Bab 8
TEPAT pukul 8 malam, Farhana Sofea tiba di kampungnya Sekinchan, Selangor setelah hampir 2 jam perjalanannya dari Kuala Lumpur. Agak lama sedikit masa diambil kerana dia banyak berhenti untuk menunaikan solat. Lagipun dia terus bertolak dari tempat kerjanya.
Kereta honda barunya itu dimatikan enjin. Belum sempat dia keluar dari kereta, uminya sudah terpacak di depan rumah kayu itu dengan senyuman lebar bagaikan sememangnya menunggu dia sampai.
"Umi!"
Farhana Sofea berlari teruja ke arah Puan Farah yang sudah mendepakan tangannya. Biasalah kalau anak ibu tak buat drama memang tak sah. Dah macam tak jumpa setahun walaupun sebenarnya setiap minggu dia akan balik jika tidak terlalu busy dengan projeck baru
"Rindunya anak umi ni."
"Hana pun rindu umi juga"
Mata dipejam merasai dakapan uminya yang hangat. Terlentok elok kepalanya di bahu Puan Farah. Rindu betul!
"Ni ke kereta baru Hana? Cantiknya...."
Puan Farah menghampiri kereta Honda Civic yang berwarna dark grey itu dengan senyuman bangga. Sudah lama anaknya itu mengindamkan untuk ada kereta sendiri. Akhirnya termakbul juga hasrat satu-satu anaknya itu.
"Haah. Cantik kan umi?"
Farhana Sofea memeluk Puan Farah dari belakang. Dagu ditongkatkan di bahu uminya itu. Dipandang uminya dari tepi.
"Cantik sangat. Alhamdulillah anak umi dah ada kereta sendiri"
Farhana Sofea tersenyum.
"Esok, Hana bawa ummi pergi jalan-jalan okay naik kereta baru Hana. Kita jalan-jalan satu Sekinchan ni!""
"Hmm okay. Dah jom masuk. Umi dah masak makanan kegemaran Hana"
"Rendang ayam?"
Puan Farah mengangguk kepalanya. Faham benar akan anaknya itu yang hantu rendang ayam tak kira masa.
"Yeayy. Sayang umi banyak-banyak".
"UMI, umi okay tak ni?"
Risau Farhana Sofea melihat uminya yang tampak lesu semacam dan tidak bermaya itu. Dia duduk di antara dua sujud di depan umminya yang duduk di atas kerusi kayu yang panjang. Kepala mendongak memandang uminya dengan wajah yang risau. Hati rasa tak tenang.
Tangan memegang kedua-dua tangan uminya.
"Umi okay je. Biasalah orang tua. Cepat penat." Jawapan dari Puan Farah tidak dapat menenangkan hati Farhana Sofea yang bergelora.
"Umi jom Hana bawa umi jumpa Dr. Azam. Hana risau lah"
"Treatment leukemia umi kan dah habis dah 2 tahun yang lepas. Buat apa nak jumpa Dr. Azam lagi?"
Farhana Sofea mengetap bibirnya. Uminya itu memang keras kepala kalau nak dibawa jumpa dengan doktor. Macam dua tahun lepas, bila keadaan uminya dah teruk, baru nak setuju fikir pergi ke hospital dan setelah itu uminya didiagnos dengan penyakit Acute Myeloid Leukemia (AML).
AML adalah sejenis kanser darah yang terjadi kerana produksi berlebihan dari jenis sel darah putih imatur tertentu yang juga dikenali sebagai myeloblas yang berlaku di sumsun tulang. Myeloblas yang berlebihan menyebabkan kepadatan di sumsum tulang.
Farhana Sofea mengeluh kecil.
"Hana, tak kira. Umi kena ikut Hana balik KL jumpa Dr. Azam" ujar Farhana Sofea berkeras. Dia tidak mahu lagi mengambil remeh penyakit uminya macam dulu. Kalau dulu dia mendengar sahaja kata-kata uminya yang tidak mahu ke hospital tapi sekarang dia akan berkeras.
Dia taknak melihat uminya sakit lagi. Dia taknak kehilangan uminya. Uminya satu-satunya ahli keluarga yang dia ada.
Puan Farah tersenyum kecil sambil mengusap tangan anak perempuanya itu lembut.
"Umi okay la sayang. Jangan risau okay?"
Kepala Farhana Sofea diusap lembut. Dia tidak mahu menyusahkan anaknya itu lagi. 2 tahun yang lepas, Farhana Sofea telah banyak berkorban untuknya. Berkorban masa, berkorban duit untuk merawat penyakitnya itu sehingga mengetepikan segala impiannya sendiri.
Sedikit pun anaknya itu tidak merungut sekalipun. Sedikit pun anaknya itu tidak memamerkan wajah keletihan mencari rezeki untuk menampung kos rawatanya. Bagaimana dia mahu menyusahkan anaknya itu lagi?
"Umi, Hana ada umi je tau. Hana taknak kehilangan umi. Please, dengar cakap Hana. Ikut Hana balik Kl, jumpa Dr. Azam. Hmm?"
Puan Farah hanya tersenyum kecil. Kepala digeleng olehnya.
"Taknaklah umi pergi KL. Pokok-pokok umi kat sini siapa nak jaga?"
"Umi........"
"Syafiq kan ada? Umi janganlah risau dengan pokok bunga umi tu" rengus Farhana Sofea tidak berpuas hati. Sakit-sakit pun masih mahu memikirkan pokok bunga kesayangan itu! Bagi sajalah Syafiq yang merupakan sepupu sama umur dengannya itu yang jaga!
"Syafiq kan jaga kandang lembu dan kambing arwah atuk kamu. Manalah dia sempat nak jaga pokok bunga ummi." ujar Puan Farah. Bukannya dia terlalu risau akan pokok bunga cuma dia betul-betul taknak menyusahkan anak perempuanya itu lagi.
"Hana nak pergi cakap kat Fiq. Confirm bila Fiq tahu umi sakit, dia akan jaga pokok bunga kesayangan umi. Entah-entah Fiq sendiri akan sokong Hana untuk bawa umi ke hospital." ujar Farhana Sofea lalu bangun dari duduknya di atas lantai.
"Hana, ummi ok........"
"Ummi jom masuk tidur. Dah lewat ni."
Farhana Sofea mencapai lengan Puan Farah. Kalau dibiarkan perbualan mereka ini sampai pagi esok pun tak habis memujuk uminya pergi ke hospital. Baik dia masuk tidur daripada dengar seribu alasan uminya tidak mahu ke hospital.
Puan Farah mengeluh kecil sebelum dia turut berdiri lalu sama-sama menuju ke bilik tidur bersama Farhana Sofea. Anaknya itu memang akan tidur bersamanya walaupun mempunyai bilik sendiri. Bilik anaknya itu umpama hanya untuk meletakkan barang-barang sahaja.
"Umi, Hana buat semua ini sebab Hana sayang umi tau. Hana taknak umi tinggalkan Hana macam mana ayah sisihkan dan tinggalkan kita."
"WEH, kau okay tak? "
Tengku Harriz mengangkat kepalanya dari berpaling memandang screen laptop. Adden yang berdiri di depannya itu ditenung sebelum satu keluhan kecil dilepaskan.
"Aku dapat email dari someone" ujar Tengku Harriz lalu memusingkan laptopnya ke arah Adden.
Berkerut dahi Adden membaca email tersebut.
"Siapa send kau benda ni? Macam mana dia tahu location markas Alex? " soal Adden terkejut memandang alamat yang ditulis di email tersebut.
Location markas Alex yang merupakan musuh utamanya itu. Kejap lagi mereka akan serang Alex. Namun siapa yang menghantar email itu kepada Tengku Harriz?
Tengku Harriz menjongketkan bahunya. Dia pum tidak tahu siapa yang menghantar email tersebut. Lagi terkejut bila alamat email itu adalah email peribadinya. Jadi, tidak semua orang tahu emailnya itu tapi macam mana orang misteri itu boleh menghantar alamat markas Alex ke alamat emailnya yang satu itu?
Lama Tengku Harriz diam begitu juga dengan Adden.
"Should we postpone it? "
Adden diam seketika sebelum kepalanya digelengkan.
"No. Aku taknak postpone lagi serangan atas Alex"
"Tapi macam mana kalau semua ni perangkap? "
Adden diam sedang memikirkan rencana yang terbaik. Patut mereka menangguhkan dulu serangan ke atas Alex atau hanya proceed pada malam ini?
"I will send someone first untuk periksa"
Tengku Harriz mengangguk kepalanya. Mata memandang Adden yang keluar sehingga hilang bayangnya. Tangannya menarik laptopnya itu semula lalu ditenung lama email yang dihantar oleh orang misteri itu. Siapakah orang misteri itu?
Paling penting kenapa dihantar email kepadanya? Kenapa bukan Adden? Alex adalah musuh utama kawan baiknya, Adden bukan dia. Dia hanya menolong kawan baiknya itu. Menolong membalas dendam untuk kawan baiknya yang dah meninggal disebabkan Alex.
Satu keluhan kecil dilepaskan.
Ditoleh kepalanya memandang satu frame yang terdapat lima orang lelaki yang semuanya segak berpakaian uniform askar. Bibir jelas terukir di bibir masing-masing. Bertapa jelasnya semua happy dengan kehidupan mereka sebagai askar dahulu. Berkhidmat untuk negara.
Namun satu kejadian telah membuatkan mereka semua berhenti menjadi askar serentak. Kejadian yang membuatkan mereka mula memasuki dunia mafia. Kerana hilangnya seorang kawan baik perempuan, mereka tekad untuk membalas dendam. Dan dendam itu akan dibalas malam ini.
Matanya beralih pula memandang frame satu lagi. Mereka masih sama segak berpakaian uniform askar cuma kali ini berbeza sedikit. Terdapat seorang perempuan berdiri di tengah-tengah. Satu-satunya kawan baik perempuan mereka.
"Aku rindu Ira tho"
Kepala menoleh memandang Iqbal yang berdiri di tepinya sedang merenung lama kawan perempuan mereka itu. Tengku Harriz tersenyum nipis. Bertapa fahamnya akan perasaan Iqbal. Iqbal lagi kehilangan kerana dia mempunyai perasaan pada kawan baik perempuan mereka itu.
"She was always with us before this. Support us being soldier. "
Tengku Harriz tersenyum kecil. Kepala menoleh ke arah pintu. Dipandang pula Firash dan Razul yang menghampirinya dan Iqbal dengan tangan memeluk badan.
"Aku rindu nak gaduh dengan Ira" kali ini Razul pula berkata. Mereka berdua memang paling banyak gaduh. Ada saja mulut masing-masing mahu membidas. Memang huru-hara dulu. Tapi itu lah bila salah satu daripada mereka tiada, terasa sunyi. Yang tinggal hanya memori.
"Let's give a devil revenge to Alex for our bestfriend"
Kepala masing-masing menoleh memandang Adden yang sedang bersandar di muka pintu dengan tangan yang memeluk tubuh. Kaki melangkah menghampiri mereka.
"The devil need to be punish by the devil way" Firash berkata.
"He's cruel and can't be forgiven" ujar Iqbal dengan tangan yang diketap geram.
"Our bestfriend doesn't deserve what he did to her" rengus Razul geram teringat akan apa yang Alex lakukan kepada kawan baik mereka.
"Demi Ira. Demi Nadhira Zalikha, our bestfriend. Let's kill Alex tonight"
PISTOL yang sudah kehabisan peluru diisi peluru sebelum Adden keluar dari tempat persembunyian. Riffle yang tergantung di lehernya juga diisi peluru. Dia berpaling memandang Tengku Harriz yang juga melakukan perkara yang sama. Nasib Tengku Harriz datang tepat pada masa tadi kalau tidak maunya dia kena tembak.
"Ready?" Soal Adden pada Tengku Harriz
Tengku Harriz mengangguk kepala.
"Now!"
Mereka keluar dari tempat persembunyian lalu menembak semua musuh-musuh mereka yang berada di depan mereka. Bunyi tembakan yang riuh gempita dalam bilik tersebut. Tengku Harriz dan Adden tidak mengalah dan berjaya mengelak peluru. Gabungan Eagle dan King memang mantap sehinggakan semua musuh mereka tumpas manakala mereka tidak luka sedikit pun.
"Done"
Tengku Harriz memberi thumbs up pada Adden.
"Ghost, Phyton. Keadaan?" Soal Adden pada Firash dan Iqbal melalui alat komunikasi di telingannya.
"Clear"
"Jantan tu dah jumpa?"
"Not yet"
Adden memandang Tengku Harriz lalu memberi isyarat mata. Melihat anggukan daripada Tengku Harriz, mereka mula bergerak keluar dari bilik itu. Tengku Harriz belok ke kanan manakala Adden belok ke kiri. Mereka mula mengambil haluan yang berbeza.
Tengku Harriz semakin maju ke hadapannya. Pistol ditangan diangkat separas bahu sepanjang masa. Dengan berhati-hati dia meredah semua bilik yang ada dan membunuh semua musuh mereka. Dia menarik nafas panjang. Penat.
Baru kaki mahu keluar dari bilik tersebut, dia ternampak satu pintu misteri yang ada dalam bilik tersebut. Dia mula mara ke arah pintu tersebut lalu merempuhnya masuk. Kelihatan seorang lelaki memakai hoodie sedang membelakanginya berdiri di sudut bilik tersebut sambil memegang kotak.
Tengku Harriz tersenyum sinis.
"Put your hands up" jerit Harriz.
Lelaki itu hanya berdiri statik di situ. Tidak berangjak walaupun sedikit. Kotak yang dipegang diletak ke bawah sebelum memusingkan badannya lalu mengangkat tangannya.
"Harriz Adham"
Tengku Harriz mengerutkan dahinya. Macam mana lelaki itu boleh mengenali dia? Sedangkan dia memakai mask hitam dan topi hitam. Jadi mustahillah dapat mengenal muka dia. Takkan kenal suara dia? Tapi siapa lelaki itu? Kepala hoodie yang melindung muka lelaki itu membuatkan dia tidak dapat melihat muka lelaki itu.
Lelaki itu tersenyum sinis. Tangannya perlahan-lahan menjatuhkan kepala hoodie membuatkan Tengku Harriz memandangnya dengan terkejut. Secara automatik Tengku Harriz menapak beberapa tapak ke belakang. Pistol yang diangkat separas bahu sudah jatuh ke sisinya.
"Remember me?"
"Ha....Harraz"
******
Sorry guys lewat update malam ni. Double update for today!
Jangan lupa votement.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro