2 / Kad Ucapan
"Saya suka awak"
Itulah ayat pertama dan terakhir yg ditulis pada kad ucapan yang dibelinya di koperasi tadi.
"Serius aa Mimi? Pendeknya.."
Aku meluahkan pendapat ku.
"Well..pendek dan ringkas! Straight to the point kan senang..~"
Mimi menari ala-ala salsa.
"Haiih..yela kau nak aku.."
"Cam biasa la"
Mimi memotong ayat Alyana.
"(• - • )"
"(^ - ^)/" Byeee Good Luck!!!"
Mimi melambai pada Alyana dengan senyuman lebar.
Tap..tap..tap..
Kali nih Alyana terpaksa naik ke tingkat 3.
maklumlah semua kelas tingkatan 5 di situ manakala tingkatan 4 pula bertempat di tingkat 2.
Alyana telah pun menyemak jadual kelas 5 Amber...
Jap bukan semak ye..tapi hafal.
Ya. Alyana da hafal jadual kelas tersebut sejak dia mula menjadi posmen.
maklumlah takut terkantoi pula.
Setakat nih semua kerja yg dilakukan TipTop!
Tiada kesan, Tiada bukti!
Alyana boleh dikategorikan sebagai pekerja yg sangat 'Bertauliah' dan berpengalaman.
"Kalau tak silap..waktu nih dorang kat Lab Science 3 ngan Miss Leopard"
gumam Alyana.
Alyana mematikan langkah.
Gadis itu menerjah ke dalam ruang kelas 5 Amber seperti perompak yg takut ditangkap.
Alyana memerhatikan keadaan sekeliling
Fuh! Clear.
Kini dia boleh menjalankan kegiatan tak bermoralnya itu.
Mana beg mamat nih?
Ok beg sasaran dijumpai!
Beg dia je paling menyerlah kat sini.
ade keychain panda.
Mestila hafal!
Da 3 bulan kot aku wat kerja kotor nih haha.
Alyana menghampiri meja Syaziq dan meletakkan 'kad ucapan' itu dalam meja mamat tuh.
"Woi! Kau buat ape doh?"
Soal seorang budak lelaki yg tak dikenali.
"OPOCOT NASI PATTAYA MELETUP!"
Alyana sangat terkejut dengan suara garau yg menegur nya tadi.
"Jap..kau nih.."
Alyana terus memecut laju menuju ke kelasnya!
Kalah Usain Bolt..yeke?
Alamak
Alamak
Alamak!
Mati la aku mak!
Mamat tuh da nampak muka aku!
Tak!
Bukan Syaziq!
Dia lebih menakutkan dari Syaziq!
Tak!
100 kali ganda lebih mengerikan!
Kenapa?
Kerana dia ialah
Zayyad Izyan.
Sape?
Sape lagi kalau bukan mamat spesies savage plus sakit jiwa!
Nape aku kate dia sakit jiwa?
Mana taknya..
Dia tuh da la suka buli orang,
Pukul orang,
Ponteng sekolah,
Sakat murid,
Kenakan cikgu..
Tapi!
Dia boleh duk kat kelas pertama!
Baik.
Sila meroyan sekarang.
Ok tenang Al..
Aku pasti dia tak cam aku.
Insya-Allah.
Haha.
■■■
"Ha! Al..camne? Ko da letakkan kad tuh?"
Soal Mimi.
"Da Mimi ku sayang.."
Sampai nak melayang nyawa aku tau semata mata nak letak kad kau tuh!
Patut ke aku bagitau Mimi apa jadi tadi?
Mm..
"Ade pape jadi ke tadi Al?"
Mimi nih macam boleh hidu je kejadian tadi.
"Sebenarnya.."
Aku pun cerita la apa yg jadi.
Hampir musnah tau karier aku sebagai Posgirl berjaya kat Sekolah Menengah Air Biru nih!
"La..yeke..habistu.."
Belum sempat si Mimi menghabiskan kata-kata,
"Harini Cikgu Fiza cuti bersalin, korg kena wat buku aktiviti muka surat 34 hingga 45"
Ketua kelas memainkan peranan.
Ada orang angkat tangan.
"Bila nak hantar?"
"Lepas abis kelas"
Aku pun apa lagi..
Tidur la.
Bukannya cikgu ade pon.
Sape je nak cek kerja sekolah?
Toyol?
Pocong?
Acik cleaner?
Lol.
"Weih..ko tak wat keje ke?"
Mimi bahu menggoncang ku laju tatkala menyedari rakan sehidup sematinya tidak menyentuh kerja yang diberikan.
"Mm..nanti la"
Aku masih tak bangun. Badan ni penat. Mata pun terasa berat. Hati lak cam tenat.
"Kau nih..nanti nak kene hantar la weih.."
Mimi memberikan peringatan mesra alamnya.
"Cuba kau tengok yg lain wat ke tidak"
Aku mengarahkan Mimi lalu menyambung tidurku yang tergendala.
Mimi memerhati keadaan sekelilingnya.
Ada yg berbual.
Ada yg main sepak botol.
Ada yg menyanyi.
Ada yg keluar kelas.
Ada yg tidur.
(Aku lah nih)
"Eh..takkan dorang tak buat kot?"
Soalnya lagi
"Alaa..chill je la..ini kan kelas 4 Malas..eh! 4 Atlas haha"
Aku tergelak kecil. Kedengaran hambar.di situ.
Ya.
Kelas Atlas telah kami tukar menjadi Malas.
Semua murid akan menjadi malas tiap kali tiada guru.
Pengawas?
Hah.
Poodah!
Setakat berbaju biru,berkasut hitam, berlesen bilik disiplin.
Boleh jalan lah!
Ini Alyana Alyna la!
Tak takut ngan stokin hitam busuk kau tuh!
Papa aku pun ada ok!
Berlambak kat bakul baju!
Sebenarnya aku da siap buku aktiviti tuh.
Dats why aku berani tidur.
Kalau tak kau mimpi la nak nengok manusia ulat buku cam aku nak curi tulang cam nih.
Mata aku da nak terlelap..
...
..
.
Yabeda bedu uuuuuu~~~
"Al.."
"Al.."
Sape pulak nih..
Rasa cam ade orang goncang aku tanpa henti. Dunia mimpi aku pun cam da nak roboh ni.
"Alyana.."
"A..pe.."
Mataku masih dipejam tanda dalam proses beradu.
"Al..bangun.."
Mimi nih kacau la......
"Ishh.."
Aku memusingkan kepala menghadap kanan.
"Alyana Alyna!"
Suaranya dilantangkan sedikit. Mungkin geram dengan aku yang dari tadi tak layan dia.
"Ko nak apa mahkluk halus?"
Aku terus bangun menghadap Mimi. Jelingan maut aku hadiahkan padanya. Jangan sampai aku baham kau..
Berani dia kacau mimpi aku ngan Shawn Mendes!
"Tuh..Dorang panggil kau.."
Mimi menuding jarinya pada 2 ekor mahkluk halus yang lain
Gulp.
Apehal lak nih.
Aku terus menghampiri dua ekor mawas tuh...
Maksud aku pengawas berstokin busuk.
"Apa dia?"
Aku menyoal dengan tidak puas hatinya. Sape je seronok bila mimpi lenanya terganggu? Lagi-lagi bila mimpi pasal idola yang dipuja sejak azali.
"Ikut kitorang jap"
Arah seorang lelaki sesuka hati.
Tak silap aku dorang nih senior aku.
Da kenapa pulak nih.
"Untuk apa? Saya tak rasa saya ada buat apa-apa kesalahan pun"
Aku cuba menutup silapku. Padahal baru tadi buat air liur kat buku teks. Da cam peta dunia aku nengok.
"Yang tadi kau tidur tuh apa? Tak salah?"
Sambung sorang lagi lelaki dengan riak selamba.
Eh!
Mamat nih!
"Saya rasa ramai lagi kot yg tidur tadi bukan saya sorang je."
Aku cuba membidas sehabis mungkin.
Takkan aku biarkan hujah ku terkandas begitu saja. Biar masuk tandas. Asalkan tak masuk bilik mawas.
"Tapi takde la sampai tak bangun bangun bila orang kejut. Kan?"
Aku terdiam.
Bukan sebab tak tau nak kata apa.
Tapi memang betul pun aku tak bangun tadi.
Tapi...
Takkan sampai kene panggil?
Tulis nama cukup la.
Alyana mengikuti dari belakang.
Haish..
Malangnya nasib.
Baru nak manja-manja ngan Shawn Mendes.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro