The Untold Story : Part 3
DRESS merah bertali halus separa lutut yang dipakainya itu digenggam kuat. Air mata kembali bergelinang. Tidak pernah dia memakai pakaian seksi begini.
"Are you cry?" dagunya dipaut kasar oleh Akhtar.
Tajam dia merenung lelaki itu. Semalam dia hampir dibunuh oleh lelaki itu, sekarang dia berada di bangunan usang di bawa oleh lelaki itu tadi. Entah kenapa dia dibawa ke sini. Namun tidak silapnya Akhtar ada berkata yang lelaki itu akan menjualnya ke Thailand.
"Akh, kenapa awak buat saya macam ni?" air matanya semakin bertakung. Sakitnya diperlakukan oleh Akhtar sebegini. Semalam hampir dibunuh, kejap lagi dirinya akan dijual. Bodohnya dia percayakan pada sembarangan lelaki yang dia tidak tahu usul asalnya.
"Kenapa? Sebab kau muncul depan dia. Sebab kau hadir dalam hidup dia"
Berkerut dahinya memandang Akhtar. Sungguh sejak semalam dia tidak faham satu pun kata-kata lelaki itu. Lagaknya bercakap seperti dia mempunyai personaliti lain.
"Aku akan pastikan kau hilang selama-lamanya dari hidup dia"
Tangan menggenggam erat dress yang dipakainya itu. Sedaya upaya dia menahan air matanya daripada mengalir. Kepala ditundukkan ke bawah seketika sebelum mendongak memandang Akhtar semula.
"Saya...saya bodoh percayakan awak...."
Sakitnya hati dia melihat senyuman sinis yang terukir di sebalik kepala hoodie itu. Baru sahaja beberapa hari yang lepas dia dapat melihat senyuman manis yang terukir di wajah itu namun sekarang digantikan dengan senyuman sinis. Senyuman sinis yang menghancurkan hatinya ke cebisan kecil.
Bunyi derapan kaki membuatkan dia berpaling ke belakang. Dua orang lelaki menghampiri mereka berdua bersama satu beg hitam di tangan. Kelat air liur ditelan, betulkah dia akan dijual ke Thailand?
"Akh...." gementar dia dengan situasi sekarang.
Kaki menghampiri Akhtar dengan lebih dekat. Tangannya menggenggam erat hujung hoodie Akhtar. Walaupun Akhtar jahat namun dia lebih rasa selamat berbanding dengan dua lelaki yang berdiri di depan mereka.
"Ini ke perempuan yang kau nak jual?"
Kepala menoleh memandang Akhtar. Anggukan lelaki itu semakin membuatkan hatinya retak. Saat ini air matanya tidak dapat ditahan lagi. Laju mengalir seperti air terjun. Sakitnya tidak dikata. Dia sudah jatuh cinta dengan lelaki itu namun ini balasan yang dia dapat?
"Cantik" tidak diendah pujian itu, dia semakin menyorok di belakang Akhtar.
"Nah" satu beg hitam dilemparkan ke tanah.
"Akh...please jangan buat saya macam ni" rayu dia dengan harapan Akhtar tidak akan menjual dia pada dua orang lelaki itu.
Badannya mula terketar-ketar saat dua orang lelaki itu menghampirinya setelah Akhtar memberi isyarat pada mereka. Dia menggelengkan kepalanya seraya mengundur beberapa tapak ke belakang.
"Akh!" panggilnya saat Akhtar mula menjauh.
Baru ingin melangkah mengejar langkah Akhtar, lengannya direntap kasar oleh salah seorang lelaki. Terus tubuhnya diangkat ke bahu itu.
"Lepas!"
"Akh!" kuat dia meronta meminta dirinya dilepaskan tapi mana mungkin dia dapat melawan dua orang lelaki berbadan sado dengan tubuhnya yang kurus keding itu.
"Diamlah budak!"
"Umi....." tangisannya memenuhi ruang. Tangan kuat menumbuk belakang badan lelaki yang mengangkatnya itu.
"Lepaslah!"
"Akhtar!"
Langkahnya serta merta terhenti dengan jeritan Sofea. Tangan naik memegang dadanya yang begitu rasa sakit.
'Kau jangan nak memandai keluar sekarang, Akh...'
Adham memberi amaran. Kepala menoleh memandang budak perempuan itu bersama senyuman yang sinis. Sesekali muka berkerut menahan sakit di dadanya. Akhtar yang terkurung itu nampak gayanya mahu mengambil tubuhnya semula.
"Aku kena pergi sekarang sebelum dia keluar..." ujarnya halus. Langkah dipercepatkan keluar dari bangunan itu dengan tidak mengendahkan jeritan dari budak perempuan yang bernama Sofea itu.
"Arghhh!" tubuhnya yang hampir jatuh sempat dipaut pada sportbike.
'Am, bagi tubuh ni balik kat aku!'
"Jangan harap, Akh!" helmetnya mula dicapai. Baru mahu memakai helmet namun lagi sekali dadanya rasa sakit yang teramat.
"It's not going to happen, Akh!"
Meronta-ronta Sofea minta diturunkan. Tangisan hibanya langsung tidak dipedulikan oleh dua orang lelaki itu. Tubuhnya terus dibawa menuju ke van sebelum badannya dilemparkan ke dalam van dengan kasar.
"Lepaslah! Aku taknak ikut korang!" dia cuba untuk keluar dari van.
"Eee kau ni aku lempang karang bersepai otak kau nanti"
Terdiam Sofea memandang renungan tajam lelaki itu. Tangan yang gaya mahu menamparnya dipandang takut. Telapak tangan yang besar itu kalau hinggap di mukanya memang arwah dia.
"Leo, start van"
"Wait"
Kepala menoleh memandang AKhtar yang berdiri di pintu van. Sayu Sofea memandang Akhtar dengan berharap yang Akhtar tidak jadi menjualnya. Dengan berharap AKhtar akan membawa dia pulang ke rumah.
"Aku...." anak mata memandang Sofea yang ketakutan.
"Aku tak jadi nego dengan kau. Aku nak budak tu semula" seraya itu beg yang terdapat duit itu dilemparkan semula.
Lebar bibir Sofea tersenyum memandang pada Akhtar.
"Huh jangan harap!" pintu van ingin ditutup namun ditahan oleh Akhtar lagi sekali.
"Tayar kau aku dah pancitkan. Jangan harap kau dapat pergi"
"Tak guna kau budak! Kau nak mampus agaknya?" lelaki itu mula turun dari van. Lengan baju pendek semakin ditarik ke atas yang semakin menampakkan lengannya yang berotot itu.
Akhtar tersenyum sinis. Mata dikalihkan memandang Sofea semula. Muka gadis itu begitu sembab. Tidak semena-menanya tangan membentuk kepalan memikirkan apa yang telah dilakukan oleh Adham pada gadis yang tidak bersalah itu.
"Sofea, run!"
MENGEREKOT badannya menahan sakit di seluruh tubuh. Dipukul tidak henti oleh ayahnya telah menyebabkan badannya terasa begitu lemah. Nyawanya bagai nyawa-nyawa ikan. Dia sangka dirinya sudah terselamat dari dua orang lelaki jahat tadi, namun keluar dari sarang buaya, dia masuk ke kandang harimau pula.
Berita fitnah tentangnya anak kepada salah satu CR Alpha Corporation telah tersebar. Gambarnya yang memakai dress merah bertali nipis separa lutut itu yang berada di hotel telah naik ke laman sosial. Dan sekarang ramai sedang mengutuknya mengatakan yang dia gadis liar ke hulur ke hilir mengikut lelaki ke hotel tidak lupa ayahnya yang memukul dia tidak henti kerana telah mencemarkan namanya.
Namun semua ini bukan kemahuannya. Dia bukan mengikut Akhtar ke hotel dengan kerelaannya. Dia dipaksa!
Mata dipejam seketika. Apa yang akan jadi pada masanya? Adakah dia akan dipandang serong oleh kawan-kawan sekolahnya? Adakah dia akan dipulaukan dan tiada orang yang akan berkawan dengannya nanti?
"Akh, kenapa awak buat saya macam ni?"
Hiba dia menangis kerana dikhianati lelaki itu. Menyesal tidak sudah melawan kata-kata uminya tempoh hari. Sepatutnya dia mendengar kata-kata uminya supaya tidak keluar malam itu. Namun nak menyesal sekarang sudah tidak boleh. Semuanya sudah terjadi. Sekarang dia perlu memikirkan apa yang dia perlu lakukan.
Akhtar! Ya, Akhtar! Hanya lelaki itu yang dapat selesaikan semua masalah ini! Hanya Akhtar yang dapat membetulkan keadaan! Tapi mahukah lelaki itu?
Dia cuba mengagahkan dirinya untuk berdiri. Terhinjut-hinjut dia berdiri menghampiri pintu biliknya namun terkunci. Dipandang ka arah beranda biliknya itu pula. Perlahan-lahan dia cuba melangkah walaupun rasa sakit yang amat di seluruh tubuh. Badannya usah kata, berbirat-birat dengan tali pinggang dan lebam sana sini akibat dipukul oleh ayahnya.
Bibir mengukirkan senyuman nipis saat sliding door itu dibuka olehnya. Dia menjenguk kepalanya memandang ke bawah memandangkan biliknya berada di tingkat 2. Bagaimana dia mahu melompat ke bawah?
Otaknya cuba mencari cara, setelah puas berfikir dia cuba untuk turun ke bawah dengan berpaut pada besi penghadang. Namun entah di mana silapnya, mungkin tangannya yang begitu lembik dia terhempap jatuh ke bawah. Merengek dia menahan sakit di kaki.
"Umi...." air mata mengalir buat kesekian kalinya. Mulutnya ditutup dengan tangan supaya tidak mengeluarkan bunyi. Risau tertangkap dengan ayahnya.
Gagahkan dirinya, dia cuba berjalan menuju ke pagar namun langkahnya terasa semakin berat. Kepalanya semakin berpinar-pinar dengan padangan yang semakin kabur. Buka sahaja pagar kecil tubuhnya terasa mau melayang. Hampir sahaja dia mendarat jatuh ke tanah namun sempat dirangkul oleh seseorang.
"Fea!"
"Akh?" dahi berkerut. Mata dikecilkan memandang muka itu namun padangannya semakin kabur.
"Sofea!"
LEGA hatinya saat melihat mata itu mula dicelik selepas dia membawa gadis itu ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Segera dia menerpa ke arah Sofea yang cuba untuk bangun.
"Fea"
"A....Akh?" berkerut dahinya. Dia memandang sekeliling cuba mengenal pasti di mana dia berada.
"Hmm aku. Akhtar"
"Saya kat hospital ke?"
Akhtar mengangguk kepalanya.
"Kau pengsan kat depan rumah kau jadi aku bawa kau ke hospital"
Terangguk kepala Sofea saat teringat yang dia jatuh ke dalam dakapan itu sehingga dunianya mula kelam. Suasana diam seketika. Rasa janggal di antaranya dengan Akhtar setelah apa yang terjadi sehingga dia lupa yang dia mahu meminta pertolongan lelaki itu untuk membetulkan keadaan.
"Aku minta maaf"
Terangkat kepalanya memandang Akhtar. Anak mata yang terselindung dengan rambut itu direnungnya lama. Baru dia perasan warna anak mata itu apabila sinaran cahaya matahari memancarkan separuh daripada muka itu. Warna coklat. Cantik.
"Aku akan jelaskan kat keluarga kau apa yang terjadi. Aku akan betulkan keadaan. Aku janji, Fea"
Diam dia merenung Akhtar. Separuh hatinya cuba membenci lelaki itu setelah apa yang dilakukan oleh lelaki itu dan separuh lagi hatinya cuba memaafkan lelaki itu yang tampak ikhlas meminta maaf.
"Hmm" pandangannya dialih memandang ke arah lain. Jantungnya yang sedang berdetak hebat gara-gara anak mata yang cantik itu cuba ditenangkan.
"Fe...fea" gelisah Akhtar melihat Sofea gadis yang banyak mulut hanya diam menyepi.
Tidak betah bercakap seperti sebelum ini. Wajah yang sentiasa ceria setiap kali berjumpa dengannya kini tampak murung bersama lebam yang menghiasi wajah itu.
"A...Aku...." tangan digenggam erat. Sofea sudah tidak mahu memandangnya. Mesti gadis itu sudah membencinya sehingga langsung tidak mahu menoleh memandangnya.
"Aku pergi dulu. Kau rehatlah dulu. Nanti aku datang balik. Aku akan cuba cari cara selesaikan hal ni" keluhan kecil dilepaskan apabila tiada respon dari Sofea.
"Tunggu aku, Fea"
Hilang sahaja Akhtar dari pandangan, dia mengeluh kecil. Tangan menggengam cadar katil erat.
"Saya tunggu"
SAMPAI sahaja di rumah, Tengku Harriz terus menuju ke biliknya. Laptopnya terus dibuka. Baru sahaja dia mahu menghubungi Razul, pintunya dikuak kasar oleh papanya. Terangkat kening dia melihat papa mamanya yang menghampiri dia. Kolar bajunya terus ditarik oleh papanya.
"Pa...papa, kenap...."
Pang
Jatuh terhempap dia di atas lantai akibat tamparan sulung dari papanya. Berpijar-pijar pipinya dengan tamparan yang begitu kuat. Tidak pernah dia ditampar oleh papanya hanya mamanya sahaja namun sakitnya tidak terkata.
"Apa yang kau dah buat, Tengku Harriz?"
Beberapa keping gambar dilempar padanya. Matanya merenung tidak lepas gambar yang menjadi isu hangat sekarang. Gambar seorang lelaki berhoodie dengan gadis yang memakai dress merah yang berada di hotel dan ada juga gambar yang mereka menaiki sportbikenya.
"Itu sportbike kau kan?" lantang Tengku Hadif menyoal.
"Lelaki yang pakai hoodie tu kau kan?"
"Aku tanya ni jawablah!"
Tangan digenggam erat. Kepala perlahan-lahan diangguk.
"Tapi ni salah faham. Ri...Riz tak buat pa. Am...Am yang....."
"Kau jangan nak bagi banyak alasanlah!" sekali lagi kolarnya ditarik.
"Kau ni memang anak yang tak dikenang untung! Kalau orang tahu ni kau, memang habis nama aku tahu tak?"
"Ri...Riz minta maaf. Riz akan cuba betulkan keadaan."
"Huh betulkan keadaan atau menambahkan lagi masalah?" tubuh Tengku Harriz itu ditolak kasar. Dia memandang ke arah isterinya sekilas.
"Mulai hari ini, aku akan kurung kau dalam stor!"
"Pa...papa"
"Ambil dia" arah Tengku Hadif pada beberapa orang lelaki yang bekerja di rumahnya.
"Pa, bagi Riz settlekan masalah ni. Bagi Riz betulkan keadaan. Pa please..." rayu Tengku Harriz sambil cuba melepaskan dirinya namun dibuat tidak endah oleh papa mamanya.
Ketap bibir, akhinya dia melawan orang yang memegangnya. Terus terlepas dia dari pegangan mereka. Kakinya mula melangkah ke arah pintu rumah. Daripada dikurung di dalam stor, lebih baik dia keluar dari rumah ini!
"Tengku Harriz! Kalau kau keluar dari sini kau bukan lagi anak kitorang! Kau tak boleh lagi jejak kaki kau ke sini" ugut Tengku Hadif membuatkan langkah Tengku Harriz terhenti.
"Papa...mama..." tubuh menoleh memandang mereka berdua. Hancur sehancurnya hati dia ketika ini. Tidak cukup ingin mengurungnya dan sekarang dia diugut untuk dibuang?
"How could you do this to me?" serak Tengku Harriz menyoal. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir jua.
"I'm your son too! Not only Harraz!" jeritnya lantang. Tidak dapat ditahan lagi apa yang terbuku di dalam hati.
"Don't you know how much I'm craving both of your loves? Don't you know how much I have suffered during these 8 years? Don't you know? But yet...." kepala menunduk ke bawah dengan tangan yang dikepal
"Yet you still did this to me without even thinking about my feelings. Not even once...."
"Perasaan kau je yang kena fikir? Perasaan kitorang ni macam mana?" ujar Tengku Farihah setelah lama dia berdiam diri.
"Kau pilih Riz, budak perempuan tu atau mak bapak kau"
Sinis Tengku Harriz. Memilih diantara mereka berdua atau Sofea?
"Why should I stay here when you two don't ever love me? Riz tak pernah dianggap wujud kat sini, then why should I stay here?"
Dia memusingkan badannya menghadap pintu semula. Baru dia mahu melangkah keluar dari rumah yang tersimpan seribu derita, belakang lehernya dipukul kuat oleh salah seorang pekerja keluarganya. Berpinar-pinar terasa kepalanya sebelum dia merebahkan badannya di atas lantai.
"Fe...Fea..."
SAMPAI sahaja di hospital, dia segera turun dari sportbike Razul. Tanpa menjawab soalan Razul, dia segera masuk ke dalam menuju ke rooftop. Jantungnya berdegup kencang saat menerima info dari Razul yang Sofea sekarang berada di atas rooftop hospital.
Mujur sahaja Razul datang ke rumahnya. Akhirnya dia terlepas dari sangkar yang dibina oleh papa mamanya. Namun sekarang nyawa seseorang menjadi pertaruhan.
"Saya.....saya menyesal kenal awak"
Saat mendengarkan kata-kata itu yang keluar dari mulut Sofea, entah kenapa hatinya begitu rasa sakit. Terasa sesuatu begitu mencengkam hatinya sehingga dia sukar untuk bernafas.
"Fea......"
Kepala didongak menentang anak mata gadis itu. Perit hatinya mencerna kata-kata itu.
"Saya harap awak takkan hidup dengan tenang setelah apa yang awak lakukan pada saya. Selamat tinggal.....Akhtar"
"Sofea!"
Terbuntang mata Akhtar memandang Sofea yang terjun dari bangunan hospital. Tidak menunggu lama, dia turut terjun mendapatkan Sofea. Tergapai-gapai tangannya di udara ingin mencapai gadis itu. Saat tangannya memegang lengan Sofea, terus dia menarik Sofea ke dalam pelukan.
Sempat dia menerbalikkan tubuh mereka yang sedang menjunam laju jatuh dari bangunan hospital.
"Aku minta maaf, Fea" sempat dia mengucap maaf sebelum belakang badannya jatuh terhempas atas bumbung kereta. Kepalanya turut terhempas kuat menghasilkan darah yang mula membuak-buak keluar. Sofea yang berada dalam pelukannya didakap kemas.
"Ma...maaf"
PERLAHAN-LAHAN mata mula dibuka. Cahaya yang memenuhi ruang kelopak matanya membuatkan matanya terkatup semula.
"Riz!"
"Riz, kau dah bangun!"
Goncangan dan suara lantang Razul memaksa dia membuka matanya. Kawan baiknya yang berada di sisinya dijeling tajam. Mahu sahaja dia tidur balik daripada menghadap Razul.
"Daddy! Riz dah bangun!"
Tergeleng-geleng kepalanya melihat Razul yang berlari keluar. Seketika dahinya berkerut saat baru tersedar dia berada di atas katil hospital. Memori terakhirnya cuba diputar kembali.
Anak matanya terus terbuntang luas. Sofea!
Tubuh terus bangkit daripada baring. Sofea. Selamatkah gadis itu?
"Riz, aku rindu kau tahu tak!" badannya tidak semena-mena dipeluk erat oleh Razul.
"Bagilah Riz bernafas dulu kut ye pun" Dr Razi menggelengkan kepalanya melihat karenah tak semenggah anaknya itu.
"Zul ni rindu kawan baik Zul ni! Daddy apa tau? Bosan tau tak bila Riz koma setahun!" ujar Razul tidak berpuas hati.
"Apa kau cakap? A...aku koma setahun?" pandang Tengku Harriz tidak percaya.
"Ya. Kau koma selama setahun lepas kau terjun dari rooftop dengan budak tu" jawab Razul.
"Sofea! Sofea macam mana? Dia okay kan?" dipandang silih berganti Razul dan Dr. Razi namun kedua-duanya hanya diam, tidak menjawab soalannya yang itu.
"Bagi uncle periksa dulu keadaan kamu, Riz"
Dia mengangguk kepala perlahan-lahan biarpun jantungnya sudah berdegup kencang memikirkan keadaan Sofea. Selamatkah gadis itu? Mana mana keadaan gadis itu selama setahun dia koma?
Tangan meraup mukanya. Seminggu gadis itu menunggu dia dan terpaksa menunggu dia selama setahun lagi. Rasa bersalah semakin menggunung.
Keluhan kecil dilepaskan.
Pintu wad dipandang lemah. Mana pergi Dr Razi dan Razul setelah memeriksa keadaannya? Perlahan-lahan dia mula menuju ke pintu wad. Baru tangan mahu menolak dedaun pintu tapi tidak jadi saat suara Razul kedengaran.
"Riz kena tahu yang budak tu dan aunty Lestaria dah takde"
Prang!
Dunianya mula kelam dan bergoyang hebat sekarang saat kata-kata itu keluar dari mulut kawan baiknya. Kepala digelengkan menafikan apa yang didengarinya itu. Sakit dadanya mula terasa begitu ngilu. Tidak mungkin!
"Yaa tapi bukan sekarang. Daddy risau penyakit Riz semakin teruk kalau dia tahu budak tu and aunty Lestaria dah meninggal dunia"
Razul mengeluh kecil. Kepala menunduk ke bawah sesaat.
"Tapi..."
"Betul ke?"
Dr. Razi dan Razul tersentak hebat. Mata membulat memandang Tengku Harriz yang berdiri di pintu wad.
"Tak...tak mungkin kan?"
"Sofea....Sofea jatuh atas Riz. Tak mungkin dia tak selamat. Tak mungkin...."
Kepala digeleng menafikan yang Sofea sudah tiada. Tanpa dia sedar air matanya mengalir laju turun ke pipinya. Tangan mula naik memegang dadanya yang sakitnya bukan kepalang.
"Riz..." risau Dr. Razi melihat Tengku Harriz yang berkerut muka memegang dadanya.
"Dan aunty Riz...aunty Ria sihat je selama ni" kepala diangkat menentang anak mata mereka berdua. Berharap yang ini hanya mimpi atau penipuan semata-mata.
"Aunty Ria dah lama sakit. Dan keadaan dia semakin teruk sejak Riz koma. Hari-hari dia datang sini melawat Riz walaupun keadaannya yang tidak sihat"
Dipandang Dr. Razi dengan air mata yang penuh di kelopak mata. Kenapa selama ini dia tidak tahu aunty Lestaria yang bagaikan ibunya sakit selama ini?
"Sofea pula...dia memang selamat. Dia tak ada luka kat mana-mana thanks to you but....." Dr. Razi melepaskan keluhan kecil.
"Dia accident kereta dengan mak dia semasa mahu melarikan diri dari Dato' Khalish. Mereka berdua meninggal di tempat kejadian" jelas Dr. Razi. Nak tak nak dia perlu jelaskan apa yang terjadi pada Tengku Harriz memandangkan lelaki itu sudah tahu.
Tengku Harriz terus menggelengkan kepalanya, menafikan apa yang dijelaskan oleh Dr. Razi. Kepala menoleh memandang Razul yang hanya diam sedari tadi namun lelaki itu mengelakkan daripada bertembung mata dengannya.
"Tak mungkin...."
Jatuh terduduk Tengku Harriz di atas lantai bersama laungan yang semakin kuat. Kejutan dua berita itu bukan mudah untuk dia hadam apatah lagi orang yang dia sayang sekelip mata meninggalkan dia.
Mana dia mahu mencari kekuatan andai selama ini dia terus bertahan kerana aunty Lestaria? Mana dia mahu mencari tujuan hidup andai Sofea yang hadir sebagai penyuluh hidupnya?
"Aunty Ria..."
"Fea...."
Dadanya yang terasa begitu mencengkam ditumbuk tidak henti.
Andai selama seminggu dia tidak dikurung dan berjaya melepaskan dirinya, kejadian terjun dari rooftop tidak akan berlaku kan? Aunty Lestaria tidak semakin sakit kerana risau akannya dan Sofea tidak akan kemalangan kerana mahu lari dari ayahnya jika dia berjaya membetulkan keadaan.
Atau semua ini tidak akan berlaku jika dia tidak ada penyakit kecelaruan identiti? Semua ini tidak akan berlaku jika dia menghalang Adham dari mengambil alih tubuhnya kan?
"Why...just like why?"
Teresak-esak dia menangis memikirkan semua yang berlaku adalah punca darinya.
"For once, I really hope this won't happen."
"I really hope Aunty will wait for me at home as usual when I come back home and I really hope..."
Bibirnya diketap.
"I really hope we can meet again, Sofea"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro