Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 5

"ARGHH Harriz! Put me down!"

Namun secara tiba-tiba badannya dicempung oleh Tengku Harriz. Dia ulang lagi sekali badannya dicempung! Oleh Tengku Harriz! Membuntang matanya merenung Tengku Harriz yang selamba badak dia sahaja nak cempung badannya itu. Sudahlah tadi memeluk pinggangnya sekarang dicempung! Banyak betul dia buat dosa hari ini.

"Harriz, you turunkan I sekarang! jeritnya sambil meronta-ronta ingin turun.

Tengku Harriz membuat tidak endah. Bahkan dia permisi untuk beredar dari majlis situ. Tidak ada guna untuk berada di situ lama-lama. Semua dah pakat terkejut dengan apa yang dilakukannya itu.

Tengku Harriz mencempung seorang perempuan.

Tengku Harriz mencempung Farhana Sofea.

Semua orang tengah hadam perkara itu. Muka masing-masing jelas terkejut. Tidak berangjak dari tempat masing-masing.

"Once I get down, I swear you will end up in a coma

Bibir diketap oleh Farhana geram dengan mata tajam merenung Tengku Harriz yang sedang mencepung badannya menurun bukit dengan muka beku dan dingin. Masih tidak mahu menurunkan dia walaupun mereka dah keluar dari rumah itu!

Perasaan ingin bunuh Tengku Harriz semakin mencacak naik. Tadi dia rasa ingin bunuh Dylan Shah tapi sekarang dia sudah tukar target.

Tengku Harriz menurunkan Farhana Sofea sebaik mereka tiba di kereta. Sebaik diturunkan Farhana Sofea, gadis itu cuba menyepaknya namun dia pantas menahan gadis itu dengan mengunci gadis itu kanan kiri pada kereta.

Kedua-dua tangan gadis itu digenggam kemas. Anak matanya yang berwarna coklat tajam menikam anak mata hitam pekat Farhana Sofea.

"Nak bunuh orang bukan depan orang ramai. You ni bodoh atau tak ada otak ?" dengan nada sinis lelaki itu berkata membuatkan Farhana Sofea semakin menahan geram. Namun dia tidak membuat apa-apa hanya diam menatap anak mata coklat itu. Muka mereka agak dekat. Kan tak pasal bibirnya pula disambar oleh lelaki itu apabila dia turut mengeluarkan kata-kata pedas.

"Masuk"

Kalau sudah dengan muka dingin bekunya itu tambah lagi suara garau yang begitu tegang. Urat pulak sudah timbul di leher dan tangannya, apa yang boleh dibuat. Sebelum makin huru hara baik dia dengar kata. Dia memandang lelaki itu menuju ke pintu sebelah dengan renungan tajam, acah-acah mahu melayang penumbuk. Masih tidak berpuas hati dirinya itu!

"You ni bala tahu?" Ujarnya geram. Memang geram. Tersangat geram!

Tengku Harriz menoleh memandangnya sekilas sebelum menumpukan perhatian kepada pemanduannya semula.

Farhana Sofea dah mencarut dalam hatinya. Iphone rosak! Heels patah! Dugaan betul! Sudahla heels yang dibeli itu mahal! Dia beli kat luar negara kut semasa outstation kat Italy tahu! Lepastu iphone yang baru dibeli tak sampai 5 bulan dah rosak!

Suasana yang dingin itu dimeriahkan dengan ringtone iphone milik Tengku Harriz. Tengku Harriz memandang screen pada dashboard. Terpampang nama Razul. Dia memasukkan telinganya airpods sebelum butang hijau dislide.

"Apa dia?" soalnya dingin.

"Weh tolong aku! Aku send location" ujar Razul dengan nafas semput

Belum sempat dia membalas panggilan sudah dimatikan oleh Razul. Dahinya berkerut. Razul ni dalam bahaya ke apa? Kepalanya menoleh memandang Farhana Sofea. Melihat dressnya yang basuh kuyup itu takkan dia mahu tinggal tepi jalan pula?

"Kenapa you pusing?" Soalnya apabila kereta Mercedes yang dinaiki mereka uturn.

"Kawan I minta tolong"

Farhana Sofea hanya diam setelah itu. Malas nak banyak tanya.  Kan tak pasal kena tinggal tepi jalan. Jacket yang masih berada di badannya ditarik. Terasa sejuk sehingga ke tulang. Mungkin dress basah tambah lagi aircond kereta.

Kepalanya menoleh ke kanan apabila melihat satu tangan kekar sedang menurunkan suhu aircond. Didongak pula kepala memandang Tengku Harriz. 

'Just know that I observe person' tiba-tiba teringat akan hal itu. Setiap tanduk kelakuannya mesti diketahui lelaki itu.  Macam tahu dirinya sedang sejuk.

"You ni caring but cold at the same time" ujarnya tidak menafikan sikap Tengku Harriz yang satu itu. Walaupun muka dingin tapi lelaki itu masih ada belas kasihan.

"Kenapa? Dah jatuh cinta ke? "

Farhana Sofea menjulingkan matanya. Satu lagi sikap Tengku Harriz. Kuat perasan!

"Hmm dah jatuh cinta. Rasa macam nak jadi girlfriend you pula" ujar Farhana Sofea yang lebih kepada sinis.

Tengku Harriz menoleh memandang Farhana Sofea.

"Kenapa tak nak jadi wife terus? Kan best ada husband yang sexy and hot macam I"

"Hmm boleh juga. I pun cantik and elegant. Instafamous pula tu. Gandingan yang baik untuk ke jinjang pelamin. Bak kata orang bagai pinang dibelah dua"

Masuk bakul angkut sendiri! Haa eloklah masing-masing memuji diri sendiri.

"Handsome dengan cantik. Mesti anak-anak nanti comel"

Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz. Ni dah jauh dah ni dari girlfriend terus masuk pasal anak. Dia perlu stop perbualan ini!

"Tak rasa lawak ke you dengan I? You anak orang kaya, I anak kampung. Bagai bumi dengan langit. I'm out of your league"

"If you love each other, the status of the family is not even considered. Your partner will accept it from the bottom of their hearts, no matter where you come from or........." Tangan diggengam oleh Tengku Harriz.

"Or who you are. That's true love"

Farhana Sofea perasan akan tubuh Tengku Harriz yang sedikit mengeras dengan kata-kata terakhirnya itu. Tangan yang memegang stereng kereta kelihatan berurat.

Mungkin Tengku Harriz ada kisah sendiri dalam dunia percintaannya.

"And that's love doesn't exist in this cruel world" ujar Farhana Sofea dengan senyuman nipis. Pandangan dilemparkan ke luar tingkap kereta.

Dia....tidak percaya akan cinta.

Perbualan mula terhenti. Tengku Harriz pun sudah malas mahu membalas. Hanya fokus pada pemanduannya sehinga mereka tiba di Bukit Bendera.  Kereta dihentikan di lorong kecil di belakang bangunan kerana lokasi Razul terhenti di situ.

"Jangan keluar pergi mana-mana" ujar Tengku Harriz lebih kepada arahan. Seatbelt dibuka lalu dia mengambil pistol yang terletak dibawah car sitnya itu sebelum diselitkan di belakang pinggangnya tanpa pengetahuan Farhana Sofea.

Langkahnya diatur menuju ke dalam lorong yang lebih gelap. Telefon dilekapkan di telinga menanyakan keberadaan Razul.  Tidak jauh dia berjalan, dia ternampak Razul yang sedang berdiri di atas tong sampah hijau yang diterbalikkan olehnya itu sambil memegang kayu menghayun pada sesuatu. Atau lebih tepat anjing.

"Auw! Auw!"

"Seriously Razul, kau panggil aku sebab anjing? " terkelu seketika Tengku Harriz.

Razul menoleh memandang Tengku Harriz.

"Ouhh god thanks you're here! " ujar Razul ketakutan sambil menghayun kayu pada anjing yangs sedang duduk memandangnya dengan lidah yang terjelir keluar.

"Kau ni semua benda takut. Hantu takut, anjing pun takut. Apa je kau tak takut? " bercekak pinggang Tengku Harriz memandang Razul. Punyalah dia ingat Razul kena kejar dengan musuh ke atau kumpulan gangster, rupanya kena kejar dengan anjing.

"Shh jangan lah sebut hantu kuat-kuat! Kan keluar dia gelap-gelap ni. Lari tak cukup tanah aku nanti"

Tengku Harriz menggelengkan kepalanya. Boleh tak dia nak tembak Razul sekarang?

"Bro, cepatlah tolong halau anjing itu" rungut Razul apabila Tengku Harriz masih tercegat di situ.

Dengan malas Tengku Harriz menghampiri anjing husky itu. Sudahlah comel dengan lidah yang terjelir memandang seperti meminta makanan. Terdapat collar pula tu di lehernya. Siapa yang terlepas anjing husky ni?

"Shuhh" Sekali sahaja dia menghalau, anjing itu sudah lari lintang pungkang.

"Aura kau memang hebat, Riz. Anjing pun takut" Razul yang sudah turun itu menepuk bahu Tengku Harriz dengan bangga.

"Banyaklah kau"

Mereka mula menghampiri kereta semula. Nasib la malam ni dia tergerak hati nak pandu kereta Mercedes. Kalau dia bawa Ferrari,  mahu Razul duduk dalam bonet kereta. Melihat Razul yang mahu membuka pintu depan segera dia menghalang.

"Ada Han...."

Dahinya berkerut memandang pintu yang sudah terbuka. Mana gadis itu pergi?

"Arghh Harriz! Tolong I! "

Kepala menoleh memandang Farhana Sofea yang lari tak cukup tanah. Dibelakangnya itu terdapat anjing husky tadi sedang mengejar Farhana Sofea. Lagak anjing itu macam happy dapat berkejar-kejaran. Muka Farhana Sofea pula macam tertelan biawak kena kejar dengan anjing.

"Shuh shuh pergi jauhlah" halau Farhana Sofea tapi anjing itu tidak mendengar kata. 

"Auw! Auw!"

Makin laju Farhana Sofea membuka langkah.  Nasib masa sekolah dia atlet lari. Tapi bayangkanlah macam mana dia nak lari laju-laju dengan memakai dress?

"Umi! Tolong Hana!"

Baju Tengku Harriz digenggam, menyorok di belakang Tengku Harriz. Ditarik-tarik baju hitam yang dipakai oleh Tengku Harriz itu dengan kasar ke kanan ke kiri. Badan itu pun turut bergerak ke kanan ke kiri. Anjing pun satu hal! Taknak duduk diam!

"Hana stop it!  You will ruin my shirt! "

"Tolonglah I halau anjing tu! "

Tengku Harriz menjulingkan matanya. Ni lagi sorang takut anjing! Boleh dah ni jadi geng Razul. Dia mula menghalau anjing husky itu dan keadaan huru hara tadi kembali tenang. Badan dipusingkan memandang Farhana Sofea. Mata tajam memandang gadis itu yang sedang tersengih.

"Harriz, kau memang penyelamat kitorang"

Kepala menoleh memandang Razul. Terbuntang matanya memandang Razul yang sedang duduk di atas bumbung kereta Mercedesnya!  Sejak bila pula Razul naik ni?

"The fu*k kau Zul?"

Bercekak pinggang dia memandang Razul.

Razul yang mula sedar dia sedang berada di atas bumbung kereta Mercedes Tengku Harriz menelan air liur perit. Gara-gara nak lari dari anjing tadi melompat dia macam ninja. Habislah! Sudahlah Tengku Harriz ni gila akan kereta!

"Hehe aku pun tak sedarlah sejak bila aku jadi ninja turtle ni" ujar Razul tersengih sambil turun dari bumbung kereta. Dengan selamba dia membuka pintu belakang kereta. Sebaik masuk terus dikunci pintu belahnya itu. Risau kena heret keluar kejap lagi. Naya!





"TAK, kan I dah cakap yang I nak terkencing. So I keluar lah pergi cari tandas"

"Tapi I cakap jangan keluar pergi mana-mana kan? Tunggu je lah sampai I datang balik".

"Tak boleh nak tahan, kan I kencing dalam kereta you ni baru tahu."

"What if anything happen to you? You tu tanggungjawab I sekarang. Apa-apa yang jadi kat you, I yang dipersalahkan"

Kanan kiri kanan kiri Razul yang duduk kat belakang di tengah-tengah itu menoleh memandang mereka berdua yang bergaduh sedari tadi. Dia hanya diam jadi pemerhati. Tengkukya itu mahu patah sudah toleh kanan kiri. Kejap pandang Farhana Sofea, kejap pandang Tengku Harriz.

"Apa masalah korang berdua ni? Gaduh! Gaduh! Kahwin kan baru tahu!"

"Kau diam!"

"You diam!"

Kata mereka serentak.

Tangan zip mulutnya sendiri. Bibir diketap oleh Razul. Tak pasal kena marah! Mereka menyambung pergaduhan lagi. Dia pula sudah tidak berani mahu membuka mulut lagi. Kan tak pasal kena halau keluar dari kereta. Baik diam je lah walaupun gegendang telinga sudah mahu pecah.

"Weh babi!" jerit Razul tiba-tiba.

Farhana Sofea menoleh memandang Razul dengan muka 'Apa masalah kau ni nak mencarut?'

"Kau dah puas hidup ke, Zul?" Tengku Harriz turut menoleh ke belakang. Hilang sudah fokus pemanduannya sejak bergaduh dengan Farhana Sofea lagi.

"Bukanlah! Ada babi kat depan!"

Tengku Harriz menoleh memandang ke hadapan semula. Terbuntang matanya melihat ada beberapa ekor babi yang melintas. Namun sudah terlambat. Jarak sudah semakin hampir. Tak sempat nak elak, kereta Mercedesnya itu terlanggar babi yang melintas.

Stereng yang dipusingkan itu membuatkan kereta semakin berpusing-pusing sehingga terlanggar tiang lampu yang berhampiran. Bunyi hentakan yang kuat akibat pelanggaran itu. Airbag dibahagian pemandu dan sebelah pemandu menyelamatkan Tengku Harriz dan Farhana Sofea daripada terhantuk.

Namun tidak untuk Razul. Dia yang duduk di belakang di tengah-tengah yang tidak memakai tali pinggang membuatkan berlakunya Inertia, Newton's First Law. Dimana kenderaan yang berhenti secara tiba-tiba akibat pelanggaran dengan tiang lampu itu telah menyebabkan Razul yang tidak memakai tali pinggang melayang keluar ke cermin depan sehingga pecah.

"Auchh" Farhana Sofea memegang lehernya yang terasa seperti terseliuh uratnya begitu juga dengan Tengku Harriz.

"Hana, you okay?" Soalnya pada Farhana Sofea dan dia mendapat balasan anggukan kepala daripada gadis itu.

"Zul, kau okay? "

Tengku Harriz menoleh ke belakang namun dahinya berkerut apabila Razul tiada. Dia berpaling semula ke hadapan. Airbag yang berada di depannya itu menghalang dia melihat apa yang berada di depan keretanya namun cukup menampakkan cermin depan yang sudah pecah di tengah-tengah. Matanya terbuntang.

"Razul!"

Seatbelt dibuka lalu dia keluar daripada keretanya. Tengku Harriz mara ke depan keretanya mencari Razul dan dia melihat Razul sedang terbaring di atas jalan raya bersebelahan dengan babi saling menatapi satu sama lain seakan-akan sedang merenung satu sama lain dengan perasaan yang penuh dengan cinta. Bagaikan dunia in dunia mereka berdua.

Milik Razul dan babi.

Okay kejap dia mahu gelak.

Terburai ketawa Tengku Harriz melihat apa yang berada di depannya itu. Farhana Sofea yang sudah keluar dari kereta turut join Tengku Harriz. Ketawa terbahak-bahak. Dan sempat lagi Tengku Harriz merakam video dan menangkap gambar. Ni kalau post kat group whatsapp, mahu Razul kena bahan teruk. Kenangan yang tidak akan dilupakan!

"Wahai babi, look at them laughing at us. Dunia ini memang kejam kan? It s okay awak ada saya, babi. Saya baik. Tak macam mereka" ujar Razul pada babi yang terlentang di sebelahnya itu. Macamlah babi faham!

"Wahai babi jom kita couple dua. Saya single lagi"


***********

Dah dah guys kita balik jom, jangan ganggu Razul dengan girlfriend baru dia.

Jangan lupa votement.








Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro