Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 37

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

MATA dikerling sekilas memandang Farhana Sofea dari balkoni biliknya yang sedang tidur dengan badan mengerekot memegang perut. Badannya dipusingkan memandang ke arah kolam yang terbentang luas. Keluhan kecil dilepaskan.

"Kau take over meeting hari ini boleh?" serba salah dia mahu meminta tolong dengan Razul untuk menghadiri mesyuarat bagi pihaknya.

"Amboi kau, kerja kau ponteng je kan?" bidas razul di talian sebelah sana.

"Aku bukan saja-saja nak ponteng. Hana senggugut"

"Yang senggugutnya bini kau! Bukan kau! Mengada taknak datang kerja!" bebel Razul. Isteri lelaki itu yang segugut tapi lelaki itu pula yang tak datang kerja.

"Woi bangang" amarahnya cuba ditahan.

"Memang lah bini aku yang senggugut tapi takkanlah aku nak tinggal dia sorang-sorang kat rumah ni? Kau takde bini kau apa tau"

"Huh alasan! Kau boleh je upah sapa-sapa teman bini kau kat rumah!"

Kepala dipicit. Kalau Razul ada di depannya sekarang memang dah mampus jantan tu dia kerjakan!

"Alasan ke tak alasan tolong cover meeting untuk aku. Haa lagi satu, sapa yang jadi bini kau SUMPAH KESIAN! Aku doakan kau single sampai tua dan tak laku! Bye! Assalamulaikum!"

Panggilan dimatikan. Iphone miliknya itu ditatap lama. Sakit hati betul cakap dengan Razul! Patut dia call Firash je tadi minta lelaki itu coverkan mesyuarat untuknya!

Kepala didongak memandang Farhana Sofea. Buat pertama kali dia melihat gadis itu senggugut walaupun dah kahwin berbulan-bulan. Mungkin sebab gadis itu tidur di biliknya jadi dia perasan akan gadis itu menahan sakit. Tidak seperti sebelum ini. Namun disebabkan itu dia tidak tahu mahu buat apa di saat perempuan sedang senggugut. 

Iphone sekali lagi dipandang. Mungkin dia perlu meminta pertolongan dari pihak perempuan.

"Ermm Ika, kau busy ke sekarang?" soalnya pada Nadhira yang ditelefonnya itu.

"No. Why? Macam tiber je kau call aku. Ada apa?"

"Errr....." lehernya diusap. Segan pula mahu cakap.

"Wehh siyeslah? Hahahah sejak bila kau segan-segan ni?" gelak Nadhira di hujung talian.

"Ni errr Hana, dia.......senggugut. Aku tak tau nak buat apa" diusap lehernya. Haihh payah betul dia nak cakap lagi-lagi apabila Nadhira semakin ketawa.

"Wehh ni betul ke Harriz ni? Sejak bila pula dia ambik kesah kat perempuan ni?" gelak Nadhira lagi. Hampir terguling-guling dia di atas katil. Tengku Harriz yang dia kenal adalah hati beku yang sama sekali jauh prihatinnya terhadap perempuan. Di saat lelaki itu dengan Sara pun tidaklah begini!

"Kau ni sama je kan dengan Razul? Kerja nak membahang aku je! Baik kau pergi mampus balik" marah Tengku Harriz. Sama betul perangai dua ekor babun ni!

"Okay okay tak gelak dah. Relax ahh"

Kedengan Nadhira berdehem seketika.

"Ni kau bagi je painkiller kat dia yang warna pink. Hana selalu makan tu je untuk hilangkan sakit. Lepastu tuam kat perut dia juga guna hot pad"

Terangguk-angguk kepala Tengku Harriz sambil ibu jarinya menaip painkiller dan hot pad yang dimaksudkan oleh Nadhira. Maklumlah dia tidak ada adik-beradik perempuan, jadi dia tidak tahu benda alah ini.

"Lagi?"

"Lepas hilang senggugut, Hana kuat makan lagi-lagi fast food. Kau beli lah dia Mcd ke Burger King ke. Nanti dia mengamok kalau tak dapat fast food"

"Rasanya tu je lah kut. Hana jarang senggugut. Kadang 3 bulan sekali macam tu. Tapi sekali dia senggugut rasa sakit nak mampus. Angin monsun dia pun bertukar, jadi kau bertabahlah sikit ye?"

Tengku Harriz menelan air liur. Dia pernah mendengar yang perempuan tengah period selalunya kerja nak marah-marah tak tentu hala. Lagaknya dia pula yang akan berdepan kejap lagi.

"Tapi kau jangan risau bukan aku maksudkan dia jadi singa betina cuma....."

"Cuma apa?"

"Kau takkan expect Hana macam tu nanti. boleh dikatakan sisi dia yang kau tak pernah tengok. Well goodluck!

Gulp! Makin takut dia mendengarkan itu!

Selepas menamatkan panggilan, bilik Farhana Spfea dituju. Kutlah painkiller dan hot pad yang dikatakan oleh Nadhira ada di dalam bilik gadis itu. Dia mencari segenap bilik gadis itu namun yang dijumpainya hanyalah hot pad dan beberapa papan panadol yang sudah tiada isinya.

Dia berlalu ke biliknya semula, setelah mengisi hot pad dengan ais panas. Itupun dia google bagaimana untuk menggunakannya. Dihampiri Farhana Sofea yang baring di atas katil. Tangan gadis itu yang sedang memegang perutnya dialih-alih perlahan-lahan sebelum meletakkan hot pad di perut gadis itu.

Layu anak mata gadis itu terbuka di saat perutnya bersentuhan dengan hot pad

"I nak keluar kejap beli painkiller. You nak apa-apa ke?"

Kepala gadis itu menggeleng perlahan.

DAHI berkerut memandang pad yang tersusun di atas rak. Maxi, slim, night, wings, non wings. Kenapa banyak sangat jenis pad? Lupa pula dia mahu lihat pad apa yang digunakan oleh gadis itu semasa mencari painkiller dan hot pad tadi dan lupa pula nak tanya gadis itu!

Satu keluhan kecil dilepaskan. Mata-mata yang memandang dia berdiri di depan pad yang tersusun dibiarkan. Macam tak pernah tengok suami belikan pad untuk isteri! Dan macam dia pervert pula memandangnya dengan pandangan begitu!

"Huh human with their dirty minds !" gumamnya perlahan.

Iphonenya dikeluarkan. Dia mula mencari info pasal pad wanita di google. Terangguk-angguk kepalanya membaca setiap info pad dan setiap jenis kegunaanya. Banyak betul dia berlajar benda baharu tentang perempuan. Namun yang mana satu Farhana Sofea guna?

App whatsapp dibuka. Nama Nadhira dicari lagi sekali. Ditanya kawannya itu tentang jenis pad yang digunakan oleh Farhana Sofea. Melihat Nadhira yang membalas whatsappnya dengan menghantar beberapa gambar membuatkan dia tersenyum.

"Huh pervert!" gumam seorang gadis yang lalu dibelakangnya.

Serta merta senyumannya mati. Ditenung gadis itu dengan renungan tajam. 

"Err need help?" Kepala menoleh memandang seorang pekerja yang bernama Huda.

Kepalanya digeleng. Dia sudah tahu jenis pad apa yang digunakan oleh Farhana Sofea. Diambil 3 Maxi dan 3 Maxi Night yang mempunyai wings berjenama Libresse yang paling besar. Stok untuk berbulan-bulan terus!

"Untuk sis Hana ke semua ni?"

Dahinya berkerut menoleh memandang gadis itu.

"Instafamous. Saya kenal korang dua"

Ouh! Dia selalu lupa mereka berdua instafamous!

Kepalanya diangguk dengan wajah tanpa secalit senyuman. 

"Send regards to her on behalf of me. I'm her fan"

" Okay" sekali lagi kepalanya diangguk sebelum beredar dari situ dengan menolak troli. 

Troli yang penuh dengan pad, pelbagai jenis aiskrim dan beberapa kotak coklat cadbury Black Forest dipandang. Semua itu kesukaan Farhana Sofea. Dia selalu melihat gadis itu makan aiskrim dan coklat cadbury Black Forest di apartmentnya dulu.

"Erm apa lagi ye aku tak beli?" gumamnya perlahan sambil cuba ingat apa yang Farhana Sofea selalu makan.

"Kinder Bueno!"

BADAN terasa begitu segar setelah membersihkan dirinya. Seharian hari ini dia terbaring di atas katil menahan sakit senggugut. Nasib senggugutnya sudah berkurang sedikit selepas makan painkiller yang dibeli oleh Tengku Harriz berbanding pagi tadi yang rasa macam sakit nak mati!

Perutnya yang terasa lapar kerana belum makan seharian membuatkan kakinya melangkah keluar dari bilik dengan mata melilau mencari Tengku Harriz. Mana lelaki itu pergi? Dia tidak nampak batang hidung lelaki itu sejak dia bangun tadi.

Langkah dituju ke dapur. Bibir mengukirkan senyuman tatkala melihat Tengku Harriz sedang berdiri di Kitchen Island memotong buah. Lelaki itu mengangkat kepala memandangnya atas bawah yang memakai baju t-shirt hitam lelaki itu bersama seluar pendeknya yang sudah tertutup dengan labuh baju Tengku Harriz.

Dia menghampiri Tengku Harriz. Tangan lelaki itu diangkat sebelum dia berdiri di tengah-tengah antara lelaki itu dengan Kitchen Island. Dagu ditongkat pada dada Tengku Harriz, memandang lelaki itu bersama senyuman. Moodnya sedang gembira sekarang selepas melihat story seorang gadis yang tag instagramnya.

"Hana, I nak potong buah la. Tepi sikit"

"Taknak! I nak peluk you" lilitan pada Tengku Harriz dikemaskan.

Tengku Harriz mencerlung tajam pada Farhana Sofea namun gadis itu membuat tidak endah.

"Nak kiss"

 Farhana Sofea menjengketkan kakinya dengan mulutnya dimuncungkan, bersedia untuk mencium Tengku Harriz namun mulutnya tiba-tiba ditonyoh dengan buah apple. Mencerlung tajam dia pada Tengku Harriz yang memasukkan buah apple ke dalam mulutnya. 

Kalau dia minta kiss atau nak kiss Tengku Harriz, lelaki itu selalu mengelak. Kalau dia tak minta ehh tiba-tiba lelaki itu bagi. Macam semalam! Ehh tak fahamlah dia!

"Tepi lah you!" badan Tengku Harriz ditolak ke tepi. Dia mahu merajuk!

"You beli Mcd?" teruja dia apabila ternampak bungkusan Mcd di atas Kitchen Island. Okay tak jadi nak merajuk!

"Hmm tapi dah sejuk. You nak makan sekarang ke?"

Kepalanya diangguk laju. Bungkusan Mcd dicapai tapi dirampas semula oleh Tengku Harriz. Berkerut mukanya memandang lelaki itu. Dia sudahlah lapar ni! Nak gaduh pula!

"I panaskan. Makan buah apple tu dulu" serta merta bibirnya mengukirkan senyuman. Kepala diangguk.

Dia melompat duduk di atas Kitchen Island. Pinggan yang berisi buah apple diletak di atas riba. Dilahapnya buah apple sambil memandang Tengku Harriz yang memanaskan set Spicy Chicken McDeluxe dan set combo ayam goreng di dalam air fryer.

Tengku Harriz menyambung memotong buah apple semula di sebelah Farhana Sofea sementara menunggu Mcd gadis itu dipanaskan. Sesekali Farhana Sofea menyuakan buah apple padanya.

"Tadi ada fans you kirim salam" bagitahunya teringat akan pekerja itu tadi.

"Laki ke perempuan?"

"Perempuan"

"Wa'alaiki wa'alaihissalam" jawabnya.

"Yang ni ke?" tunjuk dia gambar seorang gadis di Instagram pada Tengku Harriz.

Kepala diangguk.

"Mana you tahu ig dia?"

"Dia tag I" ditunjukkan pula story yang dia repost. Gambar Tengku Harriz yang sedang menolak troli dari belakang dengan caption 'He was buying things for his wife. Oh, so glad to be in sis Hana places! No. sis Hana deserves this kind of treat!'. Instagram dia di tag oleh gadis itu.

Farhana Sofea tersenyum lebar manakala Tengku Harriz dengan wajah kosongnya. Tiada reaksi akan story Instagram itu. 

Tengku Harriz yang memotong buah apple diganggu dengan tangan Farhana Sofea yang tiba-tiba menekup kedua-dua pipinya. Bibirnya dicium sekilas oleh gadis itu membuatkan dia berpaut pada Kitchen Island. Air liur ditelan kelat.

Melihat muka Tengku Harriz yang memerah, dia mencium lelaki itu lagi dan lagi dengan sekilat pintas sebelum Tengku Harriz menepis tangannya yang menekup pipinya itu.

"Hana!" Mata mencerlung tajam pada Farhana Sofea.

Dia menyambung memotong buah apple semula. Jantung yang berdegup laju cuba ditenangkan. Rasa ketar di lutut cuba dikawal. Haishh sebab inilah dia selalu mengelak kalau Farhana Sofea ingin mencium dia! Ciuman dari gadis itu boleh membuatkan skru di lututnya tercabut tahu!

Kepala diangkat semula memandang Farhana Sofea apabila gadis itu hanya diam setelah dimarahinya. Bibir diketap tatkala melihat wajah itu. Alamak!

"Kiss je pun! Itu pun nak marah! Bukannya I orang luar pun! Isteri you juga!" Farhana Sofea turun dari Kitchen Island.

"Taknak makan! Mogok!" ujarnya sebelum keluar dari dapur menuju ke biliknya.

Tengku Harriz meletakkan pisau yang dipegang. Tangan meraup rambut ke belakang bersama keluhan kecil.

"Kau pun Harriz yang kau marah orang tengah period kenapa?" marahnya diri sendiri.  Perempuan yang period ni dah la mudah sensitif! Memang mendapat lah dia!

Dia berlalu ke atas. Biliknya dituju namun Farhana Sofea tiada. Dituju pula bilik gadis itu. Pintu yang tidak berkunci dibuka dari luar. Perlahan-lahan dia menghampiri Farhana Sofea yang sedang baring mengiring membelakanginya dengan muka yang dikatup dengan bantal. 

Gadis itu sudahlah tidak makan dari pagi lagi! Risau dia kalau Farhana Sofea mahu mogok! 

Bunyi pintu yang dibuka tidak diperdulikan. Terasa katilnya bergerak-gerak sebelum dia merasakan tangan yang melingkar di perutnya. Pinggangnya ditarik ke belakang merapati tubuh itu. Namun Tengku Harriz hanya diam, tidak berkata apa-apa.

"Kenapa tak cakap?" soalnya panasaran apabila Tengku Harriz hanya diam sedari tadi.

"Tak reti pujuk" gumam Tengku Harriz perlahan. Sungguh dia tidak tahu bagaimana untuk memujuk Farhana Sofea! 

Farhana Sofea mengetap bibirnya. Tubuhnya dipusingkan menghadap Tengku Harriz. Dicerlung tajam lelaki itu dengan tidak berpuas hati.

"Sorry" Tengku Harriz beralah dengan egonya. 

Wajah sembab Farhana Sofea dipandang dengan perasaan bersalah. Ibu jarinya naik menyeka sisa air mata gadis itu. Namun Farhana Sofea semakin mencerbik. Muka seakan mahu menangis lagi. Erk! Dia buat salah lagi ke?

"Han....."

"Laparr.....Isk nak McD"  muka disembankan pada dada Tengku Harriz. Dipeluk lelaki itu erat.

Tengku harriz menarik nafas lega. Fikir, dia tersalah bicara tadi!

"Jom turun"

Kepala diangguk.

Kening dijongketkan apabila melihat Farhana Sofea yang masih berada di atas katil. Tadi kata nak makan! Ni taknak bangun pulak dah!

"Nak dukung" tangannya didepa, ingin lelaki itu mendukungnya.

"Hana you bukan budak lagi tau dan kaki ada kan?"

Melihat muka yang semakin mencerbik, dia mengertap bibirnya. 

"Taknak makan!" Farhana Sofea kembali baring di atas katil. Muka diterkup dengan bantal. Esakannya berbunyi. Haihh hati nasib lah dapat suami yang beku ais dan tak romantik!

Tengku Harriz menggaru kepalanya. Ya Allah apa lah dosa aku dapat isteri yang mengada macam ni? Haihh hati bertabahlah layan karenah isteri kau yang banyak songeh!

"I bilang sampai 3 kalau you nak I dukung you. Kalau you tak bangun berlaparlah you!" ugutnya.

"Satu"

 Farhana Sofea masih berbaring

"Dua" 

Dia berura-ura menuju ke pintu bilik.

"Ti...."

Kiraanya terhenti apabila Farhana Sofea mengubah posisi ke duduk. Tangan didepa semula meminta didukung dengan mata yang mencerlung tajam dan bibir yang tersebik. Dia menahan senyum. Nak kena ugut dulu baru nak dengar katanya!

"Dukunggg"

Tengku Harriz meletakkan tangannya dibawah ketiak Farhana Sofea sebelum mengangkat gadis itu. Lehernya dipeluk oleh gadis itu. Kaki gadis itu melilit pinggangnya. Muka tersemban pada ceruk lehernya.

"You jahat"

"Yang jahat ni juga yang layan karenah you" tangan diletakkan dibawah punggung gadis itu, menahan gadis itu dari melorot ke bawah.

"You tak romantik langsung"

"Yang tak romantik ni lah yang beli semua makanan kesukaan you" kaki menuruni tangga dengan berhati-hati.

"You tak reti pujuk"

"Yang tak reti pujuk ni juga lah yang beralah dengan ego dia lepastu dukung you macam budak kecil"

"You tak sayang I"

"Yang tak sayang you ni lah yang rela kena cop pervert semata-mata nak beli pad untuk you"

Farhana Sofea menjarakkan mukanya dari leher Tengku Harriz. Anak mata yang berwarna coklat itu direnung tajam. Ada sahaja jawapan lelaki itu!

"Benci you!"

Tengku Harriz tersenyum sinis. Dahi Farhana Sofea dicium sekilas.

"I hate you ten thousand times more than you hate me!"

***********

Comel kan depa dua ni :)

Jangan lupa vote dan comment!






Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro