Bab 53
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*********
KEPALA didongak memandang hospital yang mencakar langit yang pernah menjadi tempat dia melakukan cubaan untuk bunuh diri. Di sini dia lagi sekali untk mencari kebenaran tentang apa yang berlaku 12 tahun yang lalu. Akan dia rungkaikan apa yag berlaku hari ini juga.
Kaki menapak langkah masuk ke dalam hospital. Matanya meliar mencari susuk tubuh Aufa yang bekerja sebagai doktor di hospital ini yang merupakan hospital milik ayah Razul, Dr. Razi.
"Hana"
Kepala menoleh memandang Aufa yang melambaikan tangan padanya.
"Jom ke bilik aku"
Kepalanya diangguk. Kaki dibawa melangkah ke bilik Aufa. Tersenyum dia memandang Aufa yang memakai gaun berwarna putih. Penat lelah belajar 5 tahun sebagai medical student akhirnya paid off. Gadis itu kini berjaya menjadi doktor di hospital yang terkenal.
"First, cerita dulu kat aku apa yang berlaku" Aufa mengambil tempat duduk begitu juga dengan Farhana Sofea sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik Aufa.
Dia mula menceritakan apa yang sudah berlaku di antaranya dan Tengku Harriz pada Aufa. Lansung dia tidak meninggalkan satu info pun pada gadis itu termasuk juga bagaimana dia memarahi Tengku Harriz. Bagaimana dia mencaci maki lelaki itu pagi tadi.
"Hmm kau tahu tak bila aku dengar cerita kau ni buat aku rasa nak lempang je kau ni?" mencerlung tajam Aufa memandang Farhana Sofea. Tidak menyangka yang gadis itu sanggup berkata sedemikian pada suami sendiri.
"Kau pun nak back up dia juga ke? Kau dengan Zul sama je!"
"Aku bukan nak back up sapa-sapa sekarang, masalahnya Riz tu suami kau dan kau langsung tak hormat dia!"
"Buat apa aku nak hormat jantan tu kalau dia penyebab deritanya aku?" bentak Farhana Sofea. Geram pula dia apabila Aufa tidak menyebelahinya.
"Inilah masalah kau ini, kau fikir kau seorang je ke derita. Habis Riz tu tak derita?"
Dia tersenyum sinis.
"Derita ke dia? Lepas aku terjun dari bangunan ni, dia langsung tak datang minta maaf kat aku! Cari aku pun tak!" selepas dia lakukan cubaan membunuh diri, Tengku Harriz langsung tidak mencarinya. Kalau betul lelaki itu koma, kenapa tidak mencari dia selepas itu?
"Sebab tu siasat dulu! Cari tahu dulu apa yang jadi! Bukan terus lemparkan kata-kata kau kat Riz macam tu" gaun putih di badannya dibuang sebelum disangkut pada kerusi. Panas rasa bertekak dengan Farhana Sofea.
"Hana, your words are like arrows. Once they are released, they cannot be taken back"
"Cuba kau bayangkan kau kat tempat Riz, bertapa hancurnya hati dia bila kau cakap macam tu kat dia. Tak cukup dengan itu kau nak kematian untuk dia? Just because Riz is strong enough to handle the pain from your harsh words doesn't mean he deserves it" dia menghampiri Farhana Sofea. Bahu gadis itu dipegang.
"Don't you know harsh words hurt more than physical pain?"
Kelu lidah Farhana Sofea untuk membalas kata-kata Aufa. Dia tahu kata-kata lebih menyakitkan berbanding sakit fizikal di badannya. Dia pernah merasakan semua itu. Bertapa orang caci makinya gara-gara kejadian 12 tahun lalu. Sakitnya hanya dia tahu dengan kata-kata yang diutarakan oleh mereka semua padanya.
Namun, walaupun dia tahu bertapa sakitnya kata-kata cacian dari seseorang tapi kini dia yang menyakiti Tengku Harriz dengan kata-katanya pula.
"Parut kat badan kau boleh hilangkan dengan laser tapi parut kat hati boleh ke kau nak hilangkan dengan laser? Tak, Hana. Kau sendiri tahu itu. Sekali berparut kat hati selama-lamanya akan berparut. Gelas yang pecah pun tidak boleh disambungkan balik ke bentuk asal inikan hati yang retak dengan kata-kata yang tak sepatutnya keluar"
"A tongue has no bone, but it is strong enough to break a heart, especially a heart that sincerely loves you." sambungnya lagi. Tika ini dia akan racun fikiran Farhana Sofea dengan kata-katanya semoga ia dapat mewaraskan fikiran gadis itu. Semoga gadis itu tidak terlanjur lagi dengan kata-katanya.
"A...aku terlalu marah time tu"
"Anger is like a strong wind. It calms down after a while, but lots of branches are already broken. Anger is a feeling that makes us say something we don't mean when our tongue is not under our mind's control. That's why, Hana, when you are angry, be silent. Silence is sometimes the best reply to your anger"
Makin tertunduk-tunduk kepala Farhana Sofea menekur lantai. Tika ini perasaan bersalah kerana berkata macam-macam pada Tengku Harriz mula menyelubungi hatinya. Walaupun dia menyakiti Tengku Harriz dengan kata-katanya namun lelaki itu langsung tidak mengambil tindakan apa-apa. Tidak marah padanya mahupun mengangkat tangan padanya.
"Sekarang jom jumpa Dr. Razi. Kau nak korek apa yang terjadi kan 12 tahun yang lalu?"
Perlahan-lahan kepalanya diangguk.
DIAM dia memandang file yang mempunyai semua maklumat tentang Tengku Harriz sepanjang lelaki itu menjadi pesakit kepada Dr. Razi. Bukan setakat 12 tahun yang lalu je dia korek, namun bagaimana kehidupan Tengku Harriz sepanjang 20 tahun dapat dia korek juga.
"Riz ada bagitahu apa yang jadi. Act, dia suruh serah document tentangnya pada 12 tahun yang lalu je but alang-alang tu uncle bagi semua lah. You should know how he has suffered through out these 20 years." dalam dia merenung Farhana Sofea, pesakit yang pernah dia selamatkan 20 tahun yang lalu.
"1 year of coma and 3 attempted suicide after he woke up from coma. Total of 5 attempted suicides throughout these 20 years"
"Bila dia bangun dari koma and tahu yang Hana dan umi Hana meninggal dalam kemalangan, dia makin lemah. Apatah lagi aunty Lestaria, pembantu rumah keluarga Tengku atau lebih tepat dah macam ibu kandung untuk Riz yang besarkan dia, meninggal masa dia tengah koma. He feels lost"
Terdiam Farhana sofea. Bagaimana dia boleh lupa tentang kematian palsu yang dicipta oleh ayahnya? Selepas setahun dia didera di rumah neraka itu, akhirnya dia dan umi dihalau dari situ dengan memalsukan berita kematian mereka dalam kemalangan kereta. Patutlah Tengku Harriz tidak mencarinya selepas lelaki itu bangun dari koma!
"He feels lost without his twin, without the love of his own father and mother, without his maid, whom he thinks like his own mother, and without you, whom he thinks are already dead. He feels so lost" berat Dr. Razi mahu menyambung kata-katanya. Dia menjadi saksi bagaimana Tengku Harriz yang ibarat anaknya itu membesar. Bertapa deritanya lelaki itu.
Perlahan-lahan air matanya mula mengalir ke pipi. Kenapa dia hanya memikirkan deritanya sahaja sedangkan Tengku Harriz lebih teruk menderita berbandingnya. Sekurang-kurangnya dia masih dapat kasih sayang dari seorang ibu namun Tengku Harriz? Hanya mendapat kasih sayang dari kawan-kawan dan orang yang bukan satu darah dengannya.
"And his DID is getting worse too. Sampai satu tahap Adham conquer Riz buat jangka masa yang lama. He even changed Riz's name to Harriz Adham. Harriz tu, he just looks strong outside with his ice face, but inside he just looks like an abandoned garden without care or love."
Bibir diketap oleh Farhana Sofea. Tangisannya semakin esak mendengar cerita tentang Tengku Harriz sepanjang 20 tahun. Deritanya Tengku Harriz namun dia tidak pernah ambil tahu. Deritanya Tengku Harriz namun dia hanya memikirkan deritanya sahaja. Deritanya Tengku Harriz namun dia semakin menambahkan lagi derita lelaki itu dengan kata-katanya.
Tika ini, menyesal tidak sudah dia menyakiti Tengku Harriz dengan kata-katanya. Namun terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"Maafkan ye Riz tu? Dia tak ada niat pun nak sakitkan Hana. Dia tak boleh nak lawan dengan DID dia sehingga Hana tersakiti. Macam uncle cakap, apa yag berlaku membuatkan dia lemah sehingga nak lawan dengan DID dia pun dia tak mampu. Riz derita, Riz terseksa, Riz sakit and uncle harap cukup sampai sini sahaja apa yang dia hadap tu. Uncle harap Riz takkan jadi taman yang terbiar lagi. Uncle harap Hana sudi indahkan taman tu kembali dengan cinta dan kasih sayang Hana pada Riz" sayu Dr. razi menatap Farhana Sofea yang sedang menangis itu. Kalaulah Tengku Harriz betul-betul anak kandungnya dan Farhana Sofea menantunya, sudah dia tarik gadis itu ke dalam pelukannya.
"Stop hurting each other. Masa lalu tu biarkan ia berlalu. You need to make the decision to let go of the past if you want to move forward. Reliving your painful past will poison your heart and your future. If you look at today through the eyes of the past, you can never see what the present moment has to offer"
Tersentap dia dengan kata-kata Dr. Razi yang menusuk hatinya. Benar kata ayah Razul itu. Kenapa dia perlu asyik memandang ke masa lalu, sedangkan masa depan yang indah sedang menantinya? Kenapa nak biarkan masa lalu menghukum mereka berdua? Bodohnya dia menyalahi Tengku Harriz sedangkan lelaki itu pun tidak mahu perkara ini berlaku!
"Forgive each other and be a better version of each other. You can't go back and change the beginning, but you can start where you are and change the ending"
PECUT kereta Honda Civic dark grey membelah highway. Semua kereta dipotong bagaikan tiada apa. Sudah tidak kesah kalau dia disaman kerana memandu melebihi had laju di atas highway. Minyak ditekan sehingga meter menunjukkan pada kelajuan paling maksimum.
Dia kini dalam perjalanan ke Pangkalan TLDM Lumut, Perak untuk berjumpa dengan Tengku Harriz. Untuk meminta maaf dengan Tengku Harriz kerana telah menyakiti lelaki itu dengan kata-katanya. Untuk membetulkan semua apa yang sudah terjadi.
"Angkatlah Harriz" butang hijau pada touch screen player yang berada di tengah-tengah keretanya itu ditekan berkali-kali. Dari tadi dia cuba call Tengku Harriz namun tidak berjawab panggilannya.
Bibir diketap. Air mata yang mengalir laju diseka kasar. Tolonglah bagi dia peluang untuk berjumpa dengan Tengku Harriz sebelum lelaki itu pergi menjalankan misi!
'Aku nak kau mampus, Harriz!'
Terngiang-ngiang kata-katanya tadi yang diucapkan pada Tengku Harriz. Mahu saja dia mengundur masa dan menarik balik kata-katanya itu. Sudahlah Tengku Harriz akan pergi menjalankan misi untuk negara dan dia pula kata begitu padanya. Buatnya betul-betul berlaku, menyesal tak sudah dia.
Berkerut dahi Tengku Daim melihat Tengku Harriz yang termenung jauh, langsung tidak membalas apa yang dia kata pada lelaki itu. Seolah-olah apa yang dikatakannnya tadi ibarat masuk ke telinga kanan dan keluar ke telinga kiri. Tengku Harriz betul-betul berada di dalam dunianya sendiri.
Tangan mencuit Razul yang berdiri di sebelahnya. Mulut dimuncungkan pada Tengku Harriz menyebabkan Razul menoleh memandang Tengku Harriz. Termenung jauh lelaki itu. Dia mengeluh kecil sebelum mendekatkan mulutnya dengan telinga Tengku Daim, menceritakan apa yag terjadi.
"Zul!"
"Mak kau hijau!" dia yang sedang berbisik dengan Tengku Daim terkejut disergah oleh Tengku Harriz. Orang sudahlah mengumpat pasal dia. Disergahnya begitu mananya tak terkejut.
"Kau ni terkejut aku!" dijeling tajam Tengku Harriz.
"Kau nampak phone aku tak?" tangan meraba seluruh poket pakaian lorengnya namun tiada.
"Aku rasa kau tertinggal dalam kereta" otak ligat berfikir. Tidak silap dia ada perasan Iphone milik Tengku Harriz seperti tercicir di bawah seat kereta.
"Kau nak pergi ambil ke?" soalnya apabila melihat Tengku Harriz menuju ke pintu.
"Hmm"
Baru dia ingin buka pintu, namun Komander Azizi terlebih dahulu membuka pintu dari luar. Tidak jadi dia mahu mengambil phonenya, dia berlalu semula pada Razul. Berdiri tegak bersama yang lain memandang pada Komander Azizi.
"Alpha team, Bravo team and Charlie team. Semua ada kat sini?"
"Ada Tuan!" jerit 15 orang ahli pasukan khas laut.
"Seperti yang korang tahu, tempoh hari kita ada menangkap ketua lanun dan seorang ahli vendor tapi...."
Komander Azizi mengeluh kecil. Nafas dalam ditarik.
"Sekarang mereka memegang tebusan sebanyak 13 orang di Pulau Giam Pangkor untuk ditukarkan dengan 2 orang ahli mereka yang kita tangkap. Jadi aku nak 3 pasukan kali ni bekerjasama untuk tumpaskan lanun-lanun tersebut. Berapa jumlah mereka masih belum diketahui"
"Baik, Tuan!"
"Bravo team"
"Ye Tuan!"
"Aku nak pasukan kau negotiate bila berdepan dengan lanun-lanun tu nanti and make sure kita dapat 13 tebusan dengan selamat"
"Baik Tuan!" laung 5 orang ahli Bravo team.
"Alpha team dan Charlie team"
"Ye, Tuan!"
"Aku nak korang berpasukan serang hendap secara senyap-senyap dari belakang sementara Bravo team negotiate dengan mereka. Pastikan korang tumpaskan sebanyak musuh yang mungkin"
"Baik, Tuan!"
"Ada apa-apa soalan?"
"Shoot to kill ke Tuan?" salah seorang daripada Charlie team bertanya.
"Shoot to kill kalau membahayakan nyawa korang. Remember, kill before you get killed. Apa yang penting your life comes first"
"Baik Tuan!"
"Leftenan Harriz Akhtar" mata memandang pada Tengku Harriz.
"Ya, Tuan!" dia menyahut apabila namanya dipanggil.
"Jangan terburu-buru dalam bertindak. Ingat kau bukan gerak solo, kau gerak berpasukan. Fikir tentang 14 nyawa pasukan kau dan 13 nyawa tebusan. Mereka semua ingin balik dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing"
"Baik, Tuan!" dia mengukirkan senyuman nipis. Balik dengan selamat ke pangkuan keluarga masing-masing? Mama dengan isterinya tunggu ke dia balik dengan selamat? Inginkah mereka dia pulang dengan selamat? Atau mereka ingin dia pulang dengan dibalut bersama bendera negara?
"Harriz, kau paling handal dalam berperang jadi aku serahkan 27 nyawa ni pada kau dan pada Leftenan Komander Daim Hayyan"
"Baik, Tuan!" serentak mereka berdua berkata.
"Dah korang boleh gerak sekarang. Goodluck, Paskal Commandos!"
Usai Komander Azizi keluar, mereka turut keluar dan berlalu ke bilik persalinan mereka. Pakaian celoreng hijau tadi diganti dengan pakaian tempur Paskal iaitu raiding suit yang berwarna hitam.
"Excitednya aku nak bertempur" ujar Razul mengalih perhatian Tengku Harriz.
Kepalanya digelengkan-gelengkan melihat Razul yang teruja semacam. Ingat diorang ni nak pergi berperang seperti dalam game PS5 yang selalu mereka main? Ini melibatkan banyak nyawa!
"Balik nanti aku nak pergi tengok wayang dengan awek aku" sampuk Arsyad tiba-tiba. Ves kalis peluru dipakai pada badannya.
"Kalau hidup" masam mencuka Arsyad apabila disakat oleh Dika.
"Aku nervous lain macamlah ops kali ini" ujar Dika dengan wajah yang risau. Walaupun mereka selalu ada operasi besar-besaran seperti hari ini, tidaklah dia nervous seperti sekarang
Tengku Harriz mengangguk setuju dengan kata-kata Dika. Mungkin dengan apa yang terjadi pagi tadi membuatkan dia rasa lemah semangat bahkan kata-kata Farhana Sofea dan mamanya yang tidak kesah dia mati terngiang-ngiang di fikirannya.
Keluhan kecil dilepaskan. Dia mula mengisi 15 butir peluru ke Pistol Glock 19 sebelum disangkutkan pada pistol holster complete di suit hitamnya yang mempunyai tali pinggang khas untuk pistol.
"Don't worry, we go with 15 commandos and we will come back with 15 commandos too with 13 hostages" Tengku Daim menepuk bahu Dika. Bukan Dika sahaja yang nervous, dia turut nervous. Sebagai ketua dan pangkat yang paling tinggi, nyawa mereka semua terletak di tangannya.
"Never back down, never what?" soal Tengku Daim, ingin membuatkan mereka semua semangat.
"Never give up!"
Tersenyum kecil Tengku Harriz memandang mereka yang bersemangat itu sambil tangan memasukkan peluru ke senjata MP5A5 buatan Brugger & Thomet (B&T) dari Switzerland.
Usai lengkap melakukan persiapan, mereka semua bergerak ke kapal khas untuk pergi ke Pulau Giam Pangkor. Setelah memastikan semua persiapan sudah lengkap, Tengku Daim mula mengetuai bacaan doa. Memang mana-mana operasi, mereka akan membaca doa dahulu meminta perlindungan dan kejayaan operasi mereka pada Allah.
"Amin"
Tengku Harriz memandang ke arah lapangan padang yang besar itu buat kali terakhir. Tika ini, dia sangat berharap dengan kemunculan Farhana Sofea di sini untuk memberi semangat padanya. Namun mana mungkin gadis itu akan datang ke sini.
Bibir mengukirkan senyuman nipis.
"See you again, Hana and take care" gumamnya perlahan.
"Dah jom gerak!"
Kereta dihentikan betul-betul dihadapan Pangkalan TLDM Lumut, Perak. Dia mula keluar dari keretanya menuju ke pondok jaga. Kalau dia ada pass untuk masuk sudah dia rempuh masuk ke dalam.
"Saya nak jumpa dengan Harriz boleh?"
"Harriz? Unit apa ye Puan? And hubungan Puan?"
"Err Paskal. Saya isteri kepada Leftenan Tengku Harriz Akhtar. "
"Okay kejap ye, Puan"
Gundah-gulana hatinya memandang ke arah Pangkalan TLDM yang luas dan besar itu. Bibir diketap bersama tangan yang meramas baju. Tolonglah bagi dia peluang untuk berjumpa dengan Tengku Harriz sebelum lelaki itu pergi menjalankan misinya.
"Maaf ye Puan. Unit Paskal ada operasi. Baru je bertolak 5 minit lalu"
"Ouh"
Hilang kata dia untuk membalas. Air mata semakin bergelinang. Kalaulah dia pandu lebih laju atau keluar dari hospital lebih awal, mungkin dia sudah dapat berjumpa dengan Tengku Harriz.
"Bila diorang habis operasi?"
"Saya tak pasti lah, Puan"
"Tak apa lah macam tu. Terima kasih yee"
Dia berlalu ke keretanya semula dengan hati yang kecewa. Dahi dilekapkan pada stereng kereta. Matanya dipejam seketika.
"Please come back safely, Leftenan Tengku Harriz Akhtar. I'm waiting for you"
***********
Esok tak sure update ke tak. Author bagitahu awal-awal supaya korang tak tertunggu-tunggu.
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro