The Untold Story : Part 2
12 years ago
SLIP keputusan percubaan SPM di tangannya dipandang dengan senyuman yang lebar. Tidak lekang senyumannya dari tadi saat menerima result percubaan SPM pagi tadi. Siang malam dia berpulun study akhirnya membuahkan hasil dengan result straight A.
Tombol pintu segera dipulas lantas dedaun pintu ditolak laju. Langkah laju menuruni setiap tangga menuju papa mamanya yang baru pulang lewat malam. Entah ke mana mereka pergi, baru tika ini dia dapat memberitahu khabar gembira. Sanggup dia bersengkang mata menunggu papa mamanya pulang.
"Papa! Mama!"
Kepala Tengku Hadif dan Tengku Farihah menoleh memandang Tengku Harriz yang begitu teruja menghampiri mereka. Kening mula berkerut.
"Look what I got" slip percubaan SPM disua pada mereka berdua. Bibir tidak henti tersenyum.
"Riz dapat straight A trial SPM"
Tengku Farihah mengetap bibirnya. Slip percubaan SPM yang dihulur oleh Tengku Harriz dipandang sekilas sebelum dia ketawa kecil membuatkan kening Tengku Harriz mula bertaut. Senyuman manis di bibir Tengku Harriz mula memudar.
"Straight A? Dan kau happy?"
Kelat air liur ditelan, Tengku Harriz mula ingin menarik balik huluran slip percubaan SPMnya namun tersentak apabila Tengku Farihah merampas slip itu dengan kasar dari tangannya.
"Straight A yee?" slip yang dipegang itu mula dibelah dua.
"Ma...mama"
Terbuntang anak matanya memandang sekeping slip percubaan SPMnya itu dicarik oleh mamanya sehingga membentuk cebisan halus sebelum dilemparkan ke mukanya. Bagaikan usahanya untuk memperoleh straight A langsung tidak dihargai. Bagaikan kejayaan dia memperoleh straight A dalam percubaan SPM adalah sebuah jenayah.
Pang
Tertoleh kepalanya ke kiri dengan tindakan mamanya yang tidak dijangka.
"Kau happy Riz? Tergamak kau happy sedangkan kembar kau hilang entah ke mana?" lenting Tengku Farihah.
Melihat senyuman di wajah itu tadi menghempap hatinya bertalu-talu. Sedangkan dia masih bersedih atas kehilangan Tengku Harraz selama 8 tahun ini, anaknya yang itu gembira menjalani kehidupannya? Gembira memperoleh keputusan yang cemerlang?
"Aku balik lewat setiap malam cari kembar kau merata dunia. Entah hidup atau entah mati tapi kau boleh gembira dengan keputusan cemerlang kau?" tidak cukup dengan tamparan, kepala Tengku Harriz ditunjal kasar pula olehnya.
Tengku Hadif yang melihat pergaduhan itu hanya mendiamkan diri. Malas mahu masuk campur pergaduhan dua beranak itu jadi dia menuju ke dapur untuk menghilangkan tekak yang haus.
"Ri...Riz minta maaf" tangan membentuk kepalan menahan dirinya daripada untuk menangis. Kenapa dia perlu merasa bersalah atas keputusan percubaan SPMnya yang cemerlang?
Diam sahaja dia menunduk ke bawah di saat kepalanya ditunjal bertalu-talu oleh mamanya. Ingin sahaja dia menjerit dan menyatakan bertapa sakitnya dia juga tanpa kembarnya di sisi. Bertapa dia tidak boleh tidur malam memikirkan akan kembarnya. Bertapa strugglenya dia melawan penyakit kecelaruan identitinya setiap hari yang semakin teruk. Bertapa susahnya dia melawan traumanya.
Dia pun turut sakit!
"Maaf? Kau reti minta maaf je kan?"
"Maaf kau tu dapat kembalikan Harraz ke?" jerit lantang Tengku Farihah bersama air mata yang mengalir di pipi. Tangan tidak henti menumbuk dada Tengku Harriz.
"Ma...macam mana kalau Harraz dah takde?" tergeleng-geleng kepala Tengku Farihah saat memikirkan hal itu.
Air mata mula mengalir laju ke pipi Tengku Harriz. Kepala digelengkan menafi kata-kata itu. Dia yakin Tengku Harraz masih hidup. Dia dapat merasakannya. Dia tahu Tengku Harraz masih ada namun keberadaan kembarnya itu entah di mana.
"Kau...kau memang pembunuh, Tengku Harriz!" badan Tengku Harriz ditolak kasar sehingga anaknya itu terdorong ke belakang sedikit melanggar bucu perabot.
"Kalau bukan sebab kau yang bodoh pergi bantu budak perempuan tak guna tu, semua ni takkan jadilah!"
"Kenapa bukan kau je yang hilang? Kenapa bukan kau je yang mati?"
Terhinjut kecil bahu Tengku Harriz dengan jeritan nyaring mamanya. Tangan kuat mengenggam perabot di belakang melihat mamanya yang menangis teresak-esak. Dia hanya diam di situ sambil mengalirkan air matanya. Melihat mamanya dengan emosi tidak stabil sejak kes penculikan 8 tahun lalu membuatkan hatinya begitu retak.
"Farihah..."
Tengku Hadif menghampiri Tengku Farihah. Isterinya itu ditarik ke dalam pelukan cuba menenangkan isterinya.
"Hadif, I hate him. I hate him so much!"
"I hate seeing him smile! It's so disgusting."
Ketap bibir, dia tahu kata-kata itu dituju untuknya apatah lagi menerima jelingan tajam dari papanya.
"Puas hati kau sekarang?" jerkah Tengku Hadif.
Semakin menunduk kepalanya ke bawah dengan jerkahan oleh papanya. Statik dia berdiri di situ sehingga hilang kelibat papa mamanya. Perlahan-lahan tubuhnya melorot jatuh bersama air mata yang semakin laju turun.
"Raz....aku rindu kau" tangan menutup mulut menahan bunyi esakannya daripada keluar.
"Riz..." kepala terdongak memandang aunty Lestaria yang ibarat ibu angkatnya. Aunty Lestaria merupakan pembantu lama keluarganya dan aunty Lestarialah yang menjaganya, yang menyayanginya seperti anak kandung sendiri dan yang turut gembira dengan keputusan cemerlangnya.
Bibir digigit dengan kepala yang digelengkan saat aunty Lestaria mencangkung di depannya.
"Aunty, na...nanti papa mama marah" ujarnya melarang aunty Lestaria mendekatinya. Sejak dia yang selalu meluangkan masa bersama aunty Lestaria, papa mamanya mula melarangnya dek kerana tidak ingin sesiapa menjadi penemannnya.
Aunty Lestaria menggelengkan kepalanya, tidak kesah jika dia dimarahi sekalipun. Bibir mengukirkan senyuman.
"Aunty Ria...." tubuh terus dibangkit. Dia menunduk memandang aunty Lestaria. Sesekali mata memandang ke arah tangga. Risau papa mamanya muncul kejap lagi.
"Riz nak pergi mana?" terus tubuhnya bangkit mengejar langkah Tengku Harriz ke pintu rumah.
"Biar je si budak tu. Dia nak pergi mampus pun ikut dia lah" larang Tengku Hadif yang berada di anak tangga.
"Tu...tuan"
Anak mata menoleh ke arah Tengku Harriz semula yang berdiri di muka pintu. Risau anak yang tidak bersalah terasa hati dengan percakapan ayahnya sendiri.
"Papa mama memang tak kesahkan kehilangan Riz?" tubuh dipusingkan menghadap ke arah tangga. Anak mata coklatnya itu bergetar hebat.
"Why did you ask when you already know the answer?"
Secara tidak langsung bibirnya mula membentuk senyuman sinis.
"Glad. I'm so glad. Now, I don't need to worry about it anymore."
TERMENUNG Farhana Sofea memandang sungai yang terbentang dengan kepala yang kusut. Ke sini dia lari dengan basikal selepas bergaduh dengan ayahnya yang datang ke kampung uminya petang tadi. Sedar-sedar dia sudah berada di atas jambatan sungai.
Keluhan kecil dilepaskan.
Sudahlah datang menyusahkan dia dan uminya! Baik tak payah datang!
"Arghhh!"
Dia menjerit melepaskan geram. Rambut yang ditiup angin itu diserabaikan. Pening memikirkan bagaimana dia mahu membawa lari uminya dari ayahnya. Sudah cukup kesakitan yang dialami oleh mereka berdua! Dia sudah tidak mahu menghadap lagi sakit dipukul oleh ayahnya yang baran itu.
"Umi....." memikirkan nasib malangnya mempunyai ayah yang kejam dan memikirkan uminya yang mempunyai suami yang tidak bertanggungjawab, serta merta air mata mengalir ke pipi.
Lelaki....hancur cinta pertama hatinya. Sepatutnya ayahnya itu menjadi contoh yang terbaik dan menjadi hero untuk anak perempuan mereka namun ayahnya itu jauh sama sekali. Jujur kadang-kadang dia cemburu melihat rakan-rakanya yang mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Kenapa tidak dia?
Sekali lagi dia mengeluh kecil.
Deruan enjin sportbike yang lalu di jambatan sungai itu menyentakkan dia apatah lagi sportbike itu berhenti tidak jauh darinya. Segera dia menghapuskan air matanya sebelum kembali menoleh ke kiri memerhati seorang lelaki yang turun dari sportbikenya.
Dalam rasa curiga dan ketakutan melihat seorang lelaki yang asing di lewat malam, kakinya masih statik berada di situ. Matanya tidak lekang memandang setiap gerak geri lelaki yang memakai hoodie itu. Nampak gaya lelaki itu tidak perasan akan kewujudannya di situ. Mungkin disebabkan dia yang memakai serba serbi hitam?
Lama dia memandang ke arah lelaki itu yang tampak seperti hanyut dalam duniannya sendiri, dia mula ingin mengangkat kaki untuk beredar dari situ. Risau kalau uminya tercari-cari dia nanti. Badan mula dipusingkan membelakangi lelaki itu. Baru setapak melangkah telinga menangkap sesuatu.
Kedebush!
Terus dia menoleh ke belakang. Matanya mula membulat. Lelaki itu hilang! Sportbike masih ada di situ namun pemiliknya sudah tiada!
"Ja...jangan kata...." kaki mula berlari ke tempat lelaki itu berdiri tadi.
"Dia terjun?" matanya membulat melihat air yang berkocak seperti baru sahaja ada orang terjun ke dalam sungai itu.
"Mungkin dia nak mandi sungai je kut" dia cuba berfikiran positif. Sportbike di belakangnya di pandang lama.
"Tapi malam-malam buta macam ni?"
"Mungkin dia panas kut" kepalanya terangguk-angguk. Masih cuba positif.
"Lantak dia lah. Hal dia bukan hal aku" kakinya menapak beberapa langkah namun terhenti semula.
"Kalau dia bunuh diri macam mana? Nanti dia jadi hantu and ganggu aku setiap malam sebab aku orang terakhir yang nampak dia macam mana?" sejenak dia diam. Bibir diketap kuat.
"Haa sudah!" kedua-dua tangan memegang kepala.
Segera dia menjenguk kepalanya mencari kelibat lelaki itu namun tiada apa yang muncul di permukaan air sungai. Dia mula merasakan tidak sedap hati apatah lagi air sungai yang berkocak tadi kembali tenang.
"Dia betul-betul bunuh diri ke?" bibir diketap dengan anak mata yang mula bergetar.
"Damn! Kenapa bunuh diri depan aku?" tanpa melengahkan masa, dia turut terjun ke dalam sungai.
Kedebush!
Tergapai-gapai dia cuba mencari lelaki itu. Sudahlah gelap! Seketika dia terapungkan dirinya di permukaan air sungai, mengambil nafas. Tika itu dia baru tersedar akan sesuatu. Dahinya berkerut.
"Ehh macam mana aku boleh terapung? Bukan aku tak pandai berenang ke?"
Suasana menyepi seketika.
"Aku tak reti berenang lah apahal aku terjun? Umi, tolong Fea!" tubuhnya mula tenggelam timbul di permukaan air sungai. Tersedak air sungai dek panik dirinya yang berada di tengah-tengah sungai.
"To...tolong...." dia mula pasrah.
Air semakin banyak masuk ke kerongkong hidung dan mulutnya. Lagaknya mungkin pengakhiran dia begini. Mungkin dia akan hidup sehingga umur 15 tahun sahaja. Huh, mudanya dia untuk mati sekarang.
"Umi...."
Mata mula terasa berat. Badannya mula tenggelam ke dalam dasar sungai. Perlahan-lahan matanya terkatup rapat. Terasa satu tangan melingkari pinggangnya namun matanya terasa berat untuk dibuka. Selamat tinggal dunia.
TERSEDAK Farhana Sofea sebaik sahaja matanya terbuka. Isi air mula dimuntahkan. Dadanya ditumbuk kuat. Sesak rasanya nafas. Rasa macam baru sahaja dia hidup balik.
"Kau bodoh ke?"
Terbuntang luas matanya mendengar suara seorang lelaki. Kepala segera menoleh ke sisinya sebelum dipandang sekeliling. Dia sekarang berada di tepi sungai.
"Aku hidup, ya Allah! Aku hidup lagi" hirau lelaki di sebelahnya, dia menadahkan tangan. Kepala mendongak memandang langit. Tidak henti dia melafazkan syukur yang dia masih diberi peluang untuk bernyawa lagi.
"Gila!"
Malas mahu melayan minah sewel itu, Tengku Harriz mula bangun. Keluhan kecil dilepaskan. Tangan membentuk kepalan. Kalau tidak kerana gadis itu, dia sudah melemaskan dirinya tadi. Gara-gara gadis itu tidak pandai berenang, dia pula perlu selamatkan gadis itu.
Nampak gaya bukan peluang dia hari ini untuk mati. Meninggalkan segala duka dan lara. Meninggalkan segala kesakitan yang dialaminya. Yang pasti kematiannya adalah berita gembira untuk papa mamanya.
"Hey, awak!" Farhana Sofea mengejar langkah Tengku Harriz.
"Kenapa awak terjun tadi? Tahu tak saya ni tak pandai berenang?" marah Farhana Sofea. Cemas sangat dek lelaki itu terjun sungai dia turut sama terjun sehingga lupa dia tidak pandai berenang.
"Ada aku suruh kau terjun ke?"
Terdiam Farhana Sofea seketika.
"Memanglah tak. Lepastu awak nak expect saya buat apa kalau ada orang terjun nak bunuh diri depan mata saya? Angkat kaki and then blah?" tajam dia merenung lelaki itu yang mukanya berselindung dengan kepala hoodie. Sakit hatinya pula cakap dengan lelaki itu!
"That's what you should do. Mind your own business."
"Hey! Saya ni risau kat awaklah! Dasar tak kenang budi!"
Langkah Tengku Harriz yang ingin mara ke sportbikenya mula terhenti. Badan dipusingkan menghadap gadis itu. Gadis itu risaukan dia?
"Why do you worry about me when I'm nobody for you?" tubuhya dibongkokkan sedikit menyamai ketinggian gadis di hadapannya itu. Anak matanya dalam merenung anak mata gadis itu.
"And we don't know each other. Perhaps this is our first meets."
"Err...." getaran mula terasa mungkin disebabkan renungan anak mata itu yang terlindung sedikit dengan rambut basahnya.
"Err sebab saya takutlah kalau awak jadi hantu nanti, awak datang usik saya setiap malam sebab saya orang yang terakhir tengok awak!" jawabnya tidak berdalih. Memang itu pun dia sangka sebelum dia terjun tadi.
"Sewel"
Tubuhnya ditegakkan kembali. Langkah kembali disambung ke sportbikenya.
"Mulut awak ni memang tak ada insurans kan? Mak bapak tak ajar ke?" serta merta kata-katanya mematikan perbuatan lelaki itu yang ingin memakai helmet.
Ketap bibir. Tangan mula menguis bajunya. Renungan lelaki itu tampak layu sebaik sahaja dia menyebut perihal mak bapak. Dia salah cakap ke?
"Err sorr....."
"I hope we don't meet again in the future."
" HYE, Akhtar!"
Kepala menoleh ke sisi saat seseorang menyapanya lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya. Tidak lain tidak bukan siapa lagi yang suka kacau dia duduk di tepi tasik ini? Dia, Sofea. Yang menganggu ketenteraman dia setiap kali dia datang ke sini. Tidak sangka mereka akan berjumpa lagi.
Melihat Akhtar yang hanya diam dan berpaling ke hadapan semula, Sofea mengambil kesempatan untuk memandang lelaki itu dari tepi. Geram dia mahu menarik kepala hoodie yang sentiasa menutup kepala itu. Bukan apa, dia teringin sangat mahu melihat muka itu.
Sejak pertemuan mereka kali kedua di Taman Tasik Titiwangsa ini, mereka sering kali berjumpa atau lebih tepat dia yang selalu datang ke sini untuk mengusik lelaki itu. Tidak sia-sia dia datang menegur lelaki itu buat kali kedua selepas terlihat sportbike yang sama diparking tidak jauh dari tasik itu.
"Akh....."
Akhtar menoleh memandangnya.
"Kenapa awak selalu tutup kepala awak?" soalnya dek perasaan ingin tahu semakin membuak-buak.
Diam sahaja Akhtar tidak menjawab soalan itu kerana dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu. Dia cuma selesa memakai hoodie dan menutup kepalanya dengan hoodienya.
"Entah" itu sahaja jawapan daripada lelaki itu membuatkan Sofea mencerbik. Memang sepanjang perkenalan mereka, sepatah dua je lelaki itu berkata-kata.
"Akh, saya tak pernah tengok muka awak. Tengok senyuman awak pun tak pernah" seperti biasa dia yang akan mencari akal untuk mereka berbual.
Lama Akhtar merenung Sofea sebelum kembali memandang tasik. Kata-kata mamanya mula bermain di fikirannya.
'I hate seeing him smile. It's so disgusting!'
Sejak daripada hari itu, dia tidak lagi suka senyum. Dia bukan lagi Tengku Harriz yang ceria dan murah dengan senyuman manis. Hanya wajah yang tidak berperasaan ditayangkan olehnya setiap hari.
"It's disgusting" dia mengulang balik apa yang mamanya pernah kata.
Diam sejenak Sofea memandang Akhar. Dia tahu lelaki itu ada masalah. Dia tahu lelaki itu banyak memendam perasaanya.
"Akh, awak nak tahu tak apa yang terjadi kat sekolah saya hari ni?" dia mula menukar topik. Tidak mahu situasi mereka terus janggal.
"Taknak"
"Akhtar...." tajam dia merenung Akhtar.
"Tell me"
Terus lebar senyuman Farhana Sofea. Dia membetulkan kedudukannya menghadap Tengku Harriz. Teruja mahu menceritakan apa yang terjadi di sekolahnya.
"Awak ingat tak Ell yang saya cerita hari tu?"
Perlahan-lahan Akhtar mengangguk kepalanya. Setiap kali pertemuan mereka, Sofea suka bercerita apa yang terjadi di sekolahnya sehinggakan hampir semua nama classmate gadis itu dia tahu.
"Saya dah balas balik kat dia"
Akhtar menjungkitkan keningnya, ingin tahu lebih lanjut tentang Ell yang selalu mencari pasal dengan Sofea.
Diam sahaja dia mendengar Sofea berceloteh. Macam-macam gaya gadis itu bercerita. Tidak lupa mimik mukanya yang kejap tammak bengang dan kejap tersenyum.
"Lepastukan saya pun apa lagi, saya pergi kat dia lepastu pakk saya tepuk meja dia" rumput di depan gadis itu ditepuk olehnya gaya menepuk meja.
"Saya pun cakaplah sehina-hina aku, hina lagi kau yang tidur pakai pampers walaupun dah besar panjang. Apa lagi semua orang gelakkan dia. Haha padan muka dia! Cari pasal dengan saya sangat. Dia ingat saya ni siapa? Hey ni Sofealah!"
Tidak semena-menanya dia ketawa kecil. Bukan kerana cerita itu yang kelakar namun cara gadis itu bercerita yang kelakar. Dengan riak wajah tersenyum bangganya selepas dapat kenakan Ell semula membuatkan dia tersenyum kecil.
Diam Sofea merenung muka di sebalik kepala hoodie itu. Terpegun dengan senyuman kecil itu walaupun tampak samar-samar dek terlindung dengan kepala hoodie. Menyedari dia yang merenung tidak lepas, Akhtar berdehem kecil sebelum menoleh mukanya memandang tasik semula.
"It's not disgusting."
Terangkat kening Akhtar.
"It's beautiful."
Lama Akhtar memandang Sofea. Jantungnya mula berdetak sesuatu saat memandang bebola mata hitam itu lama. Dapat dia rasakan Sofea ikhlas memuji senyumannya.
"Ehem" dia berdehem kecil. Kedua-dua mereka mula memandang ke tasik semula. Suasana menyepi seketika.
"Aku balik dulu" Akhtar mula bangun berdiri membuatkan Sofea mendongak kepala memandangnya.
"Okay. See you tomorrow!"
"Hmm"
Akhtar yang berlalu pergi dipandangnya tidak lepas. Dengan senyuman yang terukir di wajahnya, tangan naik merasakan jantungnya yang berdetak hebat dari tadi.
"I think I'm falling in love."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro