The Untold Story : Part 1
20 years ago
DADA turun naik menahan amarah yang kian membara. Dipandang lelaki di hadapannya itu dengan renungan tajam. Langsung tiada perasaan bersalah di wajah itu. Yang ada hanyalah senyuman sinis yang terukir di wajah tidak berperasaan itu.
"So don't you dare to report me or else you will see my evil side, Alinda"
"Khalish!"
Alinda mengetap bibirnya kuat. Dada yang berombak laju itu cuba ditenangkan namun memikirkan apa yang lelaki itu sudah lakukan serta merta amarahnya mendadak naik lagi sekali.
"You kill them, Khalish!"
"So?"
Tangan membentuk kepalan. Bengang hatinya melihat Khalish yang tersenyum bangga dengan kejahatannya itu.
"You kill Farah's parents!" bentak Alinda sekali lagi.
Masih lagi dengan wajah yang sama, Khalish langsung tidak menunjukkan riak bersalah. Langsung tiada!
"And you kill your parents, Khalish! What the hell is wrong with you?" jeritannya bergema di belakang hospital.
Khalish mula menunjukkan reaksi. Bergerak-gerak rahangnya menahan amarah. Sesekali mata meliar sekeliling, risau jeritan Alinda itu menarik perhatian orang.
"Shut up, Alinda!" ditolak kasar Alinda ke dinding, seraya itu tangan kekar miliknya naik menutup mulut Alinda. Renungan tajam diberikan pada Alinda.
"I do it for us, Alinda!" bentaknya pula tidak berpuas hati dengan Alinda yang meletak semua kesalahan di bahunya sedangkan dia lakukan semua ini untuk mereka berempat.
Kemalangan kereta parentsnya dan juga parents Farah memang dia yang rancang. Memang dia yang merosakkan brek kereta. Memang dia yang upah orang untuk langgar mereka dengan lori. Namun dia hanyalah lakukan untuk Alinda dan anak-anak mereka. Demi kebahagian mereka.
"I do it for you, for Af and for Lara" suara mula kendur justeru tangan yang menutup mulut Alinda tadi jatuh ke sisinya.
"I'm sick with them! They torture my mental. I penat dengan desakan diorang, Linda..."
Bibir diketap geram. Tidak cukup dia dipaksa kahwin dengan Farah semata-mata untuk menyelamatkan syarikat keluarganya yang hampir bankrupt kini mereka mengatur kehidupannya. Dia tidak normal seperti orang lain. Semua hariannya diatur oleh mereka bahkan di saat dia sudah kahwin dengan Farah sehingga mereka punya anak, kehidupannya serba serbi diatur oleh parentsnya.
Kenapa dia yang selalu jadi mangsa ? Kenapa kegagalan business daddynya, dia yang perlu tanggung akibatnya? Kenapa kehidupannya sering kali diatur? Sedangkan dia cuma ingin hidup bahagia bersama orang yang dia cinta.
Memikirkan Farah dan anak tidak relanya, Farhana Sofea membuatkan dia berkali-kali ganda bengang. Sehingga saat ini dia masih tidak faham kenapa Farah bersetuju untuk menikah dengannya sedangkan perempuan itu sudah mempunyai seseorang di hati. Atau perempuan itu bersepakat untuk memijaknya?
"But it's wrong, Khalish...It's wrong..." dada Khalish ditumbuk tidak henti oleh Alinda bersama air mata yang mengalir dengan laju.
Dia tahu mereka kejam perlakukan mereka berdua begini. Menghalang percintaan mereka demi menyelamatkan syarikat yang hampir bangkrupt sehingga mereka terpaksa menjalinkan hubungan dalam diam. Sehingga Alara dan Syafiq dilahirkan sebagai anak tidak saf taraf.
Namun dia tidak mahu Khalish menjadi pembunuh. Dia tidak mahu Alara dan Syafiq mempunyai ayah seorang pembunuh.
"Now I will take over both companies and we will be happy. We will, Linda."
Alinda menggelengkan kepalanya. Sejahat-jahatnya yang menjalinkan hubungan rahsia bersama Khalish, dia tidak akan bersubahat dengan Khalish! Dia tidak akan bersubahat dengan pembunuh!
"You know how much I hate my father because he is a killer. Now I don't think I can continue to love you, Khalish. I dont think we can be the same as before" renungan kecewa diberikan pada Khalish. Sungguh bertapa hancur hatinya di saat Khalish mula terlibat dengan pembunuhan. Dia tahu, pembunuhan itu tidak akan berakhir di sini. Justeru itu dia sudah buat keputusan.
"Alinda..."
"I do it for us! Can't you understand?" kedua-dua bahu Alinda dicengkam kuat dengan desah nafas yang tidak teratur. Kenapa Alinda susah sangat mahu faham? Dia lakukan pertumpahan darah untuk mereka berempat!
"Apa yang you susah nak faham sangat, Alinda?"
"Sebab I taknak Af dengan Lara ada seorang ayah yang pembunuh! I was at that place once and I don't want them to go through what I was going through! It's hell, Khalish!"
Ketap rahang, dia mula melepaskan cengkaman pada bahu Alinda. Tangan dijatuhkan di sisi. Seketika dia memandang bawah. Mata dipejamkan sebelum kepala mendongak naik memandang Alinda semula.
"So, you nak report I pada polis? Do you think we can be happy? And what about Af and Lara? What will they think if their father is a prisoner?" dia cuba mengumpan Alinda dengan menggunakan anak mereka. Melihat Alinda hanya diam, dia mula tersenyum sinis.
Alinda menggelengkan kepalanya.
"As a killer daughter like before, I wish my father would go to prison instead free from their crime" jawab Alinda dengan mata yang tepat memandang anak mata Khalish.
"Then, you give me no choice"
Berkerut dahi Alinda cuba memahami kata-kata itu. Namun tidak lama apabila terasa perutnya seperti ditusuk sesuatu. Perlahan-lahan dia menundukkan kepalanya ingin memandang perutnya. Pisau yang ditusuk ke perutnya oleh Khalish dipandang dengan hati yang retak seribu.
"Kha...Khalish"
"I taknak masuk penjara, Linda. You yang paksa I! You yang tak faham I!" tengking Khalish.
"I cari peluang untuk kita happy tapi you yang tak terima!" dia semakin menolak pisau itu ke dalam sehingga Alinda mula memuntahkan darah.
"Af....Lara...." saat ini Syafiq dan Lara terlintas di fikirannya. Bagaimana kehidupan mereka nanti di tangan Khalish? Anak-anaknya...
"I will take care of them. Don't hate me for this, Alinda" ditarik pisau itu keluar dari perut Alinda sebelum menusuknya kembali sebanyak dua kali. Bagaikan dirasuk dia membunuh orang yang dia cinta selama ini.
Pakk
Kepala lantas menoleh ke kanan saat telinga menangkap benda jatuh.
"Fea"
Mata membulat memandang Farhana Sofea yang berumur 7 tahun itu berdiri tidak jauh darinya. Melihat reaksi terkejut gadis kecil itu, dia tahu budak itu itu sudah menyaksikan segala-segalanya. Tangan mula membentuk kepalan.
"Fe...fea bagitahu umi"
Farhana Sofea menapak ke belakang beberapa langkah. Teddy bear yang jatuh akibat terkejut tadi sempat dikutip semula sebelum dia memulakan langkah. Laju dia melangkah dengan kaki pendeknya itu.
"Sofea!"
Laungan ayahnya tidak diendahkan. Dia semakin berlari menuju ke tempat uminya berada tadi. Gara-gara dia ternampak seekor kucing semasa uminya sedang berbual dengan seorang lelaki, dia mula mengikut kucing ke belakang bangunan hospital. Sedar tidak sedar dia menyaksikan pembunuhan ayahnya.
"Umi..." rengeknya dalam ketakutan.
Langkah semakin diteruskan sehingga dia terlanggar bahu seseorang. Terjatuh dia melentang di atas tar.
"Auchh! Sa...sakit..."
"Err sorry tapi kau yang langgar aku"
Pakk
"Raz, sakitlah! Apa kau ni pukul kepala aku?" marah Tengku Harriz sambil menggosok kepalanya yang dipukul oleh Tengku Harraz.
Tengku Harraz menjeling kembarnya dengan tajam sebelum dia duduk mencangkung di hadapan budak perempuag itu. Muka budak itu tampak takut.
"Awak okay?"
Tidak mengangguk mahupun menggeleng, Farhana Sofea hanya memandang dua orang budak lelaki yang mempunyai wajah yang iras bersilih ganti. Melihat ayahnya yang semakin hampir dengannya, dia mula berdiri semula. Ditinggalkan dua orang kembar itu tanpa menjawab soalan budak lelaki tadi.
"Damn it!" Khalish mengetap bibirnya. Telefon dikeluarkan dari poket. Nombor seseorang didail olehnya.
"Kidnap her now!"
"No, don't kill. Just kidnap her" arahnya dalam talian.
Tengku Harriz menoleh ke belakang di saat seorang lelaki jalan melepasinya. Dia tidak salah dengarkan? Anak mata mengecil memandang lelaki itu dari belakang dengan penuh curiga.
"Riz, kau buat apa tercegat kat situ lagi? We need to go home! Nanti papa mama marah" mencekak Tengku Harraz memandang Tengku Harriz yang masih berdiri di tempat yang sama.
"Kejap!"
"Riz, kau nak pergi mana?"
"Harriz!"
Laungan Tengku Harraz tidak diendahkan. Dia mengekori lelaki tadi dari belakang. Langkah dihentikan saat lelaki itu berhenti melangkah. Dahi berkerut memandang pada tempat lelaki itu pandang. Sepertinya sedang memberi signal pada orang yang berada dalam van hitam tidak jauh daripada mereka. Sejurus itu, van hitam itu mula bergerak menuju pada budak perempuan yang melanggarnya tadi.
'No, don't kill. Just kidnap her'
Kata-kata lelaki itu bermain di fikirannya. Dia perlu selamatkan budak perempuan itu!
Tengku Harriz terus melangkah menuju ke budak perempuan tadi yang sedang jalan terhinjut-hinjut. Panik dia melihat van hitam itu semakin dekat dengan budak perempuan itu.
"Hey budak!"
Farhana Sofea menoleh ke belakang melihat salah seorang daripada kembar tadi sedang berlari ke arahnya. Berkerut dahinya melihat muka cuak budak lelaki itu. Belum sempat dia ingin menyoal kenapa, mulutnya terlebih dahulu ditutup dengan tangan kekar seorang lelaki dari belakang.
"Hmmph!" terasa tubuhnya seperti diangkat.
"Umi hmmph!"
"Diamlah budak!" bergelut Farhana Sofea cuba melepaskan dirinya.
"Arghhh!"
"Fu*k!"
Terlepas pegangannya pada budak perempuan yang disuruh untuk diculik oleh bossnya saat seorang budak lelaki datang menggigit lengannya. Tajam dia memandang budak lelaki itu yang sedia memandangnya dengan renungan tajam. Anak matanya itu jatuh pada tangan budak lelaki itu yang sedang menggengam erat tangan budak perempuan di sebelahnya.
"Woi, I need help here" bagitahunya pada rakan-rakannya yang berada dalam van.
"Budak pun kau tak boleh handle?" jelingan tajam diberikan pada rakan-rakannya
"We need to handle this cute couple asap"
Tengku Harriz menarik Farhana Sofea ke belakang saat dua lagi lelaki yang berbadan sasa turun dari van. Air liur ditelan sesaat. Bagaimana dia mahu melawan tiga orang lelaki yang berkali ganda besar daripadanya? Budak lelaki yang berumur 9 tahun lawan dengan lelaki yang mungkin berusia 30-an? Mana mungkin dia akan menang!
"Don't touch them!"
Tengku Harraz berdiri di depan mereka berdua dengan tangan yang didepa. Anak mata coklatnya merenung tajam tiga orang lelaki tersebut.
Phone yang berbunyi diangkat oleh lelaki yang digigit oleh Tengku Harriz tadi. Anak mata memandang pada bossnya yang berdiri tidak jauh daripada mereka semua.
"Handle all three of them asap!"
"MAAFKAN Fea, uncle"
Menangis teresak-esak Farhana Sofea memandang jasad kaku Inspektor Fayyad yang dikelilingi oleh darah. Kaki begitu lembik menghampiri Inspektor Fayyad sebelum dia terkulai jatuh di sisi Inspektor Fayyad.
"Uncle...."
Tidak dapat ditahan kesakitan yang dialaminya apatah lagi melihat pembunuhan kejam ayahnya. Setiap laungan dan kesakitan yang ditahan oleh Inspektor Fayyad saat kedua-dua lengan lelaki itu dipotong masih segar di ingatannya. Jeritan yang cukup nyaring namun langsung tidak dapat melembutkan hati ayahnya!
"A...ayah tolong uncle...." seluar ayahnya dipegang dengan kepala yang mendongak memandang ayahnya. Renungan sayu diberikan pada ayahnya dengan berharap ayahnya akan menolong Inspektor Fayyad. Dengan berharap ayahnya akan memberi belas kasihan. Namun tidak!
"Take care of this dead man" arah Khalish pada anak buahnya. Pegangan Farhana Sofea pada seluarnya direntap kasar sebelum dia mula melangkah menuju ke pintu. Esakan Farhana Sofea yang semakin kuat itu langsung tidak diendahkan olehnya bahkan dia merasa berpuas hati.
"How about the other twin boys?"
Diam sejenak Khalish memikirkan apa yang perlu dia lakukan pada budak kembar lelaki yang turut diculik tempoh hari.
"Jual diorang ke luar negara and then budak tu....." mata melirik pada Farhana Sofea yang sedang meratapi pemergian Inspektor Fayyad.
"Bunuh dia" senyuman sinis terukir di bibirnya.
"Let her cry as she wants then tomorrow make sure she is dead."
"Baik boss!"
Farhana Sofea hanya memandang pemergian ayahnya. Tangan yang memegang baju Inspektor Fayyad semakin digenggam erat. Bibirnya diketap kuat bersama air mata yang tidak henti mengalir. Sehingga ke hari ini, hampir setiap hari dia menyaksikan pembunuhan ayahnya dan tidak sangka kali ini dia perlu menyaksikan pembunuhan Inspektor Fayyad, lelaki yang uminya berjumpa tempoh hari di hospital. Lelaki yang uminya cinta.
"Umi...." tersedu sedan dia menangis. Dia rindu uminya!
"Fea nak umi...."
Tersentak Khalish sebaik sahaja dia membuka pintu, sepasang kembar berdiri di situ sambil merenungnya tajam. Bibir mengukirkan senyuman sinis. Melihat dari reaksi muka mereka, sudah tentu sepasang kembar itu turut menyaksikan pembunuhan kejamnya pada Inspektor Fayyad.
"Korang tak awasi budak-budak ni ke?" bentaknya geram pada anak buahnya melihat sepasang kembar itu terlepas.
"Ma...maaf boss!"
Tergeleng-geleng kepala Khalish sebelum dia mula beredar dari situ.
"Lepaskan kitorang!" bergelut Tengku Harraz dan Tengku Harriz cuba melepaskan diri dari diangkat oleh penculik mereka.
"Lepaslah!"
Terdongak kepala Farhana Sofea memandang pada pintu. Kelihatan sepasang kembar yang turut diculik bersamanya sedang bergelut bersama anak buah ayahnya. Terus kaki mula menyusun langkah menghampiri mereka.
"Arghhh!"
"Damn kau budak!" tubuh Tengku Harriz yang diangkat tadi ditolak ke tepi saat anak bossnya itu menggigit lengannya. Lelaki yang sama digigit oleh Tengku Harriz tempoh hari.
"Kau tunggu budak! Memang aku orang first yang bunuh kau esok!" tangan acah-acah mahu melempang Farhana Sofea. Ikutkan hatinya mahu sahaja menerajang tiga orang budak itu! Tak habis-habis menyusahkan dia! Sudahlah kuat melawan!
"Campak diorang ke bilik!"
"Sofea, will you run with me?"
Itulah perkataan terakhir yang diujarkan oleh budak lelaki yang sedang menggendong dia di belakang sekarang. Budak lelaki itu tampak lelah setelah sekian lama mereka lari ke dalam hutan dari penculik. Yang seorang lagi entah ke mana setelah mengumpan dirinya untuk menyelamatkan mereka berdua.
Sesekali mata meliar sekeliling. Gelap. Begitu gelap.
Berada jauh di dalam hutan, entah mereka akan selamat atau tidak. Memikirkan haiwan buas dan alam ghaib serta merta membuatkan bulu romanya berdiri. Tangan lantas merangkul leher budak lelaki itu dengan lebih erat. Pegangan pada bunga rose di tangan kanannya itu turut digenggam kuat.
"Kau takut ke?" soal Tengku Harriz apabila terasa getaran di belakangnya.
"Hmm..."
"Fea nak umi" rengek budak perempuan yang digendong dibelakangnya itu.
"Then close your eyes. You will meet your umi soon"
Akur dengan kata-kata itu, Farhana Sofea mula menutup matanya. Kepalanya disandarkan pada belakang budak lelaki itu dengan rangkulan pada leher yang semakin erat. Perlahan-lahan air mata mula mengalir saat teringat akan Inspektor Fayyad yang ditinggalkan di bangunan itu.
"Hey, kau menangis ke?"
"No."
Tengku Harriz berdecit kecil.
"Liar."
"I'm not."
Tengku Harriz menurunkan Farhana Sofea lantas badan dipusingkan menghadap Farhana Sofea. Badan direndahkan bagi menyamai ketinggiannya dengan Farhana Sofea. Muka mereka didekatkan dan anak mata coklatnya dalam merenung sepasang anak mata hitam itu.
"You're crying!"
"I'm no....."
Bunyi jeritan mematikan kata-kata Farhanan Sofea. Mereka berdua lantas berpaling ke arah jeritan tadi. Serta merta Farhana Sofea ditarik oleh Tengku Harriz untuk berlindung di belakangnya.
"Fea!" laungan namanya menbuatkan matanya membulat.
"Umi!" itu suara uminya!
Tengku Harriz mengecilkan matanya memandang pada sekumpulan orang yang sedang menyuluh sana sini.
"Itu betul umi kau?"
Laju Farhana Sofea mengangguk kepalanya.
"You found your umi" Tengku Harriz tersenyum kecil. Badannya dipusingkan menghadap Farhana Sofea.
"Aku pergi dulu."
Baru Tengku Harriz ingin melangkah dari situ namun bajunya yang dipegang oleh Farhana Sofea mematikan langkahnya.
"I need to find my brother."
Perlahan-lahan kepala diangguk. Seraya itu dia melepaskan genggaman baju pada budak lelaki itu. Kepala menunduk memandnag ke bawah. Jauh di sudut hati dia tidak mahu budak lelaki itu pergi.
Bibir digigit.
Tersentak dia seketika apabila kepalanya diusap lembut. Terus kepala didongak memandang budak lelaki itu semula yang sedang tersenyum manis padanya.
"Till we meet again, Sofea."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro