Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 42

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

******

"SHADOW, gerak!"

Razul mengangguk kepalanya. Dia yang sedia menunggu di dalam kereta Proton Saga yang berwarna kelabu cerah mula memandu laju ke arah lebuh raya mengikut kereta musuh di hadapannya.

"Shark! Cobra! Korang dua nak kena marah dengan Komander ke?" jerit lantang Tengku Daim Hayyan melalui alat komunikasi mereka.

"I'm not Cobra. I'm Shadow. Professional hacker in Secret Hunter" tuturnya sebelum mematikan alat komunikasi yang berhubung dengan rakan sekerja paskalnya begitu juga dengan Tengku Harriz.

"Aku takkan lepaskan kau, fu*k!" carut Tengku Harriz memandang pada Ipad yang memaparkan satu titik merah yang bergerak laju di lebuh raya.

"Dia kenal kau?" soal Razul. Minyak semakin ditekan laju memintas semua kereta di depannya cuba mengejar kereta Jeep yang bergerak laju di hadapan.

"Hmm. Dia sebut nama Hana juga. He knows me"

Razul mengenggam erat stereng kereta apabila nama Farhana Sofea disebut. Dia menekan minyak lagi. Ini kalau pandu kereta mewahnya cepat sahaja mereka mengejar musuh mereka di depannya itu manakala Tengku Harriz mengeluarkan pistol Glock 19 yang disangkut di belakang seluarnya.

"I got you" sinis Razul memandang kereta Jeep yang berada tidak jauh di depan mereka.

Tengku Harriz menurunkan cermin kereta di sebelahnya. Badan dikeluarkan sedikit. Tangan kanan memegang penghadang bagi mengelakkan badannya tergolek jatuh manakala tangan kiri yang memegang pistol disasarkan pada tayar kereta Jeep di depan mereka itu.

"Sh*t! Ada orang follow dari belakang. Eagle, masuk balik!" dipandang cermin yang memantulkan satu kereta yang sedang follow rapat mereka. Dua orang yang sedang mengeluarkan badan seperti Tengku Harriz sedang megacukan pistol pada mereka.

Tengku Harriz yang menyasarkan kereta depan tadi kini menukar sasarannya. Pistol disasar pada tayar kereta belakang pula. Namun disebabkan kereta razul yang ke kanan ke kiri bagi mengelakkan tembakan dari belakang menyukarkan sasarannya.

Nafas dalam ditarik. Pistol dipegang erat. Mata mengecil memandang pada sasaran.

Bang!

"Huh semak!" sinis dia melihat kereta belakang yang follow mereka tadi kini terhumban di tepi jalan dengan hanya sekali tembakan pada tayar kereta.

Bang!

Tembakan random dari hadapan yang hampir mengena Tengku Harriz berjaya dielak oleh Razul. Hampir sahaja mengena kawan baiknya itu. Nasib dia sempat memusingkan stereng kereta ke kanan.

Tengku Harriz memasukkan balik badanya. Tembakan yang tidak putus dari hadapan menyukarkan dia untuk membalas serangan. Cermin kereta di bahagian hadapan pecah berderai akibat tembakan itu.

"You just make it easy for me, man" sinis Tengku Harriz. Pistol lagi sekali disasar pada tayar kereta.

Razul melepaskan tembakan secara random pada kereta hadapan dengan tangan kirinya manakala tangan kanan mengawal stereng kereta.

Bang!

Tembakannya tersasar akibat kereta hadapan itu bergerak kanan dan kiri.

Bang!

Sekali lagi tersasar.

"I wouldn't let you go for the third times

Nafas dalam sekali lagi ditarik. Matanya mengecil pada tempat yang disasarkan.

Bang!

"Nice" Tersenyum sinis dia melihat kereta Jeep sudah merempuh penghadang tepi jalan sebelum melanggar pokok besar.

Razul menghentikan kereta Proton Saga di tepi jalan. Baru mereka ingin keluar, tembakan sekali lagi dilepaskan oleh mereka tidak henti. Riffle yang digunaan pihak musuh menyukarkan mereka yang hanya menggunakan pistol jenis Glock 19 sahaja.

"Shadow, back up aku" mata memandang pada lelaki yang memakai pakaian serba hitam tadi berlari masuk ke dalam hutan. 

"Kau nak keluar ke? Bahaya gila!"

"Back up aku"

Razul mengertap bibirnya. 3 lawan 2 dan riffle lawan pistol biasa, bukanlah pilihan yang terbaik!

"Fine!"

"Hati-hati" sempat dia menitipkan pesanan pada Tengku Harriz sebelum lelaki itu keluar dari kereta masuk ke dalam hutan.

Bang!

Bang!

Bang!

Tembakan berbalas tembakan. 

"I won't let your bullet touch my crazy member, bro!" diisi peluru ke dalam pistol yang sudah kehabisan peluru. Seketika bibirnya mengukirkan senyuman tatkala dua orang mendekati mereka.

"What can you do without your Leftenan Komander, huh?"

"Auww I miss you so much!" sempat dia memeluk Tengku Daim Hayyan sebelum menyambung berbalas tembakan.

"Mana Cheetah?" soalnya apabila Arsyad tidak kelihatan

"Kejar Shark dalam hutan. Dia kan lari laju" sinis Tengku Daim Hayyan merujuk pada Arsyad. Disebabkan itu, lelaki itu diberikan code name Cheetah.

Sementara itu, Tengku Harriz semakin melajukan lariannya mengejar lelaki di hadapannya. Pistol sekali sekala melepaskan tembakan pada musuhnya itu.

"You think you can run from me?"

Larian dihentikan. Pistol diangkat separas bahu. Mata mengecil pada lelaki itu

Bang

"Fu*k!"

Bahu yang terkena tembakan dipegang olehnya. Sesekali dia berpaling memandang ke belakang. Bibir diketap apabila melihat Tengku Harriz kembali mengejarnya.

"I made a mistake by underestimating you" sinis dia. Tidak menyangka yang Tengku Harriz akan mengejar mereka dari jetty. Larian dihentikan. Dia bersembunyi di sebalik pokok. Sesekali melepaskan tembakan pada Tengku Harriz menyebabkan lelaki itu turut bersembunyi di sebalik pokok. 

Terasa bunyi derapan yang berlari ke arahnya, Tengku Harriz berpaling memandang ke belakang. Lega tatkala melihat Arsyad menghampirinya.

"Dia di mana?" tangan merapat ke dada, memegang pistol yang dihala ke atas. Mata Arsyad melilau mencari keberadaan musuh.

"Pokok besar sana"

"Back up aku" 

Arsyad mengangguk kepalanya.

Tengku Harriz mula berlari satu pokok ke satu pokok dengan dilindungi oleh Arsyad. Mereka berbalas tembakan dengan lelaki itu. Sinis Tengku Harriz apabila lelaki itu kini hanya selang 3 pokok darinya.

"Kau nak lari mana hah?" gumamnya sinis.

Air liur kelat ditelan. Dada semakin berdebar-debar. Bibir diketap takala mereka semakin hampir dengannya sedangkan dia masih berlindung di pokok yang sama. Sukar untuk dia keluar dari tempat perlindungannya.

"Apa-apa je lah!" dia melepaskan tembakan sambil keluar dari tempat perlindungannya itu.

Bang!

"Arghh! Sial!" terhinjut-hinjut kakinya berlari berlindung di sebalik pokok. Darah keluar membuak-buak mengalir dari bahunya dan juga kakinya. Bibir diketap menahan sakit.

Klak!

Gulp! Badannya mula kaku saat hujung pistol diacu tepat pada kepalanya. Cepat betul lelaki itu ke mari! Dia sangat silap hilang fokus walaupun sesaat!

"You're dead"

Tengku Harriz tersenyum sinis. 

"I have one more bullet and it is enough for you"

Tiba-tiba lelaki dihadapannya ketawa kuat.

"You all are stupid!"

Tengku Harriz mengerutkan dahinya. Lelaki itu mula memusingkan badan menghadapnya namun pistol tidak lepas dia acu pada kepala lelaki yang memakai serba serbi hitam itu. Perlahan-lahan lelaki dihadapanya membuangkan kepala hoodienya, menampakkan seluruh mukanya. 

Bibir diketap.

"Fu*k!"

"Kau ingat boss aku bodoh macam korang?"

Dia silap! Lelaki dihadapannya itu bukan lelaki yang dia ingin kejar namun lelaki itu adalah ketua vendor tadi!

"Cobra, jantan tu ada kat sana. Jangan bagi dia terlepas!" bagitahunya melalui alat komunikasi.

"It's to late"

"Kau diam!"

Bang!

Sekali lagi dia melepaskan tembakan pada kaki ketua vendor itu sebelum menghentak belakang kepalanya dengan pistol. Pengsan lelaki itu akibatnya.

"Cheetah, kau bereskan dia! Don't let him escape" arahnya sebelum menyambung lariannya kembali pada Razul. Ketua vendor itu akan mejadi penyampai maklumat yang berguna pada mereka nanti.

Bum!

Bunyi kereta meletup mencepatkan larian Tengku Harriz. Bibir diketap apabila melihat kereta Proton Saga terbakar dari jauh.

"Cobra?"

"Wolf?"

"Spider?"

Mereka bertiga tidak menyahut  panggilannya membuatkan debaran di dadanya semakin teruk. Bibir diketap, lariannya semakin laju berbanding sebelum ini. Dia berharap mereka bertiga tidak apa-apa namun hatinya semakin gundah gulana. 

"We a......." Razul terbatuk kecil.

"Cobra!"

"We're fine" 

Nafas lega ditarik. Bahu dijatuhkan. Larian semakin diteruskan pada mereka yang semakin hampir.

"Sorry bro, dua orang terlepas" bagitahu Tengku Daim Hayyan sebaik sahaja Tengku Harriz menghampirinya.

"Korang okay?"

"Calar sikit je" ujar Razul yang cuba bangun daripada melayang akibat kereta meletup tadi. Dilihat telapak tangannya yang sedikit luka.

Tengku Harriz menghampiri Dika yang sedang mengikat seseorang. Dipandang muka itu dengan keluhan yang berat. Yang ditangkap semua anak buah mereka. Ketua lanun dan lelaki misteri itu terlepas!

"Sempat tengok tak muka lelaki tu?"

Mereka menggelengkan kepala. Dua orang itu melarikan diri menggunakan kereta yang dipandu oleh Tengku Daim Hayyan tadi di saat kereta Proton Saga meletup dikerjakan oleh mereka.

"Go run and hide until I catch you, bastard! I will!"

MATA memandang ke arah rumah sewa lamanya. Seatbelt dibuka. Dia berpaling memandang Black yang memandu di sebelah. Usai singgah makan, dia meminta Black untuk ke sini seketika untuk mengambil barang.

"Tunggu jap ehh. I ambil barang jap"

Black hanya sekadar mengangguk kepala.

Usai masuk ke dalam rumah, dia segera ke biliknya. Terkial-kial dia menjengketkan kaki cuba mencapai kotak di atas almari. Walaupun dia tinggi 165 cm namun almarinya terlalu tinggi. Struggle dia cuba mencapai kotak itu.

"I got you"

Diletakkan kotak di atas lantai sebelum membuka penutup kotak itu. Teddy bear yang kelihatan usuh dikeluarkan. Tersenyum nipis dia memandang teddy bear yang mempunyai seribu memori yang sedih. 

Baru ingin menutup penutup kotak itu, dia terpandang akan sebuah buku. Perlahan-lahan dibuka menampakkan sekuntum bunga ros yang sudah layu di tengah-tengah buku itu. Kesan duri yang dipatahkan di ranting bunga ros itu mengingatkan dia tentang kejadian lama.

'Duri-duri kalau tak dibuang memang bahaya. Sini aku buang duri tu'

Serta merta tubir matanya dipenuhi dengan air mata. Terasa rindu yang membuak-buak pada Tengku Harriz. Sunyi hidupnya beberapa hari ini tanpa Tengku Harriz disisinya. 

Tap!

Air matanya menitik pada bunga ros dan helaian buku tersebut.

Iphonenya dikeluarkan. Nombor Tengku Harriz di dail olehnya. Kejap sahaja panggilannya diangkat.

"Hana, nanti I call you balik. I bus....."

"Hana, did you cry?" berkerut dahi Tengku Harriz memandang ke arah screen Iphonenya sebelum dilekapkan semula ke telinganya. Farhana Sofea tidak menjawab soalannya malah esakan semakin kedengaran.

"Hana? What happened?" resah dia mendengar tangisan itu.

"Black ada dengan you kan?"

"Hana, answer my question! Jangan diam je!"

"Hmm"

"Ada apa-apa yang terjadi ke?" cemas Tengku Harriz. Risau kalau musuhnya menyerang Farhana Sofea di sana.

"Tak"

"Habistu?"

Farhana Sofea tersenyum nipis mendengar suara kerisauan di talian sana.

"Rindu"

Keluhan kecil kedengaran.

"You make me scared, you know ?!" rambut diraup ke belakang. Punggung disandarkan pada meja. Nafas lega ditarik.

"Bila you nak balik? I rindu"

Sedikit sebanyak mendengarkan suara Farhana Sofea meredakan kemarahan yang membuak-buak akibat tadi gara-gara terlepas musuhnya.

Bum!

Berkerut dahi Farhana Sofea mendengar seperti bunyi pintu yang dihentak kuat di talian sana.

"Harriz, kau buat kerja gila apa hah? Kau tahu tak kau dah bahayakan nyawa semua orang?" kedengaran suara seseorang lantang menjerit. 

"I will call you back"

Belum sempat Farhana Sofea menanya apa yang terjadi, Tengku Harriz sudah menamatkan panggilan. Terjeda seketika dia memandang pada screen Iphonenya sebelum keluhan kecil dilepaskan. Tak apalah yang penting dapat dengar suara lelaki itu sekejap dapatlah mengubati sedikit rindunya.

Kotak disimpan kembali pada tempat asal. Dia turun ke bawah semula dengan teddy bear dan buku di tangan. Setelah mengunci kembali pintu dan pagar rumah sewa lamanya, dia masuk ke dalam kereta semula.

Berkerut dahi memandang teddy bear yang usuh dan buku di tangan Farhana Sofea namun dia tidak bertanya apa-apa. Hanya menyambung memandu kereta McLarrennya yang berwarna hitam ke lebuh raya.

"Black, I nak minta tolong you boleh tak?"

"Tolong apa?"

"Boleh tak you tolong simpankan teddy bear ni? Banyak kenangan I dengan teddy bear ni tapi I taknak bawa balik rumah" diusap mata teddy bear itu dengan senyuman yang nipis.

"Okay"

"Janji yang you akan simpan betul-betul? This is worth of my life"

Lama Black memandang Farhana Sofea sebelum kepalanya diangguk perlahan.

Tersenyum Farhana Sofea apabila Black setuju untuk menjaganya. Teddy bear itu sangat penting untuknya namun bahaya untuk disimpan di ruma sewa lamanya mahupun rumahnya dengan Tengku Harriz. Jadi tempat selamat adalah dengan Black yang menyimpannya.

Lagipun Tengku Harriz bagitahu, lelaki itu meletakkan kepercayaan yang tinggi pada Black jadi dia tak gusar dengan kata-kata lelaki itu.

"I trust you like your master trusts you, Black. I'm believing in him."




TENGKU Harriz mengetap rahangnya. Tangan dibelakang digenggam kuat. Teruk dia dimarahi kali ini oleh Komander sebaik sahaja pulang ke headquater TLDM, Lumut Perak. Semua menunduk kepala memandang ke bawah.

"Kau kena ingat yang kau bergerak dalam team. Alpha team semua ni ibarat family kau tau tak?" marah Komander Azizi padanya yang melakukan tindakan yang terburu-buru tadi.

"Jadi, biarkan saya gerak solo kali ni, Tuan!" kepala diangkat menentang sepasang mata milik Komader Azizi.

Tengku Daim Hayyan, Razul, Arsyad dan Dika sudah ternganga dengan keberanian Tengku Harriz yang berani menjawab Komander mereka. Sudahlah Komander Azizi itu garang nak mampus! 

"Leftenan Harriz Akhtar!"

"Kalau kau nak gerak solo baik kau tak payah jadi Paskal lah!" jerit lantang Komander Azizi dengan penuh kemarahan.

"Apa function kau masuk Paskal balik, kalau kau nak gerak solo? Baik kau tak payah jadi tentera!"

Bergerak-gerak rahang Tengku Harriz. Terkesan dengan kata-kata itu namun dia tahu dia salah bertindak terburu-buru.

Komander Azizi menapak beberapa langkah dan berhenti betul-betul di hadapan Tengku Harriz. Mata mencerlung tajam pada Tengku Harriz.

"Apa motto Paskal, Leftenan Harriz Akhtar?"

"Sentiasa Terbaik, Tuan!"

"Tapi ada kau buat yang terbaik?!"

Sekali lagi Tengku Harriz terdiam.

"Kau dah bahayakan Alpha team dan kau dah buatkan mereka semua terlepas! Itu ke yang terbaik?! Yang terbaik itu adalah susun strategi sebelum bertindak! Bukan bertindak melulu macam yang kau buat tadi" bergema suara Komander Azizi memenuhi ruang bilik itu. Mereka yang lain semakin tertunduk ketakutan.

"Tapi takkan saya nak lepaskan diorang, Tuan? Diorang kenal saya! Diorang kenal isteri saya, Tuan! Sekurang-kurangnya saya perlu tahu siapa lelaki tu, Tuan!" rungut Tengku Harriz tidak berpuas hati.

"Lepastu sekarang kau tahu ke siapa lelaki tu? Takkan? Sikap kau yang terburu-buru tu takkan membuatkan kau dapat jawapan, Harriz malah kau hanya mengundangkan bahaya pada diri kau dan pada team kau!"

"Tuan, saya yang bagi arahan untuk mereka. Harriz cuma ikut arahan daripada saya. Itu salah saya, Tuan!" jampuk Tengku Daim Hayyan membela teamnya sebagai Alpha leader. Melihat ketegangan antara mereka berdua itu dan Tengku Harriz yang dia sangat kenal perangainya bagaimana, dia tahu hal ini akan semakin berlarutan.

"Kau takyah tipu aku, Leftenan Komander Daim Hayyan. Aku kenal cara kau macam mana"

"Tuan, kalau saya berada di tempat Harriz pun saya akan bertindak macam tu juga Tuan. Suami mana je boleh berdiam diri apabila musuh menyebut nama isteri sebagai ugutan, Tuan?" 

"Kau memang nak back up ahli kau ke, Daim?"

"Sebagai Alpha leader sudah menjadi tanggungjawab saya untuk back up team saya, Tuan. Saya yang gagal didik diorang jadi saya yang salah, Tuan!"

Tengku Harriz yang baru ingin bersuara itu tidak jadi apabila Tengku Daim Hayyan menarik hujung bajunya lantas menggelengkan kepalanya supaya tidak membuatkan hal semakin berlarut. Bibir diketap. Tangan digenggam. Kesal dengan kesalahan yang dilakukan.

"Baik. Kau pergi siasat dua orang yang korang tangkap tapi kesalahan tadi tetap perlu diberikan hukuman. Sorang buat salah, semua kena hukuman. Hukuman tetap hukuman!"

"Tuan, kenap....."

"Kau diam Harriz!"

"Korang berempat combat run macam biasa" 

"Baik, Tuan!"

Kesat air liur ditelan mereka. Hukuman yang paling mahu dielakkan sekali. Lari mengelilingi base mereka bersama beban 15 kilogram di belakang sebanyak 1000 laps teramatlah penat!

"Dan kau sebagai Alpha leader, hukuman kau double"

"Baik, Tuan!"

"Remember, we work as a team! Not solo!" sempat Komander Azizi menitipkan pesanan sebelum beredar.

"Baik, Tuan!"

Usai Komander Azizi keluar dari bilik itu, mereka semua terduduk lemah di atas kerusi. Tengku Harriz masih berdiri dengan tangan yang digenggam. Rahang masih bergerak-gerak. Bahunya yang disentuh itu membuatkan kepala mendongak memandang Tengku Daim Hayyan.

"Sorry, my fault" keluhnya dengan rasa bersalah.

"It's okay lah bro" Tengku Daim Hayyan menepuk bahunya sambil tersenyum.

"Entah chill ahh" Razul melilit leher Tengku Harriz.

"Aku pun pernah buat salah juga dan kita semua kena denda. Jadi, fair and square" loroh Arsyad. Dika mengangguk kepala setuju.

"Dah jom. Lagi cepat selesai hukuman kita, lagi cepat kita balik" 

"Baik, Tuan!"

Tengku Daim Hayyan menggelengkan kepala memandang mereka bertiga berdesup lari keluar dari bilik itu. Dia memandang Tengku Harriz yang masih berdiri di tempat yang sama. Tahu yang lelaki itu rasa bersalah.

"Let's go" dia merangkul tangannya pada leher Tengku Harriz, menarik lelaki itu keluar. 

Seketika mereka bertiga kembali semula pada mereka berdua. Razul turut merangkul tangannya pada leher Tengku Harriz, Dika pada Tengku Daim Hayyan dan Arsyad pada Razul.

"We will catch them. We can!" lantang Razul.

"Yeahh!"

"Never back down, never what?"

"Never give up!" serentak mereka berkata.

*******

Sorry late, tengah edit :)

Jangan lupa vote dan comment!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro