The Untold Story : Part 4
SAMPING yang berwarna cream yang dikenakan bersama baju melayu hitam dibetulkan oleh Tengku Harriz sebaik sahaja dia keluar dari kereta. Jam tangan dikerling sekilas. Berharap agar akad nikah kawan baiknnya belum dimulakan.
Agak lewat dia datang ke majlis pernikahan kawan baiknya, Adden yang diadakan di dewan hotel milik keluarga angkat kawan baiknya itu. Kaki segera melangkah ke dalam dewan.
Nafas lega ditarik saat melihat majlis belum dimulakan. Anak mata jatuh memandang pada Adden yang sedang duduk bertentangan dengan wali hakim. Walaupun sudah nampak bersedia namun jauh di sudut hati dia tahu kawannya itu gementar.
Baru kaki nak melangkah masuk ke dalam dewan menuju pada kawan baiknya yang lain, bahunya dirempuh kasar oleh seseorang.
"Sorry sorry"
Kedengaran suara seorang gadis meminta maaf.
Tanpa sempat dia membuka mulut, gadis itu terlebih dahulu mengangkat kaki tanpa memandang mukanya. Kelihatan gadis itu tergesa-gesa menghampiri pengantin perempuan.
Dia pula masih tercegat di situ. Tidak berkelip malah tidak menoleh dari memandang perempuan itu. Jantungnya berdegup kencang saat ini. Bukan kerana jatuh cinta pandangan pertama. Tapi kerana gadis itu, dia adalah...
"Wei, Riz! Kau tercegat apa lagi kat situ?" suara Razul menghentikan lamunannya.
"Huh?"
"Kau dah kenapa? Macam tengok mayat hidup balik je kau ni" berkerut dahi Razul melihat muka Tengku Harriz pucat semacam.
"Nothing"
Tengku Harriz menggelengkan kepalanya. Dia terus mengambil tempatnya di tempat pengapit pengantin lelaki. Sesekali menoleh memandang gadis tadi yang duduk di bahagian pengapit pengantin perempuan.
Dia memang tidak silap. Muka itu memang iras dengan Sofea yang dia kenal 12 tahun yang lalu. Walaupun gadis itu memakai tudung sekarang namun langsung tidak membezakan dengan Sofea yang dulu. Cuma wajahnya kelihatan lebih matang.
Bukankah Sofea sudah meninggal dunia 12 tahun yang lalu? Atau itu pelanduk dua serupa?
Sepanjang majlis akad nikah dan majlis sanding Adden, dia langsung tidak dapat fokus pada kawan baiknya yang baru kahwin itu. Anak matanya sering kali melirik pada gadis tadi yang langsung tidak menoleh memandang ke arahnya.
Gelak tawa dan senyuman gadis itu memang iras dengan Sofea! Tidak dapat dinafikan lagi!
Dia bagaikan tidak senang sepanjang majlis itu. Jantungnya dari tadi tidak berhenti berdegup kencang. Seolah-olah dia melihat mayat yang hidup kembali. Sungguh dirinya betul-betul terkejut melihat muka gadis itu yang iras dengan Sofea.
"Kau alright tak Riz? Dari tadi diam je" ujar Firash pelik dengan Tengku Harriz yang diam semacam tambah lagi muka kelihatan sedikit pucat.
"Aku okay. Aku nak pergi toilet jap"
Punggungnya diangkat. Bukan dia menuju ke toilet malah dia mengambil udara di luar hotel ingin menenangkan dirinya yang dari tadi tidak senang duduk.
"Dia dah tak ada, Riz. Kau pun tahu itu. Kau pun dah siasat kemalangan tu" gumamnya perlahan cuba menyakinkan dirinya. Mengingatkan tentang kejadian 12 tahun lalu, dadanya mula berasa sesak.
Perasaan bersalah akan gadis itu tidak akan pernah padam dari hatinya.
"Sofea...." gumamnya nama itu perlahan.
"If and what if you are still alive, will you forgive me for what happened 12 years ago? Will you be able to face me again?"
TERMENUNG seketika Tengku Harriz di dalam kereta sebaik sahaja sampai di tempat kerjanya selepas balik dari melawat bangunan usang. Tangan naik memicit dahinya. Banyak betul masalahnya kebelakangan ini.
Jam tangan dipandang sekilas. Sekarang waktu lunch namun dia tidak berasa ingin makan. File di tepi seat pemandu diambil sebelum dia keluar dari kereta menuju ke bangunan Secret Hunter Agency. Hari ini dia parking kereta berhampiran dengan Lestaria Cafe memandangkan dia mahu singgah di cafe itu selepas pulang bekerja.
Dalam mengatur langkah, entah siapa yang salah membuatkan filenya habis berterabur di atas lantai selepas berlaku pelanggaran kecil dengan seseorang. Dia mengeluh kecil. Banyak betul tragedinya hari ini.
"Haa elok lah. Orang jalan guna mata and you pula jalan pakai lutut" ujar Tengku Harriz yang bengang memandang filenya sudah berterabur di atas lantai. Sudahlah moodnya barai ketika ini.
Membulat mata Farhana Sofea apabila telinganya mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut lelaki dihadapannya itu. Bibir diketap geram cuba bersabar. Atas bawah dia menilik lelaki itu. Harapkan muka je handsome tapi mulut macam celaka!
"Ehem encik, I jalan pakai mata okay!" Tuturnya geram. Suka-suka hati je tuduh dia jalan pakai lutut. Padahal dia memang pandang depan tadi. Lelaki itu sahaja yang tiba-tiba muncul dari planet mana entah. Planet bunian mungkin.
File yang dikutip serta merta terhenti saat suara itu menyapa gegendang telinganya. Suara sama dengan gadis di majlis pernikahan Adden. Terangkat kepala Tengku Harriz memandang gadis di hadapannya itu. Serta merta jantungnya berhenti berfungsi.
Kepala ditundukkan kembali. Tangan mengutip file yang jatuh dan dalam masa yang sama otaknya ligat berfikir apa yang perlu dia lakukan untuk pertemuan kali kedua dengan gadis itu. Dia masih ragu-ragu siapa gadis itu.
Tangannya digenggam.
"Kalau you jalan pakai mata, tak ada maknanya you akan langgar I melainkan....."
Sengaja Tengku Harriz menghentikan kata-katanya di situ. Dia yang berjalan mara ke arah gadis itu membuatkan gadis itu berundur beberapa tapak ke belakang sehingga belakang badannya menyentuh dinding kedai. Tangannya menahan gadis itu kiri kanan dengan senyuman sinis.
Farhana Sofea mula meneguk air liut perit. Suka-suka je mengunci dirinya di dinding! Sah lelaki dihadapannya itu benar-benar gila! Namun tidak mahu menunjukkan dia lemah, dibalas renungan mata helang itu dengan pandangan tajam.
"Melainkan you minat I. Sengaja main langgar-langgar" bisik Tengku Harriz pada telinga gadis itu sebelum dia menjauhkan dirinya daripada gadis tersebut. Tersenyum sinis dia apabila melihat muka gadis di depannya itu kelihatan bengang.
"Hello excuse me. I minat you? Euww please lah. I dah ada boyfriend okay and lagi handsome dari you. Setakat you apa lah sangat. Muka macam you berlambak kat sungai. Elok you pergi balik ke sungai. Risau kalau family buaya you cari" tutur Farhana Sofea sambil membuat muka jijik memandang lelaki itu. Mahu ketawa dia sekarang melihat perubahan muka lelaki didepannya itu. Nampak macam bengang je?
Siapa suruh berdebat dengannya! Dia selalu johan pertandingan debat masa kat sekolah menengah. Sudah tentu dia akan menang kali ini! Eheks.
Tengku Harriz mengetap rahangnya geram. Naik turun dadanya bernafas. Buaya dia bagi? Ehh nak kena betul minah depannya itu! Kalaulah dia tahu yang dirinya itu girlfriend pun tak ada, mahu berbaris depannya minta dijadikan suami! One in millionlah katakan. Muka handsome macam ni girlfriend tak ada!
"I blah dulu. Harap tak jumpa you lagi" tutur Farhana Sofea lalu cepat-cepat beredar dari situ. Risau melihat lelaki di depannya itu menahan amarah dengan tangan yang digenggam. Karang tak pasal-pasal dia kena tumbuk. Tengok genggaman itu kalau tak melayang ke langit silap hari bulan melayang ke underground. Fuhh seram!
Kening dijongket oleh Tengku Harriz.
"Cis kau siap minah sekali lagi aku jumpa kau memang kena kau dengan aku"
Dengusan kasar dilepaskan.
Sekarang dia pasti gadis itu bukan Sofea yang dia kenal. Kelakuan mereka jauh berbeza sama sekali. Sofea yang dulu seorang yang ceria yang jauh berbeza dengan gadis tadi.
Mungkin pelanduk dua serupa! Ya, dia yakin itu!
ELOK dia sedang scroll Instagram, stories Instagram Ayaaz menjadi perhatiannya. Gambar Ayaaz bersama pekerja perempuannya dengan background kereta baru. Minah tadi yang menyemburkan makanan padanya!
Tidak sangka gadis itu bekerja di company Ayaaz. Ibu jarinya mula menekan account yang di tag oleh Ayaaz.
frhnsofea
Jantungnya mula berdegup kencang. Jangan kata nama gadis itu Farhana Sofea? Jika muka sama dia boleh pertimbangkan lagi tapi kalau nama pun sama dia mahu menafikan apa lagi?
Tidak mahu melengahkan masa dengan memikir benda yang tidak pasti, dia mula mencari Black. Ingin Black mencari segala info tentang gadis itu.
"Black"
Black yang sedang melatih para bodyguard menoleh memandang Tengku Harriz. Keningnya terjongket.
"Aku nak kau cari info seseorang"
Black meminta diri lalu mengikut Tengku Harriz.
"Pasal perempuan ni" gambar ditunjukkan pada Black yang mula duduk di depan pcnya.
Berkerut dahi Black namun tidak pula Black menyoal apa-apa padanya. Hanya akur dengan arahannya.
"Later kau dapat maklumat datang office aku"
"Okay"
Dia menuju ke officenya semula. Bukan tidak mahu meminta tolong pada Razul yang jauh lebih cepat dalam mencari info tentang seseorang. Dia cuma tidak mahu menghebohkan perkara yang masih belum pasti. Jika Razul tahu mesti rakan-rakannya yang lain turut tahu.
Sementara menunggu info dari Black, Tengku Harriz meninggalkan beberapa komen pada gambar yang dipost oleh gadis itu.
hrrzdhm_ Looks like someone forgot about spitting her food on me.
Bibir mengukirkan senyuman sinis saat dia mula menerima chat personal daripada gadis itu.
frhnsofea
Salam, encik Tengku pasal tadi dah settlekan? I dah said sorry kan?
hrrzdhm_
I said we're not settle yet right?
frhnsofea
Habistu encik Tengku nak I buat apa sekarang untuk tuntut kemaafan dari encik Tengku?
Dia terjeda seketika. Baru hendak membalas dm itu, pintu officenya diketuk. Muncul Black bersama ipad di tangannya. Semakin nervous dia melihat Black yang menghampiri.
"Ini info yang kau mintak"
"Kau sure maklumat semua ni sahih?" tanya Tengku Harriz untuk kepastian.
"Yup. Ada beberapa info yang dipalsukan tapi aku manage cari hal sebenar. Semua ada kat dalam tu"
"Then, thanks"
Usai Black beredar, dia mula membaca info tentang gadis itu satu persatu. Jelas dirinya terperanjat dengan segala info yang dicari oleh Black. Jika memang benar maklumat yang Black cari adalah sahih, jadi memang benarlah gadis itu adalah Sofea yang dia kenal 12 tahun yang lalu!
"Jadi kemalangan 12 tahun lalu adalah palsu?" gumamnya perlahan. Ini ke yang dikatakan oleh Black? Beberapa info dipalsukan?
Tapi kenapa? Kenapa ingin memalsukan tentang kemalangan 12 tahun yang lalu? Sehingga menyebabkan dia betul-betul fikir yang gadis itu sudah tiada.
Dia menyambung baca segala info. Tangan naik memegang dahinya yang mula berasa pening dengan berita yang mengejutkannya itu.
"Sofea, is it really you?"
"But she is totally different from you."
Instagramnya dibuka semula. Messages terakhir daripada gadis itu dibalas.
hrrzdhm_
Come to my office. You know kan kat mana suami kawan you kerja?
frhnsofea
Ye tahu. Okay, on my way.
Bunyi ketukan dan suara gadis itu menghentikan lamunannya. Disuruh gadis itu masuk ke dalam officenya.
Pakkk
Kemeja maroon yang kotor akibat gadis itu tadi dilemparkan ke muka gadis itu.
"Basuh" ujar Tengku Harriz bersama senyuman sinis. Tangan memeluk badannya. Punggung disandarkan pada mejanya. Kaki disilang. Dipandang muka gadis itu yang tidak berpuas hati apabila dia melemparkan kemejanya tepat mengena muka gadis itu.
"Tu je?"
Melihat Tengku Harriz tersenyum misteri membuatkan dia semakin tidak sedap hati.
"Here"
Gadis itu berkerut memandang satu kad yang dihulur olehnya. Kaki mula melangkah menghampirinya sebelum kad bertukar tangan pada gadis itu. Kelihatan berkerut dahi gadis itu melihat kad yang tertulis 'Birthday Party Invitation'.
"Teman I pergi party tu and then kita settle"
"Why me?"
"Because you spitting your food on my face and my clothes."
"That's the problem. You tak risau I rosakkan majlis tu?"
Tengku Harriz mengangkat bahunya.
"Dare you"
Mata dijulingkan ke atas oleh gadis itu.
"Betul-betul lah kenapa I?"
Keluhan kecil terbit dari Tengku Harriz. Kenapa dia berkeras untuk mengajak gadis itu? Sebab dia mahu mengenali gadis itu lebih mendalam. Dia mahu pastikan yang gadis itu adalah Sofea yang dia kenal atau tidak. Itu sebab utamanya!
"You nak settlekan hal tadi kan? So kerja you senang je teman I lepastu kita settle melainkanlah kalau you sanggup nak ganti kemeja I yan......"
"Okay okay fine!" potong Farhana Sofea. Dia lagi sanggup teman Tengku Harriz ke birthday party daripada ganti baju kemeja yang beribu itu! Hangus duitnya nanti!
Tengku Harriz menarik senyuman.
"So just teman you pergi birthday party tu je kan?"
Tengku Harriz mengangguk kepalanya.
"Wait malam ni?" terbuntang mata Farhana Sofea melihat tarikhnya yang merupakan hari ini! Birthday party itu akan diadakan malam ini jam 8 malam! Sekarang jam sudah hampir pukul 6 petang! Mana lah sempat! Dia nak fikir pakai baju apa lagi, nak gosok baju tudung lagi.
"Yes, so? Any problem?"
"Mana la sempat. Baju apa nak pergi sana pun I tak fikir lagi. You ingat perempuan bersiap kejap ke?" Ujar Farhana Sofea tidak berpuas hati. Mana-mana para gadis akan menyatakan tak sempat kalau tiba-tiba kena ajak pergi birthday party! Nak shopping pun dah tak sempat!
"I dah masak dah perangai perempuan. Wait"
Farhana Sofea hanya memandang Tengku Harriz yang mencapai iphonenya yang berada di atas meja lalu bercakap dengan seseorang. Tidak lama pintu office Tengku Harriz diketuk lalu muncul seorang lelaki yang dia rasa sebaya lelaki itu sedang memegang satu dress di tangan. Gaya macam pekerja tapi dia tidak tahulah pekerja kat sini atau lain.
"Here"
"Thanks" ujar Tengku Harriz kepada secretarynya itu.
"Wear it, tonight"
Farhana Sofea berpaling memandang dress berwarna biru tua itu yang masih dibalut dengan plastik.
"This dress?" Soalnya sambil menilik dress biru tua itu dengan berhati-hati. Dia mengukurkan ketinggiannya dengan dress itu. Memang padan dengan ketinggian yang 165 cm itu. Dress pun tidaklah ketat, tutup aurat memang menepati rasanya. Macam mana Tengku Harriz tahu size baju dia?
"Mana you tahu saiz I?"
"Just know that I am an observer"
Seram sejuk Farhana Sofea mendengar kata-kata Tengku Harriz. Mata lelaki ni jangan buat main! Risau pula dia. Sudah poyo janganlah miang! Meremang bulu romanya.
"Don't worry I'm not playboy and not like you think. I'm not interested on you" ujar Tengku Harriz yang mengerti akan renungan tajam Farhana Sofea itu.
"Mana ada I cakap apa-apa"
"Your eyes tell everything"
Farhana Sofea diam. Lelaki di depannya itu boleh baca fikiran dia juga ke? Sudah lah boleh tahu size baju dia, fikiran dia pun boleh baca ke? Seram!
"Whatever lah. I balik dulu"
"Malam ni sharp on 8 pm, I pick up you kat rumah sewa you"
"You tahu ke rumah sewa I kat mana?"
"What a stupid question. I have gone there a few times because of your friend"
Farhana Sofea mengerutkan dahinya. Kenapa sebelum ini dia tak pernah nampak pun batang hidung Tengku Harriz kat halaman rumah sewa dia? Misteri betul lelaki itu! Semua benda dia tahu pasal dirinya! Entah-entah kampung dia pun tahu kat mana?
"What are you waiting for? Baliklah. You don't have much time to prepare yourself"
Mata dijulingkan ke atas. Menyampah betul bercakap dengan Tengku Harriz!
"Whatever"
Setelah Farhana Sofea hilang dari pandangnya, dia menghembuskan keluhan kecil. Getaran pada dadanya masih terasa. Berdebar-debar jantungnya saat berdepan dengan gadis itu setelah 12 tahun telah berlalu, setelah kematian palsu yang dikhabarkan padanya. Melihatkan gadis itu langsung tidak mengecamnya, adakah dirinya Akhtar sudah dilupakan oleh gadis itu?
"We finally meet again, Sofea."
"But you're totally different from the first time I knew you. You're changed, or... was I the one who changed you?"
**********
Sorry lama tak sambung TUS, so tinggal lagi satu part lagi for TUS which is tentang kebenaran Amsyar (Harraz and Nadhira). Then, later will continue with special chapter for Tengku Harriz and Farhana Sofea.
But before that, author nak bagitahu yang author akan publish cerita baru. Cerita tentang anak Tengku Harriz Akhtar dan Emir Adden Fattah.
Havisha Aralyn's : The Devil Princess
[ Tengku Havisha Aralyn x Emir Aidan ]
Lepas habis TUS, author akan post cover story and synopsis untuk cerita The Devil Princess and semestinya bab pertama akan dipublish selepas habis special chapter cerita ACYB. Maybe cerita baru around bulan 6 macam tu. Author harap korang support cerita baru nanti hehe.
Okay byee! <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro