Bab 33
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
********
"YOU poison me"
Mata dikerdipkan berkali-kali memandang Tengku Harriz yang berdiri di depannya dengan kepala yang mendongak. Senyuman sinis yang terukir di bibir lelaki itu menyentakkan dia ke alam yang sebenar.
Tangan menolak Tengku Harriz ke belakang. Dia segera berdiri dengan muka yang membahang. Apatah lagi dia baru sedar akan mata-mata yang memandang.
"Pa...panas. I nak duduk dalam" langkah diorakkan menuju ke office kecil Tengku Harriz.
Kening terjongket memandang Farhana Sofea yang hilang di sebalik office kecilnya. Tadi kemain cium dia dengan selamba tapi bila dia balas balik hilang terus gadis itu dari pandangan. Digeleng-gelengkan kepalanya. Badan dipusingkan mahu menyambung masak spaghetti carbonara.
"What are you looking at?" soalnya apabila sedar akan mata staf yang memandangnya tidak berkelip.
Terus semua gelabah membuat kerja masing-masing. Bibir mereka tidak henti mengukirkan senyuman lebar. Orang lain yang bercium tapi mereka pula yang tersenyum-senyum. Bukan apa, boss mereka itu dikenali dengan hati yang beku dan anti perempuan. Namun bila melihat aksi bercium tadi dengan mereka sekali cair dengan kelakukan boss mereka.
"Damn it. I'm gonna lose myself" Mira yang merupakan salah satu staf dapur mengajuk ayat yang dikatakan oleh boss mereka tadi sebaik sahaja lelaki itu masuk ke dalam office membawa satu pingggan dan satu cawan ke dalam.
"You poison me" ujar Lily pula. Bukan setakat mengajuk ayat boss mereka tetapi dengan perbuatan boss mereka sekali. Pipi Mira dipegang.
Mereka berdua gelak kecil.
"Amboi amboi sakan nampak?" tegur Puan Wati yang merupakan ketua staf dapur.
"Mestilah Kak Wati. Tak nampak ke Encik Harriz buat apa tadi?"
"Dengan Lily sekali yang melting. Dah la masak untuk isteri sendiri lepastu buat aksi cium macam Kdrama pula. Sweetnya!" tersenyum-senyum Lily teringat peristiwa tadi. Untungnya jadi isteri boss mereka !
"Ehh jangan lupa yang kamu tu dah ada tunang oii Cik Lily"
"Ni kalau tunang Lily tak macam Encik Harriz, Lily hantar balik kat mak dia!"
"Haiihh Mira pun sama. Kalau boyfriend Mira tak sweet macam Encik Harriz memang Mira hantar dia balik kat mak dia!"
Tergeleng-geleng Puan Wati melihat karenah Lily dengan Mira. Mereka ni kalau bergabung memang haru dapur! Mata dikalihkan memandang ke office, bibir mengukirkan senyuman. Dia yang sudah bertahun-tahun bekerja di sini lebih masak dengan perangai Tengku Harriz. Melihat lelaki itu sudah jumpa kekasih hati, dia turut bergembira sekali.
Kepala semakin ditundukkan sehingga mukanya itu hampir masuk ke dalam pinggan. Masih malu dengan kejadian tadi. Sudahlah semua staf di dapur melihat kejadian itu. Mana dia mahu letak muka? Tadi pun terus dia bergegas mahuk ke office Tengku Harriz.
"You bukan tadi kata ada meeting ke?" soalnya setelah lama berdiam diri atau lebih tepat dia mahu menghalau lelaki itu.
"Dah cancel"
"Apa? Cancel ?"
Kepala terus didongakkan. Sedar dengan perbuatannya itu, kepala ditundukkan balik. Kenapa cancel pula meeting?
"Hmm, tapi I still kena pergi sana balik. Ada hal sikit" tutur Tengku Harriz yang sedang menahan senyum. Gadis itu memang langsung taknak pandang dia ke apa?
"Dah tu pergilah" Mahu cepat-cepat dia menghalau lelaki itu. Nak makan tidak tenang rasanya apatah lagi lelaki itu sedari tadi memandangnya. Duduk di depannya dengan tangan yang memeluk tubuh, memandangnya makan. Mana dia tak malu?
"After you eat. We will leave together"
"Lepas makan, I boleh balik sendiri naik grab"
"Nope. You kena follow I ke sana. It won't take a long time. Then, kita balik"
Farhana Sofea mendengus kasar. Tak faham ke yang dia tidak selesa dan malu untuk berhadapan dengan lelaki itu setelah apa yang terjadi?
"Malaslah nak tunggu you. Daripada tunggu you, baik I pergi office I balik."
"You tu demam. Suhu badannya you dahla tinggi. Kalau pengsan macam mana?'
"I tak rasa lembik pun badan I. Masih kuat bertenaga" ujarnya. Walapun suhu badan dia tinggi, tapi dia masih ada tenaga untuk buat kerja. lagipun kalau semakin layan badan yang demam, semakin lembik badannya nanti. Dan dia pun dah biasa jadi independent.
"One more excuse, I will kiss you again"
Serta merta fikirannya teringatkan akan hal tadi. Dia yang mulakan langkah dahulu tapi akhinya dia yang terciduk.
"Fine" ujarnya mengalah. Penat kalau bergaduh mulut dengan lelaki itu. Memang takkan menang punya!
JAM dikerling beberapa kali. Sudah sejam lebih dia menunggu Tengku Harriz di dalam kereta. Kata lelaki itu sekejap je dia mahu naik ke atas tapi dari tadi tak turun-turun. Dia yang tertidur dan bangun semula pun lelaki itu masih belum turun. Ada juga dia drive kereta Audi ini balik ke rumah seorang diri.
Whatsapp app dibuka. Termenung melihat chatnya yang masih belum berbalas. Akhirnya dia menekan voice call namun panggilannya itu tak berjawab.
Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya.
Malas mahu menunggu lagi, dia membuat keputusan untuk naik ke atas. Langkah dihentikan di depan lift VIP. Tersenyum bibirnya melihat nama lift VIP yang tertera. Tidak semua orang mendapat access untuk naik lift VIP. Namun dia dengan berkahwin lelaki itu, terus dia mendapat access untuk naik lift VIP walaupun dia tidak bekerja di sini.
Langkah masuk ke dalam lift.
"Hana?"
Kepala terangkat memandang Nadhira Zulaikha. Terus bibirnya mengukirkan senyuman yang lebar.
"Ira! Lamanya tak jumpa kau!"
Badan Nadhira dipeluknya erat. Rindu akan gadis itu yang sudah lama tidak berjumpa sejak dia kahwin degan Tengku Harriz. Ini baru ada peluang dapat bertemu gadis itu. BUkan tidak mahu berjumpa, tapi dia busy dengan kerja.
"Kau buat apa datang KL?"
Nadhira mengeluh kecil
"Amsyar tu lah, rindu kat papa Harraz dia. Seminggu tak jumpa, meroyan budak tu kat kampung. Si Raz tu satu hal, busy dengan kerja sampaikan tak datang jenguk Amsyar"
Farhana Sofea ketawa kecil. Dia faham dengan kerja Tengku Harraz yang baru mengambil alih syarikat Tengku Hadif, bapa mertuanya. Lagipun lelaki itu baru nak berjinak dengan perniagaan jadi agak susahlah untuk ada masa yang terluang seperti sebelum ini.
"Ye ke Amsyar rindu? Entah entah mak si Amsyar tu yang rindu"
"Ehh kau! "
Lagi sekali dia ketawa kecil.
"Tapi kenapa kau datang sini? Mana Amsyarnya?"
"Dengan papa Harraz dia lah. Aku datang sini sebab nak ambil file Harraz kat Harriz. Anak aku tu taknak berenggang langsung dengan Harraz. Dia lupa agaknya sapa yang lahirkan dia." ujar Nadhira berbaur jealous dengan hubungan akrab Amsyar bersama Tengku Harraz.
"Ala nanti nanti kau dapatlah tu luangkan masa dengan Harraz."
"Bukan itu lah maksud aku!"
Pecah ketawa Farhana Sofea dapat mengenakan Nadhira. Lama tak menyakat kawan baiknya itu sebelum ini. Sedar tak sedar mereka semua sudah mempunyai life masing-masing.
"Kau dengan Harriz sekarang macam mana?" soalnya mahu menukar topik.
Farhana Sofea terdiam. Dia sendiri tidak tahu hubungan mereka macam mana.
"Entah"
Berkerut dahi Nadhira.
"Kau gaduh dengan dia ke?"
Kepala digelengkan.
"Habistu?"
Keluhan dilepaskan.
"Kau tahukan sebab apa aku kahwin dengan Harriz?"
Nadhira mengangguk kepalanya.
"We just live like usual. Dia dengan life dia. Aku dengan life aku"
Lama Nadhira memandang Farhana Sofea. Dari keluhan gadis itu, dia tahu sesuatu.
"Kau cintakan dia kan?" tembaknya.
Perlahan-lahan Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Dia pun baru sedar dengan perasaannya terhadap Tengku Harriz.
"Habistu sekarang apa masalah? Cerita kat aku"
"Aku.....aku tak tahu dia cintakan aku ke tak" tersenyum nipis dia.
Dia tahu yang Tengku Harriz selalu mengambil berat akannya tetapi lelaki itu cintakah dia? Sayang ke dia? Atau mengambil berat kerana hanya menjalankan tugas sebagai seorang suami?Baginya perbuatan tidak menjamin lelaki itu cinta dan sayangkan dia. Dia juga ingin mendengar perkataan cinta dan sayang dari mulut lelaki itu. Dari hati lelaki itu.
Act of service and words of affirmation.
Dia mahukan itu daripada Tengku Harriz.
"Kau tahu....action speak louder than word but action without word is confusing"
Sekali lagi, keluhan kecil dilepaskan.
"Apakata kau goda dia? Buat dia betul-betul jatuh cinta kat kau?" terjongket-jongket kening Nadhira memberi cadangan.
"Gila kau! Taknak aku!"
"Taknak sudah. Kalau terlepas kau juga meroyan nanti!" usai bercakap, Nadhira keluar daripada lift. Dituju ke office Tengku Harriz untuk mengambil file Tengku Harraz
Bibir diketap.
Goda Tengku Harriz? Macam mana dia mahu menggoda lelaki itu sedangkan tadi pun mukanya begitu membahang apabila Tengku Harriz mencium dia? Kepala digeleng-geleng. Nantilah dia fikir.
Langkah Nadhira dikejar. Berkerut dahinya melihat Nadhira yang tidak masuk ke dalam office Tengku Harriz bahkan menyandarkan badannya ke pintu.
"Kau bu......"
"Shhhh. Aku dengar suara perempuan"
Farhana Sofea mengerutkan dahi. Telingannya turut diterkap pada pintu yang terbuka sedikit. Jelas mereka mendengar suara perempuan dari office Tengku Harriz. Macam kenal suara perempuan itu! Berdebar-debar jantungnya mencuri perbualan Tengku Harriz bersama perempuan itu atau lebih tepat bekas tunang lelaki itu, Sofea Qaisara.
"Apa yang I perlu jelaskan lagi supaya you faham I, Harriz?
Tengku Harriz mendegus kasar. Missed call dari Farhana Sofea yang sengaja tidak diangkat itu dipandang lama.
"Sayang, you dengar tak I cakap apa ni?"
Kepala menoleh memandang Sofea Qaisara.
"I yang patut tanya, you nak I jelaskan macam mana lagi supaya you faham yang WE ARE OVER!" rambut diraup kasar ke belakang. Stressnya dia menghadap Sara yang tak masih tidak faham mereka sudah tidak ada apa-apa hubungan!
"And please don't call me sayang"
"No, we're not over! You masih tunang I! I tak pernah putuskan pertunangan kita!"
Ayat itu membuatkan Tengku Harriz ketawa kecil. Geli hati betul apabila Sara memberitahu yang gadis itu tidak pernah putuskan pertunangan mereka padahal sudah terangya gadis itu yang tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka dan memalukan mereka sekeluarga?
"I think you forgot what you have done to me and my family. Nak I ingatkan balik ke? Yang you tak datang ke majlis perkahwinan? Yang you fly ke London malam tu juga? Yang you tinggalkan surat and bagitahu you tak dapat teruskan hubungan kita just because I have DID? Which part did you forget, Sofea Qaisara?"
Terkelu lidah gadis di depannya itu sehingga tidak lagi bersuara. Keluhan kecil dilepaskan. Mengingatkan hal yang lalu tidak semena-menanya membuatkan darah dia mendidih. Bagaimana perasaanya dimainkan dahulu namun sekarang gadis itu mahu get back dengan dia balik setelah dia sudah berkahwin? Semudah itu?
"I'm......I'm sorry. I menyesal. Please bagi peluang kedua kat I" langkah diatur menuju ke Tengku Harriz. Lengan Tengku Harriz cuba dicapai namun pantas sahaja lelaki itu mengelak.
Jantung semakin berdebar. Ingin sahaja dia menerjah masuk ke dalam namun dalam masa yang sama dia ingin mendengar jawapan daripada lelaki itu. Mahukah Tengku Harriz memberi peluang kedua kepada bekas tunangnya? Kalau ya, dia sendiri akan mengangkat kaki!
"Dah la Sara. I'm already married."
"Laki boleh kahwin empat. Apa salahnya kalau you pasang satu lagi?"
Pelipis dahi diurut. Makin lama makin pening dia dengan Sara. Kahwin empat? Satu pun dah cukup! Lagipun dia sekarang tentera. Ingat senang ke process nak kahwin lebih bila jadi tentera?
"You listen here, Sara. Let me make it clear and loud"
Nafas dalam diambil.
"Yes, I boleh kahwin empat and I mampu untuk pasang satu lagi but why do I need many wives when one is enough? For sure, it's not you. It's Hana and only her. If it's not her, I'll make sure it's her by hook or by crook" jelas dan nyata ayatnya itu dan dia berharap sangat Sara faham yang dia tidak mahu memberi gadis itu peluang kedua.
"Now, get out and jangan muncul depan I lagi lepasni"
Terdiam Farhana Sofea mendengar ayat yang dituturkan oleh Tengku Harriz sehingga dia tidak mampu lagi menahan dirinya daripada tersenyum.
"I think he love you too"
Bahu dijongket.
"Entah-entah dia cakap macam tu sebab taknak get back je" satu bisikan negatif berbisik di telinganya.
"Come on, Hana. Hmm apa kata kau goda dia dulu and make him tell you his feelings for you. CLEAR AND LOUD"
Farhana Sofea ketawa kecil namun tidak lama apabila pintu tiba-tiba dikuak kasar dari dalam. Mata memandang Sara yang sedang menahan emosinya. Gadis itu sedang merenungnya tajam, bagaikan apa yang terjadi antara dia dengan Tengku Harriz adalah kesalahanya.
"Kau dengar sini perempuan, I'm gonna make him mine!" seraya itu dia melangkah pergi.
Tengku Harriz mengerutkan dahi memandang Sara yang bercakap dengan entah siapa di depan officenya. Dia mula menuju ke pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat Farhana Sofea dan Nadhira sedang berdiri di depannya. Jangan kata mereka dengar perbualannya bersama Sara?
"Err Riz, Raz ada bagitahukan yang aku datang nak ambik file dia?"
"Ada. Jap aku ambil"mata memandang Farhana Sofea yang hanya diam.
File yang berada di atas meja diambil lalu dihulur pada Nadhira.
"Aku balik dulu. Bye Riz, bye Hana!"
Kepala dianggukkan.
"You ada kerja lagi ke?" kepala itu terangkat memandangnya. Mata dikecilkan memandang sepasang anak mata bewarna hitam. Entah apa yang difikirkan oleh gadis itu, dia sukar untuk baca.
"Tak. Jap I ambil barang"
Usai mengambil barang, mereka menuju ke lift. Senyap sahaja Farhana Sofea di sebelahnya tidak berkata apa-apa. Dia pula yang gusar dengan sikap pendiam itu.
"You dengar ke perbualan tadi?" kepala menoleh memandang Farhana Sofea.
"Entah"
Dipandang Farhana Sofea yang masuk ke dalam lift. Keluhan kecil dilepaskan sebelum dia turut masuk ke dalam. Namun hatinya yang gusar itu tidak berjaya ditepiskan apabila Farhana Sofea hanya diam sahaja. Entah kenapa dia rasa tidak tenang duduk.
"Hana, tadi tu......" bibir dikertap. Kenapa dia beria mahu memberikan penjelasan sedangkan gadis itu tidak berkata apa-apa? Bukan dia buat silap pun.
"Tadi...."
"She said she gonna make you her mine"
Bibir dikertap. Masih tidak faham bahasa lagikah si bekas tunangnya itu?
" It's not gonna happen"
"But what if.....what if I said I'm gonna make you mine. Will it happen?" satu langkah ke depan diambil. Berdiri bertentangan dengan Tengku Harriz. Anak mata coklat dipandang dalam.
Tengku Harriz hanya diam menatap anak mata bundarnya itu. Tampak terkejut lelaki itu. Mungkin tidak menjangka dia akan berkata begitu dan dia sendiri turut tidak menjangkanya.
'Kalau terlepas kau juga yang merana nanti!"
'I think he love you too'
Dia tekad! Nasihat Nadhira akan dia gunakan!
"I'm gonna make you mine, Harriz. Only mine!"
"I will not give a bullsh*t to that bit*h or any woman who wants to steal you from me. No tolerance will involve!"
**********
Go Hana go!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro