Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Dua Membalas .-.

Persepsi Zayyad.

(Untuk pertama kalinya)

"Zay..Jomlah teman I pegi kantin~I dengar dorang jual bende best..Jomlah~"
Rayu Syila

Apahal ngan dia ni?
Rasa cam nak tolak je dia.
Nasib kau pompuan kalau jantan
dah lama aku hentam.

Zayyad tidak mengendahkan Syila dan mengambil begnya untuk pulang.
Ya.
Dia telah pun menerima pingat tempat pertama sebentar tadi.

?

Sekotak milo terjatuh dari beg birunya.

Sape punya nih?

Sejuk lagi.

"Ni kau yang letak ke?"
Soal Zayyad

"Mane lah I tau. Tantah secret admire u. Maklumlah U kan banyak fan~"
Kata Syila yang masih tidak melepaskan pelukan pada lengan Zayyad.

Zayyad semakin rimas.

Sapa punya kerja ni?

Zayyad teringat perbualan sewaktu malam hari dengan Alyana.


F■L■A■S■H■B■A■C■K

"Awak suka minum apa?"
Soal Alyana sambil membelai Pudding.

Gadis itu mengambil peluang ini untuk mengenali Zayyad.

"Apa-apa je asalkan halal."

Alyana mencebik.
Zayyad yang perasan akan hal itu pun berkata

"Milo."

"Mi..Milo? Awak suka Milo? Yang warna hijau tuh? Ya-Yang bawah syarikat Nestle tuh?"
Soal Alyana tersenyum lebar.

"Ya.Ya.Ya."
Zayyad menjawab dengan ringkas dan hatinya berbisik

"Comel."

...
End.

Batu!
Mesti dia yang taruk kat sini.

Zayyad terus menggalas begnya dan meninggalkan Syila yang terpinga-pinga.

Dia dah balik ke?

Zayyad melihat jam tangannya.

1:20 petang.

Zayyad berjalan kaki pulang ke rumah memandangkan motosikalnya dalam proses pembaikian.

Kasut sukan Nike warna Pink,
Beg polka dot Pink,
Tudung sekolah putih.

Sekilas pandang,
Zayyad sudah tahu 'mahkluk' di hadapannya.

Zayyad menghampiri Alyana dari belakang.

"Kau ni suka nengok jalan tar ea?"

Alyana kelihatan terkejut dan terus menoleh ke arah Zayyad.

"Za..Zayyad. Awak buat apa kat sini?"

"Buat apa? Aku tengah buang hajat kat sini takkan kau tak nampak?"
Zayyad seakan menyindir gadis di sebelahnya.

"Ma..mana ada! Awak nih jangan la merepek."

"Lain kali tanya soalan yang logik sikit."

Zayyad bersiul.
Matanya hanya pandang ke hadapan.

"A..awak nampak gembira."

Alyana mula berfikir yang bukan-bukan.

Mungkin Syila ada buat sesuatu ngan Zayyad tadi.
Fikir Alyana.

Alyana menggelengkan kepalanya berkali-kali.

Zayyad mengeluarkan sekotak Milo dan menyedutnya isinya.

Alyana hanya memerhati hero nya itu.

"Sape tak gembira dapat bende free?"
Jawab Zayyad bersahaja.

"Mm..Sedap tak?"
Tanya Alyana dengan senyuman lebar.

"Entah. Tanyala Milo nih sendiri."
Kata Zayyad.

"Eh. Awak yang minum kan. Mesti la awak tau."

"Kau yang bagi kan mesti kau da tau."
Zayyad membalas.

Alyana tergamam.
Gadis berkulit putih kemerahan itu bermain jari-jemarinya.

"Mmm...mmm..Sa.."

"Napa kau tinggalkan Milo nih kat atas beg aku?"
Soal Zayyad.

"Awak takde..Saya letak la kat atas beg Adidas awak tuh."
Alyana masih bermain jarinya.

Zayyad hanya mendiamkan diri dan terus berjalan.

Bunyi kanak-kanak bermain di taman permainan menjadi soundtrack perjalanan Alyana dan heronya.

"E..esok awak pegi ke program Mentor Mentos?"

"Motif?"

"A..awak kan mentor saya..Ja..jadi.."
Alyana tergagap kerana malu dek peristiwa 'Milo'.

"Esok.Rumah.Pukul 4 petang tepat."
Kata Zayyad sebelum berlalu meninggalkan Alyana.

(● - ●)?

■■■

Pandangan Alyana.

Alyana hanya berjalan mengikut panduan aplikasi google mapnya.

Jadi
Inilah rumah Zayyad?

Mamat tuh suka hati je suruh aku study kat umah dia.
Padahal ada program Mentor Mentos tadi tapi Zayyad tak nak pegi.

Entah nape Cikgu tak tanya seribu satu soalan kat aku pasal kehadiran Zayyad.

Sebuah rumah dua tingkat tersegam indah di hadapannya.
Cantiknya rumah dia.

"Assalammualaikum! Zayyad, saya dah sampai ni!"
Jerit Alyana dari luar rumah itu.

Pintu utama rumah tersebut dikuak perlahan dari dalam.
Muncul kanak-kanak lelaki berusia sekitar 7 tahun.

Mini Zayyad!

( ● . ● )

Budak kecil itu hampir serupa dengan heronya.

"A..Akak ni cari siapa?"
Soal budak lelaki itu kelihatan sedikit takut.

"Mm..Akak cari Zayyad Izyan. Dia tinggal sini kan?"
Tanya Alyana.

"Abang kata orang luar tak dibenarkan masuk."

"Mm..kalau camtu bagi la akak masuk. Nanti akak jadi orang dalam."
Kata Alyana.

"Betul jugak. Haaa akak masuklah. Pagar tuh tak kunci pon."
Budak kecil itu mempersilakan Alyana.

Alyana terpegun melihat dekorasi dalaman rumah tersebut.

"Nama awak siapa ya?"
Soal ku.

"Nama saya Kha-"

"Khalish! Kan abang dah kata kemas mainan ni!"
Suara Zayyad bergema satu rumah.

Lelaki itu muncul dari tingkat atas dan menuruni anak tanggga.

"Erk..Hai Zayyad.."
Tegur Alyana.

"Sape suruh kau masuk?"

Eh eh dia ni.
Aku sekeh kang.
Dia yang invite aku.
Tak sedar diri.

"Alish yang bagi akak ni masuk. Dia kata nak jumpa abang."
Ujar kanak-kanak itu.

...
..

■■■

Akhirnya aku dihalau duk kat ruang tamu.

Ada meja kaca kat sini.
Boleh la letak buku.

Alyana menguap untuk kali ke-3.
Dia sangat mengantuk kerana melayan online game hingga larut malam tadi.
Waktu petang sebegini sepatutnya dia dah terdampar atas katil.

Tapi mahkluk bernama Zayyad ni suka hati je adakan 'temu janji' kat sini.

"Basuh muka kalau ngantuk."
Zayyad sedang bermain henfonnya.

Ieee..
Mamat nih.
Bagus sangat la tu.
Dia main.
Aku study.

Alyana memberi jelingan tajam pada Zayyad yang duduk bertentangan dengannya.

Zayyad membalas jelingan tersebut  dengan menyepetkan matanya dan dahi dikerutkan.

Gadis bershawl ungu lavender itu membuntangkan matanya tanda tak mahu kalah.

...
...
Lima saat sudah berlalu.

Pasangan yang menakutkan itu masih berlawan pandangan mata sesama sendiri.
Perang dunia ke-3 mungkin tercetus jika tiada siapa mengalah atau menghalang mereka.

Urgh.
Mata aku rasa penat la.
Si Zayyad nih takkan mata tak berkelip langsung?

Anak mata warna hitam.
Tapi muka dia tak itam.
Bibirnya tak pucat atau gelap.
Dia memang tak hisap rokok.
Tepi bibir dia..
Masih ada plaster rilakuma yang aku tampal hari tu.

(●   ,  ●)
(●///////●)

Malunya.

Pipi Alyana kelihatan sedikit merah memandangkan gadis itu berkulit putih.

Alyana terus mengalihkan pandangannya pada buku aktiviti yang sepatutnya disiapkan.

( ×/////×)

Terpaksa mengalah.
Cis.

"Siapkan lagi 3 muka surat."
Arah Zayyad.

"Eh. A..apsal pulak?"

"Kau kalah kan tadi."
Hero Malaya nya itu tersengih.














Harap korang tinggalkan dua perkara ini sebelum ke chapter seterusnya :

Comment
Vote

Terima kasih hoho.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro