Bab 43
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*******
TANGAN yang laju memetik piano sedari tadi mula terhenti. Farhana Sofea mengeluh kecil memandang sekeliling bilik musik yang soundproof dibuat khas untuknya oleh Tengku Harriz memandangkan dia sangat suka bermain piano.
"Bosannyaa...."
Badan dibaringkan atas sofa yang empuk. Siling kapur yang dihiasi dengan lampu bintang dipandang lama. Sungguh dia bosan bila tiada Tengku Harriz di rumah. Tiada lelaki yang mahu digoda dan diusik olehnya.
Seketika bibirnya mengukirkan senyuman penuh makna tatkala satu idea gila muncul di benak fikiran nya.
"Pukul 1 pagi" jam di screen Iphonenya dipandang.
Dia mula keluar dari bilik musik menuju ke biliknya untuk menukar pakaian. Diambil seluar kulit loose yang berwarna hitam. Dicapai pula jaket hitam sebelum disarungkan ke badannya bersama t-shirt hitam di dalam. Pakaian yang serba serbi hitam itu dikenakan bersama shawl hitam.
Malas mahu memakai make up jadi dia hanya mengoles bibirnya dengan lip gloss. Perfume dior disembur ke badannya sebelum turun ke bawah. Dia bergerak ke garaj superbike Tengku Harriz.
"Nak naik yang mana yee?" tangan mengusap dagu memerhati 6 superbike mewah yang tersadai di dalam garaj. Kepalanya digelengkan. Banyak-banyak superbike buat apa? Bukan boleh naik 6 sekali gus pun. Pelik dia dengan hobby Tengku Harriz yang suka mengumpul kereta dan superbike. Membazir duit!
"I choose you" superbike Yamaha R6 yang berwarna hitam emas menjadi pilihannya. Mahu sama dengan warna pakaiannya jadi dia memilih superbike itu. Lama dia tak buat kerja gila jadi hari ini dirinya terasa mahu ride superbike. Well, jangan risau dia mempunyai lesen yang khas untuk motor besar itu.
Dia berlalu semula ke dalam rumah untuk mengambil kunci motor. Helmet yang fully berwarna hitam tersusun elok di rak diambil.
"Sorry Harriz, your baby is my baby too"
Vroom vroom
"Crazy Hana is back!"
Hampir dua jam dia ride superbike milik Tengku Harriz itu. Syok sangat sampai tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Nasib esok hari Sabtu!
Dia berhenti di traffic light apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah. Seketika dua superbike turut berhenti di sebelah kanannya. Dia mengerling sekilas superbike Ducati di sebelahnya. Lawa! Tapi lagi lawa superbike Ducati Tengku Harriz punya di rumah!
'Kau cuba tackle aku, memang aku terajang kau' sinis hatinya berkata apabila perasan akan dua orang lelaki di sebelahnya itu memandangnya lama. Bukan tak biasa bila dia ride superbike, lelaki yang berhenti di sebelahnya semasa traffic light merah akan mengoratnya.
"Weh ni bukan ke superbike Harriz?" bisik Firash pada Iqbal.
Iqbal mengangguk kepala setuju apatah lagi ternampak ukiran THA yang berwarna emas di tepi superbike itu. Dah sah superbike itu milik Tengku Harriz. Namun siapa yang berani ride superbike kesayangan lelaki itu? Ini mahu mengamok lelaki itu nanti!
"Superbike Harriz kena curi ke?"
Firash mengangkat bahunya tanda tidak tahu. Mata melirik pada orang yang ride superbike milik Tengku Harriz. Tubuh kecil. Tidak mungkin lelaki.
"Weh dah hijau. Kejar dia wehh" arah Iqbal apabila melihat superbike itu meluncur laju sebaik sahaja traffic light bertukar hijau.
"Dua orang ni gila ke kejar aku?" gumam Farhana Sofea memandang cermin sisi superbike yang memantulkan dua superbike tadi sedang mengikutnya. Dia semakin pecut bersama dengan senyuman sinis.
SESEKALI Razul menoleh memandang Tengku Harriz yang sedang memejamkan matanya di sebelah. Tahu yang lelaki itu sekadar memejamkan matanya bukan tidur.
"Kau ada nak singgah mana-mana tak sebelum aku hantar kau balik?"
"Tak" Tengku Harriz menggelengkan kepalanya perlahan.
Razul kembali diam. Sejak kejadian tempoh hari, dia melihat Tengku Harriz jarang bercakap. Hanya sepatah dua sahaja lelaki itu membalas.
Seketika tiga superbike memotong kereta Ferrarinya laju.
"Woo gila! Laju laju nak pergi neraka ke?" kepalanya digeleng-geleng. Terasa tercabar dengan tiga superbike itu, dia mula menekan minyak keretanya. Mengejar tiga superbike di hadapan itu.
Tengku Harriz yang elok memejamkan matanya dibuka kembali apabila terasa badannya kejap ke kanan kejap ke kiri.
"Kita kena kejar dengan musuh ke?" sesekali kepala menoleh ke belakang. Tidak ada pula kereta pecut mengejar mereka dari belakang.
"Tak lah, aku yang kejar musuh" berkerut dahi Tengku Harriz. Dia memandang ke hadapan semula. Seketika dahinya berkerut melihat dua superbike yang tidak jauh dari mereka.
"Itu bukan ke Rash dengan Iq?" mata semakin mengecil memandang dua superbike di hadapannya itu.
"Gila ahh mata kau ni mata apa dohh? Aku still tak nampak" minyak semakin ditekankan. Bila dekat baru dia perasan superbike itu milik Firash dan Iqbal.
"Ride tak ajak! Bangang dua orang ni!"
Ponn
Hon ditekan menyentakkan Firash dan Iqbal yang berada di hadapan. Berkerut dahi mereka memandag cermin sisi sebelum mengenal pasti kereta Ferrari itu milik Razul.
Iqbal perlahankan superbikenya dan berlalu ke arah kiri kereta Ferrari manakala Firash berlaku ke kanan kereta Ferrari. Tinted visor helmet mereka dinaikkan.
Razul menurunkan cermin kereta di kedua-dua belah.
"Woi! Racing tak ajak!" jerit Razul dari dalam kereta.
"Kitorang tengah kejar pencuri lahh!" Firash menjerit menyatakan hal sebenar.
"Pencuri?"
"Harriz, superbike kau kena curi!" Iqbal pula menjerit di sebelah kiri.
"Betul-betullah?" soal Tengku Harriz ingin kepastian. Takut mereka hanya ingin kenakan dia. Sudahlah dia tidak ada mood sekarang nak melawak.
"Haah, kitorang terserempak kat traffic light tadi dengan superbike hitam kesayangan kau!"
Razul dan Tengku Harriz saling berpandangan. Kepala diangguk satu sama lain. Cermin kereta dinaikkan semula sebelum Razul menekan minyak. Firash dan Iqbal sudah laju ke hadapan.
"Apahal diorang kejar aku balik?" dengus Farhana Sofea apabila melihat dua superbike yang tertinggal jauh di belakang kembali memecut mengejarnya bersama satu kereta Ferrari yang turut mengejarnya. Dia semakin memulaskan minyak. Habis semua kereta dipotongnya.
Tengku Harriz mengecilkan matanya. Melihat tubuh kecil itu dia tahu itu perempuan.
"Gila ahh perempuan ni. Bawa motor kau macam haram!" Razul menggelengkan kepalanya. Siap kau perempuan! Aku kejar kau sampai dapat!
"Zul, maksimumkan had laju kau lepastu potong dia"
"Alright. End game soon" sinis Razul.
Minyak ditekan pada tahap maksimum. Dia mula memotong superbike itu sebelum berhenti tepat-tepat di hadapan superbike yang diride oleh perempuan itu. Hampir sahaja superbike Tengku Harriz itu melanggar keretanya namun perempuan itu lebih pantas menarik brek.
"Bodoh keta ni! Aku hampir je nak langgar kereta mewah kau tahu tak?" lantang Farhana Sofea yang sudah berhenti gara-gara kereta Ferrari di hadapannya brek dengan mengejut. Nasib sahaja tak langgar. Tidak mahu jawab apa dia dengan Tengku Harriz kalau superbike lelaki itu rosak?
"Kau tunggu memang aku terajang ka...."
Gulp! Kelu lidahnya melihat lelaki yang keluar di bahagian sebelah pemandu itu tersenyum sinis ke arahnya.
"Mampus aku!"
Baru ingin mengundur ke belakang, datang dua superbike menyekat haluannya di belakang. Kini depan belakang dia sudah dikepung! Tidak boleh lari lagi dengan superbike besar itu! Kalau dia tinggal superbike itu lalu menyelamatkan diri sendiri belum tentu dia terselamat.
Tengku Harriz menyandarkan belakang badannya pada kereta Ferrari. Tangan memeluk tubuh. Bibir terukir senyuman sinis.
"Nak lari mana lagi, Farhana Sofea?"
"Hana?" Razul yang keluar dari kereta mengerutkan dahinya sebelum menghampiri ke arah Farhana Sofea.
Gulp! Sapa-sapa tolong selamatkan dia please!
Bergelut dia dengan Razul yang cuba membuka helmetnya. Tercabut helmet dari kepalanya. Bangang betul Razul!
"Err hai" dia tersengih.
"Hana ?!"
"Perghh Hana bapak ahh! Nice gila you ride superbike!" Firash memujinya.
"Nanti you boleh join kitorang racing" tutur Iqbal. Terkejut dia yang Farhana Sofea turut pandai ride superbike.
Shawl yang sudah senget dibetulkan. Dia tersengih memandang Razul, Firash dan Iqbal yang juga sudah mencabut helmet dari kepala mereka. Mata tidak langsung memandang ke arah Tengku Harriz. Aura lelaki itu sekarang menyatakan dia akan mampus kejap lagi.
"Zul, bukan ke korang balik esok?" soalnya pada Razul. Tengku Harriz bagitahunya semalam, dia akan pulang esok. Kenapa muncul hari ini?
"Kenapa? Supaya you boleh ride superbike I hingga ke subuh?" langkah dibawa mendekati Farhana Sofea dengan tangan yang masih memeluk tubuh. Dari dalam kereta lagi dia tahu itu Farhana Sofea dengan melihat susuk tubuh itu.
"Hmm?"
Farhana Sofea hanya diam bahkan ingin memandang anak mata coklat itu pun tidak berani.
"Hana, Harriz not in a good mood. So I ucap takziah awal-awal kat you" bisik Razul padanya membuatkan bulu romanya semakin meremang.
"3 am now and where is Black?"
Kepala menunduk. Jari bermain dengan hujung jaketnya. Suara Tengku Harriz itu sedang tertahan-tahan amarahnya. Ini silap kata memang kuburlah tempatnya kejap lagi.
"Don't have a mouth right now?"
'Umi! Tolong Hana!'
Razul, Firash dan Iqbal hanya diam memerhati Farhana Sofea yang ketakutan. Tidak berani mereka mahu menolong gadis itu. Apatah wajah Tengku Harriz sangat tegang dan bengis. Kalau tolong ni, dengan mereka sekali arwah!
"Suara dah hilang kena telan dengan angin ke?"
Sumpah dia mahu menangis sekarang!
"Jangan ingat air mata you boleh redakan kemarahan I, Hana"
Gulp! Macam mana Tengku Harriz tahu dia ingin menangis? Kepala menoleh memandang Firash dan Iqbal. Dibuat muka simpati pada mereka.
Tengku Harriz berdecit.
"You ingat diorang akan tolong you?"
Mata kembali memandang Tengku Harriz namun sekejap sahaja kerana pandangan itu terlalu tajam untuk dia tentang. Ditundukkan kepalanya semula. Apa yang dia mahu jawab ni?
"At least make an excuse, Farhana Sofea"
Bengang dia apabila Farhana Sofea hanya memilih diam sedari tadi. Gadis itu selalu berlawan mulut dengannya sebelum ini namun kali ini terkunci rapat. Kepala tertunduk-tunduk.
"Kau pun duk soal macam tu manalah member tu berani nak buka mulut" loroh Razul. Kesian pula dia melihat Farhana Sofea yang diasak dengan pelbagai soalan.
"Kau diam. Aku tengah cakap dengan bini aku ni. Pukul 3 pagi, dia ride sorang-sorang atas highway tanpa Black and tanpa any bodyguard. You all expect I will slide this?"
Makin tertunduk Farhana Sofea mendengar amarah Tengku Harriz. Itu pun lelaki itu tengah tahan kemarahanya pun sudah menakutkan dia.
"Dalam bonet kereta kau, ada helmet aku kan?"
Razul perlahan-lahan mengangguk kepalanya. Tahu apa yang dimaksudkan oleh Tengku Harriz dia mengambil helmet milik lelaki itu di dalam bonet keretanya sebelum diserahkan kepada lelaki itu.
"Leave us"
Farhana Sofea segera menggelengkan kepalanya pada Razul, Firash dan Iqbal. Janganlah tinggal dia berdua dengan Tengku Harriz! Please!
"I ikut Zul balik" cepat-cepat dia turun dari superbike.
"One more move, you're done"
Terus kaku badannya dengan ugutan itu. Tidak berani dia mahu melakukan pergerakan selepas diugut seperti itu. Tangan bermain dengan jari. Bibir diketap tatkala melihat Razul kembali masuk ke dalam keretanya. Firash dan Iqbal kembali menyarungkan kepala mereka dengan helmet.
Please! Jangan tinggalkan dia!
Air mata semakin bergelinang.
Kecur perutnya sekarang apabila hanya dia tersidai bersama Tengku Harriz. Kepala semakin ditundukkan memandang kasut boot kulit hitam yang dipakainya.
"Give me some excuse. What are you doing at 3 am on the highway, riding my favourite superbike?" suara yang ingin marah ditahan. Dia tidak kesah pasal superbike kesayangannya! Yang dia kesah sekarang keselamatan gadis itu! Kalau kena serang dengan musuh macam mana?
"Cantik tak kasut boot I? Baru beli semalam dengan Black guna black card yang you bagi" ditunjuk kasut bootnya yang baru dibeli pada Tengku Harriz. Semalam dia bershopping dengan Black. Menghabiskan duit Tengku Harriz. Orang dah bagi black card takkan tak guna kan?
Niatnya hanya ingin mengubah topik namun pandangan maut itu membuatkan mulutnya kembali tertutup rapat.
Terjeda Tengku Harriz dengan sikap random gadis itu. Orang tengah marah, boleh pula dia tanya cantik tak kasut boot yang baru dibeli itu?
"Excuse"
Kepala kembali menunduk ke bawah. Kaki perlahan-lahan menapak ke arah Tengku Harriz. Hujung jaket lelaki itu dipegang dengan kepala yang masih menunduk ke bawah. Kalau dia peluk boleh redakan kemarahan lelaki itu tak?
"Jangan ingat bila you peluk I akan redakan kemarahan I"
Arghh geram! Macam mana Tengku Harriz tahu apa yang dia ingin lakukan?
"Excuse, Farhana Sofea"
Bibir diketap.
"Bo....bosan kat rumah"
"Bosan ?!"
Kepala tertuduk. Perlahan-lahan dia mengangguk kepalanya.
Tengku Harriz berdecit. Namun dalam diam, dia terasa mahu ketawa melihat Farhana Sofea yang memegang hujung jaketnya dengan kepala yang semakin tertunduk ke bawah. Tahu takut dengannya!
Tap
Air mata menitik jatuh di atas kasut bootnya.
"I told you, your tears won't......"
"Kalau nak marah, marah je lah! Tak payah nak tahan tahan!" bengang Farhana Sofea bersama esakan. Dia lagi rela terus kena marah dengan Tebgku Harriz berbanding lelaki itu mengasaknya dengan pelbagai soalan dengan suara amarah yang ditahan-tahan.
"I will but at home"
Bibir diketap. Mata mencerlung tajam pada Tengku Harriz.
"Haa pastu jom lah balik! Tak sabar nak kena marah ni!" helmet dipakai semula pada kepala. Mata mencerlung tajam ke arah Tengku Harriz sebelum lelaki itu menutup tinted visor helmetnya kasar.
Setelah Tengku Harriz naik superbike, dia turut naik. Tangan mengenggam jaket Tengku Harriz namun mereka masih tidak bergerak.
"Tunggu apa lagi? Jom lah balik!"
"Tangan tu. Nak melayang ke?" soalnya yang rujuk pada Farhana Sofea yang hanya memegang sipi-sipi jaketnya.
"Biar melayang. Jatuh tergolek-golek masuk kubur terus pun takpe"
Seketika Tengku Harriz memusingkan badannya memandang dia tajam dengan anak coklatnya itu. Menjawab!
"Peluk sekarang"
"Taknak!
"Peluk!"
"Taknak!"
"Pe. Luk!"
"Tak. Nak!"
"I said peluk!"
"I said taknak!"
"Kenapa degil sangat ni, Hana?"
"Kenapa degil sangat ni, Harriz?"
Tengku Harriz mencerlungnya tajam.
"Orang kata taknak, taknaklah! Tengah marah-marah ni paksa orang peluk pulak!"
"Why are you the one yang marah when you make trouble? It should be me yang patut marah-marah sekarang!
Farhana Sofea terdiam. Benar juga kata lelaki itu. Kenapa dia pula yang emo sekarang?
"Jalanlah cepat!"
"Peluk dulu"
"Jalan, Harriz"
"Peluk, Hana"
Bibir diketap.
"Fine!" dia beralah. Tangan mula memeluk Tengku Harriz.
"Patuh pun"
"Diam"
"Diam" ajuk Tengku Harriz.
"Auchh Hana! Apa cubit-cubit ni?" digosok perutnya yang dicubit oleh gadis itu. Tinted visor helmet gadis itu dibuka kembali. Mata mencerlung tajam ke arah gadis itu.
"Jalanlah cepat!" ujarnya sambil menampar helmet yang dipakai oleh Tengku Harriz.
"Ingat I lembu ke?"
"Haah"
"Main kasar nampak?"
"Kasar ke tak kasar, jalanlah! Tercegat atas highway lagi kenapa?" bengang sudah Farhana Sofea. Bila entah mereka nak gerak. Lagaknya, nak tidur atas highway rasanya.
"Sekarang ni superbike I ke superbike you?"
"You"
"Dahtu?"
Farhana Sofea mengetap bibirnya geram.
Seketika kereta polis berhenti di tepi mereka. Cermin kereta polis diturunkan menampakkan dua orang polis yang dia kenal tempoh hari gara-gara Family Mart.
"Motor rosak ke encik?" prihatin polis di bahagian sebelah pemandu itu bertanya. Mata mengecil memandang dua pasang anak mata itu. Macam kenal.
"Tak rosak pun. Tengah gaduh dengan wife"
"Encik ni yang tempoh hari tu kan?" soal polis yang memandu.
"Haa ye lahh saya kenal mata tu"
"Ni kes apa pula ni? Pasal Family Mart lagi ke?"
"Wife saya ni encik, tolong bagi nasihat sikit kat dia ni. Keras kepa......Auchh!" mata mencerlung tajam pada Farhana Sofea. Tangan tu memang tak reti duduk diam ke?
"Encik polis sila jalan. Sebelum saya minta encik polis hantar saya balik rumah baik encik polis blah"
"Orang nak tolong kena halau pula dah" tergeleng-geleng kepala polis itu memandang Farhana Sofea.
"Kami gerak dulu lah ye? Jangan lama-lama sangat kat tepi highway. Bahaya" sempat polis itu menitipkan pesanan buat mereka berdua sebelum beredar dari situ.
"Apa lagi? Jalanlah"
"Tinggal kat tepi highway baru tahu!" tinted visor helmet miliknya ditutup kasar.
"Tunggu apa lagi? Peluklah"
"Nak peluk dah ni!" bebel Farhana Sofea. Tangan mula melilit pinggang Tengku Harriz. Siap lelaki itu balik rumah! Nanti dia gigit puas-puas!
"Peluklah kuat sikit"
"Kuat dah ni! "
"Tang mana kuatnya? Melayang padan muka!"
"Erghh! I hate you, Tengku Harriz! "
"I hate you more, Farhana Sofea! "
Vroom vroom
Tengku Harriz memulas minyak superbike, bersedia untuk meluncur laju di atas highway.
"Hold me tight. I'm scared you will fly to the other man's heart" gumamnya perlahan.
"Huh apa? Tak dengar"
"Pekak!"
"Diamlah!" ditampar helmet lelaki itu geram.
Farhana Sofea kembali memeluk erat pinggang Tengku Harriz. Bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Dengar je apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Saja buat-buat pekak.
"Orang suruh peluk, bukan suruh goda atas highway ni. Tangan tu duk diam wahai Cik Farhana Sofea" geram dia dengan tangan Farhana Sofea yang masuk ke dalam bajunya, mengusap absnya itu. Gatal tak kena tempat!
Farhana Sofea menahan ketawa apabila Tengku Harriz mengeluarkan tangannya kembali.
"You tunggu, Harriz. I goda you sampai you tersungkur lepas ni! I'll seduce you with my own ways! Just wait!"
*********
Habislah Harriz!
Jangan lupa vote dan comment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro