Bab 9
"Ha....Harraz?
Lelaki yang berhoodie tersebut tersenyum kecil apabila lelaki di depannya itu atau juga dikenali sebagai Tengku Harriz kembarnya yang terpisah sejak kecil mula mengingatinya.
Tengku Harriz tanpa sepatah kata dia terus meluru ke arah Harraz. Dipeluk Harraz erat bagaikan tidak mahu lepas. Berpuluh-puluh tahun mereka berpisah sejak kejadian penculikan tersebut, mereka tidak pernah berjumpa dan baru hari ini mereka berjumpa namun tempat dan masa tidak mengizinkan mereka.
"Mana kau pergi bodoh? Kau tahu tak kitorang sedih kau tak ada!" Bentak Tengku Harriz geram melepaskan apa yang terbuku di dalam hati. Banyak yang dia ingin luah pada Harraz tentang keluarga mereka sekarang lagi-lagi selepas kejadian penculikan tersebut.
"Huh kau masih sama macam dulu. Suka betul menangis" ejek Harraz apabila melihat Tengku Harriz mengalirkan air mata. Mahu tergelak pun ada lihat muka kembarnya sekarang. Lelaki sado yang dikenali anti perempuan sedang menangis di depannya sekarang?
"Mana ada! Mata aku masuk habuk" dikesat kasar air matanya. Tahula yang Harraz tu abang dan dia pula adik. Tapi tahu tak yang dia rindu gila kat kembar dia? Nak juga mengusik dia time ni!
"Haha ye lah. Papa mama sihat?" Soal Harraz walaupun dia sudah tahu keadaan familynya. Sudah bertahun-tahun dia melihat mereka dari jauh dan dia masih belum ada kekuatan untuk berjumpa dengan familynya sendiri. Pelbagai perasaan dia alami.
"Hmmm tapi mereka dah tak sama macam dulu sejak kau takde"
"Maksud kau?" Soal Harraz pelik. Setahu yang dia dapat info keadaan papa mama mereka okay sahaja. Takde pula yang dia diberitahu yang papa mama mereka menghidap penyakit apa-apa.
Tengku Harriz tersenyum hambar.
"Nantilah aku cerita. Tak sesuai kat sini. Btw macam mana kau boleh kerja dengan Alex?" Soalnya mengubah topik mereka. Malas dia nak bercerita tentang papa mama mereka. Yang itu nantilah dia cerita pada Harraz.
"Nanti ahh aku bagitahu."
Melihat renungan mata dari Tengku Harriz membuatkan Harraz ketawa kecil.
"Chill ahh kita jumpa next time and share stories okay?" Pujuknya. Risau lah tu kalau dia hilang lagi sekali.
"Kau jangan menghilangkan diri pula. Aku cari kau sampai dapat nanti"
"Hahahah ye la.....shit!"
Harriz mengerutkan dahi apabila Harraz memandang laptop yang memaparkan cctv dengan dahi yang berkerut. Melihat cctv tersebut, dia dapat agak yang Harraz memasangnya secara tersembunyi dan sudah tentu tanpa pengetahuan Alex.
"Asal?"
Harraz mengigit bibirnya memandang laptop yang memaparkan seseorang yang berhoodie hitam sedang memasuki markas ini dari pintu belakang. Sudah tentu dia kenal siapa orang tersebut sebab hoodie yang dipakai oleh orang tersebut merupakan hoodienya! Hanya seorang sahaja yang akan memakai hoodienya!
"Siapa orang tu?" Soal Tengku Harriz yang memandang apa yang Harraz pandang.
Harraz memejamkan matanya sekarang. Debaran dada kian merancak apabila mengetahui orang tersebut datang ke mari. Dia tahu sangat tujuan orang itu kemari. Sudah tentu untuk membunuh orang yang dia sangat benci!
"Aku kenal kan?" Soal Tengku Harriz. Dari air muka Harraz dia tahu yang orang tersebut dia kenal tapi siapa?
"Aku nak tipu pun sekejap lagi korang mesti akan berjumpa juga"
Harraz mengeluh kecil sebelum dia memandang tepat mata Harriz.
"Nadhira Zalikha"
TENGKU HARRIZ dan Harraz mula berlari keluar dari bilik tersebut. Mereka terus menuju ke bilik di mana Adden dan Alex berada. Namun beberapa musuh mereka mula menyerang mereka membuatkan mereka tidak dapat sampai secepat mungkin.
"Haish this damn enemy"
Mereka berdua berpaling memandang satu figura yang turut berlawan membantu mereka.
"Mick?" Soalnya terkejut apabila melihat Michaela berada di depan mereka sedang berlawan. Setahunya Michaela diarahkan untuk mengawasi Airisya, isteri Adden di rumah kerana risau Alex menghantar konco-konconya di rumah Adden.
"Err hye Riz but wait, he is your twins?" Soal Michaela dengan terkejut apabila dia baru menyedari kewujudan seorang lelaki yang muka tersangatlah sama dengan Tengku Harriz.
"Hmmm long story"
"Your twins so freaking handsome!" Puji Michaela sambil membuat thumbs up pada Tengku Harriz menyebabkan Tengku Harriz ketawa kecil namun sekejap sahaja. Dipandang Michaela dengan renungan tajam.
"Habistu I tak handsome?" Soalnya geram. Tidak pernah-pernah Michaela memujinya tapi hari ini kembarnya dipuji. Padahal muka dia dan kembarnya itu sama! Kalau kembar dia handsome mesti dia pun handsome juga!
"Nope" selamba badak Michaela berkata lalu meninggalkan mereka berdua.
"Fu*k you Mick!"
Harraz ketawa kecil melihat adegan kembarnya bersama kawan kembarnya. Dia menarik nafas lega. Nampak macam Tengku Harriz mempunyai kawan yang baik dan kelihatan yang Tengku Harriz membesar dengan baik. Tidak macam dulu, yang sering dibuli oleh pelajar lalu mengadu padanya ketika kecil.
"Apa kau ketawa? Sukalah tu orang puji"
Harraz menjongket bahu lalu meninggalkan Tengku Harriz.
Tiba sahaja Tengku Harriz, Harraz dan Michaela di depan bilik tersebut, mereka yang lain sudah ada di situ. Firash dan Iqbal dan beberapa teamnya yang lain dari tadi berada di situ. Mahu masuk tapi pintu tidak dapat dibuka. Sudah mereka lakukan pelbagai cara, tapi masih tak dapat. Kebal punya pintu!
Tick
"Airisya, don..t do any....anything. Guys, save Airisya" kata-kata dari Adden memeranjatkan mereka semua. Iqbal berpaling memandang Michaela.
"Mick, don't say you bring my sister along?" Soal Iqbal.
"Errr I have. Sorry" Michaela tersengih. Dia bukan taknak patuh arahan Adden tapi dia rasa bersalah membiarkan Airisya yang tidak tenang memikirkan Adden. Jadi dia terpaksa setuju dengan plan gila Airisya. Apa yang dia harap, dia tak mati kena bunuh dengan Adden. Mati lah dia!
"Jom masuk. Selamatkan diorang"
"But how?"
"Ada jalan rahsia yang menghubungkan bilik tersebut." Ujar Harraz memberitahu mereka. Dan dia syak Nadhira Zalikha sedang menggunakan laluan tersebut untuk ke bilik tersebut.
"Riz macam mana kau tah....Harraz?" Terkejut Firash apabila dia baru menyedari kewujudan Harraz disebelah Tengku Harriz. Iqbal yang berada di sebelah Firash turut terkejut.
"Wait macam mana korang...."
"Panjang ceritanya. Let's save them first" ujar Tengku Harriz. Kalau nak bercerita sampai esok tak habis. Yang penting sekarang ini mereka kena selamatkan Adden, Airisya dan juga Nadhira Zalikha!
Mereka mengambil jalan rahsia untuk ke bilik tersebut dengan diketuai oleh Harraz. Agak jauh juga jalan rahsia tersebut sebelum mereka selamat sampai betul-betul di dalam bilik di mana Adden dan Airisya berada.
"Yes, I'm Nadhira Zalikha"
Ternganga mereka semua kecuali Harriz dan Harraz sebaik sahaja mereka masuk ke bilik tersebut. Adden dan juga perempuan yang mengaku Nadhira Zalikha itu dipandang dengan jarak yang lebih dekat. Mahu luruh jantung mereka melihat muka perempuan tersebut persis dengan Nadhira Zalikha. Hantu kah?
"Bu...bukan hantu kan?" Soal Firash yang masih terkejut. Entah mahu percaya atau tidak yang di depan mereka itu adalah Nadhira Zalikha! Tidak mungkin Nadhira Zalikha hidup balik! Orang yang dah meninggal dunia 4 tahun lepas kini sedang berdiri di depan mereka.
"Yaa itu Ira yang kita kenal. Twins aku boleh buktikan" ujar Tengku Harriz.
Dia menangguk kepala pada Harraz. Semasa mereka berdua bersama tadi, Harraz sedikit sebanyak menceritakan pada mereka macam mana Nadhira Zalikha boleh hidup semula atau lebih tepat, Nadhira tidak pernah mati.
Bagitahu Harraz tentang perkara yang sebenar. Sejak dia selamatkan Nadhira dia terus membawa Nadhira pulang ke tempatnya. Bukan dia taknak bagitahu orang lain, namun atas permintaan Nadhira yang ingin merahsiakan dirinya masih hidup, dia turutkan sahaja.
"Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau nak buktikan yang dia terhangus bersama kebakaran. Apa niat kau yang sebenar?" Soal Iqbal bengang. Hoodie Harraz dicengkam olehnya dengan kuat. Mati-mati dia percaya yang Nadhira Zalikha sudah meninggal hangus kebakaran bersama markas tersebut.
"Supaya Alex ingat dia dah mati. Kau nak dia dikejar oleh Alex?" Soalan daripada Harraz membuatkan Iqbal terdiam. Perlahan-lahan dia melepaskan hoodie Harraz kerana dia merasakan apa yang dikata oleh Harraz itu adalah betul.
"Jadi kau rawat dia and sorok dia sepanjang 4 tahun? Kenapa tak bagitahu kami yang Ira masih hidup?" Kini Adden pula yang bersuara.
Harraz mengeluh kecil.
"Seba....."
"Sebab aku yang suruh. Aku taknak korang tahu aku masih hidup dan kalau boleh aku taknak jumpa korang sampai bila-bila" tutur Nadhira meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Kepalanya ditunduk. 4 tahun dia menyorok dari mereka semua sejak peristiwa tersebut dan hari ini dia tidak sangka dia dapat berjumpa dengan mereka semula.
"Sebab aku ke Ira? Aku faham kalau kau nak benci aku tapi bukan diorang. Aku minta ma...."
"Bukan sebab tu. Fattah, aku tak pernah benci kau dan tak pernah berdendam dengan korang semua. Cuma apa yang Alex buat kat aku, membuatkan aku malu nak berhadapan dengan korang lagi-lagi kau Airisya. " Tutur Nadhira dengan suara semakin serak. Kepalanya ditunduk ke bawah dan perlahan-lahan air matanya mengalir.
"Aku malu nak berhadapan dengan kau, Airisya. Kau nampak apa yang Alex buat kat aku dan...dan aku rasa jijik dengan diri ak....."
Belum sempat Nadhira menghabiskan kata-katanya, dia terlebih dahulu dipeluk oleh Dhia Airisya. Dhia Airisya memeluk Nadhira kuat sambil tangannya menggosok belakang badan Nadhira. Semakin kuat Nadhira menangis dalam pelukan Dhia Airisya. Terasa yang kini dia ada bahu untuk bersandar.
"Aku minta maaf Ikha. Aku minta maaf kau terseksa sebab aku"
Nadhira Zalikha menggelengkan kepalanya.
"Aku tak salahkan kau apa yang jadi."
Adden mengeluh kecil. Semua ini berpunca kerananya. Gara-gara Alex yang berdendam dengannya mereka berdua menjadi mangsa Alex. Kalau bukan kerana dia, semua ini takkan berlaku.
"Aku minta maaf . Semuanya salah aku."
Nadhira menggelengkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
"Tak ada siapa-siapa yang salah. Apa yang jadi kat aku sudah ditakdirkan. Sekarang aku rasa lega sedikit sebab Alex dah mampus. Now aku nak bertaubat dengan dosa-dosa aku. Aku dah bunuh orang" Nadhira memandang pistol yang dipegangnya itu lama. 4 tahun dia latih diri untuk kuat dan selama tu lah dia belajar macam-macam dengan Harraz sebab dia nak balas dendam pada Alex yang telah merosakkan dirinya.
Dia sangat berterima kasih pada Harraz yang banyak membantunya dan juga mengambil risiko untuk berkerja dengan Alex kerananya. Tapi walaupun dia sudah bunuh Alex, dia tidak rasa lega sepenuhnya.
Mungkin dia sudah jauh dari Allah?
"MACAM mana kau boleh kerja dengan Alex?"
Dipandang kembarnya itu lama. Agak terkejut dia apabila melihat Harraz berada di markas Alex.
"Untuk bantu kau?"
Tengku Harriz mengerutkan dahinya.
"Don't say kau yang hantar email tu kat aku?"
Melihat Harraz yang tersenyum kecil menjawabkan persoalanya itu. Nafas lega ditarik. Dia fikir siapalah orang misteri itu, rupa-rupanya selama ini adaah kembarnya sendiri. Petang tadi, bukan kali pertama email daripada orang misteri itu tapi sudah banyak kali.
"Jadi selama ini kau la yang bagi segala info kepada aku."
Harraz mengangguk kepalanya.
"But yet kau langsung tak munculkan diri kau depan aku?" Tengku Harriz menyoal dengan suara yang sedikit tinggi. Jika selama ini Harraz selalu tahu apa yang dilakukan olehnya tapi kembarnya itu langsung tidak munculkan diri depannya.
"Aku tak ready lagi nak jumpa kau"
"And tonight kau ready?" soal Tengku Harriz lagi lebih kepada perlian. Jika Harraz tahu yang mereka akan datang ke sini, mesti Harraz akan menyembunyikan diri jika kembarnya itu masih belum ready tapi tidak kerana kembarnya itu memilih untuk munculkan diri didepannya mereka semua.
Kepalanya diangguk lagi sekali.
"Ada something yang serious aku nak bagitahu kau. Sebab itu aku munculkan diri."
Tengku Harriz mengerutkan dahinya. Melihat muka Harraz yang semakin serious itu membuatkan dia semakin tertanya-tanya. Apa yang nak diberitahu kepadanya?
"You got a warning from them, right?"
Terjeda seketika Tengku Harriz mencerna soalan Harraz dengan dahi yang berkerut. Apabila dia sudah faham akan maksud Harraz itu, matanya terus terbuntang.
"Macam mana kau tahu? Kau dapat warning juga ke?" soal Tengku Harriz. Apa yang dimaksudkan oleh Harraz adalah warning yang dia dapat semasa dia melawat bangunan yang mereka diculik sebelum ini. Yang tertulis di dinding.
'Don't find him or either both of you will be in danger.'
Kepala Harraz digeleng
"Aku pergi bangunan tu and aku ternampak tulisan tu. If I'm not mistaken kata-kata tu tertuju pada kau."
Tengku Harriz diam sedang menyusun puzzle yang masih lagi berselerak di dalam kepalanya. Sungguh dia tidak faham sekarang. Kenapa kata-kata itu hanya tertuju padanya sahaja? Kenapa hanya dia dapat warning tersebut? Paling penting kenapa ada orang taknak dia mencari Harraz? Kenapa?
"But, why?"
Tengku Harriz hanya diam melihat tatapan Harraz yang sukar untuk dibaca. Debaran di dada semakin memainkan peranan membuatkan kalenjar peluhnya semakin mengalir turun dari dahi. Tatapan itu membuatkan dia tidak senang hati.
"Kau ada jawapan untuk itu, Riz. Kau cuma taknak ingati kisah silam kau. Kisah silam yang begitu perit buat kita."
********
Done double update!
Walaupun korang dah baca separuh scene ni kat Asmara Bulan EMIRDHIA, tak apalah. Author cuma nak recall macam mana Harriz dan Harraz berjumpa semula.
And sorry takde scene Harriz and Hana. Next chapter author bagi.
Jangan lupa votement.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro