"RIZ, bangun. Lari"
Tubuhnya yang sedang berbaring di atas lantai digoncang oleh kembarnya Harraz. Mata yang terpejam rapat mula perlahan-lahan dibuka. Tangannya menggosok matanya sambil mulut menguap kecil.
"Riz, cepatla"
Tangan Harriz ditarik-tarik supaya dirinya cepat-cepat bangun. Harriz menggagahkan dirinya untuk bangun walaupun mata masih mengantuk. Wajah cemas Harraz dipandang. Seraya itu dirinya baru tersedar yang mereka sedang diculik.
"Aku jumpa jalan keluar. Jom"
Harriz menahan lengan Harraz. Wajah risau ditayangkan.
"Takpe ke lari?"
Harraz mengukirkan senyuman nipis. Faham akan adik kembarnya yang takut tertangkap kalau mereka melarikan diri. Namun apa boleh buat, daripada duduk di sini menunggu pertolongan yang entah bila mahu tiba, mereka perlu melakukan sesuatu.
"Run or wait to be save. I choose to run. Do you trust me?"
Lama Harriz diam sebelum kepalanya diangguk kecil bersama senyuman. Ya, dia percaya akan kembarnya. Dia percaya akan Harraz.
"Nampak ada lubang kat siling"
Harriz mendongakkan kepalanya ke atas.
"Kita lari ikut situ"
Kepalanya diangguk.
Segala barang-barang yang ada dalam bilik itu disusun oleh Harraz dan Harriz untuk memudahkan mereka memanjat. Dengan berhati-hati mereka mengesot dan menyusun barang-barang supaya tidak menyedarkan penculik yang berjaga di luar bilik mereka.
Hampir dalam 20 minit, mereka berjaya memanjat. Tanpa membuang masa, mereka mengikut susur alur lubang itu yang membawa mereka pergi dari bilik yang mengurung mereka. Laluan itu sempit. Jadi terpaksa mereka mengesot perlahan-lahan.
"Raz" panggilannya menghentikan langkah Harraz.
Harraz memandang ke bawah di mana Harriz memandang. Sekarang mereka tidak tahu berada di atas siling bilik mana. Yang pasti mereka masih dalam bangunan itu dan yang lagi parah mereka melihat seorang budak perempuan yang duduk di atas katil tepat berada di bawah mereka.
Harriz mendongakkan kepalanya memandang Harraz.
"No, we need to save ourselves first" ujar Harraz berbisik yang faham akan tenungan Harriz itu. Adik kembarnya itu seorang yang prihatin. Kadang mengutamakan diri orang lain lebih dari diri sendiri.
"Please"
Harraz mengetap rahangnya. Dengusan kasar dilepaskan. Kepalanya diangguk membuatkan Harriz tersenyum. Harriz menyuruh Harraz ke tepi lalu jejari segi empat tepat dibuka perlahan-lahan. Bunyi jejari yang bergesel menarik perhatian budak perempuan itu. Kepala itu mendongak memandang mereka berdua.
"Wanna run?"
Harriz menghulurkan tangannya kepada budak perempuan itu. Tinggi siling itu tidak jauh sangat dengan katil 2 tingkat itu. Jadi bonus untuk budak perempuan itu untuk join mereka lari.
"Run?" Soal budak perempuan. Bunga rose ditangannya dipandang. Ranting yang berduri itu telah membuatkan tangannya berdarah tapi dia tak rasa sakit malah kepada takut.
"Hmm faster."
Budak perempuan itu diam. Sesekali dia menoleh ke arah pintu yang terkunci. Kepala didongak memandang ke atas semula. Perlahan-lahan kepalanya diangguk. Dia mula berdiri di atas katil 2 tingkat itu. Tangan kirinya mula mencapai tangan budak lelaki itu.
Melihat kesusapayahan Harriz menarik tangan budak perempuan itu, Harraz menghulurkan pertolongannya. Menarik budak perempuan itu. Jejari tadi dipasang semula di tempat asal.
"Jom"
Kepala diangguk. Mereka meneruskan perjalanan mereka sehingga tiba ke hujung laluan kecil itu. Jejari dibuka. Harraz turun terlebih dahulu dan dia mula membantu Harriz dan budak perempuan itu turun.
"Kejar budak-budak tu!" ujar penculik disaat ternampak 3 orang budak keluar dari lubang tersebut.
Harraz, Harriz dan budak perempuan itu menoleh ke kanan. Mata mereka membuntang apabila penculik itu mula menghampiri mereka.
"Lari!"
Kaki laju melangkah, degupan jantung kian rancak. Kepala langsung tidak menoleh ke belakang. Mereka bertiga terus mara ke dalam hutan yang gelap. Bunyi jeritan dari penculik diendahkan. Yang mereka tahu mereka perlu melarikan diri sama ada diculik semula atau selamatkan diri mereka.
"Arghh"
Sedang mereka lari kaki budak perempuan itu tersadung akar pokok besar lalu lututnya jatuh menyembah tanah. Berdarah sedikit lutut itu. Harraz dan Harriz turut berhenti, mendapatkan budak perempuan itu.
"Sa....sakit" rengek budak perempuan itu. Mukanya berkerut menahan sakit pada lututnya.
"Tak boleh jadi ni. Kita kena berpecah" ujar Harraz apabila dia melihat penculik-penculik semakin dekat.
"Riz, kau boleh dukung dia?"
Harriz mengangguk kepalanya.
"Kau dukung dia. Aku akan alihkan perhatian mereka."
"Kita berpecah?" Soal Harriz dengan muka risau. Tangan Harraz dipegang.
"Hmm kita berpecah. Don't worry nanti kita jumpa balik" tutur Harraz cuba menenangkan Harriz.
"Hati-hati, Raz"
"Kau pun"
Harriz melepaskan tangan Harraz perlahan-lahan. Riak wajahnya masih risau. Dia takut kalau Harraz tertangkap semasa cuba mengalihkan perhatian mereka. Budak perempuan itu dipandang. Kalau mereka tidak berpecah mungkin mereka semua akan tertangkap tapi takkan dia mahu meninggalkan budak perempuan itu?
"Lindungi dia" ujar Harraz buat kali terakhir sebelum dia berlari ke arah kanan mengalihkan perhatian para penculik.
"Shhh" mulut budak perempuan itu ditekup tidak mahu budak perempuan itu membunyikan suara. Mereka berdua menyorok di sebalik pokok yang besar. Memang terlindung dari para penculik.
Kepala menoleh memandang Harraz yang dikejar oleh para penculik. Bibirnya diketap agak risau kalau kembarnya itu tertangkap. Setelah merasakan keadaan mula selamat, Harriz mula mengalihkan tangannya itu. Anak matanya mula memandang anak mata budak perempuan itu yang sedari tadi memandangnya.
Keningnya dijongket. Bibirnya tersungging sedikit sebelum senyuman nipis diukirkan.
"Aku tahu aku handsome, tapi kau budak lagi nak jatuh cinta dengan aku" ujar Harriz lalu menekap tapak tangannya pada mata budak perempuan itu. Menghalang anak mata yang berwarna hitam pekat itu memandangnya. Lehernya diusap. Bukan Harriz la kalau masuk bakul angkat sendiri.
Dahi Harriz berkerut memandang bunga rose yang rantingnya berduri dipegang oleh budak perempuan itu. Sudah berdarah tangannya.
"Tak sakit?"
Tangannya dialih.
Budak perempuan itu memandang bunga rose yang dipegang olehnya. Telapak tangannya yang sudah berdarah dipandang. Kepalanya diangguk. Baru sekarang dia rasa sakit. Mungkin tadi takut melebihi segalanya sehingga membuatkan dia lupa akan kesakitannya.
"Sini bunga tu"
Kepala budak itu digeleng.
"Bahaya. Nanti awak luka"
Harriz memandang budak perempuan itu tidak berkelip sebelum dia ketawa kecil.
"Duri-duri kalau tak dibuang memang bahaya. Sini aku buang duri tu"
Teragak-agak budak perempuan itu menghulurkan bunga rose yang dipegangnya. Air liur ditelan. Bunga rose dan budak lelaki didepannya itu dipandang silih ganti. Perlahan-lahan tangannya menghulurkan bunga rose itu kepada budak lelaki itu.
"Kau tahu nama bunga ni?" Soal Harriz sambil membuang segala duri pada ranting bunga rose itu.
"Mawar. Bunga mawar" jawab budak perempuan itu
"Nama kau apa?" Soal Harriz lagi. Bunga rose itu diberi semula kepada Harriz.
"Fea. Sofea"
Harriz bangun berdiri. Tangan dihulurkan kepada Sofea.
"Sofea, will you run with me?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro