Bab 47
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*********
MATA melilau sekeliling, langkah diatur dengan berhati-hati. Risau kalau tertangkap dengan mak tirinya. Jenuh telinga dia mahu mendengar bebelan itu. Bukannya dia tidak masak dengan perangai mak tirinya yang suka mencari kesalahannya.
"Fea buat apa tu terhendap-hendap?"
Tubuhnya kejung saat ditegur oleh uminya. Perlahan-lahan dia memusingkan badannya menghadap uminya. Dia tersengih sambil menggarukan kepalanya.
"Err Fea nak keluar kejap umi"
"Malam-malam ni?"
"Bukan malam pun sangat. Baru pukul 8.30 malam. Boleh la umi" jawab Farhana Sofea. Tangan Puan Farah digoncangkan dengan mulutnya yang terserbik.
"Takyahlah. Keluar esok hmm? Bahayalah anak dara keluar malam-malam ni"
"Kejap je umi. Bolehlah. Fea janji lepas jumpa Akh, Fea balik terus"
"Tapi umi tak sedap hatilah. Esok lah Fea jumpa Akh. Lagipun budak tu entah baik ke tidak. Risau umi" pujuk Puan Farah. Tergerak hati dia mahu turun ke bawah tadi, tengok-tengok anaknya itu duk menghendap.
"Akh baiklah umi. Boleh lah Fea keluar. Nak jumpa Akh kejap je. Nak bagi barang kat dia"
Lama Puan Farah memandang ke arah anaknya yang berkeras juga mahu keluar. Berat rasa hatinya kali ini mahu membiarkan gadis itu keluar malam-malam.
"Tunggu Lan balik tuisyen dulu boleh?"
"Lan pukul 11 baru balik. Lambatlah...."
"Umi, Fea janji Fea keluar tak sampai sejam. Please..." pujuk Farhana sofea. Dia sudah janji nak berjumpa dengan Akhtar malam ini. Mahu memberi sesuatu pada lelaki itu.
Puan Farah mengeluh kecil.
"Hmm ye lahh. Sebelum pukul 10 balik tau"
Terus tersenyum lebar Farhana Sofea. Kepala lantas diangguk laju.
"Fea janji"
Usai dia sampai di Taman Tasik Titiwangsa tempat yang selalu mereka berjumpa, dia segera turun dari kereta setelah membayar tambang pada pakcik grab. Langkah segera menuju ke tempat mereka selalu lepak. Melihat seorang lelaki yang berhoodie duduk di tepi memandang tasik, segera dia melajukan langkah.
Tidak lain tidak bukan lelaki itu adalah Akhtar. Sepanjang perkenalan mereka, belum lagi dia melihat rupa lelaki itu. selalu dilidungi dengan kepala hoodie.
"Akh!" panggilnya membuat lelaki itu berpaling ke arahnya.
"Nak gi mana?" pelik dia melihat Akhtar yang bangun berdiri. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggung namun tidak jadi.
"Akh?"
Kaki mengikut langkah Akhtar. Aneh dia dengan kebisuan lelaki itu.
"Awak nak pergi mana, Akh?" dipegang lengan hoodie Akhtar membuatkan langkah itu terhenti. Badan dipusingkan menghadapnya.
Anak matanya mengecil memandang sepasang anak mata itu yang kurang jelas kelihatan gara-gara terlindung dengan rambut dan hoodie. Namun dia pasti itu adalah Akhtar dan bukan lelaki lain. Tapi kali ini pandangan itu terasa agak dingin.
"Ikut je aku"
Air liur ditelan kelat mendengar suara dingin itu. Kenapa terasa lain kali ini lelaki itu? Terasa auranya begitu menakutkan. Akhtar yang sudah melangkah jauh dipandang dengan perasaan yang bebelah bagi. Kakinya teraga-agak untuk mengikut langkah itu. Ketepikan fikiran negatif, dia mula melangkah.
"A....awak pandai bawa motor?" superbike Kawasaki yang berwarna maroon dipandang penuh minat. Dilihat Akhtar yang mula naik superbike itu. Kepala disarung dengan helmet.
"Naik"
"Huh?"
"Aku cakap naik"
Dipandang renungan tajam itu namun warna anak mata yang mula dapat terlihat jelas membuatkan dia leka memandang anak warna itu yang berwarna dark coklat. Mungkin disebabkan malam, jadi dia nampak warna dark coklat. Cantik!
"Naiklah!" jerkah Aktar membuatkan Farhana Sofea terkejut. Bukan tidak biasa lelaki itu memarahinya namun kali ini terasa begitu dingin.
"Taknak. Saya perempuan, awak lelaki. Lagipun takde helmet"
Akhtar mula tersenyum sinis di sebalik helmetnya.
"Kau takyah nak cakap hukum hakam dengan aku. Tudung pun kau tak pakai" rambut hitam yang terurai panjang tidak berikat dipandangnya.
Tersentap dengan kata-kata itu, dia menunduk malu memandang lantai. Entah kenapa liat betul dia mahu pakai tudung walaupun disuruh berkali-kali oleh uminya.
"Naik or today will be the last time we meet"
Bibir diketap. Tali backpack hitam yang dipakai di belakang digenggam kemas. Kepala perlahan-lahan digelengkan. Dia tidak mahu hari ini menjadi hari terakhir mereka. Katakan dia gila, memang dia gila sudah jatuh cinta dengan lelaki itu.
"O...okay"
Mahu tak mahu dia naik juga. Tangan memegang hoodie lelaki itu sebelum superbike Kawasaki mula meluncur laju ke lebuh raya.
Dahi berkerut tatkala Akhtar berhenti di sebuah rumah kayu yang dikelilingi oleh hutan. Rumah kayu yang kelihatan bila-bila saja mahu roboh dipandang. Kepala ditoleh memandang Akhtar yang mula masuk ke dalam hutan.
Air liur ditelan kelat.
Tangan mula meramas baju. Perasaan tidak sedap hati mula menyelebungi hatinya. Dia menoleh memandang rumah kayu yang tampak seram itu. Sudahnya dia mengikut Akhtar yang mula masuk ke dalam hutan.
"Awak SPM kan tahun ni?" soalnya ingin memecahkan kesunyian mereka dan juga ingin menghilang rasa takutnya. Namun lelaki itu hanya diam, tidak menjawab soalanya.
"Nanti lepas saya PT3 masa nak ambil result boleh ke awak datang ke sekolah saya? Saya nak kenalkan awak dengan kawan-kawan saya. Icha selalu tanya pasal awak" kakinya setia mengikut. Hairannya dia mula rasa tidak takut walaupun mereka berada dalam hutan.
"Akh, asal awak diam je? Penat saya cakap sorang-so....Auchh!" tangan memegang dahinya yang terhantuk dengan belakang badan Akhtar apabila lelaki itu tiba-tiba berhenti. Dia memandang Akhtar yang memusingkan badan menghadapnya. Renungan lelaki itu sangat tajam.
"Kau bodoh ikut aku ke sini" sinis Akhtar membuatkan tubuh Farhana Sofea mula bergetar.
"You know what? I wanted to kill you so much! Desperately!"
PELUH merenik ke dahi walaupun terpasang aircond dengan suhu yang rendah. Kepala tergeleng-geleng kanan kiri. Dahi berkerut. Bibir diketap.
"Mati kau! Aku nak kau mati!"
Tangan memegang leher yang dicekik. Nafasnya berada di hujung tanduk. Terlalu sukar untuk bernafas.
"Akh!"
Terduduk dia dari baring dengan mata automatik terbuka bersama nafas yang termengah-mengah. Jantungnya berdegup kencang. Tangan naik memegang lehernya. Terasa dia baru dicekik padahal sudah 12 tahun berlalu.
Kakinya ditarik. Mukanya disembankan. Mata dipejam seketika, ingin menenangkan dirinya. Sejak dia membuka cerita pada Tengku Harriz tentang 12 tahun yang lalu, dia kerap bermimpi kejadian itu.
Kepala diangkat memandang ke sebelahnya yang kosong itu. Seminggu sudah Tengku Harriz tidak balik rumah. Pada awalnya, dia pergi French untuk menolong uruskan hal Adden dan Airisya namun setelah itu dia mula tidak mendengar khabar. Di mana, ke mana dan buat apa lelaki itu selepas balik dari French, dia tidak tahu.
"Harriz, where are you?"
"I need you but you're not here" kakinya semakin dipeluk.
"Balik Harriz...Please balik. I rindu you" terasa dirinya mahu menangis. Perasaan rindu semakin membuak-buak apatah lagi setelah mimpi ngeri yang menakutkan.
KEPALA memandang bangunan Secret Hunter Agency yang terpacak tinggi itu. Masuk sahaja waktu lunch, dia terus ke sini untuk mencari Tengku Harriz. Mungkin lelaki itu berada di sini.
Usai sahaja keluar dari lift, dia segera menuju ke pejabat Tengku Harriz. Namun hampa apabila tiada Tengku Harriz di dalam pejabatnya. Kosong sahaja bagaikan tidak berpenghuni beberapa hari.
"Hana?" kepala menoleh memandangnya Razul yang menegurnya.
"Harriz mana?" soalnya straight to the point.
"Dia takde kat sini"
"Habistu dia kat mana?"
Razul diam. Dipandang Farhana Sofea dengan perasaan yang serba salah.
"Apa yang pasti dia okay je. Cuma dia tak boleh jumpa you buat beberapa hari ni"
Berkerut dahi Farhana Sofea.
"Kenapa pula? Masa dia kat French elok je kami video call tapi sejak korang balik dia terus menghilang. Call tak dapat. Chat tak balas. Apa jadi kat Harriz?"
Keluhan kasar dilepaskan oleh Razul. Dia sudah berjanji agar tidak memberitahu hal itu kepada Farhana Sofea.
"Nanti dia balik lah tu. Tunggu ye dalam dua tiga hari lagi?" usai berkata-kata, Razul mula mengangkat kaki. Risau kalau lama-lama kat situ, dia semakin diasak dengan pelbagai soalan oleh Farhana sofea.
"Kenapa semua orang nak berahsia dengan I?" Farhana Sofea mengertap bibirnya. Tak faham dia semua orang ingin merahsiakan tentang Tengku Harriz darinya.
"Because, it won't give any benefit to you. Hana, Harriz akan pulang ke sisi you. You can count on me"
Bibir diketap melihat Razul yang sudah beredar. Dengan perasaan bengang dia balik semula ke officenya usai lunch di Cafe Lestaria. Di situ pun Tengku Harriz tak ada juga.
Mengeluh kecil dia di meja kerjanya.
"Mana you pergi?" gumamnya perlahan.
Akhirnya dia hanya asyik termenung sehingga sedar tak sedar waktu kerja sudah tamat. Diperhatikan sahaja rakan-rakan sekerjanya sedang mengemas untuk pulang. Dia nak balik awal pun bukannya boleh jumpa suami juga kat rumah.
Kertas yang berselerak di atas meja dengan lakaran rumah ditenung. Projek baru mula masuk namun dia tiada mood untuk menyiapkan projeknya itu. Keluhan kecil dilepaskan.
Ting
Bunyi ringtone menarik perhatiannya namun hampa bukan nama kucing jantan yang muncul sebaliknya nombor yang tidak dikenalinya. Berkerut dia memandang dua gambar yang dihantar.
"Siapa pula ni?" gumamnya perlahan. Dilihat gambar yang dihantar. Seorang perempuan dan seroang lelaki sedang makan di restoran mewah. Perempuan itu adalah Sara manakala lelaki itu adalah....
"Harriz?"
Dia zoomkan gambar itu. Benar lelaki itu adalah Tengku Harriz dan bukan kembarnya. Dia tahu membezakan mereka berdua.
Bibir diketap.
Ini ke kerja Tengku Harriz sepanjang tidak balik ke rumah? Nafas dalam diambil, ingin menenangkan hatinya yang kian membara. Tidak mahu emosinya mengawalnya. Tidak mahu menuduh melulu.
Jadi dia buat keputusan untuk pergi ke restoran itu. Ingin melihat dengan anak mata sendiri. Ingin mendengar penjelasan dari mulut Tengku Harriz sendiri. Boleh jadi ini hanyalah permainan Sara untuk menghancurkan rumah tangga mereka.
Pintu Honda Civic dark grey ditutup kuat. Kaki mula melangkah masuk ke dalam restoran. Dia tuju ke tingkat atas sekali seperti dimaklumkan oleh nombor yang tidak dikenalinya itu.
Bibir diketap.
Anak matanya menjadi saksi dua orang itu sedang makan di hujung tepi tingkap dengan permandangan bandar Kuala Lumpur. Sinis dia. Terasa kelakar pula.
"Think before you speak and think before you act, Hana. Don't let your emotions control you." bisik pada dirinya sendiri.
Nafas dalam diambil sebelum melangkah menghampiri mereka berdua. Kerusi ditarik dan tanpa dipelawa dia melabuhkan punggung. Terkejut Tengku Harriz melihatnya berada di sini namun tidak Sara.
"Hey, berdua je ke? Nak join juga boleh?"
Selamba dia merampas garfu dari Tengku Harriz. Dicucuk steak yang tampak menyelerakan itu sebelum dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Erm sedap. Pandai korang dua pilih restoran ni untuk makan bersama" dimasukkan lagi steak ke dalam mulutnya. Melihat makanan yang masih banyak, mungkin mereka berdua baru hendak makan.
Tengku Harriz mengetap bibirnya. Pandangan tajam diberikan pada Sara.
"You panggil wife I ke sini, Sara?" amarahnya cuba ditahan.
"Mana ada. Memang tidaklah I nak panggil dia ke sini untuk ganggu ketenteraman kita" nafi Sara. Mata sudah menjeling tajam pada Farhana Sofea. Kenapa gadis itu tenang je? Ini bukan seperti rancangannya!
Serta merta bibir Farhana Sofea tersenyum sinis. Kita?
"Boleh order lagi satu tak? Laparlah pula I"
Tengku Harriz menoleh memandang Farhana Sofea yang selamba makan. Wajah itu tampak tenang dengan situati tegang seperti ini. Garfu yang dipegang oleh Farhana Sofea dirampas sebelum membalingnya ke pinggang. Melenting kuat garfu itu.
Dia mula bangun. Tangan Farhana Sofea turut ditarik untuk bangun.
"Ehh nak pergi mana? Bagilah I isi perut dulu. I pun lapar juga ni" tangan cuba direntap namun tidak berjaya.
"You nak pergi mana Riz? Kita tak habis makan lagi" bentak Sara.
Tengku Harriz hanya buat tidak endah. Lelaki itu terus menarik tangannya. Farhana Sofea menoleh kepalanya memandang Sara yang tampak bengang. Tangan dilambai pada gadis itu dengan senyuman sinis.
Silap cari pasal! Memang tidaklah dia nak mengamuk di restoran ni seperti yang difikirkan oleh gadis itu. Akan dia handle situasi ini dengan baik!
"Pergi mana selama ni?" tanyanya saat mereka melangkah keluar dari restoran. Bak katanya tadi, dia tidak mahu tuduh melulu. Taknak mahu hubungan mereka retak. Jadi, dia akan mendengar penjelasan lelaki itu.
"Kita bincang kat rumah"
Kepalanya diangguk.
"Kereta I kat sana" langkahnya dihentikan
"Balik dengan I. Nanti I suruh orang lain bawa balik kereta you"
"Taknak. I nak kita balik asing. I takut I meletup dalam kereta nanti"
Tengku Harriz memandang lama Farhana Sofea sebelum kepalanya perlahan-lahan diangguk.
"Hmm, jumpa kat rumah"
"Jangan risau. Tak lari ke mana pun I selagi tak dengar penjelasan you. So get ready to give me a ton of explanation"
Seperti disuruh oleh Tengku Harriz untuk mandi dan makan dahulu, dia mandi dan juga makan dahulu. Hatinya semakin tertanya-tanya. Ke mana lelaki itu pergi? Kenapa tidak jawab call dan mesejnya? Kenapa makan dengan Sara?
"Haihh" keluhnya kecil. Tubuh dibaringkan di atas katil. Matanya dipejam.
Dia disuruh naik dahulu sementara Tengku Harriz membersihkan dapur. Namun bunyi ringtone yang memandakan mesej masuk, memaksa matanya dibuka semula.
Dahi berkerut melihat whatsapp oleh Aufa yang menghantar gambar screenshot tentang berita terkini. Link yang dihantar ditekan olehnya. Tajuk yang terpampang besar itu dibaca.
Terkini : CR Alpha Corporation, Dato' Khalish dipercayai diculik selepas main golf 3 hari lalu.
Berkerut dahinya.
Dia bangun daripada baring. Nombor Dylan Shah ditekan.
"Betul ke ayah diculik?" tanpa memberi salam dia terus mengasak Dylan dengan soalan.
"Lan pun tengah runsing sekarang. Daddy bagitahu pergi overseas 3 hari lalu tapi bila Lan check balik dengan lapangan terbang, daddy tak pernah naik flight 3 hari lalu dan Lan pun runsing siapa yang buat report" jelas Dylan dengan nada yang begitu risau.
"Jadi Lan pun baru tahu dari berita ni?"
"Haah"
Bunyi pintu yang terbuka mengalihkan perhatiannya. Dia memandang Tengku Harriz yang mendekatinya.
"I will call you back"
Panggilan dimatikan.
"Ini apa?" Iphonenya terus dihulur sebaik sahaja Tengku Harriz melabuhkan punggung. Jelas wajah itu kelihatan terkejut.
"Ini kerja you ke Harriz?"
Tengku Harriz tidak menjawab malah hanya berdiam diri. Di fikirannya sekarang ligat berfikir bagaimana hal ini boleh tersebar? Padahal mereka sudah merancangnya dengan teliti kes penculikan itu.
"Harriz"
Bibir diketap apabila Tengku Harriz tidak menjawab soalanya. Orang kata kalau diam bermakna ya. Jadi betullah kes penculikan ayahnya adalah angkara lelaki itu?
"You nak buat apa dengan aya......."
Terhenti soalannya apabila Iphone Harriz berbunyi. Dia terpandang nama Razul yang tertera.
"Angkat je" bagitahunya apabila kali kedua panggilan itu berbunyi namun Tengku Harriz tidak mengangkatnya.
Tengku harriz melepaskan keluhan kecil. Panggilan diangkat.
"Later. Aku dengan Hana ni"
Panggilan diputuskan tanpa sempat Razul membalas.
"So? Explain" Farhana Sofea memeluk tubuhnya.
Tengku Harriz mengeluh kecil memandang Farhana Sofea yang tampak seperti menahan kemarahan.
"Macam you tau yes, I yang culik ayah you and dia ada dekat markas. I cuma nak balas dendam."
Bibir diketap oleh Farhana Sofea. Dia sudah agak yang Tengku Harriz semestinya akan berdendam dengan ayahnya jika lelaki itu tahu yang ayahnya adalah dalang kepada kejadian 20 tahun yang lalu. Dia tidak salahkan lelaki itu. Dia faham 20 tahun lelaki itu hidup tanpa kembarnya di sisi jadi lelaki itu ada hak untuk berdendam.
"Tapi sejahat mana pun dia, dia masih ayah I. Suami kepada mak mertua you dan dia adalah bapak mertua you"
"Dan dendam terbaik adalah bukan dengan membalas dendam dengan kejahatan yang sama tapi balas dengan perkara yang luar biasa yang dilakukan oleh manusia biasa seperti kita" sambung Farhana Sofea lagi. Agak kecewa dengan sikap Tengku Harriz.
Farhana Sofea mengetap bibirnya. Kerana dia tahu balas dendam akan memakan diri sendiri seperti mana Airisya yang berdendam dahulu dan kini sedang depression gara-gara kehilangan keluarga dengan cara yang kejam.
Dendam, bukanlan jalan penyelesaian yang terbaik untuk sesuatu masalah.
Dia taknak benda itu akan memakan dirinya dan Tengku Harriz.
Tengku Harriz mengenggam tangannya. Keluhan kecil dilepaskan.
"So explain everything to me, Harriz. Bagi I faham kenapa you menghilang, kenapa you makan dengan Sara dan apa yang you nak buat dengan ayah I"
"I taknak tuduh you melulu. I nak dengar dulu penjelasan you. I perempuan matured dan I taknak emosi I control I waktu macam ni. I nak berfikir waras. So, please explain"
Tengku Harriz merenung lama anak mata Farhana Sofea. Dia tahu Farhana Sofea perempuan matured yang tidak bertindak mengikut emosi ketika marah bahkan dengan tenang menunggu penjelasannya dari tadi namun sukar untuk dia berikan semua penjelasan pada gadis itu.
Mulutnya begitu payah untuk dibuka.
"Harriz...."
Geram dia melihat Tengku Harriz hanya diam. Dia mula bangun dari katil menuju ke balkoni. Nafas dalam ditarik. Mata dipejam merasakan deruan angin yang meniup tubuhnya.
"I ni hanya sekadar alat untuk you balas dendam kat ayah I ke?" tubuh dipusingkan memandang Tengku Harriz.
Berkerut Tengku Harriz sebelum menggelengkan kepalanya.
"No. Dendam I kat ayah you takde kena mengena dengan you" langkah turut dibawa ke balkoni.
"Then, what?"
"I tak tahu ke mana you menghilang lepastu tiba-tiba nampak you makan dengan Sara. And then dapat tahu ayah I diculik oleh you. What's going on, Harriz? Tolonglah explain" dipandang Tengku Harriz dengan penuh harapan. Tolonglah jangan biarkan dia membuat spekulasi sendiri!
"As women we are overthinking so to avoid it, please explain the real reason why you are doing that. I want to hear your explanation" sambung Farhana Sofea lagi apabila Tengku Harriz masih diam.
"Hana, I dengan Sara tak seperti you fikirkan"
"Then?"
"I....I cuma....."
Keluh Tengku Harriz. Kenapa susah sangat dia mahu menjelaskan pada gadis itu.
"Okay, I get it. You nak sangat I buat spekulasi sendiri kan? Okay, fine" nafas dalam ditarik. Geram betul dia dengan Tengku Harriz yang tidak mahu memberikan penjelasan padanya.
"I ni cuma alat untuk you balas dendam kat ayah I. Sebab tu you approach I lepastu kahwin dengan I. Then, you menghilang beberapa hari ni sebab enjoy keluar dengan bekas tunang you. I yang tunggu kat rumah ni bukan you pedulikan pun. Sebab apa? Sebab you tak cintakan I and you masih cintakan Sara. Lastly, dah dapat ayah I of courselah I tak diperlukan lagi kan? Betul tak?" ketawa sinis Farhana Sofea. Kalau betul spekulasi dia tu tepat memang hebat sungguh rancangan Tengku Harriz! Hebat sangat!
"Hana, all of that is not true!"
"Lepastu apa dia, Harriz? Apa dia? Ya Allah, susah sangat ke you nak explain kat I?" air matanya mengalir diseka kasar.
Kepala yang tertunduk tadi diangkat semula menentang anak mata coklat itu dengan tajam.
"I'm forgot. That's who you are. That's your character. Be that character but I'm not dealing with it"
"A...apa maksud you?"
"You know what? I'm just realize, cinta bertepuk sebelah tangan memang takkan berbunyi. I'm done with you, Harriz"
"I'm totally done with you, Tengku Harriz!"
********
Kapal tak sampai destinasi lagi dah nak karam guys :(
Nah author bagi panjang sikit sebab update lewat. Goodnight!
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro