Bab 56
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*******
KATIL pengusung yang beroda itu yang membawa Black ditolak masuk ke dalam hospital. Wad kecemasan dituju oleh mereka. Farhana Sofea mengikut langkah mereka dengan hati yang sayu dan air mata yang mengalir laju.
"We have a critical patient and get ready with another critical patient."
Sayup-sayup dia mendengar suara cemas doktor sebelum Black bersama doktor dan nurse hilang dari pandangannya. Terduduk dia bersandar pada dinding menunggu di luar wad kecemasan. Mata dipejam seketika, berharap sangat Black dapat diselamatkan.
Seketika bunyi riuh membuatkan matanya terbuka semula. Berkerut dia memadang ke arah sekumpulan lelaki yang memakai suit hitam yang tampak begitu panik menolak katil pengusung bersama doktor dan nurse.
"Riz, tolong bertahan"
Berkerut dahinya memdengar suara yang tenggelam timbul. Mata dikecilkan memandang pada lelaki yang sedang baring di atas katil pengusung. Tidak kelihatan wajahnya kerana terlindung dengan beberapa lelaki lain.
Tajam matanya cuba mencari tahu siapa yang sedang berbaring. Melihatkan Razul yang berada di celah-celah kelompok lelaki bersuit hitam tadi makin membuatkan dahinya berkerut.
"Razul?"
Langkah Razul terhenti. Dia mencari siapa yang memanggilnya. Saat mata Razul bertentang dengannya, tika itu dia dapat lihat Tengku Harriz yang tidak sedarkan diri sedang baring di atas katil pengusung.
"Ha...harriz..."
Luluh hatinya melihat besi yang membelah dada tengku Harriz. Dunianya kini bagaikan berheni berfungsi. Apa yang diutarakan pada Tengku Harriz pagi semalam berligar di fikirannya sehingga membuatkan air matanya mengalir dengan laju. Tak! Tak mungkin!
'I want this heart to stop breathing, then I will forgive you. Aku nak kau mampus, Harriz!'
Dia hanya berdiri tegak memandang wajah pucat lesu Tengku Harriz sehingga hilang dari pandangannya. Jantung mengepam darah dengan laju. Kepala digeleng-gelengkan menafi apa yang dilihatnya tadi.
"Harriz..."
"Puas hati kau sekarang?!" tempik Razul pada Farhana Sofea membuatkan semua ahli komando terkedu dengan kemarahan Razul.
"Aku tanya ni puas tak hati kau sekarang?"
Razul menghampiri Farhana Sofea. Bahu gadis itu ditolak kuat berkali-kali sehingga belakang badan Farhana Sofea menyentuh dinding.
"Ini kan yang kau mahu? Kau nak jantung Riz berhenti kan?Now you almost get what you want, Farhana Sofea!"
Terhinjut bahu Farhana Sofea dengan jeritan Razul. Dia hanya menunduk menekur lantai, tidak berani menentang muka Razul yang begitu bengis. Buat pertama kali dia melihat Razul yang selalu dengan lawak hambarnya melenting marah.
"Asal kau diam huh perempuan?!"
Sekali lagi bahunya terhinjut dengan jerkahan itu.
"Zul, enough!" keras Adden memberi amaran yang memandang pergaduhan itu dari tadi.
Sebaik sahaja dia diberitahu oleh Dark yang Farhana Sofea dan Black diserang, dia terus terbang ke Perak dengan private jetnya bersama Firash dan Iqbal. Farhana Sofea ialah amanah mereka oleh Tengku Harriz namun tidak disangka yang kawan baiknya, Tengku Harriz turut cedera dengan teruk dan turut dihantar ke hospital yang sama.
"Kau tahu tak apa yang perempuan ni cakap kat Riz before kitorang datang Perak?" Razul menoleh memandang Adden dengan air mata yang bergelinang.
"Dia nak Riz mampus! Hanya disebabkan dia yang TERpaling derita, dia nak Riz mampus!" perkataan terpaling ditekannya dengan anak mata yang tajam menikam anak mata bundar hitam itu. Masih jelas dan nyata apa yang diutarakan oleh gadis itu bermain di fikirannya.
Diam membisu Farhana Sofea yang menunduk ke bawah dengan air mata yang mengalir dengan laju.
Firash yang memandang Razul yang begitu bengis mula mencuit lengan Iqbal.
"First time doo aku tengok Zul marah" tidak berkelip Firash memandang Razul. Ini buat kali pertama Razul yang selalu ceria bertukar marah seperti malam ini. Selama bertahun-tahun mereka berkawan, Razul tidak pernah sekalipun marah dengan bengis seperti sekarang.
"Ye wehh, scary sial. Meremang bulu roma aku" Iqbal menunjukkan bulu roma lengannya yang sudah mencacak naik.
"Lepas ni aku kena behave dah dengan Zul. Mahu dia melenting macam tu kat aku, tak ke terkencing dalam seluar aku nanti" kepala digeleng saat dia membayangkan dirinya dimarahi sebegitu oleh Razul. Dia sudahlah suka menyakat dan bergaduh dengan Razul.
Adden berpaling ke belakang, memandang dingin dua ekor malaun yang tak serious dalam situasi seperti ini.
"What?" Firash menjongketkan keningnya.
Tergeleg-geleng kepala Adden sebelum kaki menapak menghampiri Razul dan Farhana Sofea. Beberapa komando menunduk hormat padanya memandangkan mereka mengenalinya sebagai Leftenan Komander Emir Adden Fattah semasa dia masih dalam dunia tentera. Namun, sekarang dia adalah bekas Paskal.
"She did but she didn't meant it. Buktinya, she came all the way here to apologise to Riz" tangan mengusap bahu Razul, cuba menenangkan kawan baiknya itu. Perkara luar biasa mahu melihat Razul yang bengis seperti sekarang.
"Maaf? Boleh pergi mampus dengan maaf dia" sinis Razul.
"Aku sangka kau kawan tapi rupanya kau lawan" usai itu Razul mula melangkah dengan amarah yang tertahan-tahan. Dia yang mendengar apa yang Farhana Sofea utarakan itu sudah cukup terluka apatah lagi Tengku Harriz.
"What?" tajam matanya memandang Firash dan Iqbal yang tidak berkelip memandangnya.
"Rash, sekarang aku faham perasaan kau bila kau marah kat Airisya when she betrayed our King. I feel it now" langkah diteruskan meninggalkan mereka yang masih terkedu dengan kemarahannya.
"Zul membesar sama-sama dengan Riz. Dia saksi bertapa derita Riz. So he can't stand watching people hurt his best friend" jelas Adden memandang Farhana Sofea yang tidak lepas memandang Razul sehingga hilang dari pandanganya. Sebelum ini, Farhana Sofea dan Razul begitu rapat kerana perangai gila mereka namun sekarang hubungan kawan itu tampak goyah.
"And you awakened his demon side. My first time seeing him angry like that but don't worry, Razul tu cepat je dia sejuk. I know him well." sambungnya lagi sebelum menghulurkan satu rantai besi pada Farhana Sofea.
"Nah. Its drop there"
Perlahan-lahan Farhana Sofea mengambil rantai besi yang comot dengan darah. Dia lap rantai tersebut dengan lengan bajunya. Dipandang nama Tengku Harriz dan nombor tenteranya yang terukir di rantai besi itu. Menitik air matanya ke rantai besi itu.
"You should get treated too, Hana. You hurt"
SAYU Tengku Hadif memandang anak menantunya yang duduk di atas lantai di hujung sudut, jauh daripada semua orang. Dia baru tiba 2 jam yang lalu bersama Tengku Harraz dan juga Nadhira apabila mendapat berita daripada Adden yang Tengku Harriz cedera teruk semasa melakukan operasi.
Sudah 6 jam anak lelakinya dan Black berada dalam bilik pembedahan dan dia setia menunggu khabar daripada doktor dengan hati yang tidak berhenti berdoa pada Allah semoga Tengku Harriz dan Black berjaya diselamatkan.
Kaki mula menapak menghampiri anak menatunya.
"Hana"
"Ye pa...papa?" melihat Tengku Hadif yang menghampirinya, dia segera bangun berdiri. Dipandang bapak mertuanya itu.
"Sini"
Terkedu Farhana Sofea apabila bapak mertuanya menarik dia ke dalam pelukan. Terasa belakang badannya diusap lembut. Terus air matanya yang sudah berhenti tadi mengalir lagi. Menangis teresak-esak dia dalam pelukan hangat bapak mertuanya itu.
"Shhh. Papa tahu Riz kuat. Riz akan bertahan untuk kita semua" Tengku Hadif cuba memujuk anak menantunya itu. Tangan tidak henti mengusap gadis itu.
"Pa...papa"
"Hmm?"
"I'm sorry, I hurt your son" tangan memeluk erat bapak mertuanya bersama air mata yang semakin laju mengalir.
"I hurt your son with my words" makin teresak-esak Farhana Sofea mengundang mata yang lain. Razul sudah menjengkilkan matanya.
"It's okay. Manusia tidak lari daripada membuat kesilapan. Papa pun pernah buat salah dengan Riz. Yang penting kita tidak mengulangi kesilapan yang sama" tenang dia memujuk walaupun hatinya ingin meronta. Saat semua orag sedang bersedih, dia perlu kuat untuk mereka semua.
'Riz, tolong kuat untuk kami semua' rintih hatinya berkata.
"Ahli keluarga Ji Zhu Yuan?"
Mereka bepaling memandang Doktor yang berdiri di luar bilik pembedahan. Kaki semua melangkah mendekati doktor itu.
"Saya ayah angkat dia" tutur Tengku Hadif. Walaupun Black bukan anak angkatnya namun dia memang plan ingin mengambil Black sebagai anak angkatnya kerana lelaki itu hanya sebatang kara.
"Alhamdulillah. Dia berjaya melepasi tahap kritikal. Apa-apa saya akan maklumkan kemudian"
Semua tersenyum gembira dengan hati yang bersyukur Black selamat.
"You did it, Black" gumam Farhana Sofea dengan senyuman nipis. Kalau Black pergi meninggalkan mereka, mungkin dia akan menyalahkan dirinya dengan apa yang terjadi. Syukur dan lega hatinya. Kini, hanya tinggal Tengku Harriz yang masih berjuang.
"Anak saya Tengku Harriz macam mana?"
"Masih dalam pembedahan"
Tertunduk Farhana Sofea memandang rantai besi itu. Diusap perlahan rantai besi tersebut.
"I know you can do it too, Harriz"
Adden mengerling sekilas pada Dark yang berhoodie menutupi kepalanya sebelum melangkah menghampiri lelaki itu.
"Siapa yang serang diorang?"
Dark mengeluh kecil.
"Aku tak nampak muka jantan tu. Dia terlepas tapi aku dapat tangkap sorang" mujur dia dapat juga menangkap pihak lawan walaupun seorang. Lelaki yang berambut perang sedang berada dalam tawanannya.
"Bagi kat aku jantan tu. Tahulah aku apa nak buat" gigi dikrtap oleh Adden dengan tangan yang membentuk penumbuk. Anak mata grey kebiruan itu membara hebat. Lama sudah dia tak menyeksa pihak lawan. Dan dia pun sudah lama tidak pergi ke markas.
"Nanti aku suruh orang kita hantar kat markas. By the way, Airisya sekarang macam mana? Dah bangun dari koma?"
Keluhan kecil dilepaskan oleh Adden sebelum menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Isterinya masih koma sejak peristiwa di French. Mengingatkan kejadian kejam di mana keluarga isterinya yang dibunuh dengan kejam oleh Dany dan juga telah menikam Airisya sehingga isterinya itu koma dan keguguran tidak semena-mena membuatkan darahnya mendidih kembali.
"Airisya and Harriz, they are strong. They will make it"
Adden mengngguk kepalanya dengan yakin. Kedua-dua mereka kuat. Dia yakin Airisya akan bangun satu hari nanti dan dia yakin pembedahan Tengku Harriz juga akan berjaya.
"Rash, Iq"
Firash dan Iqbal berpaling memandag Adden yang memanggil mereka sebelum kaki melangkah ke arah lelaki itu.
"Dark berjaya tangkap sorang and I want both of you to find out who masterminded and tortured that fu*king bastard. I'm pretty sure the mastermind is around us only"
"Okay! Ghost is back!" ujar Firash teruja. Sejak peristiwa di french mereka tidak melakukan sebarangan aksi dan hanya berdiam diri menguruskan Secret Hunter Agency. Jarang sudah mereka mahu pergi ke markas.
"And Panthom is back too!"
Tergeleng kepala Adden melihat mereka high five sesama sendiri.
"Bagitahu Zul untuk hack semua cctv kat hotel yang Hana and Black check in. Siapa lelaki itu, kumpulan mana dia, cari tahu semuanya" entah ke mana pula Razul menghilang. Tiada lelaki itu di sini.
"Don't worry, I will not let go of that asshole. He's fu*king dead meat!"
Mereka berpaling memandang Razul yang tiba-tiba muncul. Firash menelan air liur kelat. Aura Razul kali ini betul-betul tampak lain. Scary!
"Shadow will haunt you, you fu*king bastard!" buku lima dibentuk penumbuk. Razul tersenyum sinis. Kali ini lelaki misteri itu takkan terlepas!
"Zul, asal kau dengan Riz tak bagitahu aku langsung pasal ni?" bila ingatkan balik dia tidak tahu pun pasal musuh-musuh tersebut. Ini kalau dia tidak diberitahu oleh Dark yang Farhana Sofea dan Black diserang mungkin dia tak tahu sampai bila-bila.
"Riz taknak aku bagitahu kau sebab kau pun dah kusut dengan apa yang terjadi dengan Airisya, jadi dia taknak tambahkan lagi masalah kau. So just aku, Black dengan Dark je handle perkara ni" terang Razul. Adden dah banyak masalah dengan Airisya, jadi Tengku Harriz warning dia untuk tidak bagitahu apa-apa tentang Dato' Khalish dan Farhana Sofea yang terlibat dengan kejadian 20 tahun yang lalu.
"Later, anyone who has a problem, just let the whole group know, especially me. Aku taknak korang tanggung masalah sendiri when you have us"
Tersenyum Razul memandang lelaki dingin kacukan Korea bermata grey kebiruan itu. Memang patut lelaki ini diberi gelaran King, kerana seorang raja sangat mengambil berat tentang rakyatnya begitu juga dengan Adden yang mengambil berat tentang mereka semua.
"Keluarga Tengku Harriz?"
Mendengar nama Tengku Harriz, segera Farhana Sofea bangun berdiri menghampri doktor tersebut.
"Sa..saya isteri dia"
"Pembedahan berjalan lancar"
"Alhamdulillah" semua menarik nafas lega.
Menitis anak mata Farhana Sofea mendengar berita baik itu. Rantai besi milik Tengku Harriz dibawa ke dadanya.
"I know you can do it" bertapa gembiranya dia sekarang.
"Tapi...."
Semua mengangkat kelapa memandang doktor itu bersama debaran yang hebat. Apatah lagi reaksi wajah doktor itu yang gembira menyampaikan pembedahan berjalan lancar bertukar mendung.
"Masa surgery, pesakit kena cardiac arrest. He may survive this time, but please be prepared for the worst scenario. He may be in cardiac arrest again"
Terpejam rapat mata Farhana Sofea mendengarkan berita sedih itu namun dia yakin yang Tengku Harriz kuat berjuang untuk mereka semua.
"He will survive. He will"
SEBAK Razul mengangkat keranda Tengku Daim Hayyan yang dibaluti bersama bendera negara. Dia cuba tidak menitiskan air mata sepanjang membawa keranda itu walaupun hati kuat meraung kerana kehilangan Alpha leadernya.
Beberapa komando yang berjuang bersama operasi terakhir turut menahan sebak mengangkat keranda dengan menghayun langkah yang terasa begitu lemah. Memikirkan Tengku Daim yang menjadi ketua yang baik untuk mereka, yang selalu mengambil berat akan mereka dan yang akan membela mereka saat dimarahi oleh orang atasan, kini tiada lagi bersama mereka benar-benar meluluhkan hati mereka semua.
"Ini kali terakhir aku akan datang sini. Aku taknak angkat kau juga Riz ke sini lagi" gumamnya perlahan mengingatkan yang Tengku Harriz masih terlantar di atas katil hospital.
Lelaki itu tidak dapat turut sama menyertai majlis pengebumian Tengku Daim. Entah bagaimana perasaan Tengku Harriz apabila dia bangun dan menyedari yang Tengku Daim sudah meninggalkan mereka semua. Apatah lagi Tengku Harriz dan Tengku Daim Hayyan adalah sepupu.
Mereka berdua juga telah berjanji untuk berjuang bersama-sama ke jalan Allah. Namun, Tengku Daim tidak dapat mengotakan janjinya pada Tengku Harriz. Sungguh, dia tidak sanggup ingin membayangkan bertapa hancurnya Tengku Harriz saat lelaki itu bangun nanti.
Usai bacaan yassin yang diketuai oleh ayah Tengku Daim iaitu Tengku Daffa, Razul sebagai wakil menghulurkan beberapa barang milik Tengku Daim pada Laksamana Madya Yusuf sebelum melakukan tabik hormat.
"Baris!"
"Hormat!"
"Sedia!"
Semua tentera mengangkat tabik hormat termasuk Razul yang sayu memandang kubur yang masih merah. Laksamana Madya Yusuf mula menghulurkan barang tadi kepada Tengku Daffa. Sebak ditahan oleh Tengku Daffa kehilangan anaknya itu namun dia sangat bangga dengan anaknya yang dapat mati syahid berjuang untuk negara.
'Tunggu daddy and mummy kat syurga, Im'
"Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namamu Leftenan Komander Tengku Daim Hayyan akan selalu dikenang di hati kami buat selama-lamanya"
********
Farewell Leftenan Komander Tengku Daim Hayyan 😔
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro