Bab 4
TENGKU HARRIZ yang sedang bercakap di talian menoleh ke kanan apabila bunyi air terpercik dari kolam. Dahinya berkerut menganalisa siap yang jatuh terhumban ke dalam kolam. Di saat dia mengenali siap yang jatuh, matanya terbuntang.
"Hana!"
Panggilan dimatikan. Jacket kulit yang berada di badannya itu dicabut. Diletak di tepi kolam bersama iphonenya sebelum dia melompat terjun ke dalam kolam untuk selamatkan Farhana Sofea.
"Uhuks uhuks"
Terbatuk kecil Farhana Sofea apabila tertelan air kolam. Mukanya yang basah itu diraup dengan kedua-dua tapak tangan. Nasib baik dia memakai makeup waterproof. Dia memandang Tengku Harriz yang berenang ke arahnya.
"I pandai berenang" ujar Farhana Sofea apabila Tengku Harriz ingin memegang badannya.
Perlahan-lahan Farhana Sofea menuju ke tepi kolam. Matanya tajam merenung Dylan Shah yang sudah ketawa besar itu. Tetamu yang lain turut ketawakan dirinya. Bukan nak tolong tapi malah diketawakan. Nasib Tengku Harriz terjun selamatkan dirinya walaupun dia pandai berenang.
Dia duduk di birai kolam. Kaki masih ditenggelamkan di dalam kolam. Slindbagnya yang turut basah itu dibuka. Mahu tengok isi dalam. Iphonenya yang selamat mandi kolam dicapai dari slindbagnya. Bibir diketap apabila iphonenya tak mahu hidup.
"What a jerk" kepala menoleh memandang Dylan Shah dengan renungan tajam.
"Hana, you okay?" Soal Tengku Harriz tapi diendahkan oleh Farhana Sofea.
Heels yang dipakai di kaki kanan dicabut. Matanya tidak lepas memandang Dylan Shah yang masih ketawa. Dengan hayunan yang tinggi dia melemparkan heelsnya itu pada Dylan Shah.
Pakkk
Tepat mengena dahi Dylan Shah. Lelaki itu berhenti ketawa. Tangannya memegang dahinya yang dibaling dengan heels Farhana Sofea. Kepalanya didongak memandang Farhana Sofea dengan rahang yang diketap kuat. Berani lempar heels kat dia?
"What the fuck?!" Jeritnya bengang sambil menghampiri Farhana Sofea.
"Do you know who I am?"
"Dylan Shah, anak Dato'. So?" Ujar Farhana Sofea selamba sambil memeluk tubuhnya. Keningnya dijongket. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis. Ingat anak Dato' dia akan tunduk? Memang tak la!
"So? You asking me so?" Dylan Shah bercekak pinggang. Rambutnya diraup ke belakang. Dia ketawa kecil.
"Hey perempuan. Jangan sampai lepasni semua orang taknak ambil kau kerja"
"I dare you"
Farhana Sofea menjungkitkan bahunya. Langsung tidak gentar dengan ugutan Dylan Shah. Dia ingat Malaysia ni bapak dia punya? Lepastu jangan ingat dia tak boleh cari kerja kat luar negara! Dengan kelulusan degree dalam bidang arkitek dan pengalaman kerja sebagai arkitek, dia boleh cari la kerja kat luar negara!
Dylan Shah terkesima seketika. Kaki melangkah gadis itu.
"Incase you tak tahu I ni dari CR Alpha Corporation. Once you mess with me, your life will never be easy." bisik Dylan Shah.
Farhana Sofea tersenyum sinis.
" Sorry to say, but I don't give a damn shit to that corporation "
Terdiam seketika Dylan Shah. Perempuan depannya itu memang tidak takut! Kakinya semakin menghampiri Farhana Sofea. Bahu gadis itu diraih. Tangannya diangkat tinggi bersiap sedia ingin menampar gadis di depannya itu. Biar dia sedar sikit siapa dirinya itu!
"A real man will never hurts a woman."
Tangan Dylan Shah sempat ditangkap oleh Tengku Harriz. Dipulas tangan Dylan Shah itu sehingga membuat lelaki itu menjerit kecil. Sesudah itu Tengku Harriz menolak badan Dylan Shah menjauhi mereka sebelum badan dipusing memandang Farhana Sofea.
Namun Dylan Shah semakin tidak berpuas hati. Dia menghampiri Tengku Harriz ingin melayangkan tumbukan pada muka Tengku Harriz. Sempat Tengku Harriz mengelak dan kali ini dia pula yang memberi tumbukan pada Dylan Shah. Tepat mengena pipi kanan lelaki itu.
"Enough, Dylan Shah! Better you stop before I punch you more. You know right, you'll never win over me?" ujar Tengku Harriz dengan suara menahan amarah.
Keluhan kecil dilepaskan oleh Tengku Harriz. Dia menghampiri Farhana Sofea yang sudah basah lencun itu. Memang dia dah agak dah Dylan Shah akan buat kecoh. Tidak patut dia leka walaupun sesaat tadi.
"Shit!"
Dylan Shah memegang pipinya. Api kemarahannya semakin membara. Dia sekali lagi meluru ke arah Tengku Harriz. Kali ini dia tidak melepaskan tumbukan tapi dia menolak Tengku Harriz jatuh ke dalam kolam.
Namun Tengku Harriz berpaut padanya membuatkan dia turut ingin jatuh dan dia pula berpaut pada Farhana Sofea yang berdiri hampir dengan mereka. Tak pasal-pasal ketiga-tiga mereka jatuh ke dalam kolam.
Kedebush
Farhana Sofea mengetap bibirnya geram. Kut ya nak jatuh pun tak payahlah berpaut pada dia! Lagi sekali dia jatuh dalam kolam. Dan lagi sekali iphonenya selamat berenang dalam kolam. Dengan geramnya dia menarik rambut Dylan Shah yang sedang membelakanginya itu.
"Arghh!" jerit Dylan Shah.
"Jerk man! Ambik kau!" Ditarik rambut dan digoncang-goncang kepala Dylan Shah. Geram betul!
Tengku Harriz diam memerhati mereka. Tidak rasa ingin menolong malah mahu ketawa. Boleh tahan Farhana Sofea berperang dalam air. Riak wajah Dylan Shah pula makin membuatkan dia ketawa. Kena tarik rambut dengan perempuan! Kelakar!
"Woi perempuan lepaslah!"
"Lepas hotak kau! Nak sangat cari pasal kan!"
Tidak lama Tengku Harriz memandang pergelutan antara Farhana Sofea dan Dylan Shah apabila Dylan Shah mula menggunakan kekerasan pada Farhana Sofea. Dia mula berenang menghampiri mereka berdua. Menarik Farhana Sofea ke belakangnya.
"Tak puas hati dengan aku cari pasal dengan aku. Apa chill gaduh dengan perempuan?"
Dylan Shah mengetap rahangnya. Baju Tengku Harriz dicengkam olehnya lalu ingin melayang penumbuk tapi macam biasa Tengku Harriz lebih pantas menghalangnya.
"Korang enough! You ruin my party!" Jerit Tengku Daim Hayyan. Dia baru menghilang sekejap sudah rosak birthday partynya. Anak mata tajam memandang mereka berdua.
"Better korang naik sekarang sebelum aku turun" dia memberi amaran.
Tengku Harriz dan Dylan Shah mula meleraikan pergaduhan mereka. Mereka sendiri tahu effect kalau tidak dengar akan amarah Tengku Daim Hayyan. Sebelum makin teruk, baik mereka naik ke atas.
"Here" Tengku Harriz menghulurkan slindbag kepada Farhana Sofea sebelum dia berlalu mengambil jacketnya dan iphonenya.
Dia menghampiri Farhana Sofea lalu jacket yang berada di tangannya itu dibalut ke tubuh Farhana Sofea yang dressnya sudah basah lencun dan membentuk tubuhnya. Gadis itu sedikit terkejut dengan kelakuannya namun tidak berkata apa-apa.
Dylan Shah berdesis sinis. Heels Farhana Sofea yang dilempar padanya itu diambil lalu dipatahkan sebelum dilemparkan ke dalam kolam membuatkan gadis itu tajam merenungnya. Dia membuat muka tidak bersalah sengaja mahu menaik api kemarahan gadis itu.
"Hana, stop it"
Tengku Harriz mencapai lengan Farhana Sofea apabila gadis itu seakan-akan mahu menyerang Dylan Shah sekali lagi. Farhana Sofea menoleh memandangnya dengan renungan tajam.
"My heels" ujar Farhana Sofea geram.
Tengku Harriz berpaling memandang kaki Farhana Sofea yang memakai sebelah sahaja heels sebelum memandang heels satu lagi yang sudah patah terapung dalam kolam.
"Im, sneakers yang aku tinggal hari itu ada tak?" Soalnya pada Tengku Daim Hayyan.
"Ada. Kejap"
Tengku Daim Hayyan hilang pergi mengambil sneakers milik Tengku Harriz yang ditinggal beberapa hari dulu. Mahu diberi sandal perempuan pun dia tak ada adik beradik perempuan. Mummy dia pun sudah meninggal.
"Wear this"
Sneakers berwarna putih diletak di depan Farhana Sofea, menyuruhnya untuk pakai. Walaupun agak besar dengan Farhana Sofea tapi kira okaylah daripada membiarkan gadis itu berjalan kaki ayam sebelah.
"Jangan tunduk. Dress you melekat"
Farhana Sofea yang ingin menunduk mencabut heelsnya tidak jadi apabila diberi amaran oleh Tengku Harriz. Malu satu hal apabila dikata begitu dan lagi dia malu apabila Tengku Harriz tiba-tiba mencangkung depannya menolong dia mencabut heels dari kakinya dan juga membantu dia memakai sneakers di depan orang ramai.
Tak berkelip dia memandang Tengku Harriz. Lelaki itu mahu acah gentleman depan orang ramai ke apa? Tersentuh sekejap dia dengan perilaku Tengku Harriz itu lagi-lagi apabila dia berhati-hati supaya tidak bersentuh kulit dengannya. Apabila lelaki itu kembali berdiri, dia menoleh memandang ke arah lain.
"Jom balik. There's nothing to do here anymo...." Kata-kata Tengku Harriz terhenti apabila dia terpandang seorang gadis berdiri di belakang Farhana Sofea. Terkejut dia dengan kehadiran itu walaupun dia sudah dapat jangka gadis itu akan datang. Pandangan mereka bersabung . Lama. Membuatkan Farhana Sofea turut berpaling memandang belakangnya.
"Bravo bravo. Sofea Qaisara, Tengku Harriz's ex-fiance is here" Dylan Shah bertepuk tangan sambil menghampiri mereka.
Kata-kata Dylan Shah menerima jelingan tajam dari Tengku Harriz.
"Sofea Qaisara, looks like he found your replacement." ujar Dylan Shah yang sengaja ingin mendidihkan api kemarahan Tengku Harriz.
Tengku Harriz menggempalkan penumbuk dan Farhana Sofea perasan akan itu. Dia berpaling memandang Dylan Shah yang masih tidak mahu berhenti buat masalah. Ada juga dia lempar sekali lagi heels. Memang masalah betul Dylan Shah!
"Riz, no"
Ayaaz yang sedari diam memerhati pergaduhan itu menghalang Tengku Harriz daripada menghampiri Dylan Shah. Kepalanya digeleng pada Tengku Harriz. Kalau tak halang Tengku Harriz sekarang memang teruk Dylan Shah kena belasah nanti.
"Dylan kau balik sekarang! Kau ni pembuat masalah betullah!" Ujar Tengku Daim Hayyan tajam merenung Dylan Shah.
Farhana Sofea hanya diam. Sesekali dia memandang gadis yang bernama Sofea Qaisara itu. Tidak silap dia gadis itu selalu muncul dalam majalah. Model rasanya gadis itu. Jadi gadis itu merupakan bekas tunang Tengku Harriz? Sekarang dia faham kenapa dia dibawa ke sini dan dia juga faham akan perilaku lelaki itu yang acah gentleman.
Dia digunakan oleh Tengku Harriz.
Tangannya digenggam. Dipandang Tengku Harriz itu tajam. Bukan sebab jealous apa tapi dia tidak suka digunakan oleh seseorang terutamanya untuk kepentingan diri sendiri.
Tersentak sekejap Farhana Sofea apabila lengannya ditarik oleh Tengku Harriz.
"Wonder dari mana dia angkut perempuan itu. Maybe a whore?"
Langkah Farhana Sofea terhenti. Whore? Pelacur? Pelacur dia kata? Badannya dipusingkan memandang Dylan Shah. Dia tersenyum sinis. Api kemarahannya dah mencacak naik. Pernah tengok perempuan marah jadi apa? Jadi singa betina!
"What did you said?" Tangan yang dipegang oleh Tengku Harriz ditepis kasar. Langkah mengatur ke arah Dylan Shah.
"P.E.L.A.C.U.R"
"You jangan masuk campur Harriz" Tengku Harriz yang mahu masuk campur pergaduhan mereka itu dilarang oleh Farhana Sofea.
"Wonder mata you ni buta ke? Ada ke pelacur pakai macam I?" Ujarnya dengan bibir yang diketap. Bukan nak berbangga dengan diri sendiri tapi dia terlampau geram dengan lelaki itu!
"People who are wearing hijab nowadays are fake."
"Then I will prove it to you. What do I look like"
Pakkk
Seraya dengan itu kakinya diangkat tinggi melayangkan sepakan kuat kepada Dylan Shah di bahagian sulitnya itu. Tersenyum lebar dia melihat lelaki itu tertunduk menahan sakit pada bahagian sulitnya. Rasa puas sangat hatinya! Terima kasih kepada Tengku Harriz yang memberi dia sneakers yang memudahkan sepakannya.
"The.......fuck?" Dylan Shah menunduk menahan sakit pada tempat yang disepak oleh Fahana Sofea.
Tengku Harriz dan tetamu yang lain sudah tergamam. Dengan mereka sekali terasa nyeri apabila melihat Dylan Shah menahan sakit.
"You know what? Many men end up in a coma bila diorang cari pasal dengan I. So........" Farhana Sofea menapak ke arah Dylan Shah. Berdiri betul-betul di depan Dylan Shah.
"So you hati-hati lah ye. Jangan tunjuk muka you depan I lagi atau hantar orang-orang you. Sebab nanti I sendiri akan cari you" ugut Fahana Sofea dengan senyuman sinis. Dia tak main-main. Dia maksudkannya. Ramai lelaki yang cari pasal dengannya end up koma. Jangan nanti dia tambah list baru lagi.
"Jom Harriz balik" badan dipusingkan ingin beredar dari situ namun langkahnya terhenti apabila Dylan Shah sekali lagi membuka mulut.
"Apa? Ingat I takut ke? Kalau you hebat sangat buatlah sekarang!" Dylan Shah mencabar dengan badan yang masih terbongkok-bongkok. Muka perit menahan sakit. Memang dia bunuh perempuan itu malam ni juga!
Farhana Sofea memusingkan badannya memandang Dylan Shah dengan senyuman yang sinis. Lengan dressnya itu disising sedikit. Kasut sneakers yang dipakainya itu dibetul-betulkan. Memang ada orang nak masuk hospital malam ini!
"Wah this jerk ma.........."
"Hana stop it!"
Tengku Harriz merangkul pinggang Farhana Sofea apabila gadis itu ingin menghampiri Dylan Shah. Namun Farhana Sofea tidak mendengar kata, masih ingin mara pada Dylan Shah. Bergelut dirinya menahan Farhana Sofea. Amarah gadis itu nampaknya dah hujung tanduk.
"You lepaskan I Harriz! Jangan sampai you pun koma lepas ni!" desis Farhana Sofea kasar. Tangan Tengku Harriz yang melilit pinggangnya itu cuba dilepaskan. Kakinya diangkat ke udara cuba menyepak Dylan Shah yang berdiri tidak jauh darinya yang sedang berlindung di belakang Tengku Daim Hayyan. Tahu pun takut!
"Perempuan gila!" jerit Dylan Shah
Makin mahu ditendang lelaki itu apabila dirinya dikatakan gila. Membara-bara api kemarahannya. Pergelutan melepaskan dirinya daripada Tengku Harriz semakin ganas.
"Arghh Harriz! Put me down! "
********
Agak-agak Harriz buat apa?
Jangan lupa votement
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro