Bab 61
TAJAM Adham mencerlung ke arah Tengku Farihah yang juga merenungnya tajam. Bibirnya mula mengukirkan senyuman sinis.
"Kau cakap kat Akh macam dia yang terpaling buat dosa padahal kau lagi teruk" sinis Adham dengan mata yang menikam tepat pada Tengku Farihah.
"Am, apa cakap macam tu kat mama?" tegur Tengku Hadif. Walaupun Adham merupakan sisi lain yang wujud kerana penyakit Dissociatice Identity Disorder tapi dia masih menganggap lelaki itu sebagai anaknya.
"Orang macam tu tak perlu cakap elok-elok. Lagipun layak ke dia jadi ibu?" tersungging bibir Adham apatah lagi wajah Tengku Farihah semakin berubah tidak berpuas hati.
Jangan harap dia akan hormat Tengku Farihah sebagai ibu mereka seperti mana Tengku Harriz menghormatkan wanita itu. Kerana dia dan Tengku Harriz adalah dua lelaki yang berbeza dan dua personaliti yang berbeza walaupun mereka menggunakan badan yang sama.
"Habistu kau tu layak ke jadi anak?" balas Tengku Farihah namun Adham tenang tersenyum.
"At least, kami tak pernah minta untuk dilahirkan dan tak boleh memilih siapa ibu bapa kami. Kalau dah boleh pilih, kau memang takkan jadi pilihan bahkan jadi calon untuk menjadi seorang ibu pun tak layak"
Rahang diketap oleh Tengku Farihah. Tangan mula mengempalkan penumbuk. Sakit hati dia bercakap dengan sisi Tengku Harriz lagi satu itu. Lelaki itu memang pandai melawan dan kata-katanya menusuk tembus ke hatinya.
"Habistu sebagai ibu, aku pun tak boleh memilih siapa untuk jadi anak aku"
"Tapi kau pilih untuk ada anak. Jadi salah kami ke kalau kami dilahirkan ke dunia ni? Kau memilih untuk lahirkan kami dan sekarang kau persoalkan kau tak boleh memilih siapa untuk jadi anak kau? Lawak apa kau ni? " tersenyum sinis Adham bersama helaan ketawa kecil di hujung. Agak terhibur dia dengan wanita di depannya itu.
"Farihah, Am....sudah" Tengku Hadif menggelengkan kepalanya supaya mereka menghentikan pergaduhan itu.
"Patut aku bunuh je kau dalam rahim dan simpan Raz sorang je !"
"Ya Allah, Farihah! You sedar tak apa yang you cakap ni?" kecewa Tengku Hadif memandang isterinya itu. Keluhan kecil mula terbit dari mulutnya. Nampaknya dia sudah gagal untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik!
"Yes, you should or not....you will grow a monster that will eat you alive"
"Dasar anak tak dikenang untung! Korang berdua memang tak patut dilahirkan!" tengking Tengku Farihah dengan sinis. Menyesal dia melahirkan lelaki di hadapannya itu.
Tengku Hadif sudah memicitkan kepalanya. Mereka berdua gaduh bagaikan dia tiada di situ. Entah bagaimana dia mahu meleraikan pergaduhan yang semakin panas itu.
"Kau patut bersyukur yang Akh tak melawan kau walau kau herdik dia macam mana sekalipun tapi kau masih anggap dia anak yang tak dikenang untung? Kau memang tak patut lahirkan Akh kerana gara-gara kau, dia derita. Gara-gara kau, aku wujud. For earlier, you shouldn't be a mom. You really do not deserve the title of mom. Sebab apa? Sebab kau manusia yang bertopengkan syaitan!"
"Kau!"
Tangan mula diangkat tinggi ingin menampar lelaki di hadapannya itu yang terasa begitu kurang ajar namun tangannya cepat dihalang oleh Adham. Kemas Adham mencengkam lengan Tengku Farihah dengan senyuman sinis yang terhias di wajah beku itu.
"I'm not weak and I'm a monster. Jangan harap tangan kau dapat sentuh aku!" Adham semakin mengetatkan pegangan tangan tersebut sehingga wajah Tengku Farihah muka berkerut sakit.
"Sudah! Stop this bickering! Am lepaskan tangan mama" Tengku Hadif meleraikan mereka dengan berdiri di tengah-tengah. Kedua-dua mereka dipandang silih ganti sebelum bahu merundum jatuh.
"Am, anak papa...." dipandang Adham itu penuh kasih. Tangan menepuk bahu lelaki itu.
"Am balik dulu boleh?"
Adham tidak mengangguk mahupun menggeleng namun dia mula melangkah ke arah pintu.
"Kau jangan jejak kaki ke sini lagi!" jerit Tengku Farihah.
"Enough, Farihah! I had enough with you!" mencerlung tajam Tengku Hadif pada isterinya.
"Aku pun tak ingin lah jejak kaki ke rumah neraka ni!" bidas Adham sebelum dia mula menghilang di sebalik pintu. Destinasinya sekarang ialah rumah Tengku Harriz bersama Farhana Sofea.
Tidak sabar dia ingin muncul di depan gadis itu lagi!
SAMPAI sahaja di rumah, Farhana Sofea terus ke bilik mereka. Tubuhnya dibaringkan di atas katil sebesar alam itu. Matanya mula terkatup, kepenatan bekerja dan menghadap jammed balik ke rumah. Mahu sahaja dia berhenti kerja namun takkan mahu jadi suri rumah setelah penat lelah dia belajar untuk mendapatkan segulung ijazah?
Bunyi pintu bilik mandi membuatkan matanya dicelik kembali. Dipandang Tengku Harriz yang baru keluar dari bilik mandi itu dengan hanya bertuala. Tidak menyedari pandangan sinis lelaki itu padanya, dia mengikut langkah lelaki itu ke ruang wardrobe.
"Harriz...."
Adham yang ingin menyarung t-shirt ke badan terhenti apabila Farhana Sofea memeluknya dari belakang.
"You nak tahu tak? Tadi kan....."
"I'm not him" potong Adham. Farhana Sofea yang teruja ingin bercerita tadi terus berkerut mukanya dengan kata-kata itu.
"I said I'm not him" ulang Adham sekali lagi dengan perlahan-lahan tubuh dipusingkan menghadap Farhana Sofea apabila gadis itu hanya diam sahaja.
Farhana Sofea mula menapak dua tiga langkah ke belakang bila dia baru perasan akan renungan lelaki itu padanya. Renungan yang Tengku Harriz tidak akan bagi padanya melainkan hanya seorang sahaja. Renungan yang inginkan kematian untuknya 12 tahun yang lalu.
"Adham..."
Lebar Adham tersenyum. Dia menapak beberapa langkah mendekati Farhana Sofea dan gadis itu kini langsung tidka berangjak. Hanya memandang tajam padanya.
"Mana suami aku?" rasa gementar dalam dirinya cuba ditahan.
Walaupun rasa takut untuk berdepan dengan Adham namun dia lebih rasa kecewa kerana yang berdiri di depannya sekarang bukan Tengku Harriz tapi Adham.
'You dah janji dengan I, you takkan bagi badan you kat dia, Harriz' rintih hatinya berkata. Ingin menangis tapi ditahan.
"Suami? Ouh kau anggap dia suami kau ke? Kan kau cakap anjing pun lagi layak disayangi dan dicintai"
Zapp!
Bagaikan kata-katanya itu kembali menusuk ke hatinya. Pedihnya tak terkata. Mungkin lagi teruk Tengku Harriz rasakan bila dia ungkapkan kata-kata itu.
"Ba...bagi dia balik kat aku" berair matanya memandang ke arah Adham. Bukan kerana inginkan simpati oleh lelaki itu, tapi kerana dia inginkan kemunculan Tengku Harriz.
"Bagi kat kau buat apa? Untuk lukakan hati dia sekali lagi? Untuk lepaskan kebencian kau pada dia? Atau untuk kau jadikan dia tempat kau lepaskan kemarahan?" soal Adham bertalu-talu.
"E...enough"
"Enough?" tersenyum sinis Adham merenung anak mata bundar hitam yang sedang bergetar itu.
"Do you think this is enough after all what you said to him?"
Bibir diketap. Kepala mula ditundukkan memandang lantai. Air mata mula menitis laju namun segera dia menyeka, tidak mahu Adham lihat bertapa lemah dia dengan counter attack oleh lelaki itu.
"Kau lupa yang semua ni berlaku disebabkan kau?" kepala didongak, menentang tajam lelaki di hadapannya itu.
"Kau lupa gamaknya gara-gara kau, aku benci lelaki yang bernama Akhtar" balas Farhana Sofea sinis.
Tangan mula membentuk kepalan. Mengingatkan apa yang lelaki itu sudah lakukan padanya 12 tahun yang lalu, tidak semena-menanya kemarahan dia bangkit kembali.
"Namun dengan bodohnya kau salahkan dia atas kesalahan aku" sinis Adham membuatkan Farhana Sofea semakin mencerlung tajam ke arahnya.
"Aku admit aku salah, tak siasat dahulu sebelum hemburkan kata-kata itu tapi siapa kau nak pertikaikan semua ni bila mana kau yang punca kami berdua tersakiti?" bengang dia melawan renungan tajam Adham itu seolah-olah semua kesalahan di letak padanya biarpun yang pencetus kepada semua ini adalah Adham!
"Aku punca?" Adham ketawa sinis. Langkah semakin menapak pada Farhana Sofea sehingga berdiri betul-betul di deoan gadis itu.
"Silap tu. Kau yang puncanya. Silap kau yang muncul diculik di depan Akh. Silap kau yang penyebab Akh kena culik. Dan silap kau, aku wujud. Jadi silap aku ke?"
Farhana Sofea mula terdiam namun tidak lama dia mula tersenyum sinis.
"Kau memang takkan mengaku silap sendiri kan? Kau hanya akan tudingkan jari kat orang lain bila sebenarnya itu semua silap kau. Kau sendiri tahu bertapa strugglenya, Akhtar cuba lawan kau disebabkan sikap kau tapi kau cuma menuding jari kat orang lain"
Zapp!
Buat pertama kali dia rasa tercabar! Kata-kata gadis itu berjaya menusuk ke hatinya membuatkan hatinya semakin memberontak.
"Kenapa? Tercabar ke? Masih taknak mengaku yang semua ni salah kau? Taknak mengaku yang Akhtar derita disebabkan kau? Kau berlagak macam kau prihatin kat Akhtar sedangkan kau yang membuatkan dia derita. Sedangkan....."
"Diam!"
Naik turun dadanya melawan amarahnya. Gadis di depannya itu memang berani mati berlawan kata dengannya!
"Pulangkan Akhtar kat aku. Aku tahu aku dah sakiti dia tapi kali ini aku takkan sakiti dia lagi mahupun biarkan dia tersakiti lagi"
"Kau ingat sesenang itu aku akan beri dia pada kau? Macam kau cakap aku berlagak prihatin kat Akh and yes! I admit! Aku cuma selfish nakkan badan ni je! And this time, he won't appear anymore. I will completely control this body!"
Bergerak-gerak rahang Farhana Sofea memandang anak coklat garang itu.
"Orang lembik dan lemah macam Akh tak layak hidup di bumi ni!" sambung Adham lagi. Tersenyum sinis dia melihat muka kegeraman gadis itu.
"Akh tak lembik dan tak lemah! You're the one who is weak! Kalau tak kenapa kau tak boleh control badan ni sebelum ni? Kau hanya dapat control bila Akh rasa lemah tapi bila dia kuat, kau pun tak mampu nak lawan! Itu disebabkan kau yang sebenarnya lemah!"
"Kau hanya ambil peluang bila mana Akh berada di fasa bawah dan itu dah menjelaskan yang kau.....ARGHH!" terjerit kecil Farhana Sofea bersama kerutan di dahi apabila tubuhnya dihempap ke almari baju. Lengan kekar Adham menekan lehernya membuatkan dia terkunci di situ.
"Kau memang suka berlawan kata kan? No wonder, Akh rasa begitu sakit bila kau lontarkan kata-kata tu. Setakat aku ni pun cukup geram dengan kata-kata kau"
Farhana Sofea tersenyum sinis. Itu kepakarannya! Tidak dinafikan yang orang kata dia gadis kasar bermulut lancang kerana dia akan membidas setiap kata mereka. Namun sayangnya dia terguna kepakarannya itu pada lelaki yang tak sepatutnya mendengarkan bidasannya.
"Aku cuma katakan fakta. Salah ke?"
Adham semakin menekan lengannya pada leher Farhana Sofea. Makin berkerut muka gadis itu menahan sakit dan itu membuatkan dadanya tiba-tiba rasa sakit.
'Kau dah janji dengan aku, Am yang kau takkan sakiti dia!' berdesing suara Akhtar memarahinya.
"Lagi sekali kau buka mulut memang siap kau aku kerjakan" dia mula menjarakkan tubuh mereka sebelum berpusing membelakangi gadis itu semula. Rasa sakit di dada ditahan. Dapat rasakan Akhtar cuba mendapatkan balik badannya.
Farhana Sofea memandang tajam Adham yang sedang mengutip t-shirt hitamnya tadi di lantai.
"Pulangkan suami aku"
Farhana Sofea masih tak mengalah. Apa pun cara dia akan kembalikan Tengku Harriz!
Adham tidak membalas bahkan dia hanya keluar dari ruang wardrobe itu bersama t-shirt hitam dan seluar tiga suku di tangan.
"Aku cakap pulangkan suami aku!" bentak Farhana Sofea apabila Adham tidak mengendahkan dia.
Tubuh mula dipusingkan menghadap Farhana Sofea.
"Aku dah suruh kau tutup mulut kan?"
"Selagi kau tak bagi Akh balik kat aku selagi tu aku takkan diam!"
"Then, maybe I should do this to shut your mouth"
Berkerut dahi Farhana Sofea sebelum sekali lagi dia dihempap ke dinding. Badannya dikunci dengan tubuh Adham yang merapat ke tubuhnya dan lagi tergamam apabila lelaki itu mencium kasar bibirnya semata-mata ingin menyuruh dia diam.
"Hmmphh...!"
Ingin menolak tubuh itu namun kedua-dua lengannya dikunci di atas oleh Adham. Ingin menendang tapi tubuh Adham terlalu rapat dengannya dan terlalu kuat untuk dia lawan. Lelaki itu memang tidak memberi dia peluang untuk melakukan serangan.
Air mata mula mengalir ke pipi.
Sepanjang dia berkahwin dengan Tengku Harriz, tidak pernah Tengku Harriz mengasari dia seperti ini bahkan mencium bibirnya kasar dan rakus seperti apa yang dilakukan oleh Adham seperti sekarang pun tidak pernah.
Dalam ciuman Tengku Harriz, adanya cinta dan kasing sayang namun dalam ciuman Adham, hanya ada kemarahan dan kebencian.
"When I told you to shut your mouth, then do so" sinis Adham melihat wajah Farhana Sofea yang mula sembab dengan air mata.
"Kau memang a monster!" tengking Farhana Sofea. Jijik betul dia dicium oleh Adham kasar sebegitu walaupun tubuh itu masih tubuh yang sama namun lelaki dihadapannya sekarang bukan Tengku Harriz!
"Only half for now. Not fully a monster yet. So, jangan cabar aku!" Adham semakin menekan pinggang Farhana Sofea merapati badannya manakala tangan satu lagi masih mengunci kedua-dua tangan gadis itu.
"F*ck!" serta merta pegangannya pada Farhana Sofea terlepas apabila sakit di dadanya diserang hebat. Tertunduk dia menahan sakit di dada.
"You really love her, aren't you?" soalnya tuju pada Tengku Harriz namun mata menikam tajam pada Farhana Sofea.
"Kau bernasib baik! Tapi kalau kau buka mulut kau lagi, teruk aku kerjakan kau! Atau kau nak aku rasmi badan kau dulu?" sinis Adham sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Kuat dia menghempap pintu bilik tersebut.
Hilang sahaja Adham dari pandangannya, dia mula terduduk di atas lantai. Menggigil kakinya sedari tadi. Tangisan yang ditahan semakin esak kedengaran.
"Ha...Harriz, I want you..."
"I want you to appear not him" menangis teresak-esak Farhana Sofea.
"I'm promise, I will fill your garden with flowers after this. Please come back to me, Akhtar"
*********
Sorry guys lambat update.
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro