Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 70

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

Notes : Sila dengar lagu sedih + sediakan tisu untuk menghayati bab terakhir

**********

SUDAH hampir semua kawan baiknya dibawa keluar dari rumahnya yang dijilat dengan api namun Tengku Harriz belum menemui Farhana Sofea. Puas menjerit memanggil nama isterinya tetapi tidak bersahutan. Rasa sesak di dada kian melemahkan badannya. Mungkin akibat terhidu asap yang tebal. Namun dia tidak berputus asa, masih mencari susuk tubuh Farhana Sofea di segenap ruang yang makin lama makin hangus dengan api.

"Riz!" Razul menghampiri Tengku Harriz dengan langkah yang berhati-hati.

"Kau kena keluar dari sini! 

"No. Not until I found my wife!" sakit di seluruh badan diabaikan. Selagi dia tidak menjumpai Farhana Sofea, selagi itu dia tidak akan keluar biarpun luka yang baru terhasil di bahagian bahunya tadi terasa semakin membakar kulitnya.

"Badan kau semakin lemah, Riz! Lagipun pihak bomba dah on the way ke sini Biar diorang cari Hana and Black. Let them do their job, Riz!" geram dia dengan kedegilan Tengku Harriz. Kawan baiknya itu pun sedang nyawa-nyawa ikan, ada hati nak selamatkan orang lain.

"I would rather die than leave this house with regret." 

Tengku Harriz terus melangkah walaupun langkahnya terasa semakin berat. Baru Razul hendak menghampiri dia, siling yang tiba-tiba runtuh memisahkan mereka berdua.

"Riz!" jerit Razul, risau dengan Tengku Harriz. Nak taknak dia terpaksa keluar semula melalui pintu hadapan. Keluh kecil dilepaskan.

"Hati-hati ,Riz"

Langkah diteruskan biarpun badan tidak mengizinkannya.

"Honey....."

Dada semakin terasa sesak akibat asap yang semakin tebal.

"I'm sorry. I'm really sorry for keeping you away."

Kepalanya semakin berpinar-pinar.

"For this once, I don't want to push you away anymore. So please...."

Langkahnya semakin tidak stabil dengan pandangan yang semakin berbalam.

"Please stay alive"

Sejurus itu, dia mula rebah di atas lantai dengan mata yang menatap siling rumah yang dijilat api. Hampir kesemua rumahnya hangus dengan api dan dia terbaring dikelilingi api yang marak. Matanya menjadi saksi api yang marak menjilat rumahnya seperti mana kebahagian dia dijilat sekelip mata. 

Bahagia? Pernah ke dia bahagia? Bahagiakah dia selama ini?

Ya, dia pernah bahagia cuma sementara. Senyuman sinis terukir di wajah lesu Tengku Harriz.

"I'm happy with you, but I keep pushing you away. Now I thought I'm too late, right?" mata dipejam seketika. Setiap bait memori bersama Farhana Sofea bagai terlayar seperti pita rakaman. Dari awal mereka berjumpa semasa melarikan diri dari penculik sehingga kejadian tadi dia menolak Farhana Sofea menjauh.

'Sofea, will you run with me?'

Tersenyum bibirnya saat teringat kejadian pertama kali mereka berjumpa di mana dia menghulurkan tangan pada Farhana Sofea untuk melarikan diri bersama-sama. Masih utuh lagi ingatannya tentang kejadian itu biarpun kejadian itu meninggalkan memori pahit buatnya. Namun dengan kemunculan gadis kecil yang memegang bunga rose semua yang berlaku bagaikan indah.

"I never told you that you are my first love, aren't I?" senyuman yang lebar mula hilang digantikan dengan wajah yang penuh dengan sesalan.

'Fe....Fea benci Akh'

'Saya harap awak takkan hidup dengan tenang setelah apa yang awak lakukan pada saya. Selamat tinggal...Akhtar'

Lama Tengku Harriz memandang siling dengan pandangan redup. Kalau....kalau dia tiada penyakit dissociative identity disorder, mungkin perkara silam itu tidak akan berlaku kan? Mungkin Farhana Sofea tidak akan disakiti oleh Adham dan mungkin mereka akan bersama buat lebih lama?

"Is it karma for me? That's why it's so hard for me to be happy?" tangan naik memegang dada. Dari tadi rasa sakit di situ. Dia tahu Adham cuba untuk mengambil alih badannya terutamanya ketika badannya lemah. Namun dia tidak akan biarkan! Tidak sesekali!

'I'm not gonna miss every second to seduce you, even if I'm period'

Seketika bibirnya kembali tersenyum. Bahu terhinjut akibat ketawa  kecil teringat akan Farhana Sofea yang melakukan pelbagai cubaan untuk menggoda dia. Isterinya itu tidak pernah putus asa dan langsung tidak mengalah. Ada saja cara yang dilakukan olehnya.

'Jangan tolak Fea abang sebab Fea takkan putus asa, takkan sesekali mengalah biarpun abang tolak Fea berkali-kali'

'Abang, Fea cintakan abang! Susah sangat ke nak faham? Susah sangat ke nak faham walau apa pun yang jadi, Fea tetap nak abang di sisi Fea. Susah ke?' 

Muka mula ditutup dengan lengan sebelum air mata jantannya jatuh buat kesekian kali mengalir dari kelopak matanya. 

"I'm such a fool, right? I keep pushing you away even though it will hurt both of us, and now it hurts me more. Abang minta maaf....abang minta maaf, sayang"

Dada yang terasa sakit ditumbuk berkali-kali dengan laungan yang kuat. Sakit dengan apa yang terjadi dalam kehidupannya. Satu-persatu ujian hadir buatnya tanpa dia diberi peluang untuk bernafas seketika. Bahkan di saat nyawanya di hujung tanduk, ujian datang tidak henti menguji dirinya. 

Sungguh dia terlampau penat. Penat untuk menjalani kehidupan yang akan datang. Dia mahu berputus asa, jujur dia hanya memikirkan kematian saat ini. Meninggalkan dunia yang penuh dengan kekejaman buatnya. Meninggalkan kesemua kesakitan yang dialaminya. Namun...

'Jauh mana aku perlu tunggu untuk kebahagian aku, Im? Selama 29 tahun aku hidup, kebahagian itu tiada pun dalam kamus hidup aku. Yang ada cumalah penderitaan'

'Takdir tak pernah salah, Riz. Hakikatnya semua takdir yang berlaku dalam hidup kita walaupun baik atau sebaliknya, sebenarnya adalah untuk kita bahagia dan makin dekat dengan Pencipta kita. Kau sabar sikit je lagi nescaya kebahagian itu akan datang juga pada kau'

Ya, sabar. Kuncinya adalah sabar. Dia  cuma perlu bersabar dan bertahan dengan ujian yang diberikan untuknya kerana kebahagian itu akan datang juga padanya suatu hari nanti kan? 

'Allah dah janji pada kita dalam al-Quran surah Al-Imran ayat 200, wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga serta bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung'

"Im, bahkan di saat ini suara dan nasihat kau terngiang-ngiang dalam kepala aku. Aku takkan give up, Im...Aku dah janji"

Tubuh yang terbaring lesu di atas lantai mula bangkit berdiri dengan mengumpulkan segala kekuatan yang masih ada. Tangan memegang lutut, menggagahkan diri untuk bangun berdiri.

"Please....just this once, ya Allah. Just this once berikan aku peluang untuk menebus kesalahan aku....." langkah perlahan-lahan menuju ke bahagian dapur yang hampir rentung, di mana di situ dia masih belum mencari Farhana Sofea.

"Berikan aku peluang untuk melangkah menuju ke syurga firdaus-Mu bersama insan yang aku sayang. Kuatkan langkah aku, ya Allah..."

Dia mengendahkan segala kesakitan yang dialami dan terus melangkah. Kali ini, dia tekad untuk tidak berputus asa. Dia tekad untuk terus berjuang walau diberi ujian tanpa henti. Dia tekad untuk terus melangkah ke hadapan biarpun pelbagai rintangan di hadapan yang menantinya.

"I won't give up....."

"I won't give up on us. So please...please shout my name, ma belle. I will come to you"





BERKERUT muka menahan sakit akibat hentakan yang kuat di kepalanya pada lantai yang membuatkan dia hilang kesedaran. Mata mula melilar memandang sekeliling dengan denyutan di kepala. Terbuntang luas matanya saat melihat segenap ruang dapur dan kesemua perabot hampir dijilat api. 

Baru hendak bangun daripada baring, dia baru tersedar akan satu beban yang menimpa dirinya. 

"Bl...Black!" bahu Black digoyang kuat.

Tidak dapat dia mahu mengalih tubuh Black daripada menindih tubuhnya gara-gara peti ais yang menimpa mereka berdua. Baru dia teringat, Black sempat melindunginya sebelum peti ais itu menghempap mereka berdua. Namun, gara-gara itu darah yang mengalir dari kepala Black membuatkan dia semakin panik.

"Black, please bangun!" dia sungguh tidak tahu mahu buat apa. Tenaganya memang tidak cukup ingin mengalih peti ais dan Black yang menimpa di atas tubuhnya.

Namun takkan dia mahu baring sambil menunggu pertolongan? Rentung dulu dia dan Black sebelum sempat dijumpai oleh mereka.

"A....abang...." sesak dada saat memikirkan Tengku Harriz. Selamatkah lelaki itu? Atau sudah pergi jauh meninggalkan dia?

"Abang takkan pulaukan Fea kan? Abang akan datang selamatkan Fea kan?" tangisan mula kedengaran ditemani dengan api yang semakin marak. 

Semakin sakit rasanya di dadanya memikirkan pergaduhan mereka tadi. Beginikah pengakhiran cerita tentang mereka berdua? Pada akhirnya mereka tidak jua bersatu? Bahkan berakhir dengan kejadian tragis? Seperti mana permulaan cerita mereka yang diawali dengan kejadian tragis?

"Uh...uhuk uhuk..."

"Black!" serta merta tangisannya berhenti saat tubuh Black bergerak kecil.

"You're crying so loud!"

"Black, you ni suka buat I risau!" sisa air mata yang mengalir tadi di sapu kasar bersama ketawa kecil.

"I ingat you dah mati tadi"

"I'm still too young to die. At least not until I have a girlfriend" walaupun kepalanya terasa berpinar-pinar , dia cuba menghiburkan mereka berdua. Dia tahu gadis itu sedang bersedih dengan apa yang terjadi tadi apatah lagi terdengar Farhana Sofea menyebut-nyebut nama Tengku Harriz.

"Black, macam mana ni? Peti tu hempap kita" masa semakin suntuk. Mereka berdua perlu keluar dari sini dengan segera sebelum berlaku letupan lagi sekali.

"Ouhh damn it! I tertindih you!" baru dia tersedar akan tubuhnya yang menghempap tubuh Farhana Sofea.

"Sorry, Hana, I didn't mean to..."

"It's okay, Black. Sekarang kita kena fikir macam mana nak keluar dari sini"

"It's not okay! I will die in your husband's hands if he knows about this" perasaan gelabah mula menguasai diri. Dah dapat bayang apa yang akan jadi jika Tengku Harriz melihat dia menindih isteri lelaki itu. Habis kepalanya kena pancung!

"Black! Calm down lah!" mahu ketawa pun ada dia melihat reaksi gabra Black. Bukan selalu wajah yang selalu tenang menghadapi pelbagai rintangan di hadapan terlihat gabra malam ini.

"Don't worry, dia takkan datang. Dia dah perg....."

"He will come to save us. He will" potong Black tanpa sempat Farhana Sofea menghabiskan kata-katanya. Dia pasti Tengku Harriz akan datang selamatkan mereka berdua. Dia pasti Tengku Harriz tidak akan mengabaikan mereka berdua terutamanya Farhana Sofea. Dia terlampau pasti! 

"But before that...." Black cuba untuk bangkit dengan peti ais yang menghempap belakang tubuhnya. Dia perlu mencari ruang untuk Farhana Sofea melepaskan dirinya.

"I need to save you first"

"Ada je ruang antara kita, you ke tepi okay?" 

Kepala diangguk oleh Farhana Sofea. Dada mula berombak laju. Dia percaya mereka berdua akan keluar dari sini!

"One..."

"Two...." berkerut muka Black menahan beban peti ais. Tangan dikepal kuat dan cuba diluruskan tangannya supaya membolehkan Farhana Sofea yang berada di bawahnya itu menyelamatkan dirinya.

"Three!"

"Go, Hana!"

Sejurus jeritan Black itu, Farhana Sofea berjaya mengesot ke tepi. 

"You did it, Black!" bibir mula terhias dengan senyuman tapi hanya sekejap sahaja.

"Well done" Black tersenyum nipis. Tangan yang terketar-ketar menahan beban di tubuh belakangnya mula goyah dan akhirnya tangan yang lurus tadi kembali bengkok. Peti ais yang cuba diangkat dengan tubuhnya kembali menimpa tubuhnya.

"Black!" tanpa sempat dia tahan, Black lagi sekali ditimpa oleh peti ais itu.

"No no Black!" 

Farhana Sofea cuba mengangkat peti ais itu tapi langsung tidak berangjak. Dia langsung tiada tenaga untuk mengangkat peti ais yang lebih besar daripadanya.

"Please...." air mata kembali mencurah dengan laju.

"Just go, Hana" serak suara menahan sakit di setiap tubuh. Mungkin beberapa tulang belakangnya sudah patah dihempap oleh peti ais buat kali kedua.

"No...I takkan tinggalkan you. You already saved my life twice, and I will pay it tonight" kepalanya digeleng laju. Keluar dari rumah yang sedang marak dengan api seorang diri, tidak mungkin dia akan lakukan apatah lagi Black sudah menyelamatkan dia dua kali.

"Hana jangan degil.....We will both die if you act like this!"

"I don't care! What is worth living if, at the end, he leaves me? I don't fu*king care about my life!"

"But I care!" serta merta kelakuan Farhana Sofea yang cuba mengangkat peti ais terhenti.

"I care, Hana. So please....get out of here" 

Suasana hening seketika sebelum kepala digeleng laju. 

"No" 

Lagi sekali dia cuba mengangkat peti ais itu. Sesekali tangan mengesat air mata buat kesekian kalinya. Rasa ingin meraung sepuas-puasnya. Kenapa dia selalu diuji begini? Tolong...dia tidak ingin kehilangan sesiapa lagi. Cukuplah ayah dan Syafiq yang menikam dia dari belakang.

"Hana, please...."

"I won't until he comes. You said he will come, right?" sesekali dia memandang pada ruang yang memisahkan dapur dan ruang makan. Berharap kemunculan Tengku Harriz untuk menyelamatkan mereka berdua.

"Abang....." dengan segunung hati, dia meletakkan kepercayaan akan kata-kata Black yang Tengku Harriz akan datang menyelamatkan mereka berdua.

"Please...datang. Harriz please...." tubuh jatuh melorot ke atas lantai. Tangan memeluk erat kaki dengan kepala yang disembankan. 

"Tengku Harriz Akhtar!" jerit dia sepuas hati.

"Please, I'm begging you....Come save us" menangis dia  teresak-esak. 

Sungguh dia tidak tahu mahu buat apa. Dia takut untuk keluar dari sini. Takut jika kali ini adalah kali terakhir dia melihat Black. Takut jika hanya dia yang selamat dan Black akan rentung di dalam rumah ini. Sungguh dia takut....

"I'm here...."

Kepala terus mendongak ke atas. Tengku Harriz yang berdiri di depannya sekarang dipandang dengan pelbagai perasaan. Tidak dapat diungkapkan apa yang dirasakan olehnya ketika ini ketika melihat wajah lesu itu tersenyum padanya.

"Abang datang...." ungkapnya masih tidak percaya walhal tadi Tengku Harriz menolaknya sehabis-habisan.

"Abang datang" tangisannya sekali lagi pecah. Terasa tubuhnya ditarik ke dalam pelukan Tengku Harriz membuatkan tangisannya semakin teresak-esak.

Tangannya laju membalas pelukan itu. Erat dia memeluk Tengku Harriz. Kalau boleh dia tidak mahu melepaskan pelukan itu. Tidak mahu melepaskan Tengku Harriz pergi.

"Shhh...I'm here, sayang" tangan mengusap belakang Farhana Sofea, cuba memujuk isterinya itu.

"Jangan tinggalkan Fea..." laju air mata mengalir. Baju Tengku Harriz digenggam kemas.

"Abang, jangan tinggalkan Fea"

"I won't. I'm promise, I won't leave you"

"Janj...."

"Ehem guys, jangan lupa yang kita dalam bahaya and I'm still stuck here" sampuk Black sambil tersengih.

Kalau diikutkan dia mahu membiarkan mereka bersama drama mereka namun sekarang tak kena masa dan tempat! Memang arwah dia macam ni kalau biarkan sahaja mereka berdua.

"Damn it"

Tengku Harriz tersenyum nipis pada Black. Dia mara pada lelaki itu memandang peti ais yang menghempap tubuh Black. Cubaan untuk mengangkat peti ais gagal disebabkan badannya yang turut lemah, apatah lagi perutnya dan belakang badannya mencucuk sakit.

"Honey...."

"Ye abang?"

"Can you make the exit through the back door and give them a sign that we're here? I will make way for you to escape it" mata melilau memandang sekeliling. Setahunya di dapurnya itu terdapat beberapa alat pemadam api yang disediakan untuk kecemasan.

Dia cuba menghampiri sinki lalu membuka kabinet di bawahnya. Tersenyum dia memandang 3 alat pemadam api. Walaupun tak cukup ingin memadam kesemua api, namun sekurang-kurangnya dapat membantu Farhana Sofea untuk keluar dari sini melalui pintu dapur.

"Honey, take this"

Kepala berpusing memandang Farhana Sofea yang masih tercegat memandangnya dengan diam. Tangan yang menarik pin alat pemadam api tersebut mula terhenti.

"Ambil ni, honey"

"Taknak.....Fea taknak keluar dari sini sorang-sorang"

"Sayang...."

"Fea taknak....." bibir digigit menahan daripada menghemburkan tangisan. Dia sungguh tidak sedap hati meninggalkan mereka berdua di sini.

"We will all die in this state. Please, you need to get out and call them."

"Korang berdua keluar dari sini. Takpe biarkan aku sorang kat sini. Korang akan datang selamatkan aku nanti kan?"

"No. Aku akan stay dengan kau, Black"

Black mengeluh kecil. Tahu yang Tengku Harriz tidak akan meninggalkan dia sorang-sorang.

"Please...." kedua-dua tangan Farhana Sofea diraih. Anak mata coklatnya memandang dalam anak mata bundar hitam yang sedang bergetar itu.

Mata dialih memandang Black sebelum kembali menentang anak mata coklat milik Tengku Harriz. Kepalanya perlahan-lahan diangguk walaupun dia tidak rela.

"Thanks" terasa dahinya dilabuhkan dengan ciuman. Terpejam matanya bersama air mata yang mengalir laju ke pipi. Rasa sebak di dada semakin menguasai. Tuhan, ini bukan pertemuan kali terakhir mereka kan?

"I love you. Even in death, I will always love you and it's always been you" ungkapnya bersama senyuman. Ibu jari naik menyeka air mata Farhana Sofea yang mengalir.

Farhana Sofea mengetap bibirnya. Tidak suka dengan keadaan begini di mana nyawa mereka menjadi taruhan.

"I love you too. No matter how many times you push me, no matter death until we are apart, I will keep loving you. No one can replace you, abang. So please, stay alive."

Tengku Harriz mengangguk kepalanya. Mereka berpelukan buat kali terakhir. Berat dadanya untuk melepaskan pelukan itu dan semoga pelukan malam ini bukan pelukan yang terakhir. Semoga nanti mereka dapat berjumpa lagi dan hidup bahagia selepas pelbagai rintangan yang mereka hadapi.

"Be careful"

Dua alat pemadam api tadi mula diambil. Satu diserahkan kepada Farhana Sofea dan satu lagi dipegang olehnya. Mereka berdua mula memadam api untuk membuat laluan pada Farhana Sofea agar dapat keluar melalui pintu belakang.

Saat pintu belakang berjaya disepak oleh Tengku Harriz, Farhana Sofea kembali kaku ditempatnya. Air mata kembali bergelinang. Teragak-agak untuk keluar.

"Abang akan selamat and Black too. Don't worry" tangan naik mengusap kepala Farhana Sofea. Tahu isterinya itu sedang risau.

"Janji yang abang akan kembali ke pangkuan Fea? Janji  jangan tinggalkan Fea?"

"Insyallah, sayang. Selagi nyawa dikandung badan, abang akan pastikan kita berjumpa lagi"

"Abang duri, sayang duri. Bila bersama menyakitkan kan? Tapi bila tidak bersama lagi menyakitkan kan? I'm promise, I will stay aive."

Setapak demi setapak, Farhana Sofea mula keluar dari rumah mereka. Sesekali kepala menoleh memandang belakang dan setiap kali itu Tengku Harriz tersenyum padanya.

Melihat Farhana Sofea yang hilang dari pandangan, dia segera menuju ke Black semula.

"Black, there is no time for us. Dapur gas tu akan meletup kejap lagi"

Alat pemadam api yang terakhir diambil olehnya sebelum menyembur pada dapur gas dan tong gas yang berada di dalam kabinet. Sedari tadi dia perasan akan dapur gas yang berasap saat membuka kabinet bawah apatah lagi api dari siling hampir menyambar dapur gas tersebut. Silap-silap tong gas di bahagian bawah meletup nanti.

"We need both our energy if we want to live."

Berlari laju Farhana Sofea menuju ke bahagian depan di mana para bomba sedang melakukan persiapan untuk memadam api. Mereka baru sahaja tiba tadi memandangkan terdapat halangan untuk tiba ke rumah ini.

"Hana! Kau tak apa-apa?" Razul mula berlari ke arah Farhana Sofea.

"T...tak. Harriz dengan Black....tolong diorang! Diorang kat dapur"

"Move to the back!" ketua bomba itu mula mengarahkan beberapa anak buahnya ke belakang seperti diberitahu oleh Farhana Sofea.

"Hana kau nak pergi mana? Bahaya!" sempat Razul menahan tubuh Farhana Sofea.

"Lepaskan aku, Zul. Aku nak selamatkan diorang!"

"Biar bomba buat kerja diorang!"

"Ta....tapi...."

Bomb!

Sekali lagi berlaku letupan yang diawali dengan bahagian belakang. Terdiam Farhana Sofea memandang rumah yang hampir musnah dijilat api. Kenangannya bersama Tengku Harriz dijilat api sebegitu sahaja. 

Pihak bomba ke hulu ke hilir dengan cemas. Semua turut tergamam dengan apa yang jadi. Jika bahagian belakang yang meletupp, ini bermakna dapur di mana Tengku Harriz dan Black berada itu yang meletup. Ada peluangkah untuk mereka selamat?

"Ta...tak..." kaki digagahkan untuk berdiri.

"Tak mungkin....." kepala digeleng menafi apa yang dilihatnya.

"Abang dah janji..." kaki cuba melangkah ke bahagian belakang namun dihalangi oleh Razul.

"Hana" bibir diketap oleh Razul. Saat ini dia cuba untuk kuat.

"Harriz dah janji dengan I...Dia dah janji!" kaki yang berdiri tadi, mula lemah longlai. Jatuh terduduk dia di atas lantai dengan esakan yang mula kuat. Ya Allah, tolong selamatkan mereka berdua walaupun kemungkinan untuk selamat itu adalah nipis, dia mohon selamatkan mereka berdua.

'I won't. I'm promise, I won't leave you'

"Abang dah janji....." tangan mula memukul dada yang terasa begitu sempit.

'Insyallah, sayang. Selagi nyawa dikandung badan, abang akan pastikan kita berjumpa lagi'

"Abang dah janji dengan Fea!" laungnya melepaskan apa yang terbuku di hati namun itu tidak cukup menghilangkan rasa sakit yang semakin mencucuk dadanya.

'Abang duri, sayang duri. Bila bersama menyakitkan kan? Tapi bila tidak bersama lagi menyakitkan kan? I'm promise, I will stay alive'

"Abang...."

Jika ini mimpi, tolong bangunkan dia dari mimpi ngeri ini!

"Abang dah janji dengan Fea....Abang janji...." 

Dada ditumbuk tidak henti oleh Farhana Sofea bersama tangisan yang tiada penghujung. Tidak dapat digambarkan lagi perasaanya ketika ini. Sakit, ya Allah. Terlampau sakit!

Air mata yang ditahan oleh Razul akhirnya mengalir jua. Sayu hati melihat Farhana Sofea meraung seperti itu dan lagi sayu apabila malam ini dia kehilangan dua sahabat. Sahabat yang setia di sisinya hingga akhir hayat.

Jauh di sudut hati, dia mengharapkan pelbagai kemungkinan. Dia mengharapkan keajaiban berlaku di mana mereka berdua selamat dari letupan, di mana mereka masih bernyawa. Namun mampukah? Mampukah keajaiban itu turun pada mereka semua?

Kehilangan sahabat itu tidak mudah namun kehilangan seorang suami itu lagi tidak mudah.

Pada akhirnya kita akan kembali pada Pencipta kerana yang hidup akan merasai kematian. Esok itu masih ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Wallahualam.



**********

THE END

**********

p/s : author update epilog kejap lagi, wait yaa....

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro