Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

● Dua Puluh ●


Apa kurangnya aku di dalam hidupmu hingga kau curangi aku?

Asal kau bahagia, Armada Band.

■■■

"Auuuch! Perlahan la..sikit Zayyad. Sa..sakit."
Pinta Alyana sebaik sahaja kapas menyentuh permukaan lututnya.

"Tahan la sikit. Kata batu."
Zayyad menyambung kerjanya yang terganggu tadi.

Mereka berada di bilik khas yang disediakan untuk rawatan. Entah bagaimana Zayyad pula yang mengambil alih tugas merawat.

Alyana hanya mengadu kesakitan dari tadi. Lebam di merata tempat. Sakit tadi terasa apabila terkena kapas yang meresap ubat.

"Batu pun sakit juga..mm.."
Alyana hanya memerhati perlakuan heronya itu.

Wajah tiada jerawat itu menjadi sasaran matanya.

(〃‿〃✿)

Handsomenya.

"Seronok sangat ke stalk muka aku?"
Zayyad menyoal.

Kantoi!

Adoi.

"Ma..manada..sape stalk awak? Pe..perasan!"
Alyana mencebik.

Terasa malu melekat di hati. Tak berani rasanya melihat Zayyad.

Lelaki itu masih membalut kaki Alyana.

"Sapa yang buat kau cam ni?"

Soalan tu lagi.
Alyana naik muak mendengarnya. Bukan tidak suka tapi..entahlah.

Zayyad mengalihkan pandangan pada wajah Alyana yang masih runsing.

"Kan..saya dah kata...takde.."

"Kau kene buli kan?"
Zayyad mengajukan soalan KBAT tahun lepas.

Terbeliak mata Alyana. Tak mungkin la Zayyad tahu. Dia cuba menutup rahsia tersebut malah dia sendiri yang menafikannya.

"Tak...tak ada lah. Awak salah.."

Sekali lagi. Ayatnya dipotong.

"Salah faham? I was quiet but I was not blind."
Zayyad tersenyum sinis.

Lelaki itu bangun dari kerusi kayu tersebut lalu meninggalkan Alyana bersendirian.

...

Zayyad.
Aku tak bermaksud pun nak menipu. Urghh. Apa aku buat ni?

Alyana tertunduk memandang balutan kakinya.

Dia seorang je yang tolong kau. Dari dulu lagi. Dia je yang ada waktu kau susah. Sekarang kau tipu dia hidup-hidup? Apa ni Al?

Alyana menekup mukanya.

...

■■■

"Baiklah. Semua faham kan? Bila wisel ditiup,kamu semua boleh bukak mata dan cari penamatnya. Gunakan klu yang ada. Ingat! Jerit kalau ada apa-apa berlaku."
Terang fasilitator sambil menunjukkan wisel merah.

Alyana hanya mengangguk perlahan. Gadis itu berdegil untuk menyertai aktiviti malam tersebut walaupun badannya sedikit cedera.

...
...

Pelajar-pelajar dipisahkan kedudukan masing-masing. Senang citer sorang duk tempat lain-lain. Mata dorang kene tutup ngan kain hitam supaya tak cam jalan balik. Wisel dibunyikan as isyarat boleh bukak mata. Pelajar kene cari klu dan selesaikan kuiz kertas untuk balik. Simple kan?

Tak. Ia satu penipuan besar dalam hidup Alyana. Gadis bershawl coklat itu hampir tersungkur gara-gara cuba mendapatkan kertas kecil yang tersangkut pada dahan pokok.

Fuh.
Dapat pun. Nasib baik tak jatuh.

Alyana membuka kertas yang ditemuinya tadi.

12 Langkah. Utara.

Hah?
Apa bende nih? Bagi la ayat panjang sikit. Sama cam Zayyad. Ingat aku paham ke? Dua-dua sama rumit. Bezanya Zayyad manusia dan nih cuma kertas.

Aku syak dorang upah Zayyad wat klu nih semua. Hahaha. Ok gurau.

"Mungkin dia nak aku ke arah utara 12 langkah?"
Alyana berkata sendirian.

Di hutan yang luas terbentang ni, camne nak tau arah utara? Dah la tak bawak kompas , handphone pun lupa nak seludup apatah lagi torchlight! Sedih bukan kehidupan ku?

Hanya novel seram yang sempat dibawa. Baiklah Alyana, sila meninggal secepat mungkin. Kenapa? Kerana waktu hantu dalam novel tersebut takkan menolong anda malah mentertawakan anda.

Alyana meneka arah utara lalu ke hadapan sebanyak 12 langkah.

...

Tap.
Tap.
Tap.

Ish. Seramnya kawasan ni. Dah la gelap. Tak bawak lampu suluh lak tu. Dah 12 belas langkah. Sekor nyamuk pun aku tak jumpa. Biar betul kertas ni? Tantah merepek.

Alyana cuba mencari kertas yang tersorok. Habis tanah dikoreknya. Rumput-rumput dicabutnya. Tak de pun?

Haaaah.
Penat la gini.

Alyana duduk bersila di atas batu yang agak besar.

Mana? Ni yang rasa nak tidur ni.
Gadis itu menggelengkan kepala berkali-kali.

Tak! Mana boleh! Aku kene tunjuk kat semua yang aku pun boleh diharap! Yosh!

Bush

Erk..
Bunyi apa tu?
Peluh mengalir dari tengkuk Alyana. Tiba-tiba terasa panas dengan keadaan sekeliling ditambah dengan tudung yang dipakai.

Tolonglah.
Takkan kau nak muncul waktu camni?

"Sa..sape tu?..Hellooo?"

Alyana terkial-kial bersembunyi di sebalik batu besar tersebut. Beberapa biji batu kecil digenggam sebagai senjata.

Bushh..

Urghh..

"Koook..Kokokokkkkk..."
Ayam jantan rupanya!

Terkejut aku! Jap. Apa dia buat kat sini? Warna putih lak tu. Uniknya.

"Hai encik ayam. Saya Alyana. Pelawat kat hutan ni. Maaf mengganggu ya. Haha."
Hambar di situ.

Kenapa aku berkenalan ngan ayam pulak?

Eh?

Paruh ayam tu cam pegang something. Alyana cuba mengeluarkan sesuatu tersebut dari paruh ayam putih itu.

Klu! Lucky!

"Pandang belakang."

Hah?

Ni arahan ke cane?

Alyana menoleh ke belakang. Terbeliak matanya tatkala melihat kelibat di belakangnya.

Tak.
Tak mungkin.
Camne?

Rambutnya panjang mengurai. Bajunya putih lusuh hingga paras buku lali. Kepalanya disengetkan arah jam 1.

"Hieeeeeeeeeeeeekk!!"
Mahkluk itu mengejar Alyana.

Alyana terkejut lalu tercampak ayam putih tersebut.

"MAMAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"

Laju kakinya berlari. Tak. Lembap sikit dari Usain Bolt. Kenapa? Sebab badan aku sakit!

Tahanlah Al! Bertahan!
















ヽ('∀`)ノ

Tetiba jadi cerita hantu lak. Hahaha.
Jangan lupa komen dan vote :)



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro