Nom Nom
Apa pulak Zayyad nih nak?
"A..awak nak apa? Saya belum makan lagi nih. Lagipun kawan saya tengah tunggu. Saya takda masa ngan drama awak!"
Aku berterus terang ngan buat muka.
Tapi konpiden da terjatuh kat lantai batu nih.
"Oh. Jadi kau ingat aku ada masa nak layan kerenah kau tadi?"
Zayyad melihat ku.
"Saya tak makan lagi nih. Baik awak lepaskan saya atau saya.."
"Atau apa? Kau nak menjerit? Heh. Jerit la! Mintak tolong dorang cam budak Milo tuh."
Zayyad mendongakkan daguku.
"Ja..jangan sentuh la.."
Aku cuba menepis tangannya.
Tapi tangannya lebih tangkas mencengkam pergelangan tangan ku.
"Auch! Lepas la Zayyad!"
"Jerit la. Tadi sibuk nak jerit sangat kan?"
Takde la sakit mana
Tapi aku rimas ngan situasi nih.
Ramai yang menjadi penonton drama melayu kami nih.
"To..Tolong..Korang tolong..Tolonglah saya!"
Aku cuba menjerit.
Suara bagai tersekat dalam kerongkong nih.
Tiada siapa yang berani mendekati.
Apatah lagi membela aku.
Aku?
Nak mintak tolong ngan sape?
Aku.
Mana ada kawan.
Kecuali Mimi.
Dia je.
Sudut hati ku terasa sedih.
Dengan sikap mereka yang menganggap aku seolah tak wujud.
Aku tertunduk memandang lantai.
Zayyad melepaskan tanganku.
?
Aku melihat Zayyad.
"Pergi makan. Nanti waktu rehat nak habis."
Zayyad membelakangi ku dan menuju pada rakan-rakan sehidup semati dia.
Ah!
Baju dia masih kotor.
Aku bingkas bangun lalu berlari ke arah Zayyad.
"Za.."
Aku baru nak cakap tiba tiba kaki aku tersadung batu kecil yang berdekatan.
Aku jatuh cam nangka busuk.
Adoi.
"Hahahahha! Lawak sia ayam nih!"
Gelak kawan Zayyad.
Sakitnya..
Aku mengusap siku dan lutut ku.
Nasib baik tak..
Berdarah?
Lutut aku berdarah.
"Kau nih kan batu. Kalau sehari tak terkene batu tak sah kan?"
Zayyad mendekati ku.
Aku lantas mengeluarkan sapu tangan rilakuma yang aku perolehi sempena hari lahir aku yang ke-15.
Ya.
Tahun lepas.
Lalu aku terus gosok sapu tangan tuh kat baju kemeja Zayyad yang terkena air milo tadi.
Zayyad memegang tangan aku yang sedang menggosok nih.
"Apa kau buat nih?"
Zayyad memandang ku seolah ingin menelan.
"Mm..baju awak kotor sebab tadi. Jadi sa.."
"Haah kan. Lap la baju aku nih. Biarkan darah kat lutut tuh"
Zayyad mengalihkan pandangannya pada lutut kananku yang berdarah.
"Auch!"
Aku terus terduduk bila terasa sakit.
Rasa luka nih cam terkoyak.
Aku hampir nak nangis.
Jangan nangis la Al!
Kau kan kuat!
Angin takde, ribut takde.
Zayyad mengangkat badan ku yang seberat 42 kg nih ala bride style.
"A..a..awak nih kenapa? Tu..turunkan saya.."
"Pheeeeewit! Boek la Zay! Nak kenduri pon ajak la kitorang!"
K
awan-kawan Zayyad mengusik.
Aku malu ngan keadaan ni.
Zayyad masih mengangkat ku dan membawa ku ke sesuatu tempat.
"Pikir la pasal diri dulu , batu"
■■■
Bilik Rawatan yang tak berapa kecemasan.
Aku terbaring atas katil.
Padahal lutut aku yang sakit.
Jadi lutut la yang patut baring kan?
Apa punya doktor la.
Konon ada diploma.
Gurau gurau.
Sekolah nih ada bilik rawatan.
Dekat ngan bilik multimedia.
Tak tau apa kaitannya.
Ada doktor yang ditugaskan oleh pihak sekolah untuk rawat pesakit yang gedik cam aku nih.
Lutut yang sakit.
Aku pulak yang datang.
Tak ke pelik?
Ok.
Gurauan lagi.
"Lutut kamu tak cedera teruk. Cuma elakkan makanan gatal untuk sementara waktu."
Pesan doktor.
Eh.
Ada pulak makanan gatal dan tak gatal ya? Tak tau pula makanan pun boleh menggatal. Aku menggaru kepala yang bertudung.
Aku melihat sekeliling bilik nih.
Zayyad da pergi lepas hantar aku ke sini. Doktor yang kata.
Zayyad.
Hmm.
Pergi pun kau.
Semoga aman di sana.
■■■
Selepas beberapa jam
Aku baru nak bangun.
Ada orang cam nak masuk dari luar.
Bukak je la pintu tuh.
Tak payah nak pulas-pulas tombol tuh.
Nak je aku sembunyi kat belakang pintu.
Pastu tolak pintu tuh kuat2 bila dia bukak.
Haha.
Takde la.
Gurau je.
Dia lagi.
Macam takda orang lain nak melawat aku.
Bersyukur la Al.
Tadi pon Mimi je yang datang.
Zayyad?
Lesap cam asap.
"Camne? Da elok lutut tuh?"
Soal Syaziq.
"Assalammualaikum"
Aku menjeling dia sambil bagi salam.
Amik kau!
Dah la datang tak diundang.
Balik sememangnya aku tendang.
"Waalaikummusalam. Sorry. So..camne?"
Kalau lutut aku elok.
Dah lama aku balik tau.
Doktor tak habis - habis ingatkan aku untuk berkulat kat sini sampai habis sekolah.
Dia nak aku bertapa ke apa?
Aku menyambung bacaan buku rujukan ku.
"Kau takde suara ke? Takkan si anjing tuh potong lidah kau sekali?" Syaziq kembali menyoal. Nada kali ni lebih mengejek.
Aku menutup buku rujukan.
Anjing?
"Mana ade anjing tadi. Awak nih sakit ke apa?"
Aku memandang wajahnya yang konon boleh getarkan hati gadis. Heleh. Tak getar pun lah hati ni.
"Aik? Anjing yang wat show ngan kau kat dewan tadi tuh apa? Takkan da lupa."
Sakit.Telinga aku sakit. Kalau marah ialah merah. Dah lama badan aku nih bertukar cam ultraman.
"Apa masalah awak hah? Awak ingat awak siapa nak label manusia jadi anjing? Kalau awak rasa yang diri tuh bagus sangat, Awak dah silap! Ramai lagi kat luar sana yang boleh jatuhkan awak bila-bila masa! Terutama sekali stokin busuk awak tuh!"
Aku terasa nak campak buku nih kat muka dia.
"Kau nih mesti da suka kat anjing tuh. Perempuan.Pantang laki tolong, sibuk nak menggedik"
Syaziq tiba - tiba menuduhku.
"Sekurang-kurangnya kami kaum hawa nih boleh bezakan manusia ngan anjing. Kalau awak datang sini setakat nak sakitkan hati saya, baik awak pergi"
"Aku datang nak bagi warning. Kau jangan cuba dekat ngan anjing tuh lagi."
Syaziq memandang ku.
"Suka hati saya la nak dekat ngan dia ke nak tumbuk dia ke. Awak sibuk kenapa?"
Alyana menyoal lelaki berstokin hitam itu.
"Kau cuba la dekat kalau berani. Aku akan pastikan kau menyesal seumur hidup"
Syaziq terus melangkah keluar dari bilik tanpa ucapan selamat tinggal.
Eh!
Kejap!
Aku belum tendang dia!
Alah.
Dah pergi.
Da la tak tutup pintu.
Menyesal seumur hidup?
Ayat klise kat slot akasia TV3.
....
...
..
.
Perlu ke aku jauhkan diri dari dia?
Tapi.
Dia yang tolong aku tadi.
Dia yang penat angkat aku yang macam tong gas.
Dia.
Sorang.
je.
Yang.
Tolong.
Tadi.
Lenyap la wahai persepsi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro