Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 69

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

**********

P/s : Pasang lagu sedih and sediakan tisu!

"YOU created a monster and you need to be responsible for it. I'm no longer Tengku Harriz Akhtar that you all know"

Kelu lidah Farhana Sofea mendengar tutur kata itu apatah lagi pandangan suaminya seolah-olah tiada perasaan. Wajah itu sedingin kutub ais yang lebih beku berbanding sebelum ini.

Kaki bergerak beberapa langkah ke hadapan menghampiri screen besar yang menunjukkan rakaman cctv saat Tengku Harriz mendongak kepala memandang cctv. Muka yang tiada perasaan tadi berubah tersenyum nipis seolah-olah tahu dia sedang melihat suaminya itu.

"Abang...." rintihnya dengan air mata yang mula mengalir laju apatah lagi mulut Tengku Harriz kelihatan bergerak-gerak seperti mengatakan sesuatu padanya.

'I love you and I'm sorry'

Bibir diketap berjaya menangkap apa yang dikatakan oleh Tengku Harriz. Baru tangan ingin menyentuh muka Tengku Harriz yang terpampang di screen besar itu, tidak semena-mena ianya bertukar gelap. Dua cctv yang berhampiran dengan Tengku Harriz ditembak oleh suaminya sendiri.

Mungkin tidak mahu dia lihat yang suaminya berubah ganas.

"Harriz...." kaki mula lemah longlai menyebabkan dia tersungkur di atas lantai. Tangisan dihambur kuat. Ingin saja dia keluar memeluk Tengku Harriz, mengembalikan lelaki itu pada dirinya yang dulu.

"Aku akan bunuh kau, Riz!"

"Why just not we both die?" keningnya diangkat.

"No, I will be alive. You are the one who will die" usai berkata Syafiq terus menyerang Tengku Harriz.

Serangan berbalas serangan. Nyawa dibalas nyawa. Pertumpahan darah yang sangat sengit. Suasana hingar bingar bersama jeritan bercampur baur dengan erengan. Tubuh semakin ramai bergelimpangan di atas lantai. Rata-rata sudah penat bertempurdari tadi tapi tidak Tengku Harriz.

Dengan luka di perut dia masih terpacak dengan tangkasan yang menyerang, menendang dan menumbuk pihak lawan yang menghalang dia dari mara ke arah Syafiq. Amarahnya sangat kemuncak sehingga dia mengelar leher setiap musuhnya.

"Aku tak ganggu korang tapi kenapa...kenapa korang tak henti ganggu aku huh?" darah terpercik ke mukanya diabaikan.

"Aku nak berubah dari jadi kejam tapi kenapa....kenapa korang hidupkan sisi monster aku?" rambut pihak lawan yang sedang menyerang Firash ditarik olehnya sebelum pisau yang dipegang itu dihunus tepat di leher pihak lawan tanpa perasaan.

Terkaku Firash dengan darah yang memercik ke mukanya saat Tengku Harriz menarik pisau itu kembali lalu melemparkan jasad itu ke tepi.

"Aku cuma manusia biasa yang dahagakan kebahagiaan tapi korang tidak henti berikan aku penderitaan" mata tajam memerhati Syafiq yang melarikan diri semakin jauh darinya.

Saat dia ingin menghampiri Syafiq, ekoran matanya berjaya menangkap bilah pisau dari tepi. Tengku Harriz berjaya mengelak dan memusingkan tubuh pada skala tiga ratus enam puluh darjah sebelum menepis pisau itu sehingga melantun. Pisau di tanggan digenggam kemas lalu leher lelaki itu dikelar olehnya sepantas kilat.

"Fu....fu*k!" carut Syafiq apabila tiada lagi anak buahnya yang berada berdekatan dengannya untuk menghalang Tengku Harriz dari menghampirinya.

Tajam anak mata Tengku Harriz memandangkan Syafiq bak mata helang. Pisau yang digenggam kemas olehnya diangkat tinggi sebelum melemparkan pada Syafiq.

"Arghh!" mengaduh sakit Syafiq apabila pisau mengena bahunya.

Serangan lagi sekali oleh Tengku Harriz berjaya dielak kali ini. Kaki teguh berdiri berlawan mata dengan Tengku Harriz. Pisau di bahunya itu dicabut dan digenggam kemas olehnya. Rasa sakit menyeringai tidak dipedulikan.

"You are the real monster"

Tengku Harriz tersenyum sinis.

"A monster isn't a monster without the pain that they counter" balasnya dengan tatapan yang begitu tajam. Dia tidak akan jadi macam ni kalau lelaki di hadapannya itu tidak mencari masalah dengannya.

"Kau bermain dengan api, Fiq. Silap kau sentuh orang yang aku sayang. Now, we both lose our beloved people"

Tangan semakin mengenggam kemas pisau bersama bibir yang diketap. Tanpa membuang masa, Syafiq terus melakukan serangan pada Tengku Harriz namun semua serangannya itu berjaya dipatahkan oleh Tengku Harriz.

Kali ini Tengku Harriz pula melakukan serangan namun serangannya turut berjaya dipatahkan oleh Syafiq. Kedua-dua mereka yang handal berlawan mula lelah menyerang satu sama lain.

Perut Tengku Harriz dipandang sekilas sebelum bibir mengukirkan senyuman sinis. Dia melakukan serangan lagi dan tumpuannya kini pada perut Tengku Harriz yang luka.

"Arghh" mengaduh kecil Tengku Harriz apabila lutut Syafiq mengena tepat pada tikaman di perutnya itu. Badan membongkok sedikit memegang perutnya yang terasa begitu sakit.

Kesempatan itu, Syafiq melompat tinggi ke belakang badan Tengku Harriz. Tangan yang memegang pisau di angkat tinggi ingin menikam ke dada Tengku Harriz namun lengannya berjaya ditahan oleh lelaki itu.

Tengku Harriz mengundur dirinya ke belakang, menghentak kuat belakang badan Syafiq pada dinding sebelum dia melakukan back flip, menjatuhkan tubuh Syafiq ke lantai. Pisau ditangan Syafiq terus dirampas sebelum melompat duduk di atas badan Syafiq.

Zappp

Sekelip mata pisau yang dipegangnya itu terhunus ke tengah-tengah dada Syafiq. Bibir mengukirkan senyuman sinis sambil menekan kuat pisau tersebut menyebabkan Syafiq mula memuntahkan darah. Muka berona merah dengan air mata yang memenuhi kelopak mata. 

"Fu*k...." tangan Syafiq begitu susah menolak tangan Tengku Harriz bersama kesakitan yang dialaminya.

"Dealing with a monster is not easy unless you be a monster too" bibir Tengku Harriz mengukirkan senyuman sinis. Pisau yang menikam dada Syafiq ditarik keluar memercikkan darah ke mukanya.

Sekali lagi Syafiq memuntahkan darah.

"I just want to be happy, after all, but why is it so hard?" dia menikam dada Syafiq buat kali kedua.

"Why must I go through all of this when all I wanted was a normal life?" kali ketiga dia menikam Syafiq di tempat yang sama sehingga lelaki itu sudah tidak bernyawa. Mata terbeliak memandang siling.

Helaian ketawa Tengku Harriz mematikan semua yang berlawan. Adden yang tergamam segera menghampiri Tengku Harriz yang menikam Syafiq tidak henti walaupun badan itu sudah tidak bernyawa.

"Riz, enough!" tubuh Tengku Harriz ditarik kasar dari Syafiq tapi tubuhnya ditolak kembali oleh Tengku Harriz

"It isn't enough!" berkali-kali dia menikam Syafiq lagi seperti orang hilang kawalan.

"Dia dah mati, Riz!"

Melihat Tengku Harriz yang tidak mengendahkan kata-katanya itu membuatkan Adden bertambah bengang. Kepala ditoleh memandang Iqbal.

"Iq, panggil Hana now!"

Iqbal mengangguk kepalanya. Kaki terus melangkah ke bilik rahsia.

"Rash, Zul dengan uncle Razi mana? Diorang tak sampai lagi ke?" cemas nada suaranya melihat Tengku Harriz yang semakin hilang kawalan.

"Jap aku call Zul"

Farhana Sofea berlari keluar menghampiri Tengku Harriz apabila dia diberitahu suaminya itu hilang kawalan oleh Iqbal. Mata tertancap pada Tengku Harriz yang menikam pisau di dada Syafiq. Kelat air liur ditelan melihat Tengku Harriz seperti bukan suami yang dia kenal namun kaki tetap melangkah menghampiri Tengku Harriz. Tidak sedikit pun dia rasa takut dengan Tengku Harriz malah tubuh itu didakap kemas olehnya.

"Abang, stop!"

Terasa tubuhnya dipeluk, Tengku Harriz menolah gerangan tersebut dengan kasar sehingga Farhana Sofea terduduk di tepi sambil mengaduh kecil. Terasa tangannya terseliuh akibat tolakan kasar dari Tengku Harriz. Berair anak matanya memandang Tengku Harriz.

"Arghhh!" jeritan kuat Tengku Harriz memenuhi ruang membuatkan semua orang terkejut. Pisau yang penuh dengan darah dicampak kasar ke tepi.

"Kenapa susah sangat aku nak bahagia? Kenapa?" laungan Tengku Harriz bersama tangisan benar-benar menyentuh hati sanubari mereka semua.

Firash dan Iqbal berpaling memandang ke arah lain dengan air mata yang turut mengalir. Tidak sanggup melihat kawan baik mereka hancur sebegitu. Adden dan Black langsung tidak mengerdipkan mata kerana terlalu memahami isi hati Tengku Harriz sekarang. Mereka pernah berada di tempat itu, ingin meraung, ingin menangis sepuas-puasnya.

"Akh...." 

Lembut suara Farhana Sofea memanggil Tengku Harriz dengan nama yang dia pernah panggil suatu ketika dahulu. Panggilannya itu berjaya membuatkan esakan dan laungan Tengku Harriz terhenti. Kepala perlahan-lahan menoleh memandangnya. Terus bibirnya mengukirkan senyuman manis pada Tengku Harriz.

"Honey...."

'If a world is so cruel to you, then I will make a new world, a new place, just for you to live with a smile around' rintih hatinya berkata saat Tengku Harriz memandangnya dengan pandangan yang berkaca-kaca.

"Abang....." 

"Jangan dekat" baru dia ingin bergerak menghampiri Tengku Harriz, tubuh suaminya itu terus ke belakang menjauhi dia.

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya. Renungan anak mata coklat Tengku Harriz bergetar kuat memandangnya. Air matanya sedaya upaya ditahan dari terus mengalir. Tidak mengendahkan kata-kata Tengku Harriz, dia mendekati suaminya melepasi jasad Syafiq.

"Jangan dekat abang kata!" tengking Tengku Harriz memanjatkan Farhana Sofea. Dia semakin mengundur ke belakang sehingga belakang badannya melanggar penghadang besi.

"A...abang" air mata yang ditahan mengalir laju akibat tengkingan itu. Namun dia masih berdegil cuba menghampiri Tengku Harriz.

"Sayang, jangan dekat. Please, abang mohon.....I might hurt you" rayu Tengku Harriz dengan suara serak. Sungguh dia takut kalau dirinya akan sakiti Farhana Sofea seperti mana dia tertolak isterinya itu tadi.

"No, you will not. Fea percayakan abang" pujuk Farhana Sofea. Perlahan-lahan langkah semakin mendekati Tengku Harriz.

Tengku Harriz menggelengkan kepala, tidak mahu Farhana Sofea datang dekat padanya.

"But I don't believe myself. I'm sorry"

"Abang!"

Terkejut dia apabila Tengku Harriz melompat dari tingkat dua ke tingkat bawah. Nafas lega ditarik melihat Tengku Harriz berjaya mendarat dengan selamat di bawah. Hampir sahaja jantungnya mahu tercabut.

"Abang nak ke mana? Abang!" kaki pantas menuruni setiap tangga mengejar Tengku Harriz yang menuju ke pintu begitu juga dengan Adden dan yang lain.

"Riz!"

"Abang!"

"Macam mana sekalipun abang, Fea tetap sayangkan abang!" jeritnya lantang menghentikan langkah Tengku Harriz yang mahu menuju ke pintu. Serentak itu, Razul dan Dr. Razi muncul berdiri di pintu memandang segenap ruang yang menjadi pertempuran darah.

"But I'm a monster. A monster that will hurt you anytime" badan dipusingkan menghadap Farhana Sofea semula.

Farhana Sofea menggelengkan kepalanya. Langkah diambil untuk mendekati Tengku Harriz.

"Tak, abang bukan monsterYou're an angel who just lost his way back home. Now, I will guide you to the right path. Izinkan Fea untuk temani hari-hari abang dalam mencari jalan ke rumah. Jangan tolak Fea abang sebab Fea takkan putus asa, takkan sesekali mengalah biarpun abang tolak Fea berkali-kali" pujuk Farhana Sofea bersungguh-sungguh. Melihat Tengku Harriz yang statik berdiri di situ, dia mula mengenggam kemas tangan Tengku Harriz.

"I killed people. I killed your own family. Fea nampak kan macam mana abang lost control tadi?" genggaman tangan Farhana Sofea padanya dileraikan. Dia mengundur beberapa langkah ke belakang. Kali ini dia mahu menolak jauh Farhana Sofea. Bukan kerana tidak sayang tapi dia tidak mahu Farhana Sofea terus terluka bila bersamanya.

"Kalau abang tak buat macam tu, Fea sendiri akan kotorkan tangan Fea atau abang nak Fea bunuh orang dulu supaya kita sama? Then baru abang takkan tolak Fea?" langkah sekali lagi mendekati Tengku Harriz. Tangan suaminya itu digenggam kemas bagai tidak mahu dileraikan.

Tengku Harriz menggelengkan kepalanya.

"That's not what I meant"

"Abang jahat, sayang. Abang tak layak untuk, sayang. You deserve someone better than me" kepala menunduk ke bawah. Mata dipejam seketika.

"Rather than me deserving someone better, why not you be better?" walaubagaimanapun dia tetap mahukan Tengku Harriz. Baik buruk Tengku Harriz, dia tetap inginkan lelaki itu di sisinya

"It's because I know I can't be better. How can I be better when I keep losing myself? How do I want to give you happiness when I can't give happiness to myself? And how do I want to love you when I can't even love myself?" luah Tengku Harriz. Air mata yang mengalir itu dibiarkan. Cukuplah Farhana Sofea tahu yang dia sangat kecewa akan dirinya sendiri, yang dia terlalu sakit untuk menghadap semua ini.

"Abang...." lidahnya hilang kata. Air mata turut mengalir laju. Dapat dia rasakan kesakitan Tengku Harriz alami sehingga dadanya terasa begitu sesak.

"Enough for us, honey. I can no longer give you all of that. Abang minta maaf tapi abang rasa ini yang terbaik untuk kita. Abang duri, sayang duri. Bila bersama menyakitkan kan?" tangannya yang digenggam kemas oleh Farhana Sofea direntap kasar bersama air mata yang mengalir laju. Langkah perlahan-lahan mengundur ke belakang.

"A...abang...." 

Tengku Harriz mahu mereka berpisah?

Farhana Sofea bagaikan hilang kata dengan apa yang dikatakan oleh Tengku Harriz. Anak mata bundar hitamnya memandang Tengku Harriz yang semakin menjauh. Suaminya itu semakin lama semakin jauh untuk dicapai. Kaki bagaikan kaku untuk melangkah kerana masih terkejut dengan bicara itu.

"Ma....maafkan abang, sayang. Maafkan abang....but I will leave for good. For everyone's sake"

Perit untuk menelan bicara itu namun perit lagi untuk membayangkan kehidupannya tanpa Tengku Harriz. Apa yang Tengku Harriz sedang fikirkan? 

Adden dan yang lain hanya memandang mereka berdua dengan air mata yang bergelinang. Sepanjang perkahwinan mereka, hanya duri yang menghiasi perjalanan mereka berdua. Sebak terasa melihat mereka yang begitu sukar untuk mencapai kebahagian. Begitu perit sekali jalan ingin menuju kebahagian.

Prangg

"I dare you to leave me!" serpihan pasu kaca yang dipecahkan olehnya diambil olehnya. Hujung kaca yang tajam diletak dipergelangan tangan kirinya. Dia tiada pilihan lain selain mengugut Tengku Harriz!

"You know I tried to kill myself before? Don't make me repeat it again" mata mencerlung tajam pada Tengku Harriz yang berdiri di muka pintu. Air mata yang mengalir laju dibiarkan ia mengalir.

"Honey! What the hell did you try to do?"

"It's you, abang! What the hell did you try to do? You promised me you wouldn't leave me! You promised me you would keep loving me! You promise me, didn't you.....?"

Redup dia memandang Tengku Harriz bersama air mata. Ya Allah....kenapa susah sangat mereka mahu bahagia? Dia sangka semuanya sudah berakhir. Dia sangka mereka akan hidup bahagia lepas ini. Sungguh dia tidak menjangka Tengku Harriz akan buat keputusan seperti ini.

"See? I hurt you again and again. I made you cry. I give you the pain. Now tell me why you need to keep staying with me when all the things that I give you only cause you pain?"

"You never give me the pain. Abang bagi Fea kebahagiaan yang Fea tak pernah rasa selama 27 tahun Fea hidup. Abang gantikan cinta dan kasih sayang yang Fea tak pernah dapat dari seorang ayah...Fea bahagia dengan abang. Fea bahagia sangat-sangat....." serak suara berkata-kata. Ingin sahaja dia meraung menyatakan bertapa pentingnya Tengku Harriz di dalam hidupnya. Bertapa gembiranya dia bersama lelaki itu.

"I can no longer give you that...."

Kepala menggeleng perlahan. Dengan apa yang dah jadi mampukah dia berikan kebahagian kepada isterinya? Sedangkan ingin berikan kebahagian pada diri sendiri pun susah.

"Abang, Fea cintakan abang! Susah sangat ke nak faham? Susah sangat ke nak faham walau apa pun yang jadi, Fea tetap nak abang di sisi Fea. Susah ke?" jeritnya lantang saat Tengku Harriz semakin berundur ke belakang.

"Abang minta maaf.....abang minta maaf...." langkah semakin mengundur ke belakang sehingga dia mula hilang dari pandangan semua orang.

"Abang!" 

Langkah mara mengejar Tengku Harriz.

Bomb!

Bunyi letupan yang kuat menyentakkan semua orang termasuk Tengku Harraz yang baru keluar dari kereta yang dihentikan di depan pagar rumah Tengku Harriz. Melayang dia akibat letupan itu saat dia mahu menghampiri Tengku Harriz yang mahu naik superbike.

"Ri....Riz...." perasaan cemas mula menguasai hati saat kali terakhir dia melihat Tengku Harriz turut melayang akibat letupan tadi. Tidak diendahkkan tangannya yang terluka, mata liar memandang sekeliling mencari kembarnya.

"Harriz!" laungnya kuat. Mata masih mencari.

"Ya Allah.....Riz!" terus dia mendapatkan Tengku Harriz yang terdampar di tepi pagar. Belakang badan Tengku Harriz terhentak kuat pada pagar rumahnya sehingga besi pagar itu sedikit belok gara-gara letupan tadi.

Tersedar apa yang berlaku, kepala terus mendongak memandang pada rumahnya yang mula dijilat api. Tengku Harraz yang ingin menolong dia bangun terus ditolak ke tepi. Dengan langkah huyung-hayang dan badan yang terasa sakit sana sini, dia menghampiri rumahnya yang membara dengan api. 

Anak matanya bergetar hebat.

"Sa...sayang...." degupan jantung kian rancak. Isterinya dan semua kawannya ada di dalam sana....Ada di dalam rumah yang kian bara dengan api....

"Ko...korang...!" 

Kepala digeleng bagaikan tidak percaya dengan apa yang terjadi. Langkah semakin mendekati pintu rumah yang dijilat api namun tubuhnya didakap kemas oleh Tengku Harraz

"Riz, bahaya!"

"Lepaskan aku..."

"Bahaya, Riz! Kau gila ke?" laung Tengku Harraz. Rumah itu semakin dijilat dengan api, bagaimana dia mahu melepaskan kembarnya itu masuk ke dalam?"

"Isteri aku, Raz...."

'Abang, Fea cintakan abang!'

'You never give me the pain. Abang bagi Fea kebahagiaan yang Fea tak pernah rasa selama 27 tahun Fea hidup'

Kata-kata Farhana Sofea tadi terlayar di fikirannya satu-persatu. Mata dipejam seketika. Memikirkan Farhana Sofea di dalam sana, dia semakin meronta-ronta untuk dilepaskan.

"Lepaskan aku, Raz...please lepaskan aku...." 

"Cukup aku kehilangan papa... aku taknak kehilangan kau juga, Riz!" tubuh Tengku Harriz semakin ditahan.

"Kawan aku semua kat dalam sana....please Raz lepaskan aku..." rayunya dengan rontaan yang kuat. Tidak dapat membayangkan jika dia perlu meneruskan hidupnya tanpa mereka semua. Adden, Firash, Razul, Iqbal dan Black....mereka bagaikan nyawa untuknya.

"How the hell am I going to live without them? How?....." lutut terasa semakin longlai.

'Alang-alang ni apa kata kita date berenam?'

'Kau nak gaduh dengan aku ke bangang? Nak gaduh cakap!'

'Ye lah bini kau kan mereng sikit. Buat hal kat Family Mart semata-mata nak Mixberries Frappe!'

Semua memori indah bersama mereka berlayar di fikirannya bagaikan pita rakaman. Di depan matanya seperti ada satu screen besar yang memaparkan setiap memori indah bersama mereka. Dari awal perkenalan mereka, ketika mereka menjalankan misi sebagai Paskal, ketika mereka masuk ke alam Mafia..... 

Gelak tawa mereka....

Lawak bodoh mereka....

Senyuman mereka....

"Arghhhh!" jeritnya kuat melepaskan semua yang terbuku di hati. Esakannya semakin bergema melihat rumahnya semakin djilat api.

Tengku Harraz mengetap bibirnya melihat Tengku Harriz yang semakin hilang kawalan. 

"Ya Allah....." 

"Kenapa?....Just like why?..." jatuh terjelopok dia di atas lantai memandang api yang semakin menjilat rumah.

"Kenapa, ya Allah? Kenapa berat sangat ujian yang kau beri untuk aku?"

"Kebahagian apa yang menunggu aku sehingga aku perlu hadap semua kesakitan ni?" menangis dia teresak-esak. Sungguh dia tidak kuat untuk hadap  semua ini.

"Sayang...." mata dipejam rapat dengan air mata yang laju mengalir. Tangan semakin menumbuk-numbuk dadanya.

"It's hurt. It's hurt too much!"

"It's hurt, ya Allah.....it's hurt....."

"Please stop all of this....please...." kepala mendongak memandang langit. Merayu kepada Allah untuk hentikan semua ini.

"Riz!" terlepas pegangannya saat Tengku harriz menolaknya kasar.

"Tengku Harriz Akhtar!"

"I would rather die than live without them! They are my life, Raz......."

"Tapi kau kembar aku, Riz...Kau satu-satunya adik aku.....Kau satu-satunya orang yang aku ada selain mama sekarang..." bergetar anak mata Tengku Harraz memandang Tengku Harriz. Dia sudah kehilangan papanya dan dia tidak mahu kehilangan kembarnya.

"Maafkan aku, Raz. Jika aku tak selamat, izinkan aku pergi buat selama-lamanya. It's hell to continue my life in this cruel world without them......"

***********

1 chapter left!

Dah nak habis guys. Sedihlah pulak. 

Be prepared for the ending!

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro