Bab 36
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan
*********
"MAIS elle est à moi" (But she's mine)
Terasa kepalanya dikucup oleh Tengku Harriz sejurus lelaki itu berkata-kata yang sudah tentu dia tidak faham.
"Right, ma belle?"
Dia menoleh memandang Tengku Harriz yang tersenyum ke arahnya. Air liur ditelan kelat. Gerun melihat lelaki itu tersenyum begitu.
"Haa betul betul" diiyakan kata-kata Tengku Harriz walaupun tidak faham apa yang dibual. Karam je lah!
"She's funny too" Rayyan ketawa kecil.
Lengan bajunya yang ditarik membuatkan Rayyan menoleh ke tepi. Bibir mengukirkan senyuman yang lebar melihat seorang perempuan berdiri di sebelahnya dengan kening yang terjongket.
"Well, introduce my beautiful wife, Nayla Syauqina" tangan menarik pinggang isterinya rapat pada tubuhnya. Seperti Tengku Harriz, dia juga mencium kepala isterinya itu walaupun menerima jelingan tajam dari isterinya.
"Kau better lepas pinggang aku, Ayyan" bisik Syauqina geram pada Rayyan
"Berlakon lah sweet sikit depan musuh aku ni. Jatuh maruah aku nanti" bisik Rayyan pula.
"Ada aku kisah?"
"Kalau taknak kena makan dengan aku malam ni better you do what I say, ma chérie" pinggang Syauqina semakin ditekankan. Kepala menoleh memandang Tengku Harriz dan Farhana Sofea semula dengan senyuman yang manis.
"Bila.....kau kahwin?" soal Tengku Harriz pelik. Setahunya dia tidak ada mendengar khabar yang lelaki itu berkahwin.
"Baru je. Here is our invitation card. Baru sempat nak buat majlis. Maklumlah dua dua busy. Right, ma chérie?" slindbag milik Syauqina selamba dibuka. Dia mengambil kad undangan perkahwinan mereka lalu menghulurkan pada Tengku Harriz.
Syauqina hanya mengangguk kecil dengan senyuman yang nipis. Geram dengan tangan Rayyan yang mengusap pinggangnya itu!
"Bye Farhana. Jangan lupa datang dengan suami you"
Farhana Sofea hanya mengangguk kepalanya bersama senyuman. Rayyan dengan Syauqina yang berlalu pergi dipandangnya lama. Secocok pasangan itu! Handsome dan cantik! Syauqina pun tidak kurang cantiknya walaupun hanya memakai makeup simple.
Dia menoleh memandang Tengku Harriz yang turut tidak lepas memandang pasangan itu. Wajah yang begitu tegang tadi kian hilang. Sudah hilang muka bengisnya itu. Lengan Tengku Harriz dipeluk membuatkan lelaki itu berpaling memandangnya.
"You cakap apa kat dia dalam language French?"
"Google sendiri"
Mendengus kasar dia melihat Tengku Harriz yang berlalu pergi begitu sahaja. Langkah mula mengejar Tengku Harriz. Hujung tuxedo lelaki itu ditarik.
"Youuu bagitahulah you cakap apa kat dia" ditarik-tarik hujung tuxedo Tengku Harriz namun lelaki itu tidak mengendahkannya.
Bibir diketap geram.
"Fine! I pergi tanya dia sendiri!"
Badan dipusingkan. Kaki baru melangkah setapak namun lengannya direntap oleh Tengku Harriz. Badannya ditolak ke dinding kuat lalu dikunci kanan dan kiri. Lupa segala kesakitan apabila melihat muka Tengku Harriz yang kembali bengis. Tajam anak mata coklat itu menikam anak matanya sehingga lidahnya kelu untuk bersuara.
"Har......"
Terkedu dia seketika apabila Tengku Harriz mencantumkan bibir mereka. Terasa bibirnya dicium kasar pada mulanya namun berubah lembut selepas itu. Pinggangnya yang ditarik oleh Tengku Harriz terasa diusap lembut. Dia memejamkan mata.
Bibirnya dilepaskan. Tengku Harriz menjarakkan sedikit muka mereka. Mata merenung sepasang anak mata coklat yang masih dingin. Berkerut dahi itu secara tiba-tiba sebelum tangan lelaki itu naik menyeka tubir matanya yang basah.
Ehh dia menangis?
Bibir diketap tatkala melihat anak mata Farhana Sofea bergetar. Tubuh mereka dijarakkan. Nafas dalam ditarik sebelum keluhan kecil dilepaskan. Haihh semua ni salah Rayyan yang membuatkan darahnya mendidih naik! Melihat lelaki itu teringat apa yang lelaki itu sudah lakukan pada hubungannya dulu.
"Jom balik" tangan menarik lengan Farhana Sofea namun gadis itu tidak mahu berangjak.
"Explain what's going on between Rayyan and you early" tidak mahu dia pulang dengan penuh tanda tanya. Ingin juga dia tah kenapa Tengku Harriz berubah mendadak seperti ini. Seperti lelaki itu berdendam dengan Rayyan.
"Hana....." dia mengeluh kecil.
"You dengan dia not in a good term ke?" Tengku Harriz menjatuhkan bahunya sebelum kepala mendongak memandangnya.
"Hmm. Don't ask me more. I'm not going to tell you what happened between us"
Farhana Sofea mengeluh kecil sebelum mengikut langkah Tengku Harriz yang sudah meninggalkannya. Sedaya upaya dia menyaingi langkah itu. Lengan tuxedo Tengku Harriz dicuit sebelum tangan kirinya mengenggam tangan lelaki itu. Melingkar setiap jari jemari lelaki itu.
"Riz"
Tengku Daim Hayyan yang mendekati mereka membuatkan Tengku Harriz meleraikan genggaman tangannya. Mencerbik dia tidak berpuas hati.
"Stay here" ujarnya pada Farhana Sofea sebelum mengikut langkah Tengku Daim Hayyan.
Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Badan disandarkan pada dinding. Iphone dikeluarkan.
"Dah berapa lama kenal Riz?"
Kepala menoleh memandang Tengku Fatehah yang mendekatinya. Kakak kepada mak mertuanya, tengku Farihah. Mak saudara Tengku Harriz itu ada datang ke majlis wedding mereka. Mana mungkin dia lupa wajah itu
"Dah lama" jawabnya malas.
Dia sudah hilang rasa hormat akan Tengku Fatehah sejak majlis wedding mereka. Boleh makcik itu menuduh dia perangkap Tengku Harriz untuk berkahwin dengan lelaki itu mentang-mentang mereka tidak bertunang dan terus kahwin?
"Agaknya kau yang jadi punca Harriz dengan Sara break up? Huh kesian Sara. Baik budaknya"
Farhana Sofea mengenggam tanganya. Sara! Sara! Sara! Tidak habis-habis Sara! Mahu muak dia mendengar nama itu!
"Itu sebab takde jodoh aunty. Jodoh dengan ajal ni siapalah kita nak tentang kan?"
"Kadang bukan takde jodoh tapi disebabkan ada perosak serangga yang tiba-tiba kacau"
Huh? Ajaran sesat mana pula makcik ni bagi?
"Kadang perosak serangga yang dihantar ni mungkin ada hikmah. Ye lahh asyik berlagak baik je, jadi perosak serangga ni dihantar supaya perangai sebenar tu keluar" balas Farhana Sofea. Harap wanita itu fahamlah apa yang dia hendak disampaikan.
"Kau bila nak ada anak? Aku ingat korang kahwin cepat-cepat sebab kau tu dah terlanjur. Mana lah tahukan Riz diugut jadi pak sanggup " Tengku Fatehah menukar topik apabila sudah tiada idea untuk membalas gadis itu tentang tadi.
"Saya ugut Riz? Aunty tahukan Riz tu macam mana. Takkanlah dia terima ugutan saya. Silap-silap tak sempat nak ugut, saya yang kena MARAH dulu" tangan naik memeluk tubuh. Perkataan marah sengaja ditekankan.
Rasanya wanita itu lebih tahu akan perangai Tengku Harriz selepas dimarah oleh lelaki itu di majlis wedding mereka. Tuduh lagi dia yang bukan-bukan di depan lelaki itu!
"Huh! Laki kalau dah kena minyak dagu mananya tak turut"
Ehh ke situ pula dia! Dari topik perosak serangga ke terlanjur dan sekarang minyak dagu pula?
"Elok minyak dagulah aunty dari minyak hitam sampai hati pun jadi hitam. Itu lagi sadis"
Tengku Fatehah mengetap bibirnya. Tangan digenggam. Gadis di depannya itu memang ada je jawapan yang nak dibalas!
"Aku la lagi suka Sara jadi sebahagian keluarga ni daripada kamu tu. Budak tu bukan takat cantik, baik pun baik. Hormat orang tua pula tu. Keturunan pun yang baik. Kau ada apa je?"
"Apa kata aunty jadikan Sara menantu aunty? Ouhh lupa aunty takde anak lelaki."
"Haa tak pun aunty jadikan Sara madu aunty? Okay juga kan? Manis kebaboom!" sambungnya lagi dengan senyuman yang paling lebar. You ask for this, aunty!
"Kau! Kau memang kurang ajar kan? Mak bapak kau memang tak ajar kau ehh?" bibir diketap oleh Tengku Fatehah. Kalau tak disebabkan mereka berada di dalam Istana, memang dia tampar dah gadis itu! Biadap sungguh!
"Umi saya ajar untuk hormat orang but I don't respect people who don't respect me. They call it ego, but I call it self-respect!"
Sejurus itu dia mula mengangkat kaki. Lama-lama berada di situ makin angin dia dengan mulut puaka Tengku Fatehah! Asyik mahu mencari salah dia je! Dan tak habis habis dengan Sara! Penat dia mendengar nama itu.
Tengku Harriz tersenyum memandang Farhana Sofea yang berlalu pergi. Gadis itu memang lain dari yang lain. Tidak lemah dan terkesan dengan kata-kata dari mulut orang puaka seperti gadis lain. Pandai membalas kata-kata untuk back up dirinya sendiri. No wonder makin lama makin dia suka akan gadis itu!
Dia berdiri di sebelah auntynya, Tengku Fatehah. Pandangan dingin diberikan pada wanita tua itu.
"Behind a strong and independent woman, there's a man who quietly support her and are willing to take a bullet for her, especially from a mouth like yours."
Tengku Fatehah sudan menelan air liur perit.
"What comes out your mouth, comes into your life. So, choose your words wisely"
FARHANA Sofea mencekak pinggang memandang Tengku Harriz yang elok berbaring di atas katil walhal dirinya sekarang tidak tenang memikirkan kesalahan yang dilakukan olehnya sehingga lelaki itu tidak bercakap dengannya sedari tadi!
Tidak betah dia melihat lelaki itu yang diam sahaja bersama muka bengisnya sepanjang perjalanan balik ke rumah. Bukan tidak biasa melihat muka bengis itu namun kali ini tampak begitu bengis! Yang di mana aura hitam mengelilingi lelaki itu sehingga dia tidak berani mahu mengeluarkan suara.
"Allahh..."
Terasa senak perutnya apabila Farhana Sofea tiba-tiba melompat ke atasnya ketika dia sedang baring di atas katil dengan mata yang terpejam. Dipandang tajam gadis itu yang sedang memeluk erat badannya dengan muka yang disembankan.
Lama Farhana Sofea meniarap di atasnya.
"Youu..."
"Hmm?" mata masih terpejam.
"You masih marah I ke?" soalnya perlahan namun dia tahu Tengku Harriz dengar.
Diam
"Youu....." panggilnya panjang.
Diam
Kepala diangkat. Dagu ditongkatkan pada dada itu. Dipandang Tengku Harriz yang masih memejamkan matanya dengan mata yang mula bertakung. Haishh kenapa mudah rasa nak menangis ni? Mana Farhana sofea yang tak mudah menangis? Yang bencikan air mata? Mana?
Pelik betul dia malam ni!
"Harrizzz........"
Diam
Bibir dikertap. Mata semakin bergetar apabila Tengku Harriz asyik memulaukan dia. Hati tisu betul dia sejak jatuh cinta dengan Tengku Harriz! Nak pula tambah dengan kata-kata kecaman yang dia dapat daripada keluarga lelaki itu. Lagilah terasa mahu menangis!
"Sampai hati pulau I"
Muka kembali disembankan pada dada Tengku Harriz bersama esakan tanpa suara. Tidak peduli jika lelaki itu mahu label dia manja dan mudah menangis. Ya dia memang manja! Cuma selama ini manja dia terbenam di dasar dan ditutupi dengan sikap independentnya.
Tengku Harriz mengerutkan dahinya apabila bajunya terasa basah di dada. Mata dibuka memandang Farhana Sofea. Bahu gadis itu dipegang dan cuba ditolak untuk melihat wajah gadis itu.
"You menangis ke Hana?" soalnya ingin kepastian. Takkanlah gadis itu menangis disebabkan kejadian tadi? Sebelum ini okay je apabila dia tayang muka bengis.
"Hana?"
Terasa badannya semakin erat dipeluk oleh Farhana Sofea. Haishh, tak boleh jadi ni!
Dia memusingkan tubuh mereka. Kini, dia pula yang menindih Farhana Sofea. Bahu gadis itu dipegang. Ingin menjarakkan tubuhnya dari gadis itu. Dia mahu lihat muka Farhana Sofea!
Melihat tiada hasil bahkan pelukan semakin lama semakin erat dan juga kaki gadis itu mula melingkar pada pinggangnya, dia mengubah posisi kepada duduk pula. Ditolak bahu gadis itu sekuat mungkin.
"Ermm!" rengek gadis itu.
Bergelut seketika mereka.
Farhana Sofea mengetap bibirnya. Lilitan terasa semakin longgar. Hampir habis kudratnya berlawan dengan Tengku Harriz. Janganlah tolak dia!
Tangan masih utuh memeluk Tengku Harriz bersama kaki yang melilit pinggang lelaki itu. Dari baring kepada duduk dan dari duduk kepada berdiri posisi mereka. Bergelut dari tadi.
"Harriz......"
Tengku Harriz menahan tawa.
"You dah kenapa di Hana? Aneh perangai you ni" mana tidaknya? Tidak pernah-pernah Farhana Sofea memeluknya seperti ini. Dan gadis itu turut menangis!
"Hmm" kepala diangguk kecil.
Bibir tersenyum lebar bersama kepala yang digelengkan melihat Farhana Sofea yang berada dalam dukungannya seperti budak kecil. Dia meletakkan tangan dibawah punggung gadis itu, menahan gadis itu daripada melorot jatuh ke bawah.
Yang suka berbalas kata dengan keluarganya tadi namun kini berada dalam dukungannya seperti budak kecil?
"Don't you think you're big enough to act like a child?"
"Harriz!"
Tengku Harriz menahan tawa. Seronok pula dapat mengusik Farhana Sofea. Bukan selalu gadis itu mahu menunjukkan sisinya yang ini. Ingatkan dengan sikap kasar gadis itu tiada sikap manja dalam dirinya. Tapi kalau dah nama perempuan, sikap manja tu memang akan tetap ada.
Bunyi loceng yang ditekan menyentakkan dia. Siapa pula datang rumah mereka malam-malam macam ni?
"Hana ada orang datang"
Farhana Sofea buat tidak endah. Orang datang ke beruk datang kesah apa dia!
Tengku Harriz mengeluh kecil.
Akhirnya dia mengalah. Nampak gaya Farhana Sofea akan peluk dia sampai ke esok pagi. Langkah menuruni tangga berhati-hati bersama Farhana Sofea yang masih dalam dukungannya.
Dahi berkerut melihat Dylan Shah yang berdiri di depan pagar rumah mereka. Ditekan remote pagar menyebabkan pagar mula terbuka. Pintu rumah dibuka.
"Kau nak apa kacau orang malam-malam buta?"
"Aku.....ada something nak cakap dengan adik aku. Urgent" mata melirik pada Farhana Sofea yang berada dalam dukungan Tengku Harriz. Tersenyum dia melihat adiknya.
"Dia busy"
Bibir diketap. Keluham kecil dilepaskan.
"Tak apalah macam tu."
"Fea, Lan datang esok tau" ujarnya. Badan dipusingkan namun bajunya terasa ditarik. Dipandang lengan Farhana Sofea yang memegang bajunya.
Tengku Harriz tersenyum melihat lengan Farhana Sofea yang memegang baju Dylan Shah. Akal merencana sesuatu. Dipandang Dylan Shah dengan mulutnya yang bergerak-gerak mengatakan sesuatu tanpa suara.
'Tarik dia'
Dahi berkerut.
'Huh?'
'Tarik dia!' digerak-gerakkan mulutnya tanpa suara.
'Kenapa?'
'Tarik je lah bodoh!' mata memandang tajam Dylan Shah. Susah betul nak faham!
Kepala akhirnya diangguk. Mulut mengira satu hingga tiga.
'Satu'
'Dua'
'Tiga'
"Tarik!"
Terkejut Farhana Sofea dengan jeritan Tengku Harriz dan juga badannya yang ditarik serentak. Terasa daya yang kuat menariknya dari belakang. Jangan kata Dylan Shah bekerjasama dengan Tengku Harriz lah pulak ?!
"Jangan tariklahh !!"
Rangkulan pada leher Tengku Harriz hampir terlepas. Manalah dia kuat nak lawan 2 orang lelaki! Bibir diketap. Tak boleh jadi ni! Dia perlu buat sesuatu!
"ARGHHH !!" jerit dua orang lelaki
Menjerit Tengku Harriz apabila lehernya digigit oleh Farhana Sofea begitu juga dengan Dylan Shah apabila tangannya memegang bahu adiknya itu kini dicengkam oleh gadis itu. Terasa kuku panjang terbenam ke dalam isi lengannya.
"Sakitlah gila !" terasa gigi yang semakin membenam ke dalam isi lehernya.
"Kau siapa nak gilakan adik aku bangang?!"
Kini rambutnya pula ditarik oleh Dylan Shah.
"Bodoh! Aku tak tarik rambut kau pun kan?"
Tangannya yang panjang itu mula menarik kuat rambut Dylan Shah kuat. Penuh jeritan mereka bergema di dalam rumah.
"Woii aku abang ipar kau. Kau hormat sikit aku!"
"Jadah aku nak hormat kau. Boleh pergi mampus dengan hormat kau!"
Kedua-dua mereka masih menarik rambut satu sama lain lain. Yang hairannya, Farhana Sofea sudah tidak mengigit leher Tengku Harriz dan tidak mencengkam lengan Dylan Shah. Namun kenapa mereka masih bergaduh?
"Bahasa jaga sikit ehh! Kau suka ke tak suka ke aku tetap abang ipar kau!"
"Bukan satu mak pun! Buat apa aku nak hormat kau?"
"Tapi kami satu bapak! Kau tak belajar Islam ke dulu hah? Satu bapak pun dikira adik beradik kandung. So basically, aku abang ipar kau!"
"Aku dah cakap pergi mampus dengan ipar kau tu!"
"Kau mem......"
"SUDAH !!!"
Serentak itu mereka berdua diam. Dipandang Farhana Sofea yang sedang merenung mereka tajam. Dylan Shah melepaskan rambut Tengku Harriz begitu juga dengan Tengku Harriz. Tangan naik menggaru kepala sambil tersengih pada adiknya.
"Dia yang mula dulu" Tengku Harriz menuding jari pada Dylan Shah.
"Ehh aku pula?"
"Ye lah kau yang tarik rambut aku dulu bangang!"
"Itu sebab kau gilakan adik aku!"
"Dah adik kau gigit leher aku!"
Air liur serta merta ditelan kelat. Tersengih dia menyusun sebaris gigi yang putih pada Farhana Sofea.
"Dah habis?"
Kedua-dua mereka mengangguk kepala dengan laju.
Farhana Sofea menoleh memandang Dylan Shah.
"Lan cakap esok boleh ke?"
Laju Dylan Shah mengangguk kepala.
"Lan balik dulu okay?"
Baru nak melangkah bajunya ditarik lagi sekali tapi kali ini bukan adiknya tetapi Tengku Harriz.
"Weh kau dah nak balik ke?" soalnya dengan riak wajah yang risau. Bukan apa pandangan Farhana Sofea padanya macam nak makan dia je.
"Ye lah! Tadi kau juga yang marah aku datang malam-malam buta kan?" ditepis tangan Tengku Harriz kuat sebelum berlalu menuju ke pagar semula.
Sempat dia melambaikan tangan pada Farhana Sofea. Tertengok juga muka Tengku Harriz yang sudah kecur perut. Pandai-pandailah selamatkan diri sendiri! HAHA!
Pintu ditutup. Dia tersenyum kelat pada Farhana Sofea yang sedang merenungnya tajam bagai mahu makan dia. Haihh sejak bila pula dia takut akan gadis itu?
"Gila?"
"Huh?"
"Errr I cakap kat Dylan bukan kat you" tangan menggosok leher. Dipandang Farhana Sofea yang masih dalam dukungannya dengan sengihan.
Namun dahi berkerut melihat riak wajah Farhana Sofea yang serta merta berubah. Gadis itu tampak seperti mahu menangis.
"What's wrong?"
"Da...darah" tunjuk Farhana Sofea pada leher yang digigitnya tadi.
Disentuh tempat yang digigit oleh Farhana Sofea tadi. Darah dan air liur gadis itu yang melekat pada jari jemarinya dipandang. Kuat juga ye gadis itu gigit leher dia sampai berdarah!
"It's okay. Sikit j....."
Okay dah terlambat!
"Hey janganlah menangis. Sikit je lah ni" pujuknya apabila Farhana Sofea mula menangis teresak-esak.
Bibir diketap. Dia tidak tahu bagaimana mahu memujuk Farhana Sofea!
"Hana"
Esakan semakin menjadi-jadi.
"You period ke Hana?" hentamnya. Pelik betul perangai gadis itu malam ini. Mood bertukar mendadak. Kejap marah kejap sedih dan sekarang menangis seperti bayi pula. Hairan dia!
Serta merta tangisan Farhana Sofea berhenti.
"Mana you tahu?"
"Bila datang?"
"Maghrib tadi"
Kepala diangguk. Sekarang jelas dan nyata kenapa mood Farhana Sofea berubah mendadak.
"Dah jangan menangis. It's not hurt"
"You marah ke?"
Kepala digeleng.
"Kenapa nak marah pula?" kaki mengorak langkah menaiki tangga.
"Pasal tadi.....Rayyan"
Tengku Harriz hanya diam tidak menjawab soalan itu. Kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Badan dibaringkan di atas katil. Penatnya!
"You marah....."
Bibir diketap. Air mata sekali lagi bergelinang.
"Isk....you marah"
Esakan Farhana Sofea berbunyi lagi.
"Hey I tak marahlah"
"Tipu! You marah! You pulau I dari tadi lagi!"
"Sumpah I tak marahlah. I diam sebab benda tu tak penting pun" posisi baring tadi diubah kepada duduk semula. Kaki bersila. Ditenung lembut Farhana Sofea yang duduk di atas silanya itu yang masih menangis.
"Betul?"
"Hmm"
Rambut Farhana Sofea diraup ke belakang telinga. Ibu jarinya menyeka sisa air mata. Bibirnya mengukirkan senyuman melihat muka sembab gadis itu. Jarang-jarang mahu melihat gadis itu begini tapi dia suka. Entah kenapa dia suka dengan sikap Farhana Sofea yang ini. Manja.
Selalunya dia melihat gadis itu yang kasar, yang suka berlawan kata dengannya dan juga yang suka memendam seorang diri.
Mukanya tiba-tiba ditekup dengan kedua-dua tangan Farhana Sofea. Mata gadis itu mengecil memandang ke dalam anak matanya.
"Okay betul"
Hampir ketawa dia dengan gelagat itu.
"Dah tidur" dia membaringkan badannya dengan Farhana Sofea yang masih berada di atasnya.
"Taknak" kepala digeleng.
"I nak goda you lagi" Farhana Sofea tersenyum lebar. Tangan diluruskan. Rambutnya dibiarkan menjuntai mengelilingi muka lelaki itu.
"Hana....."
"Jangan..." dia memberi amaran. Air liur ditelan kelat apabila aroma rambut gadis itu menusuk hidungnya.
Namun, Farhana Sofea membuat tidak endah. Dahi dicantumkan. Tangan memeluk erat lehernya. Pipi kirinya terasa diusap. Anak mata gadis itu merenung dalam anak mata coklatnya.
Air liur ditelan kelat.
Jantungnya kian berdebar dengan sikap gadis itu yang berani lain macam. Tangan baru ingin menolak tubuh itu namun Farhana Sofea lebih pantas mencium bibirnya lembut. Jari jemari gadis itu bermain dengan rambutnya pula.
Dia biar ciuman itu tanpa membalas. Tangan mengenggam pinggang gadis itu.
"You....try hard to hold yourself" bisik Farhana Sofea sinis. Dapat dia rasakan tubuh Tengku harriz yang bergetar sedikit. Namun begitu, lelaki itu masih menahan dirinya.
"In case you forgot, you're period Farhana Sofea. What are you trying to do?" tegas Tengku Harriz bersuara. Dipandang tajam Farhana Sofea.
"I'm not gonna miss every second to seduce you, even if I am period"
"Jangan buat kerja gila!" tubuh Farhana Sofea ditolak ke tepi. Dia mengubah posisi ke duduk.
"Kalau I tak dapat tahan diri I, kita dah buat kerja gila malam ni!"
"Sebab I tahu you dapat tahan diri you la, I buat macam tu" tuturnya selamba sambil mengenyitkan mata pada Tengku Harriz.
"Damn! Aku dah kahwin dengan perempuan gila!" bantal diambil lalu dia mara ke sofa. Tidak selamat sudah mahu tidur di atas katil bersama Farhana Sofea!
"Nak tidur mana?" soalnya walaupun dah tahu. Dirinya yang ingin ketawa ditahan. Seronok pula dapat menyakat lelaki itu.
"Tidur atas sofa. I taknak tidur dengan you. Nanti malam karang kena cabul"
Sakan Farhana Sofea ketawakan dia! Takpe-takpe nanti dia balas balik!
"Allahh.....Hana!"
Lantangnya apabila tubuhnya sekali lagi dihempap oleh Farhana Sofea. Bila entah gadis itu ke mari.
"Goodnight, my lovely husband!" dia menyelesakan tubuhnya di atas Tengku Harriz.
"I really hate you, Farhana Sofea!"
********
Sorry guys panjang sangat lah pula bab ni. Hope korang enjoy and tak bosan :)
Jangan lupa vote dan cooment!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro