Bab 59
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
********
TERMENUNG lama tengku Harriz memandang pada kubur Tengku Daim dengan pandangan kosong. Sayu hati dia melihat kubur yang baru sempat dia melawat itu. Tidak sempat dia ingin melihat wajah Tengku Daim buat kali terakhir. Siapa sangka operasi tiga bulan lepas adalah operasi terakhir bersama Tengku Daim?
"Im....." akhirnya dia mula bersuara setelah hampir sejam dia duduk di tepi kubur Tengku Daim.
"Kenapa.....aku susah sangat nak lepaskan kau pergi?" sebak di dada ditahan. Dia memandang lama kubur itu berharap Tengku Daim akan membalas pertanyaannya itu.
Sejak tiga hari lepas dia bangun dari koma, sejak itu dia asyik mengelamun memikirkan tentang Tengku Daim yang sudah pergi meninggalkannya. Kehilangan lelaki itu memberi impak yang besar padanya. Kehilangan sepupu yang dari kecil susah senang, yang melihat dia jatuh bangun, yang sentiasa menghulurkan tangan padanya membuatkan dia sukar untuk melepaskan lelaki itu pergi walaupun sudah dipujuk hatinya.
"Kenapa....cepat sangat kau pergi, Im?"
"Dan kenapa bukan aku yang pergi dan gantikan kau di kubur sana?"
Kenapa dan kenapa? Pelbagai soalan bermain di fikirannya walaupun dia cuba untuk positif dengan ujian yang Allah bagi untuknya. Namun dia hanya manusia biasa, yang selalu mempersoal tentang ujian yang diberi untuknya.
Air matanya semakin bergelinang. Lagi, dia jatuh di lubuk yang paling bawah namun kali ini macam mana dia mahu bangkit tanpa adanyaTengku Daim yang sebelum ini menghulurkan tangan padanya?
"Sepatutnya aku yang pergi, Im....bukan kau"
"Kau ada mak ayah yang sayang kau, orang sekeliling kau semua sayang kau tapi aku? Mama aku pun tak sayang aku. Aku koma pun dia tak datang melawat. Bencinya dia pada aku...."
Kepala menunduk. Air mata yang ditahan akhirnya mengalir dengan laju.
"Im, kalau aku mungkir janji untuk tidak bunuh diri lagi agak-agak kau benci tak kat aku lepasni?" redup dia memandang pada kubur itu.
"Kau selalu cakap Allah takkan berikan umatnya ujian berat kalau umatnya tidak mampu tapi Im.......aku lemah, aku nak give up..."
"Aku...aku rasa nak bagi tubuh ni kat Adham. Aku dah penat untuk teruskan hidup" luahnya lagi. Dua tiga hari ini dia asyik berfikir tentang itu. Macam mana kalau dia bagi tubuh ini pada Adham? Dia juga sudah penat untuk melawan lelaki itu daripada control tubuhnya.
"Im, dua tiga hari ni aku struggle lawan Am. Dia nak sangat tubuh ni sampai aku dah penat nak lawan dia. Patut ke aku just bagi je tubuh ni kat dia?"
"Tapi Hana....macam mana kalau Am sakiti Hana lagi sepanjang aku tiada?" bergetar anak matanya saat memikirkan tentang Farhana Sofea. Keselamatan gadis itu macam mana nanti?
"Atau patut ke aku ceraikan Hana and lempar dia jauh daripada aku? Then, aku bagi tubuh ni kat Am dengan syarat dia tidak menyakiti Hana?"
Bibirnya mula tersenyum sinis. Ketawa halus dia.
"Gilakan idea aku?"
Seketika dia kembali diam, merenung kubur Tengku Daim dengan air mata yang memenuhi kelopak mata.
"Kalau kau ada lagi mesti aku dapat dengar nasihat kau"
Laju air matanya mengalir. Dapat rasakan dirinya betul-betul lemah tika ini.
Razul yang menemani dan melihatnya dari jauh turut mengalirkan air matanya mendengar setiap bait bicara dan luahan Tengku Harriz pada Tengku Daim yang sudah dikambus dengan tanah itu. Lelaki itu jarang meluahkan apa yang dia rasa, selalu dipendam seorang diri namun kini saat mendengar luahan Tengku Harriz, hatinya begitu sebak. Sakit lelaki itu dapat dia rasakan.
"You are strong, Riz. I know you are strong"
Tengku Harriz menyeka air matanya. Dia mula berdiri setelah merasakan dirinya sudah terlalu lama berada di sini.
"Doakan aku terus kuat, Im"
FARHANA Sofea mengetap bibirnya memandang Tengku Harriz yang sedang baring di atas katil dnegan mata yang terpejam. Air mata yang ingin ditahan dikawal sebaik mungkin.
Sejak Tengku Harriz sedar tiga hari lepas sehingga mereka pulang ke rumah, lelaki itu bersikap dingin padanya. Menganggap dia seperti tidak wujud.
Kepala menunduk ke bawah. Apa yang dia lakukan pada Tengku Harriz dan melayan lelaki itu dingin sebelum ini sekarang sedang berbalik padanya semula. Sebak di dada ditahan.
"Harriz....." panggilnya seraya kaki menapak menghampiri Tengku Harriz namun panggilannya dibuat tidak endah oleh lelaki itu.
Air matanya semakin bergelinang. Tidak tahan dia dengan sikap dingin lelaki itu. Terasa begitu terseksa!
"Auchh!" mengaduh kecil Tengku Harriz apabila Farhana Sofea menghempap tubuhnya.
"What are you doing?" kepala terangkat sedikit memandang Farhana Sofea yang menyembankan muka ke dadanya. Esakan gadis itu mula kedengaran.
"I minta maaf...." laju air matanya mengalir membasahi baju Tengku Harriz.
"I betul-betul minta maaf. Janganlah layan I dingin macam ni"
"I minta maaf cakap macam tu kat you. I tak maksudkan...." sambungnya lagi sambil teresak-esak menangis apabila Tengku Harriz hanya diam sahaja.
Bibir diketap oleh Tengku Harriz. Dibiarkan sahaja Farhana Sofea berkata-kata sambil menangis.
"Dah?"
Terus terangkat kepala Farhana Sofea. Terpinga-pinga dia memandang anak mata coklat itu. Pandangan lelaki itu padanya sukar ditafsirkan.
"Kalau dah ke tepi. I nak mandi" tubuh Farhana Sofea ditolak ke tepi sebelum dia bangkit daripada katil.
"You dah bencikan I ke? You tak cintakan I dah ke?" soal Farhana Sofea yang mendongak memandang Tengku Harriz yang membelakanginya itu dengan anak mata yang bergetar. Terasa hati apabila Tengku Harriz menolaknya ke tepi.
Tengku Harriz memusingkan tubuhnya memandang Farhana Sofea. Lama dia merenung anak mata bundar hitam itu.
"For now, can we do not talk about us? I'm still adapting to the loss of my cousin" jawabnya bersama keluhan kecil.
Dia baru sahaja balik daripada melawat kubur Tengku Daim. Hatinya masih tidak dapat menerima pemergian lelaki itu bukannya dia bencikan pada Farhana Sofea. Jiwanya dan semangatnya sekarang sedang merundum jatuh. Dia juga sedang cuba mencari dirinya dan tiada niat pun untuk memalau gadis itu.
"O...okay"
Kepala menunduk ke bawah, membiarkan air matanya terus mengalir.
Tengku Harriz mengetap bibirnya melihat air mata Farhana Sofea yang mengalir ke pipi gadis itu. Dia ingin menyeka air mata itu namun apa daya air matanya sendiri sukar untuk diseka.
"Give me more time" ujarnya sebelum memusingkan semula tubuhnya. Tuala diambil sebelum dia berlalu ke bilik mandi.
Farhana Sofea hanya memandang tubuh Tengku Harriz sehingga hilang dari pandangannya.
Cermin yang memaparkan wajahnya dipandang lama oleh Tengku Harriz dengan renungan yang redup. Wajah yang sedang tersenyum sinis di pantulan cermin itu ditenung lama.
"How about the deal?"
Tengku Harriz memejamkan matanya.
"Bagi aku masa untuk fikir"
Seketika ketawa Adham bergema.
"Dah cukup 3 hari"
"I know that's why I'm asking you to give me more time"
"Kau ingat aku baik nak bagi kau masa? Atau kau nak kita lawan? Kau sendiri tahu dalam keadaan kau yang lemah sekarang, kau ingat kau boleh halang aku?"
Bibir diketap. Rahangnya bergerak-gerak bersama tangan yang kuat mengenggam tepi sinki. Tajam anak mata coklatnya merenung pada pantulan cermin yang memaparkan Adham sedang tersenyum mengejek padanya.
"Baik! Tapi dengan syarat jangan cuba untuk sakiti Hana or I will take back this bo....."
Bang
Bunyi tembakan dari luar bilik air menyentakkan dia. Segera Tengku Harriz keluar dari bilik air memandang Farhana Sofea yang berdiri sedang memegang pistol dengan air mata yang bergelinang di kelopak mata.
"Apa yang you buat ni, Hana?" matanya mengerling sekilas pada meja solek gadis itu yang sudah pecah berderai cerminnya. Sah gadis itu yang melepaskan tembakan.
"You nak bagi tubuh you kat dia?" bergetar suara Farhana Sofea menyoal soalan itu. Nasib baik dia melekapkan telinganya pada pintu bilik air mendengar setiap bait bicara lelaki itu yang pastinya sedang bercakap dengan personalitinya satu lagi.
"Hmm"
Laju air mata Farhana Sofea mengalir apabila Tengku Harriz mengiyakan soalannya itu.
"Bak sini pistol tu" dia menghampiri Farhana Sofea cuba mengambil pistol dari tangan gadis itu namun Farhana Sofea semakin ke belakang dengan pandangan kecewa padanya.
"You nak I berdepan dengan dia lagi sekali? After all, what he had done to me?" serak nadanya bertanya.
Tengku Harriz memandang lama pada anak mata bundar hitam itu.
"Jangan risau, dia takkan muncul depan you lagi. Dia takkan dekat dengan you lagi or cederakan you la...."
"Dengan lemparkan I jauh daripada you. Macam tu?" potongnya. Nasib Razul ada menceritakan tentang hal tersebut padanya di panggilan. Dia fikir Tengku Harriz hanya main-main dan tidak serius.
"I suffered Hana. I penat nak fight. Terlampau penat...."
"I can't protect you. I can't protect everyone that I love and I can't protect Daim too"
Mata terpejam mendengar rintihan Tengku Harriz. Tapi dia tidak mahu kehilangan lelaki itu!
"I tak perlukan you untuk lindungi I. I can protect myself. What I need is you by my side and I ada untuk bagi kekuatan pada you..."
Terdiam Tengku Harriz. Kepala ditunduk menekur lantai. Tangannya digenggam cuba mencari kekuatan yang sudah hilang.
"You boleh nak bagi tubuh you kat dia tapi I akan tembak diri I sendiri kalau you buat macam tu" pistol diacukan dan dirapatkan pada kepalanya sendiri. Jari telunjuk sedia ingin menarik.
"Hana...."
Membulat mata Tengku Harriz memandang perilaku Farhana Sofea. Kaki menapak menghampiri Farhana Sofea tapi gadis itu mengundur ke belakang.
"I almost lost you, Harriz. 3 months you in a coma, and now you want me to lose you again forever? No, I'm not going to lose you again beside, you are the one who will lose me" air mata yang mengalir laju ke pipi dibiarkan.
"I once attempted suicide, so don't think I'm not dare to kill myself in front of you" ugutnya. Pistol masih diacu pada kepalanya. Tika ini dia langsung tidak gementar dengan pistol pemberian Adden padanya untuk melindungi dirinya daripada penjahat.
"Do it"
Bergetar anak mata Farhana Sofea memandang dengan pandangan tidak percaya pada Tengku Harriz.
"Why just not we die together tonight? You kill yourself, then I will kill myself."
"Harriz!"
Rahangnya diketap. Tubuhnya mula bergetar dengan pandangan Tengku Harriz. Lelaki itu benar-benar memaksudkannya. Lelaki itu benar-benar sudah give up untuk teruskan kehidupannya.
Akhirnya pistol jatuh longlai ke sisinya. Lengan kirinya mula menekup mukanya.
"You memang ingin kotakan kata-kata I sebelum ni kan? You want me to lose you"
Terasa pistol di tangan kanannya diambil oleh Tengku Harriz. Dia biarkan sahaja pistol itu dirampas sebelum tubuhnya jatuh terduduk di atas lantai. Pistol yang diambil tadi dilempar ke katil oleh Tengku Harriz.
"What have I done to you, Harriz? What just the hell have I done to you?" teresak-esak dia menangis. Tidak menyangka kata-katanya itu meninggalkan kesan yang mendalam pada Tengku Harriz sehingga lelaki itu betul-betul give up dengan kehidupannya sendiri.
"If and only if I can take back my words, I wouldn't say it to you"
Tengku Harriz menunduk kepalanya memandang Farhana Sofea yang terduduk di atas lantai. Air mata yang bertakung melihat gadis itu menangis teresak-esak cuba ditahan sebaik mungkin dari mengalir.
"My words had hurt you so much and now I eat the bitterness of my words."
Benarlah kita perlu menjaga kata-kata kita kalau tidak mahu termakan dengan kata-kata sendiri namun sekarang sudah terlambat. Dia sudah terlanjur bicara! Dan bicaranya itu telah menyakiti Tengku Harriz.
"We always hurt each other again and again" setelah sekian lama Tengku Harriz berdiam akhirnya dia bersuara.
"You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan" Farhana Sofea mengulangi balik apa yang pernah Tengku Harriz katakan padanya di Sekinchan. Dulu dia tidak faham tapi sekarang dia sudah faham.
"It did" tersenyum nipis Tengku Harriz.
"For now, can we be apart for a while?"
Bibir diketap oleh Farhana Sofea. Kelopak matanya dipejamkan seketika, membiarkan air mata mengalir dengan laju. Dia gagahkan dirinya untuk bangun. Ditentang anak mata coklat itu dengan pandangan redup.
"For a while or for forever?" dia risau kalau Tengku Harriz memberi tubuhnya pada Adham dan dia akan kehilangan lelaki itu.
"I need to find myself first. Then, I'll go to you once I find myself" bak kata Tengku Daim, orang yang dapat tolong dia adalah dirinya sendiri. Jadi sekarang dia tekad ingin berjuang mencari dirinya sendiri terlebih dahulu.
Bergetar anak mata Farhana Sofea memandang renungan Tengku Harriz. Boleh nampak yang kekuatan lelaki itu sudah hilang. Boleh nampak yang lelaki itu lelah emosi dan fizikal.
Perlahan-lahan kepalanya diangguk.
"I'm promise, I'll be back"
Tengku Harriz menapak mendekati Farhana Sofea. Tangan gadis itu dicapai. Diusapnya perlahan-lahan dengan anak mata coklatnya memandang dalam anak mata bundar hitam tersebut.
"I'll come back with a better version of me. For now, can you let me go find my own self?"
Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Walaupun dia tidak ingin berjauhan dengan lelaki itu namun jika itu yang Tengku Harriz mahukan, jika lelaki itu mahu mencari dirinya dahulu, dia akan izinkan.
Tengku Harriz tersenyum nipis. Sisa air mata Farhana Sofea diseka dengan ibu jarinya sebelum bibirnya dilabuhkan pada dahi Farhana Sofea. Dikucupnya lama.
"I just hope we can have our happy ending" tutur Farhana Sofea sayu.
Tangan mula memeluk tubuh Tengku Harriz dengan kepala yang disemban pada dada lelaki itu. Terasa pinggangnya ditarik rapat oleh Tengku Harriz bersama kucupan hangat di dahinya yang menyebabkan air matanya jatuh buat kesekian kalinya.
"We can. We will have a happy ending"
*******
Yes, they will tapi kalau author tak bagi maybe tak. Buek buek.
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro