas tersebut.
"Jawab nih sampai habis. Baru aku jawab soalan kau."
Arah Zayyad.
...
...
...
Alyana cuba memahami soalan terakhir itu namun dia gagal.
Patut ke aku tanya dia?
Tapi dia tengah sibuk jawab soalan lain jugak.
Alyana memerhati wajah heronya yang duduk bertentangan dengannya.
Kenapa tepi bibir dia cam berdarah?
Kenapa dia datang lambat?
Dia kene belasah ke
Dia yang belasah orang?
"Kalau ya pun nak usha muka aku,siapkan kertas tuh dulu."
Kata Zayyad .
Alyana terus mengalihkan pandangannya pada kertas yang diberi.
Ish.
Tengok da terkantoi.
Malu.
Mana nak sorok muka nih?
"Mmm..Zayyad."
..
..
Dia dengar tak ni?
"Kau da siap ke batu?"
Tanya Zayyad.
"Ta..tak. Saya tak faham soalan akhir ni"
Alyana akhirnya berterus terang.
■■■
"Baiklah murid-murid,kamu boleh balik. Terima kasih kerana memberi kerjasama. Jangan lupa untuk next class kay?"
Ujar Ms Hannah
"Okay..."
Alyana mengemas buku dan memasukkan semua alat tulisnya yang berterabur dengan cepat.
Ball pennya tergolek dan terjatuh.
Alyana baru nak kutip..
"Nah."
Kata Zayyad lalu meninggalkan Alyana yang masih memasukkan barang ke dalam beg pinknya.
Sejurus menggalas begnya, Alyana terus berlari mendapatkan Zayyad.
"Za..."
Sekali lagi.
Dia terjatuh seperti dugung terdampar.
Orang sekelilingnya hanya tergelak dan berbisik perkara yang tak sepatutnya.
Alyana terus bangun dan mengibas habuk yang melekat pada bajunya.
"Dah besar pun kau nak main lari-lari kat koridor nih"
Kata Zayyad.
"Mana ada saya main lari-lari. Awak yang cepat sangat. Tak jawab pun soalan saya lagi."
Ujar Alyana.
Alyana berjalan disamping heronya itu.
Perasaan berdebar memenuhi ruang hatinya.
"Apa yang kau nak tau sangat?"
Soal Zayyad lalu memandang gadis bertubuh genit itu.
Alyana hanya menekur pada lantai.
"Mm..Nape awak lambat?"
"Kene belasah.Biasalah."
Jawab Zayyad selamba.
"Bibir awak tuh.."
Alyana mengalihkan pandangan pada wajah Zayyad dan mengeluarkan sesuatu dari poket seluar sukannya.
Gadis itu cuba menampal plaster Rilakuma pada kawasan cedera tersebut.
Alyana terpaksa menjengket sedikit kerana perbezaan ketinggian yang ketara.
(●////●)
( -////- )
Zayyad hanya memerhati tingkah laku Alyana.
Tidak pula dia menghalang ataupun menolong.
"Ok dah siap. Lepas nih awak hati-hati sikit."
Alyana mengingatkan.
Agak kelakar bila Zayyad menggunakan plaster Rilakuma tersebut.
"Thanks."
Zayyad berterima kasih kat aku?
Aku tak salah dengarkan?
Hati Alyana terasa bahagia mendengar sepatah perkataan itu.
"Sama-sama."
Bibir Alyana menguntum senyuman.
■■■
Seusai selesai solat isyak, Alyana melabukan punggungnya di atas katil lalu menyemak notifikasi di telefon pintarnya.
Ada beberapa komen tentang gambar Instagramnya.
"Muka tuh hodoh! Tak payah nak tayang sangat!"
"Buat semak je la kau kat dunia nih."
"Pompuan sundal!"
Alyana terus menutup ruangan komen.
Ya Allah. Apa semua nih?
Gambar Alyana dan papanya melancong pun dikritik mereka.
Sampai hati korang.
■■■
Hari ini Hari Sukan.
Aku tak sertai pun mana-mana acara.
Jadi tugas aku jadi penyokong setia di sekitar kawasan padang.
Alyana hanya duduk bersendirian.
Tangannya memegang sekotak minuman milo.
Dia bercadang nak bagi kat hero malayanya tapi batang hidung pun tak nampak.
Tak silap aku Zayyad masuk acara lari 100 meter.
Mana dia?
Alyana dan Zayyad berlainan rumah sukan tapi itu bukan alasan untuk dia tidak menyokong kawannya itu.
Ya.
Dia masih ada Zayyad di sekolah ini.
Tapi
Zayyad anggap aku sebagai kawan dia ke?
Harapnya camtulah.
"Baiklah, acara seterusnya ialah.."
Ah! Acara yang dinantikan Alyana akhirnya tiba.
Alyana melihat peserta-peserta tersebut.
Adapun!
Dia pakai baju sukan rumah merah dan mukanya agak ketat.
Bukan setiap hari dia camtuh ke?
Tak.
Hari ini reaksi dia lain.
Perasaan aku je kot.
.....
...
Alyana terus menghampiri khemah peserta selepas acara tadi berakhir.
Itu diaaaaaaaa.
Hero malaya ku sedang mengesat peluhnya dengan tuala.
Jap.
Aku nak kata apa kat dia nanti?
Alah.
Lantaklah.
Kan aku bawak Milo nih?
Hoho.
Ada roti sandwich sekali.
Nampaknya Alyana dah prepare dari awal.
"Za.."
"Zay..U mesti penat kan? Nih I ada belikan Pocari untuk U. Minumlah. Sejuk lagi nih."
Kata seseorang yang amat aku kenali.
Syila.
"Tak payah susah-susah."
Kata Zayyad yang masih mengesat peluhnya.
"Alaaa..U nih kan jual mahal pulak~Habis U nak minum apa? Hundred plus? Revive? Bagitau je nanti I belikan kay?"
Hati Alyana remuk apabila melihat Syila mendakap lengan Zayyad.
Ah.
Perasaan apa pulak nih?
Dia cuma hero kau je lah Alyana!
Kenapa kau nak jealous sangat?
Ma..mana ada aku..
Cemburu.
Alyana meletakkan air kotak Milo itu di atas sebuah beg Adidas biru.
Dia yakin yang beg tuh kepunyaan Zayyad.
Gadis berketinggian 155 cm itu terus meninggalkan tapak sukan tersebut.
Tak sanggup nengok adengan Syila menggedik dengan Zayyad.
Biarlah.
Aku bukannya sesiapa pun.
Kan?
( ● ~ ● )
( ; ~ ; )
Hari ni author baik ati sikit.
Sikit je.
Jadi double update :)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro