Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 32

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!

*********

"INI file yang Encik Ayyaz minta"

Mata yang sedari tadi memandang laptop dialihkan memandang Farhana Sofea yang sedang berdiri di depannya. Dahinya berkerut.

"Awak tak sihat ke? Pucat je muka"

"Ehh takdelah. Saya sihat je" ujarnya dengan kepala yang pantas digeleng.

"Ye ke? Emm apa kata awak half day je hari ni. Balik nanti singgah klinik ambik MC" tutur Ayyaz risau melihat muka pucat lesu gadis itu. Kan kejap lagi adakan pekerja dia pengsan.

"Takpe takpe Encik Ayyaz. Saya okay je. Lagipun saya nak pergi tengok museum kejap lagi"

Ayyaz mengeluh kecil. Faham benar dengan sikap pekerjanya itu yang lebih mementingkan projek berbanding diri sendiri.

"Awak memang takkan dengar cakap saya kan?"

"Macam Encik Ayyaz tahu, pekerja Encik Ayyaz yang sorang ni keras kepala" dia menayangkan senyuman.

Tergeleng-geleng kepala Ayyaz.

"Kalau tiada apa-apa, saya minta diri dulu"

Punggung dilabuhkan semula di tempat kerjanya. Jam tangan yang menunjukkan pukul 2.10 p.m dipandang. 20 minit lagi dia akan bergerak ke museum. Untuk tengok dan tolong apa yang patut. Hampir pukul 2.30 pm dia mula mengemas barangnya, menyusun dengan kemas biarpun dia akan datang sini balik. Tidak suka meninggalkan meja yang berselerak!

Tuk tuk

"Kejap ye Lar.....Harriz?"

Berkerut dahi melihat Tengku Harriz yang berdiri di tepi meja kerjanya.

"You buat apa kat sini?"

"Pick up you"

"Tapi belum pukul 5 lagi" tuturnya. Lelaki itu menghantarnya ke mari kerana keretanya dihantar ke bengkel setelah menemuinya kembali di bangunan usang. Habis pecah dan kemek keretanya itu.

"Yaz bagitahu yang you tak sihat and you degil taknak pergi klinik"

Bibir diketap. Tahulah mereka berkawan baik tapi Ayyaz tu satu hal! Kenapa dia pergi mengadu kat Tengku Harriz?

"Tapi I....."

"No excuse. I dah datang sini and I taknak keluar sini sorang"

Sekali lagi bibirnya diketap. Kalau itu yang dikatakan lelaki itu, better dia turut sebelum tercetusnya perang kedua.

"Ye lah. Kejap I bagitahu Lara dulu"

Kepala diangguk. Dia menapak keluar dari deparment tempat kerja Farhana Sofea. Menunggu gadis itu di luar kerana tidak suka akan pandangan oleh rakan sekerja gadis itu. Badan disandarkan pada dinding dengan tangan yang memeluk tubuh.

"Hai, kita jumpa lagi"

Kepala ditoleh memandang seorang gadis yang sedang berdiri memandangnya. Gadis tempoh hari ketika dia datang menjemput Farhana Sofea di museum. Tak silap dia gadis itu juga merupakan juniornya ketika high school.

"Datang sini buat apa?" soal Lara apabila melihat Tengku Harriz hanya diam.

Sudah terang-terang dia berada di department tempat kerja Farhana Sofea, gadis itu tanya lagi dia datang sini buat apa? Mahu sahaja dia membidas dengan kata-kata pedasnya.

"Pick up my wife" acuh tak acuh dia menjawab soalan itu.

"Pick up Kak Hana?"

"Ye lah. Siapa lagi? Takkan datang sini pick up you pula?" bidasnya kali ini. Gadis ini boleh tak tanya soalan yang masuk akal sikit! Sudah terang lagikan bersuluh dia kata jemput isteri, boleh tanya soalan itu pula!

"Haha kelakar juga awak ni"

Melihat gadis itu yang gelak malu-malu, mahu sahaja dia mengangkat kaki. Ditayangkan muka bekunya. Entah kenapa dari dia lihat gadis itu di museum ada sesuatu yang membuatkan dia tidak suka akan gadis itu. Seperti ada vibes yang negatif pada gadis itu.

"Kat sini pun Lara. Puas akak cari"

Kedua-dua kepala menoleh memandang Farhana Sofea.

"Emm Lara pergi musem sorang boleh ke? Akak nak pergi klinik. Tak sihat"

"Lara okay je. Akak cepat sihat tau. Nanti Lara rindu"

"Ada ada je. Akak balik dulu"

Kepala diangguk. Dihantar pasangan itu dengan ekoran mata sehingga hilang dari pandangan. Bibir mengukirkan senyuman sinis.

"Perempuan tu dah lama ke kerja kat sini?" soal Tengku Harriz sebaik sahaja masuk lift.

"Maksud you Lara?"

Kepala diangguk.

"Baru je sebulan"

"Kira you kenal dia baru sebulan?"

Farhana Sofea mengangguk kepalanya. Dahi berkerut memamndang Tengku Harriz yang banyak soal pasal Lara.

"Dia kata you senior dia masa high school. Betul ke?"

"Hmm. Don't be close to her. Something fishy about her" ujarnya sejurus itu keluar dari lift yang baru terbuka.

Firasatnya kuat menyatakan ada sesuatu yang aneh pada gadis itu. Tidak pelik ke gadis itu tiba-tiba kerja di sini dan banyak-banyak department, department Farhana Sofea juga yang dipilih? Lagi mencurigakan, gadis itu adalah junior high schoolnya yang dia pernah tolong ketika gadis itu dibuli. Dia tidak percaya akan kebetulan!

"Something fishy? Takkanlah. Dia baik je I tengok"

"Don't get manipulated by people's kindness"

Langkah Farhana Sofea terhenti. Dipandang Tengku Harriz yang masuk ke dalam kereta Audi R8 yang berwarna hitam. Mata dikecilkan memandang lelaki itu. Entah mahu turut atau tidak kata-kata lelaki itu. Tapi diikutkan, Lara banyak tanya pasal lelaki itu. Riang bercerita tentang bagaimana Tengku Harriz datang selamatkannya daripada dibuli.

Keluhan kecil dilepaskan.

Nanti-nantilah dia fikir !

Sebaik sahaja dia melangkah ke klinik, badanya yang terasa tidak panas tiba-tiba panas. Hidung yang elok je tiba-tiba selsema. Belum cakap pasal tekaknya yang terasa begitu kering. Padahal dari pagi tadi, dia rasa okay sahaja cuma kurang tenaga sikit.

Nak pula salah timing datang lepas waktu lunch. Memang panjang orang beratur. Patut tadi dia ikut sahaja kata-kata Tengku Harriz yang ingin membawa dia ke Secret Hunter Agency untuk memeriksa keadaannya. Nak pula dalam agency itu juga ada hospital kecil khas untut para pekerja agency itu.

Kepala menoleh memandang Tengku Harriz yang bermain phone. Berkira-kira mahu bersandar pada lelaki itu atau pun tidak. Tetapi kepalanya kian memberat. Kepala terasa tercucuk-cucuk akibat bau ubat-ubatan. Kurang gemar dia dengan bau klinik mahupun hospital!

Malas mahu fikir, disandarkan kepalanya pada bahu Tengku Harriz. Mata dipejamkan. Mungkin boleh tidur kut sekejap sambil menunggu nama dipanggil. Namun baru sahaja nak lelap, namanya sudah dipanggil.

"Suhu awak 38.6 Agak tinggi juga" tutur Doktor yang bernama Mira.

Farhana Sofea hanya tersenyum.

"Selsema, batuk, sakit tekak ada?"

"Selsema dengan sakit tekak"

Terangguk-angguk kepala Dr. Mira sambil menaip maklumat kesihatan Farhana Sofea pada komputer.

"Ada muntah-muntah ke?"

"Muntah takde tapi saya rasa loya. Sekarang pun" ujarnya memberitahu kondisi badannya. Sesekali matanya melirik pada Tengku Harriz yang diam sahaja sedari tadi.

"Nah, awak buat urine test dulu. Lepastu datang sini balik" satu cup dihulurkan pada Farhana Sofea.

Dahinya berkerut. Sepanjang dia demam datang klinik, tidak pula pernah disuruh membuat urine test melainkan ambik darah.

"Untuk apa doktor?"

Dr. Mira tersenyum. Dipandang dia dengan Tengku Harriz bersilih ganti dan dia faham maksud pandangan itu! Muka mula membahang. Mereka bilik pun berasingan apatah lagi bersama! Hanya dua tiga kali sahaja mereka sekatil dan boleh kira berapa kali mereka berciuman. Memang tidaklah dia pregnant!

"Err ni member saya Doktor. Bukan suami saya. Saya belum kahwin"

Nah ambik member terus dia bagi! Memberlah sangat padahal tadi elok je dia bersandar pada bahu lelaki itu. Air liur ditelan kelat. Kepala langsung tidak ditoleh memandang Tengku Harriz walaupun dia perasan lelaki itu memandangnya.

"Lah ye ke? Saya ingat korang suami isteri. Nampak padan korang dua"

Farhana Sofea tersenyum nipis.

"Hmm macam tu kita check darah awak je lah okay?"

Usai mengambil ubat di farmasi, mereka berlalu keluar menuju ke kereta semula.

"Harriz, lepas you hantar I, you masuk kerja balik ke?"

"Kenapa? Nak member you ni teman you kat rumah ke? Tak risau kena tangkap khalwat?"

Bibir diketap. Dia lupa perihal itu tadi!

"Habistu you nak I cakap kat Doktor yang kita ni tidur bilik asing dan bersama pun tidak pernah? Macam tu?" ujarnya geram. Seatbelt ditarik kasar. Kira elok dia mengaku member daripada mengaku yang mereka tidur bilik berasingan dan tidak pernah bersama walaupun sudah kahwin berbulan-bulan!

Kepala ditoleh memandang ke tingkap. Tiba-tiba rasa mahu menangis!

"Masuk kerja balik. I ada meeting"

Baru mahu mulakan perjalanan tetapi tidak terjadi apabila bunyi sesuatu menyapa gegendang telinganya. Kepala ditoleh memandang perut Farhana Sofea sebelum memandang gadis itu yang sedang mengetap bibir.

"You tak lunch ke?" soalnya. Baru sejam lebih waktu lunch. Takkan dah lapar?

"Tak" jawabnya acuh tak acuh. Bukan tidak mahu lunch tapi tiada selera.

"Kita singgah kedai makan dulu. I teman you makan" jam tangan dikerling. Rasanya sempat kalau dia menemani gadis itu makan dahulu.

"Takde selera"

Mata mengecil memandang Farhana Sofea yang jawab acuh tidak acuh. Merajukkah gadis itu?

"Atau you nak I masakkan untuk you?"

Segera dia menoleh memandang Tengku Harriz. Perkara ini dia mahu cakap ketika menanya lelaki itu pulang ke rumah atau datang kerja balik.

"Boleh ke? Tapi you ada meeting"

Kepala diangguk.

Dia membawa Farhana Sofea ke Lestaria Cafe memandangkan balik ke rumah akan memakan masa yang lama.

"Takpe ke kita masuk dapur cafe ni?" soal Farhana Sofea risau apabila mereka main terjah sahaja masuk ke dapur. Tapi ttidak adalah pula mana-mana staf yang menghalang mereka daripada masuk ke dapur.

"It's my cafe. What's wrong with it?"

"Ca....cafe you?"

Langkahnya terhenti. Lestaria cafe yang dia selalu datang makan dan lepak ni adalah cafe milik Tengku Harriz? Kenapa dia tidak pernah tahu pun pasal ini? Lelaki itu pun tidak pula cerita pada dia yang cafe ini dimiliki olehnya sebelum ini.

"Mind our business. Just do your job"

Farhana Sofea hanya tersenyum memandang staf dapur yang melihat mereka berdua. Seperti arahan Tengku Harriz, mereka menyambung membuat kerja bahagian masing-masing. Tidak mempedulikan mereka berdua. Jadi betullah cafe ini dimiliki oleh Tengku Harriz?

"So you nak makan apa?"

"Spaghetti semalam"

Meleleh air liurnya teringat spaghetti carbonara semalam. Tapi sayangnya sudah dihabiskan olehnya semalam. Kalau tidak dia boleh panaskan balik.

Kepala diangguk.

"You pergi duduk kat office I. Kat sini panas"

"Taknak. I nak tengok you masak"

Punggung dilabuhkan di kerusi yang tidak jauh daripadanya. Dari situ dia melihat Tengku Harriz membuang blazer yang berwarna marron dari badannya. Melipatkan lengan kemeja hitam hingga ke siku. Membuang necktie yang melilit lehernya lalu membuka dua butang kemeja dari atas. Segak lelaki itu yang mengenakan seluar maroon dengan kemeja hitam.

Air liur ditelan kelat.

Kenapa handsome dan hot sangat lelaki itu?

Dan tak sangka pula baju mereka sama padan. Dia pula memakai blazer dan seluar slack berwarna hitam manakala kemeja di dalam berwarna marron sama warna dengan shawlnya. Patutlah Doktor mengatakan mereka sama padan.

"Jangan renung sangat. I suami orang. You kan member je" perli Tengku Harriz yang perasan akan renungan Farhana Sofea.

Entah bila lelaki itu datang ke mari, dia tidak perasan. Tengku Harriz yang meletakkan blazer dan necktie di atas pahanya dipandang tajam. Tidak habis-habis dengan perihal itu! Ada je topik yang mahu digaduhkan dengannya!

Tidak lepas matanya memandang Tengku harriz memasak spaghetti carbonara untuknya. Boleh dikatakan Tengku Harriz sama naik taraf dengan chef yang lain. Sememangnya tidak dapat dinafikan yang lelaki itu buka setakat handal berlawan bahkan handal memasak juga. Kalau lelaki itu tidak bekerja di Secret Hunter Agency, mungkin lelaki itu dapat menjadi chef yang terkenal.

Langkah diatur pada Tengku Harriz.

"You memang sellau masak ke kat sini?"

"Tak. I cuma akan masak kalau ada customer special"

Dahi berkerut.

"Special? Kiranya I dalam golongan special lah ni?"

Tengku Harriz meletakkan pisau.

"You rasa?" Kanan kiri Farhana Sofea dikepung. Keningnya dijongket.

Kelat air liur ditelan apabila Tengku Harriz mengunci dia kanan dan kiri. Muka mereka sengaja didekatkan oleh lelaki itu. Sesekali dia memandang kanan dan kiri, risau jika staf lelaki itu melihat perbuatan mereka.

"Harriz, malulah orang tengok"

Lengan kanan Tengku Harriz ingin dialihkan, ingin duduk di sana kembali. Menyesal pula dia datang ke sini. Namun, dirinya masih dikunci kanan dan kiri.

"You haven't answer my question yet"

"You haven't answer my question either"

Bibir diketap.

"I rasa..."

Senyuman terukir di bibirnya.

"I rasa I yang paling special"

Mata melirik pada bibir lelaki itu. Entah dari mana dia mendapat keberanian, bibirnya dan bibir Tengku Harriz dicantumkan. Bukan sekilas tapi dalam 10 saat macam tu. Gila! Dia memang dah gila! Tinggi sangat suhu badannya sehingga memutuskan wayar otaknya!

Melihat Tengku Harriz yang tergamam, dia segera menepis lengan yang menguncinya itu. Kaki berjalan semula menuju ke kerusi yang didudukinya tadi. Semoga tiada orang melihat perbuatannya tadi. Malu!

Pisau dicapai kembali. Dia menyambung memotong cendawan semula. Bibir yang mahu mengukirkan senyuman segera dipadam. Dipamerkan wajah yang beku seperti sedia kala walhal jantungnya sedang berdegup kencang. Lutut ketar-ketir akibat pinangan ciuman itu!

Luar biasa ciuman Farhana Sofea padanya sehingga sel-sel otaknya tidak mahu berhubung. Ketika dia yang mencium gadis itu tidaklah perutnya berirama sebegini. Namun pinangan ciuman dari gadis itu memberi effect yang teruk padanya. Dia tidak lagi boleh memasak dan menenangkan dirinya! Dia tidak lagi boleh berlagak cool!

Pisau yang dipegang dilantunkan, menarik perhatian staf dapur.

"Damn it. I'm gonna lost myself"

Tanpa menghiraukan pandangan stafnya yang memandang dia akibat pisau yang terlantung, dia berjalan menuju ke Farhana Sofea yang memandangnya terpinga-pinga. Tangan memegang kedua-dua pipi Farhana Sofea sebelum badan direndahkan untuk mencium bibir mungis milik gadis itu. Mata dipejamkan.

Bibir mengherotkan senyuman sinis. Bibir Farhana Sofea dilepaskan setelah kian lama. Tercungap-cungap nafas mereka.

"You poison me"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro