Bab 34
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
*********
PINTU bilik Tengku Harriz diketuk terlebih dahulu sebelum dibuka dari luar. Lelaki itu menoleh kepala memandangnya yang sedang berdiri di pintu. Dia tersenyum, bantal dalam pelukan didakap kemas sebelum mara ke arah lelaki itu yang sedang melunjur di atas katil. Macbook di atas peha. Buat kerja mungkin.
Dari atas sehingga bawah dia memandang Farhana Sofea.
"You nak apa?" kening terjongket.
"Mulai malam ni, I nak tidur dengan you" tuturnya. Bantal yang dipeluk diletak di atas kati sebelah lelaki itu.
"Who's give you permission?"
"I"
Dengan selamba dia baring di sebelah lelaki itu.
"Ini bilik I. Nak tidur, bilik you sebelah sana"
"Bilik you, bilik I dan bilik I, bilik I juga"
"You ingat ni duit?" mata tajam mencerlung ke arah Farhana Sofea. Kalau duit, dia tidak kesah. Gunalah sebanyak mana yang mahu. Tapi ini soal biliknya!
Badan mengiring menghadap Tengku Harriz. Tangan kiri menongkat kepala. Sempat dia terpandang akan gambar senjata di Macbook Tengku Harriz sebelum lelaki itu mengalih Macbooknya.
"Apa salahnya tidur sekali? Dah kahwin dah pun. Sebelum ni you teman I tidur boleh pula?" rungutnya tidak berpuas hati. Baru ini elok sahaja Tengku Harriz datang tidur di biliknya, menemaninya.
Tengku Harriz mengeluh perlahan.
"Itu sebab masa tu you dalam ketakutan. Sekarang tak kan?"
"Siapa cakap tak? Hari-hari I nightmare"
Tengku Harriz terdiam.
"Fine. Tapi jangan kacau I buat kerja"
Terus tersenyum lebar Farhana Sofea. Kepala diangguk laju. Dia mencapai Iphonenya lalu membuka app Tiktok. Memandangkan esok dia mendapat MC jadi malas nak serabutkan kepala dengan kerja. Sesekali dia memandang Tengku Harriz yang khusyuk membuat kerja.
Teringat akan kata-katanya tadi.
'I'm gonna make you mine, Harriz. Only mine!'
Dia betul-betul maksudkannya tadi. Setelah fikir lama, dia membuat keputusan untuk memulakan langkah pertama dengan tidur sekatil bersama Tengku Harriz. Langkah seterusnya dia belum fikir lagi macam mana mahu menggoda lelaki itu. Perlu minta nasihat dari Nadhira lagi mungkin!
Kepala menoleh memandang Farhana Sofea yang bangun dari katil lalu keluar daripada biliknya itu. Dahi berkerut. Takkan pergi tidur bilik sendiri balik sebab dia tidak layan gadis itu? Namun tidak lama, gadis itu kembali bersama satu novel di tangan. Dia mengalihkan pandangannya semula pada Macbook.
Badan disandarkan di kepala katil seperti Tengku Harriz. Novel yang bertajuk 'Will You Love Me?' by Norhafsah Hamid dibuka ke bab 20. Sambil itu, dia perlahan-lahan mengesot badannya menghampiri Tengku Harriz .Namun di saat lelaki itu berpaling memandangnya, dia berhenti.
Berpura-pura khusyuk membaca novel.
Saat Tengku Harriz mengalih pandangannya pada Macbooknya semula, dia menyambung mengesot badannya semula menghampiri lelaki itu. Sekali lagi dia berhenti tatkala kepala Tengku Harriz sekali lagi menoleh memandangnya.
Bibir bergerak-gerak membaca novel.
Usai kepala itu menoleh, dia merapatkan lagi jarak di antara mereka.Perlahan-lahan mengesot sehingga bahunya berlanggar dengan bahu Tengku Harriz. Kepala yang menoleh memandangnya, dia buat tidak endah. Terasa anak mata tajam itu memerhatinya.
Mata mengecil memandang Farhana Sofea. Gadis itu yang sedang berpura-pura membaca novel ditenung lama.
"Apa yang you cuba buat ni Hana?"
"Diam. Jangan kacau I baca novel"
Tengku Harriz memeluk tubuhnya. Keningnya dijongket. Siapa yang kacau siapa sekarang?
"Excuse me?"
"Shhh. Diamlah Harriz!"
Ehh dia pula yang disuruh diam?
"You deman kan? So get some sleep"
"Tak mengantuk" jujur dia tidak mengantuk. Balik petang tadi dia terus tertidur sehingga waktu Maghrib usai menunaikan solat Asar. Jadi sekarang dia tidak mengantuk walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12.
Malas mahu bertekak mulut dengan Farhana Sofea dia fokus pada Macbooknya semula. Kerjanya yang tergendala tadi disambung semula. Perasan akan lirikan anak mata gadis itu pada Macbooknya sepanjang dia membuat kerja namun dia membuat tidak endah.
Dagu yang tiba-tiba menongkat pada bahunya membuatkan dia menoleh kepalanya ke kanan. MacBook digenggam kemas. Air liur ditelan kelat.
Farhana Sofea tersenyum lebar berjaya menarik perhatian Tengku Harriz. Mukanya dengan muka Tengku Harriz sengaja didekatkan sehingga hidung mereka berlaga. Tangannya naik memegang halkum Tengku Harriz yang bergerak-gerak. Diusapnya halkum itu lembut.
Entah dari mana dia mendapat keberanian mengusik Tengku Harriz seperti ini.
Mukanya terasa hembusan nafas kuat yang tidak teratur oleh Tengku Harriz saat jari jemarinya turun berhenti pada dada lelaki itu. Dilekapkan telapak tangannya di situ, merasai jantung lelaki itu yang berdetak laju.
Dup dap dup dap
"Laju"
Muka semakin didekatkan lagi. Kepalanya disengetkan sedikit. Bibir atasnya sengaja dibiarkan bersentuhan dengan bibir bawah Tengku Harriz. Kelihatan rahang lelaki itu pula yang bergerak-gerak. Anak matanya yang hitam menentang anak mata coklat Tengku Harriz yang mula tidak keruan.
Ibu jarinya yang melekap di dada Tengku Harriz sengaja digerak-gerakkan. Sengaja mengusap dada lelaki itu lembut.
Tengku Harriz memejamkan matanya seketika. Nafas ditarik dengan dalam. Air liur ditelan kelat. Bahaya! Dia berada diambang bahaya!
Tangan Farhana Sofea yang sedang mengusap dadanya dialih. Muka mereka dijarakkan sedikit dengan badannya yang mengundur ke belakang. Tajam anak mata coklatnya merenung anak mata bundar yang berwarna hitam.
"What are you trying to do?" tegang suaranya menyoal Farhana Sofea. Mata tajam merenung gadis itu.
"Goda you" jawab gadis itu selamba. Tengku Harriz tersenyum sinis.
"You ingat I akan tergoda?"
Farhana Sofea tersenyum. Tangannya yang dipegang ditarik. Tubuh dipeluk.
"Tak."
"Then?"
"Saja nak test. Nak tengok you senang digoda atau tak"
"Of course not." Tengku Harriz tersenyum bangga. Ingat senang ke nak goda dia?
"Then....." badan didorong ke depan sedikit. Muka mereka sekali lagi didekatkan. Bibir Tengku Harriz dipandang dengan senyuman yang nakal.
"Kalau I kis......."
"In your dream" dahi Farhana Sofea ditolak dengan jari telunjuknya. Menjarakkan muka mereka. Makin berani yee gadis itu!
Berkerut muka Farhana Sofea memandang Tengku Harriz yang menolak kepalanya.
"Sleep!"
Macbook diangkat. Tubuh mula bangkit daripada katil. Sempat dia menjeling tajam Farhana Sofea sebelum berlalu ke sofa bersama Macbook. Ingin menyambung membuat kerjanya di situ dan juga ingin mengelak dirinya daripada digoda Farhana Sofea! Risau yang dirinya akan tertewas dengan godaan Farhana Sofea.
Tersenyum Farhanan Sofea melihat muka Tengku Harriz yang tegang itu. Tak tergoda konon! Takpe takpe next time dia goda lelaki itu lagi! Masih ada banyak masa lagi. Tak perlu nak rushing.
"Goodnight, Harriz"
LARI! Ya lari! Lari selaju mungkin! Itu pesanan lelaki bercap hitam untuknya sebelum lelaki itu ditangkap oleh anak buah ayahnya. Kaki mengorak langkah yang paling besar, melintasi setiap pokok tebal, melangkah akar pokok yang besar. Namun nafasnya dah hujung tunduk. Dia lelah!
"Lari, Fea!"
Dia kuatkan semangat, mengumpul tenaga yang masih tinggal untuk menyambung lariannya. Namun, di saat dua budak lelaki yang diculik bersamanya muncul di fikirannya serta merta lariannya terhenti. Kepala menoleh ke belakang memandang beberapa anak buah ayahnya sedang mara ke arahnya.
Nafas terumbang-ambing. Air mata yang mengalir laju diseka kasar. Namun masih tidak berhenti bahkan mengalir dengan laju. Macam mana mahu lari sedangkan mereka masih terperangkap di dalam?
"Maaf uncle....Fe...Fea tak dapat teruskan larian"
Mata dipejamkan membiarkan air matanya mengalir turun. Dia tidak mahu menyelamatkan dirinya sahaja sedangkan mereka di dalam masih terperangkap.
"Kau nak mana lari Fea?"
"A...ayah"
MATA terbuka luas. Jantung berdetak laju. Syiling ditenung lama sebelum keluhan kecil dilepaskan. Dia mula mengiringkan badannya ke kiri namun dahi berkerut tatkala melihat Tengku Harriz tiada di sebelahnya. Posisi badannya diubah kepada duduk.
Anak mata terjatuh pada Tengku Harriz yang sedang tidur di atas sofa. Bibir tersenyum nipis. Perlahan-lahan dia bangkit menghampiri lelaki itu bersama selimut dan bantal. Kepalanya terasa memberat namun langkah digagahkan jua.
Kepala Tengku Harriz diangkat dengan berhati-hati. Bantal di tangan kirinya diletak di bawah kepala lelaki itu. Mata yang tertutup rapat tadi mula separa terbuka. Memandangnya dengan dahi yang berkerut.
"Err sorry buat you terjaga. Kenapa you tak tidur atas katil?"
"Tertidur"
Kepala mengangguk. Melihat Macbook yang masih terbuka dengan kertas yang berselerak di atas meja, mungkin betul lelaki itu tertidur. Risau kalau gara-gara dia yang tidur atas katil, Tengku Harriz rela tidur di atas sofa.
Bibir tersenyum. Selimut yang berada di tangannya dibuka luas. Menyelimutkan Tengku Harriz. Terpinga-pinga Tengku Harriz memandangnya namun dia buat tidak endah bahkan dia mula duduk bersimpuh di tepi sofa. Tangan menongkat kepala memandang Tengku Harriz yang mengantuk.
"Sleep, Hana. Sekarang bukan masa untuk goda I"
Dia ketawa kecil.
"Mana ada I nak goda. I nak tenung you je"
Kepalanya digeleng-gelengkan. Malas mahu melayan karenah Farhana Sofea, dia memejamkan matanya semula. Terasa begitu memberat matanya sekarang. Mana tidaknya? Dia baru sahaja terlelap tidak sampai sejam kerana membuat kerja. Jadi dirinya terasa begitu barai.
Tangan Farhana Sofea yang menyentuh mukanya dibiarkan. Usapan dari gadis itu membuatkan dia semakin mengantuk. Perasaan tenang menyelubungi diri.
Bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar. Ibu jari menyentuh mata Tengku Harriz yang terkatup rapat. Dia sangat suka akan warna anak mata lelaki itu yang berwarna coklat. Beautiful and sparkling. Yang merupakan penyumbang utama dia tertarik dengan lelaki itu.
Tangan menyentuh pula hidung yang mancung sebelum jatuh pada bibir yang tampak seksi. Tidak hitam dan tidak pink. Nampak kemerahan sedikit. Diusapnya bibir itu perlahan sambil teringat akan ciuman lelaki itu. Sweet yet warm.
"Haishh. Kenapa perfect sangat?" gumamnya perlahan. Berharap sangat nanti anak-anak mereka copy paste bulat-bulat lelaki itu. Ehh ke situ pula dia!
"Dah?"
Mata yang separa buka memandangnya lama.
Dia tersengih malu. Ibu jari yang berada di bibir itu dialih. Fikir lelaki itu sudah terlelap.
"Tak tidur?"
"Macam mana nak tidur balik kalau tangan you duk merayau seluruh muka I?"
"Hehe sorry"
"Pergi tidur"
Kepala digeleng tidak mahu
"I have a nightmare"
Lama Tengku Harriz merenungnya sebelum lelaki itu mengesotkan sedikit badannya secara tiba-tiba. Selimut dibuka luas. Ruang kosong di tepuk.
Kening dijongket pada Tengku Harriz. Dia tidak faham.
"Baring" sekali lagi ruang kosong di sebelah lelaki itu ditepuk
"Huh?"
"Nak ke taknak?"
"Nak apa?" soalnya masih blur.
"Taknak sudah"
"Ehh nak!" Tangan menahan Tengku Harriz yang memegang selimut.
Dia tersengih.
Badannya segera masuk ke bawah selimut. Tubuh dibaringkan di sebelah Tengku Harriz dengan kepalanya yang berbantalkan lengan lelaki itu. Dia merapatkan tubuh mereka. Disembamkan mukanya di dada Tengku Harriz manakala tangannya memeluk badan lelaki itu erat. Peluk husband kita dulu!
Perlahan-lahan Tengku Harriz mengukirkan senyuman.
'Sweet dreams'
BUKA sahaja mata dia terpandang syiling yang berwarna putih. Bibir mengukirkan senyuman tatkala teringat akan mimpi yang indah. Dia dan Tengku Harriz yang bergelak tawa memimpin tangan anak perempuan mereka bermain salji. Bahagianya mereka di dalam mimpinya.
Badan mengiring ke kiri. Berkerut dahinya apabila mula tersedar akan dirinya yang terbaring di atas katil. Seingat dia, Tengku Harriz dan dia tidur di atas sofa dan selepas dia solat subuh pun mereka masih tidur di atas sofa namun kenapa dia terbaring di atas katil? Atau itu juga hanya sekadar mimpi?
Posisi badan di ubah kepada duduk. Mata meliar ke seluruh bilik mencari Tengku Harriz namun batang hidung lelaki itu langsung tidak nampak. Jam di dinding dipandang. Sudah pukul 11 pagi. Ouh patutlah tak ada.
Setelah membersihkan diri, dia turun ke bawah menuju ke dapur. Perut dari tadi berbunyi diminta untuk diisi. Bibir mengukirkan senyuman lebar tatkala melihat Tengku Harriz yang membelakanginya sedang melakukan sesuatu. Melihatkan barang-barang masak penuh di atas Kitchen Island, mungkin lelaki itu memasak.
"Tak pergi kerja?" tangan erat memeluk Tengku Harriz dari belakang.
Terkejut seketika dia dengan kemunculan Farhana Sofea yang memeluknya dari belakang.
"After lunch" tangan mengupas bawang. Perilaku Farhana Sofea yang memeluknya dari belakang dibiarkan.
"Masak apa?" kepala disengetkan sedikit mengintai apa yang dilakukan oleh Tengku Harriz.
"Ikan Asam pedas"
Membulat mata Farhana Sofea mendengar Tengku Harriz ingin masak ikan asam pedas. Favourite dia!
"Ehem"
Kepala menoleh memandang ke belakang. Terbuntang dia melihat mak mertuanya sedang tersenyum lebar memandangnya. Pelukan dilepaskan. Tersengih dia pada Tengku Farihah sambil kaki jalan menghampiri mak mertuanya itu untuk bersalaman.
"Mama bila datang?" tangan dihulurkan untuk bersalaman.
"Pagi tadi lagi"
Air liur ditelan kelat. Dia sudahlah enak je tidur kat atas. Pukul 11 baru nak bangun!
"Mama datang melawat Hana demam. Ingatkan Riz masuk kerja pagi ni, itu mama datang nak teman Hana. Dah sihat?" telapak tangan berlabuh pada dahi menantunya.
"Dah" kepala diangguk laju. Lagipun dia bangun je ada cool fever yang melekat di dahinya. Itupun dia sedar bila terpandang cermin.
"Baguslah. Ni mama nak bagitahu yang malam ni ada dinner Royal family. All Tengku's relatives will be there. Mama harap Hana dan Harriz pergilah. Lagipun Hana first time dinner family kan ? So mama nak tayang anak menantu mama yang cantik ni malam ni" diusap lembut kepala anak menantunya itu.
Mendengar kata-kata itu mahu tercekik dia. Nak tayang dia pada saudara mara Tengku Harriz? Cukuplah masa wedding mereka, dirinya diperkenalkan pada ahli keluarga lelaki itu. Sudahlah ramai. Kadang rasa dirinya tak layak berdiri bersama mereka semua.
"Hana tu demam. Tak payah la dia pergi. Kan makin melarat demam dia nanti" sampuk Tengku Harriz. Tangan mengacau ikan asam pedas di dalam periuk. Dia risau kalau Farhana Sofea berasa tidak selesa nanti.
"Ehh takpe takpe. Hana dah sembuh. Nanti Hana datang dengan Harriz" bibir mengukirkan senyuman. Tidak mahu dia menghampakan mak mertuanya itu.
"Okay. Kalau macam tu mama pergi dulu lah. Nak singgah butik kejap"
"Mama taknak makan dulu?"
Kepala digeleng.
"Mama dah janji nak lunch dengan kawan mama"
"Ouh" dia mengekori langkah Tengku Farihah ke pintu. Tangan dihulurkan untuk bersalaman sekali lagi.
"Malam ni datang tau"
"Okay mama" tangan dilambaikan pada mak mertuanya dengan senyuman.
Hilang sahaja daripada pandangan, dia menuju ke dapur semula. Dihampiri Tengku Harriz yang sedang minum air masak. Dengan selambanya dia memeluk lelaki itu dari depan. Dagu menongkat pada dada lelaki itu. Halkum yang bergerak-gerak kerana menelan air dipandang. Tangan mula mengusap halkum lelaki itu.
Haihh, addicted betul dia dengan halkum Tengku Harriz! Nampak seksi sangat!
Air yang ditelan hampir sahaja membuat dia tersedak. Random betul kelakuan Farhana Sofea. Susah dia mahu menjangka perbuatan gadis itu.
"Stay away from me" tangan menolak dahi Farhana Sofea supaya menjauhinya. Namun gadis itu makin mengeratkan pelukan sambil tersengih memandangnya dengan tidak bersalah.
"I nak masak ni Hana. Lepas" tangan yang memeluk pinggangnya cuba dileraikan.
"Tak. Nak"
"You memang suka kacau I tengah masak kan?" kaki melangkah ke depan sehingga belakang Farhana Sofea melanggar Kitchen Island di belakangnya. Gelas di letak di atas Kitchen Island sebelum tangannya berpaut pada Kitchen Island, mengunci gadis itu kanan kiri.
"Haah" Tangan yang memeluk pinggang Tengku Harriz kini melilit leher lelaki itu. Bibir tidak henti senyum sambil anak mata melirik pada bibir yang seksi! Makin lama makin dia tergoda dengan Tengku Harriz!
Tengku Harriz mengetap bibirnya. Perbuatannya yang mengunci gadis itu kanan kiri kini langsung tidak menggoyahkan gadis itu. Makin berani ye isterinya sekarang?
Melihat Farhana Sofea yang ingin mendekatkan muka dengannya segera jari terlunjuknya melekap pada bibir gadis itu. Tahu apa yang ingin dilakukan oleh gadis itu.
"In your dream" bibir mengukirkan senyuman sinis.
Tersebik Farhana Sofea. Kenapa Tengku Harriz makin lama makin jual mahal dengan dia? Geram pula dia! Ada juga yang kena gigit dengan dia lagi!
"Now let your hand go. I nak sambung masak" tegas Tengku Harriz berkata. Ada juga kering kuah ikan asam pedas yang sedang mendidih itu.
Farhana Sofea mendengus geram, tidak berpuas hati tidak mendapat kiss daripada lelaki itu. Lilitan pada leher Tengku Harriz dileraikan. Tapi tidak semudah itu dia melepaskan lelaki itu pergi. Digigitnya belakang telapak tangan Tengku Harriz sekuat mungkin. Ambik kau!
"Sakitlah you!!"
Tengku Harriz memandangnya tajam sambil menggosok telapak tangannya yang beberkas dengan gigitannya.
"Padan muka! Buerkk!!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro