You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*******
BIBIR diketap memandang tangan yang dipenuhi oleh darah Farhana Sofea dan juga darahnya akibat serpihan pasu sebelum dia meraup rambutnya ke belakang. Pedih yang terasa di telapak tangannya itu dihiraukan kerana sakit di hatinya lagi terasa.
Dari tadi dia menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang berlaku pada Farhana Sofea malam ini. Sungguh dia takkan maafkan dirinya kali ini jika apa-apa yang teruk berlaku pada isterinya itu.
"Maafkan abang...." rintih Tengku Harriz berkata bersama air matanya yang mengalir dengan laju.
"If and only if I'm strong enough, you will not be there."
Begitu sesak terasa dadanya kali ini sehingga dia sukar untuk bernafas. Kali ini badannya terasa berganda-ganda lemah berbanding dengan kehilangan Tengku Daim Hayyan. Terasa dirinya begitu tidak berguna, tidak mampu untuk melindungi isteri sendiri.
"Riz..."
Kepala terangkat memandang Dr. Razi yang memanggilnya. Segera dia bangun menghampiri Dr. Razi.
"Hana baru dihantar ke bilik bedah tapi sebelum tu ada sesuatu yang uncle nak bagitahu Riz"
"A..apa dia uncle?" bergetar anak mata coklatnya memandang Dr. Razi. Melihat raup wajah Dr. Razi itu, dia tahu berita buruk akan disampaikan sekejap lagi.
Dr. Razi mengeluh kecil sebelum tangan naik menyentuh bahu Tengku Harriz.
"Apa yang jadi sebenarnya? Melihat keadaan Hana....dia..." kata-katanya dibiarkan tergantung. Sukar untuk dia keluarkan perkataan itu.
Tengku Harriz menundukkan kepalanya ke lantai. Faham apa yang ingin disampaikan oleh Dr. Razi. Dr. Razi itu pakar dalam bidang kedoktoran dan sudah tentu dengan melihat keadaan Farhana Sofea tadi sudah dapat diagak apa yang berlaku.
"Di...dia dirogol?" terasa suaranya tersekat di kongkong untuk mengeluarkan soalan tersebut.
Perlahan-lahan Dr. Razi mengangguk kepalanya dengan perasaan yang serba salah.
"Riz tahu siapa perlakunya?"
Terdiam Tengku Harriz memandang ke lantai. Tangan dikepalkan membentuk penumbuk. Mana mungkin dia tidak tahu. Saat Adham menyakiti Farhana Sofea, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Terkurung di dalam badan sendiri dan tidak mampu melawan lelaki itu.
"A...Am..."
Berkerut dahi Dr. Razi memandang Tengku Harriz. Dia tidak salah dengar kan?
"Am, uncle...Am yang buat semua ni..."
"Damn, It's so hurt....." tangan kanan mula menumbuk dadanya. Sakitnya kian terasa apabila memikirkan perasaan Farhana Sofea ketika tubuhnya diperkosa oleh Adham. Walaupun mereka menggunakan badan yang sama tetapi mereka masih dua orang yang berbeza. Dua personaliti yang jauh berbeza.
"Riz..." Dr. Razi menarik Tengku Harriz ke dalam pelukan. Belakang badan Tengku Harriz diusap lembut cuba menenangkan lelaki itu yang semakin menangis teresak-esak.
"It's hurt, uncle. It's really hurt..." tidak dapat dia membayangkan perasaan Farhana Sofea yang ketika itu mengharapkan kemunculannya.
"I failed to protect her from him. It's my fault."
"No, Riz. It's not your fault. At the beginning, this was not your fault. Your surroundings are to be blame" pujuk Dr. Razi cuba menenangkan Tengku Harriz yang sudah ibarat anak kandungnya. Tangan setia mengusap belakang badan lelaki itu.
"And at the beginning, my real enemy is not someone else but my other personality. Him, Tengku Harriz Adham"
Dr. Razi mengetap bibirnya. Dia turut kecewa dengan dirinya sendiri. Sebagai doktor personal kepada Tengku Harriz, dia gagal untuk memulihkan Tengku Harriz dari penyakit DIDnya dan sekarang semuanya kucar-kacir.
"Puas hati you sekarang?" Tengku Hadif menoleh memandang pada Tengku Farihah yang masih memandang Tengku Harriz yang dipeluk oleh Dr. Razi dari jauh.
"Hidup Riz dah cukup hancur tapi you semakin menghancurkan lagi. Kalau you tak cakap bukan-bukan hari tu, Am takkan keluar control badan Riz"
"Ouh sekarang ni salah I? Riz yang lemah tak boleh handle penyakit sendiri, I pula yang dipersalahkan" angkuh Tengku Farihah berkata.
"At the end, you are still not changed after what you have done to our son. Don't you have any guilt as a mother?" dipandang tidak percaya akan isterinya itu. Dia fikir saat isterinya melihat Tengku Harriz yang kian rapuh itu dapatlah juga membuatkan isterinya rasa bersalah. Tapi dia silap!
"Buat apa rasa bersalah kat Riz bila dia yang penyebab apa yang berlaku sepanjang 20 tahun ni? Dia dalang kepada apa yang berlaku 20 tahun yang lalu. Deritanya I akibat di....."
"Tak habis-habis dengan 20 tahun yang lalu! Itu je topik you dari dulu! I ni dah cukup muat tahu tak?!" bentak Tengku Hadif yang mengundang perhatian Dr. Razi dan Tengku Harriz. Dr. Razi meminta diri dahulu untuk melakukan pembedahan ke atas Farhana Sofea.
"Mungkin ini kifarah untuk I yang abaikan Riz dulu kerana terlalu sayangkan you. I tolak Riz ke tepi di mana Riz amat memerlukan kita kerana I utamakan you. But this time, Riz is my priority"
Bergetar anak mata Tengku Farihah memandang anak mata Tengku Hadif. Air liur ditelan kelat dengan renungan suaminya itu sehingga dia mula hilang kata.
"If you didn't change after this and ask forgiveness from Riz, then it will be no more about us" usai berkata Tengku Hadif mula mengangkat kaki. Dipandang sekilas Tengku Harriz yang memandang mereka sebelum dia berjalan mendekati anaknya itu.
"Pa..." kelu lidah Tengku Harriz ingin berbicara. Melihat muka serious Tengku Hadif, dia tahu papanya tidak main-main dengan apa yang dikatakan tadi pada mamanya.
"Sanggup you buat I macam ni demi jantan tak guna ni?!" tempik Tengku Farihah tidak berpuas hati.
"He's our son, Farihah! Watch your language!" tidak kurang lantang juga Tengku Hadif berkata. Mata mencerlung tajam pada isterinya.
"Pa...ma enough" kepala digeleng perlahan. Dalam keadaan begini, dia tidak mahu melihat papa mamanya bergaduh gara-gara dia.
"Riz, this time think about yourself only. Priority yourself. Pasal papa mama jangan difikirkan dan apa yang berlaku kat kami selepas ini bukan salah Riz. Ini keputusan papa" tegas Tengku Hadif berkata sebelum dia menarik Tengku Farihah beredar dari situ. Buat masa sekarang dia perlu menjarakkan Tengku Farihah dari Tengku Harriz kerana kata-kata isterinya itu akan melukakan anaknya.
"Puas hati kau sekarang? Aku harap isteri kau mampus dan kau akan meran....."
Pang
Belum sempat Tengku Farihah ingin menghabiskan kata-katanya, pipinya terlebih dahulu menerima tamparan sulung dari Tengku Hadif. Kejung tubuhnya dengan perbuatan suaminya itu.
Tengku Harriz turut terkelu memandang papanya yang sedang menahan amarah. Dia turut hilang kata kerana buat pertama kali dia melihat papanya tidak dapat mengawal amarahnya pada mamanya.
"Yo..you...." tangan naik memegang pipi yang ditampar. Air mata mula bergelinang.
"Aku dah cukup sabar dengan mulut kau yang langsung tak fikirkan orang sekeliling. Kalau gini gamaknya perangai kau, Tengku Farihah binti Tengku Farhan....aku...."
"Pa, no!" laju Tengku Harriz memotong kata-kata Tengku Hadif. Kepala digeleng perlahan-lahan.
"Please don't....."
"Riz, papa dah cakap kan priority yourself. Put yourself first"
"I know...but please...cukup hidup Riz je yang hancur. Riz taknak keluarga kita berpecah-belah. Please, pa....." rayu Tengku harriz. Teruk manapun layanan mama padanya, tapi dia tidak mahu keluarga mereka berpecah belah.
"Please don't...I will blame myself if you do it" lunak Tengku Harriz memandang anak mata papanya. Berharap yang papanya tidak akan mengeluarkan kata-kata itu.
"You should be thankful for him, Farihah. I'm doing this only for him, not for you" ujar Tengku Hadif memandang tepat pada anak mata Tengku Farihah yang sedang bergelinangan dengan air mata. Kaki mula mengorak langkah beredar dari situ.
Bibir diketap oleh Tengku Farihah dengan mata yang mencerlung tajam pada Tengku Harriz. Perasaan benci kepada anaknya semakin membuak-buak tatkala suami sendiri lebih memilih anak mereka berbanding daripadanya.
Tanpa kata dan bersama hati yang bengang, dia mula mengorak langkah beredar dari situ meninggalkan Tengku Harriz yang masih berdiri di depan wad kecemasan.
"I shouldn't be born at first. I just ruined every dearer life around me" luruh dia berkata dengan tangan yang meraup rambut ke belakang. Mata dipejam seketika bersama air mata yang kian mengalir.
'Ya Allah, tolong pinjamkan aku kekuatan untuk tempuhi semua dugaan yang kau beri ini' rintih hatinya berkata. Kali ini dia berganda-ganda jatuh ke bawah.
"Kau kuat, Riz. Antara kita, kau orang yang paling kuat"
Mata dibuka kembali memandang Adden yang tersenyum nipis padanya sambil menepuk bahunya seperti meminjamkan semangat padanya.
"Hana will make it. Just like how Airisya made it, I know Hana will survive too. Don't worry"
TERMENUNG dia memandang karpet dari tadi di dalam surau hospital. Ke sini dia setelah disuruh oleh Puan Farah yang sampai di hospital beberapa jam yang lalu. Dinasihatkan dia untuk buat solat hajat dan berdoa pada Allah namun dia hanya duduk termenung memandang karpet surau. Terimakah doa yang dilangitkan oleh orang yang berdosa sepertinya?
"Dari tadi atuk tengok kamu duduk di sini....ada apa-apa masalah ke?"
Kepala menoleh memandang seorang pakcik yang agak berumur sedang memegang tasbih mengambil tempat duduk ditepinya. Dia hanya memandang atuk itu, tidak mengangguk malah tidak menjawab dengan soalan yang ditanyakan oleh atuk itu.
"Cu...kalau ada masalah cerita je kat atuk. Mana tau atuk boleh tolong?" tersenyum manis atuk itu padanya sambil mengusap bahunya. Lama Tengku Harriz merenung ke dalam anak mata bundar hitam itu. Entah kenapa dia terasa tenang melihat anak mata yang penuh dengan cahaya itu.
"Err, atuk...."
"Tok Ayah. Panggil Tok Ayah je"
"Tok Ayah,saya...saya nak berdoa tapi...terimakah Allah doa dari orang pendosa seperti saya ni?" terasa mulutnya begitu ringan untuk bercerita dengan atuk itu sedangkan sebelum ini dia suka memendam sendiri masalahnya.
"Sudah tentu. Cu, jangan takut untuk berdoa kerana Al-Iman Sufyan berkata, jangan sampai kesedaran kalian tentang diri yang penuh dengan dosa membuatkan diri kalian tidak berdoa, sesungguhnya Allah mengabulkan doa yang paling berdosa"
Setitis demi setitis air matanya mula mengalir membasahi pipi yang tadinya kering. Kepala semakin tertunduk ke bawah. Baiknya Allah yang masih sudi untuk dengar doa dari hamba yang berdosa sepertinya namun dia yang angkuh selama ini tidak reti untuk memanjatkan kesyukuran padaNya.
"Tangisan taubat seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbihnya seorang yang sombong"
Makin laju air matanya mengalir saat ini bersama esakan yang paling hiba. Kali ini, dia benar-benar menangis sepuas-puasnya bagaikan atuk itu tiada di sebelahnya melihat dia menangis.
Diam sahaja Tok Ayah di sebelah Tengku Harriz dengan tangan yang menggosok lembut bahu lelaki itu sehingga tangisan Tengku Harriz mula berhenti. Bibir mengorakkan senyuman yang manis. Melihat Tengku Harriz, mengingatkan pada anak lelakinya yang sudah meninggal.
"Tengok kamu ni cu..mengingatkan Tok Ayah pada anak Tok Ayah yang dah meninggal. Nama dia, Fayyad. Baik budaknya tapi Allah lagi sayang dia" tersenyum Tok Ayah teringatkan akan anaknya.
"Cu...kalau tak keberatan, boleh ke Tok Ayah nak anggap kamu sebagai cucu Tok Ayah? Kalau anak Tok Ayah masih ada lagi mesti dia dah ada anak besar panjang macam kamu" sambung Tok Ayah lagi.
Terkelu lidah Tengku Harriz memandang pada sepasang anak mata itu. Di saat atuk itu tahu dirinya pendosa tapi atuk itu mahu menganggap dia sebagai cucunya?
Kepala tertunduk kembali.
"Tapi saya pendosa" perlahan dia berkata. Terasa dirinya begitu kecil duduk di sebelah atuk itu.
"Kita semua pendosa tapi yang bezakan kita ialah siapa yang mahu hidup kekal dalam dosa dan siapa yang mahu lari daripada dosa.Tok Ayah nampak keikhlasan kamu untuk berubah dan siapa sangka saat ini Allah pertemukan kita untuk kita tolong satu sama lain?"
Terangkat kepala tengku Harriz memandang Tok Ayah, menunggu untuk Tok Ayah menyambung kata-katanya.
"Allah hantarkan Tok Ayah pada kamu untuk Tok Ayah bantu kamu keluar dari dunia kegelapan kamu dan Allah hantarkan kamu pada Tok Ayah untuk Tok Ayah rawat rindu pada anak Tok Ayah yang sudah meninggal kian lamanya. Indahkan takdir yang diciptakan oleh Allah?"
Perlahan-lahan kepala diangguk oleh Tengku Harriz.
"Allah sudah menyusun atur cantik-cantik jalan hidup kita jadi jangan risau, teruskan melangkah walaupun berkali-kali jatuh. Ma Qadarallah Khair. Apa yang Allah takdirkan untuk kita itu baik-baik belaka"
Tenang jiwanya tika ini mendengar bait-bait indah dari Tok Ayah yang secara langsung mengingatkan dia pada Tengku Daim Hayyan. Benar, takdir Allah itu indah sekali. Allah mengambil sepupu akrab darinya namun Allah gantikan denagn Tok Ayah di sebelahnya sekarang ini. Kedua-dua mereka insan yang hebat, yang tidak berkira langsung dengan ilmu yang ada.
Tersenyum manis dia memandang Tok Ayah sebelum dia mendekatkan tubuh mereka, menarik Tok Ayah ke dalam pelukan. Walaupun agak terkejut dengan perbuatannya itu namun Tok Ayah turut membalas pelukannya bersama usapan lembut pada bahagian belakang badannya.
'Ya Allah, terima kasih kau hadirkan cahaya buat aku. Kau sentiasa hulurkan tangan untuk aku saat aku jatuh berkali-kali' mata dipejam bersama bibir yang mengukirkan senyuman halus.
Usai dia melakukan solat hajat dan berdoa pada Allah, dia ke sini semula di depan bilik pembedahan. Kepala menoleh memandang Tok Ayah yang turut mahu menunggu bersamanya. Sudah dia ceritakan apa yang berlaku pada Tok Ayah.
Tanpa menghukumnya akibat perbuatannya, Tok Ayah turut membantu dia untuk mengerjakan solat Isyak dan solat hajat setelah dia balik membersihkan diri. Tidak luak dengan dia yang kurang ilmu tentang solat, Tok Ayah semangat mengajarnya satu persatu walaupun sudah berumur sehingga dia berjaya menunaikan solat setelah kian lamamnya dia tinggal.
Dan siapa sangka dunia ini begitu kecil? Rupa-rupanya mak mertuanya dan Tok Ayah saling mengenali. Anak lelaki yang Tok Ayah ceritakan yang sudah meninggal itu rupa-rupanya Inspektor Aziem Fayyad. Kecil betul dunia kan?
"Riz"
Kepala menoleh memandang Dr. Razi yang keluar dari bilik pembedahan. Kaki segera mengorak langkah menghampiri Dr. Razi.
"Uncle, Hana macam mana?"
Tersenyum lebar Dr. Razi.
"Alhamdulillah, berkat doa korang semua pembedahan Hana berjaya. Nasib baik luka di bahagian perut tak terlalu teruk dan dalam. Luka di kepalanya juga tidak beri apa-apa effect pada otak. Insyallah esok lusa Hana bangun"
"Alhamdulillah...."
Menitis air mata Tengku Harriz dengan berita gembira itu. Dia mula membuat sujud syukur di lantai hospital itu memanjatkan rasa syukur pada Allah yang tidak henti kerana masih meminjamkan Farhana Sofea padanya. Gembiranya kali ini tidak terkata.
'Ya Allah, terima kasih kerana masih sudi meminjamkan bidadari syurga untuk menemaniku di dunia ini, Ya Allah...Aku janji aku akan terus kuat dan tidak persoalkan dengan ketentuan takdirMu buatku. Terima kasih, ya Allah.....'
*********
Sorry take time untuk update. Sikit lagi nak habis. Bersabarlah hehe.
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro