Bab 3
FARHANA SOFEA berdehem seketika memandang pintu yang terpampang nama mamat poyo itu.
Chief Operating Officer Tengku Harriz Adham
"Tengku Harriz Adham" bibirnya meniti nama itu perlahan.
Tangannya mula mengetuk pintu office Tengku Harriz. Dia dah bagitahu mamat poyo itu yang dia sudah sampai. Apabila dibenarkan masuk dia terus melangkah masuk ke dalam. Jantungnya kian memainkan peranan. Mata liar mencari susuk tubuh mamat poyo itu.
Dahinya berkerut. Mana mamat poyo itu?
Pakkk
Satu benda menghinggap muka Farhana Sofea. Dia mengalihkan objek itu daripada mukanya. Kemeja berwarna maroon yang dipakai oleh mamat poyo tadi.
"Basuh" ujar Tengku Harriz bersama senyuman sinis. Tangan memeluk badannya. Punggung disandarkan pada mejanya. Kaki disilang. Dipandang muka gadis itu yang tidak berpuas hati apabila dia melemparkan kemejanya tepat mengena muka gadis itu.
"Tu je?" Soal Farhana Sofea dengan kening yang diangkat. Mahu dia memukul mulutnya sendiri. Pergi tanya tu kenapa? Sepatutnya dia cakap okay lepastu balik. Settle! Dasar mulut betul!
Melihat Tengku Harriz tersenyum misteri membuatkan dia semakin tidak sedap hati.
"Here"
Dahinya berkerut memandang satu kad yang dihulur oleh Tengku Harriz. Kakinya mula melangkah menghampirinya sebelum kad bertukar tangan kepadanya. Makin berkerut dahinya melihat kad itu yang tertulis 'Birthday Party Invitation'. Dah kenapa bagi kad itu kepadanya?
"Teman I pergi party tu and then kita settle"
Farhana Sofea diam sejenak cuba memproses kata-kata Tengku Harriz. Dia salah dengar atau mamat poyo itu cakap bukan-bukan? Dah kenapa dia pula yang diajak untuk teman? Ingat dia ada masa ke nak teman?"
"Why me?"
"Because you spitting your food on my face and my clothes."
"That's the problem. You tak risau I rosakkan majlis tu?"
Tengku Harriz mengangkat bahunya.
"Dare you"
Mata dijulingkan ke atas oleh Farhana Sofea.
"Betul-betul lah kenapa I?"
Keluhan kecil terbit dari Tengku Harriz.
"You nak settlekan hal tadi kan? So kerja you senang je teman I lepastu kita settle melainkanlah kalau you sanggup nak ganti kemeja I yan......"
"Okay okay fine!" Potong Farhana Sofea. Dia lagi sanggup teman Tengku Harriz ke birthday party daripada ganti baju kemeja yang beribu itu! Hangus duitnya nanti!
Tengku Harriz menarik senyuman.
"So just teman you pergi birthday party tu je kan?"
Tengku Harriz mengangguk kepalanya. Hanya gadis itu yang terlintas di fikirannya untuk menemaninya ke birthday party tersebut. Lagipun dia selalu menolak untuk pergi mana-mana birthday party. Why not dia munculkan diri and show to everyone yang dia sudah completeley change to a grow man?
"Wait malam ni?" Terbuntang mata Farhana Sofea melihat tarikhnya yang merupakan hari ini! Birthday party itu akan diadakan malam ini jam 8 malam! Sekarang jam sudah hampir pukul 6 petang! Mana lah sempat! Dia nak fikir pakai baju apa lagi, nak gosok baju tudung lagi.
"Yes, so? Any problem?"
"Mana la sempat. Baju apa nak pergi sana pun I tak fikir lagi. You ingat perempuan bersiap kejap ke?" Ujar Farhana Sofea tidak berpuas hati. Mana-mana para gadis akan menyatakan tak sempat kalau tiba-tiba kena ajak pergi birthday party! Nak shopping pun dah tak sempat!
"I dah masak dah perangai perempuan. Wait"
Farhana Sofea hanya memandang Tengku Harriz yang mencapai iphonenya yang berada di atas meja lalu bercakap dengan seseorang. Tidak lama pintu office Tengku Harriz diketuk lalu muncul seorang lelaki yang dia rasa sebaya lelaki itu sedang memegang satu dress di tangan. Gaya macam pekerja tapi dia tidak tahulah pekerja kat sini atau lain.
"Here, Tengku Harriz"
"Thanks, Fiq" ujar Tengku Harriz kepada secretarynya itu.
"Wear it, tonight"
Farhana Sofea berpaling memandang dress berwarna biru tua itu yang masih dibalut dengan plastik.
"This dress?" Soalnya sambil menilik dress biru tua itu dengan berhati-hati. Dia mengukurkan ketinggiannya dengan dress itu. Memang padan dengan ketinggian yang 165 cm itu. Dress pun tidaklah ketat, tutup aurat memang menepati rasanya. Macam mana Tengku Harriz tahu size baju dia?
"Mana you tahu saiz I?"
"Just know that I am an observer"
Seram sejuk Farhana Sofea mendengar kata-kata Tengku Harriz. Mata lelaki ni jangan buat main! Risau pula dia. Sudah poyo janganlah miang! Meremang bulu romanya.
"Don't worry I'm not playboy and not like you think. I'm not interested on you" ujar Tengku Harriz yang mengerti akan renungan tajam Farhana Sofea itu.
"Mana ada I cakap apa-apa"
"Your eyes tell everything"
Farhana Sofea diam. Lelaki di depannya itu boleh baca fikiran dia juga ke? Sudah lah boleh tahu size baju dia, fikiran dia pun boleh baca ke? Seram!
"Whatever lah. I balik dulu"
"Malam ni sharp on 8 pm, I pick up you kat rumah sewa you"
"You tahu ke rumah sewa I kat mana?"
"What a stupid question. I have gone there a few times because of your friend"
Farhana Sofea mengerutkan dahinya. Kenapa sebelum ini dia tak pernah nampak pun batang hidung Tengku Harriz kat halaman rumah sewa dia? Misteri betul lelaki itu! Semua benda dia tahu pasal dirinya! Entah-entah kampung dia pun tahu kat mana?
"What are you waiting for? Baliklah. You don't have much time to prepare yourself"
Mata dijulingkan ke atas. Menyampah betul bercakap dengan Tengku Harriz.
"Whatever"
CERMIN panjang yang memantulkan dirinya yang memakai dress berwarna biru tua yang dihiasi dengan manik-manik putih dipandang lama. Shawl yang berwarna baby blue dipakainya itu dibetulkan sedikit. Bibirnya dioles pula dengan lipbalm strawberry sebelum ditindih pua dengan lip matte.
Farhana Sofea tersenyum.
Nature beauty!
Sesekali memuji dirinya sendiri. Syukur yang mukanya itu sedia flawless jadi dia tak perlulah make up tebal-tebal. Hanya memakai bedak sedikit sahaja. Lepastu lipbalm sedikit. Dah cantik!
Outfitnya itu dikenakan dengan slindbag baby blue sama masuk dengan tudung dan heelsnya. Minyak wangi jenama Dior tidak lupa disembur pada badannya. Dia memandang dirinya buat kali terakhir di cermin sebelum berlalu keluar dari biliknya. Jam di screen iphonenya dipandang. Lagi 3 minit mahu pukul 8 malam.
"Wehh Hana cantiknya!" Puji Aufa yang turut keluar dari biliknya dengan memakai telekung.
"You're lucky to have a pretty bestfriend like me" ujar Farhana Sofea sambil memusingkan badannya. Berkembang dress itu jadinya. Terasa macam princess. Dia sudahlah jarang pakai dress.
"Kali ini aku tak nafi."
Mereka berdua ketawa kecil sebelum dikejutkan dengan hon kereta. Memang sharp pukul 8 malam, Tengku Harriz datang. Dia segera berlari ke bawah. Nasib dress tak ketat jadi bolehlah dia berlari.
"Enjoy your night with your new boyfriend, Hana!"
Sempat lagi Aufa menyakatnya. Kepalanya digeleng-gelengkan. Pintu rumah ditutup sesudah memakai heels. Dia berlalu ke kereta Mercedes Benz berwarna hitam di depan rumah sewanya itu. Dalam hati sempat dia mengutuk mamat poyo itu yang tak gentleman untuk bukakan pintu kereta untuknya.
"Kemeja you I tak sempat basuh nanti I bagi kat you" ujar Farhana Sofea memecahkan kesunyian. Dari dia masuk ke dalam kereta Tengku Harriz, lelaki itu tidak bercakap satu habuk pun. Hanya diam sahaja.
"Hmmm"
Kepala ditoleh memandang Tengku Harriz. Lelaki itu memakai knitwear hitam yang menutupi lehernya. Dipadan pula dengan jacket hitam dan seluar jeans yang koyak di bahagian lutut. Tambah lagi style rambutnya yang menambahkan lagi kekacakannya. Seriously nampak hot and sexy. Ehh jap apa yang dia mengarut ni?
"Kenapa tak tenung until we are arrive je?" Soal Tengku Harriz apabila Farhana Sofea berpaling memandang ke luar jendela setelah merenung mukanya lama.
"Ouhh boleh ke?" Ujar Farhana Sofea selamba. Daripada malu-malu terkantoi tenung anak teruna orang macam gadis lain baik dia cakap selamba je! Bukan dia lah nak malu kucing dengan lelaki!
Tengku Harriz mengjongketkan keningnya memandang Farhana Sofea. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.
"Up to you cuma jangan salahkan I kalau you jatuh cinta dengan muka handsome I ni"
Kini giliran Farhana Sofea pula tersenyum sinis.
"Sorry to said but I bukan jenis yang jatuh cinta sebab muka handsome. I ni jenis tengok perangai and perangai you buat I nak jauh-jauh dari you."
"Sure?"
"I bukan budak-budak to easily falling in love"
"Then, hold your words"
"Pretty sure"
Kepala mendongak memandang rumah banglo 3 tingkat yang berada di atas bukit. Kereta Mercedes Benz milik Tengku Harriz diparking jauh sedikit dari rumah banglo itu disebabkan kereta memenuhi kawasan rumah itu.
Tengku Harriz pun satu hal sepatutnya turunkan dia betul-betul depan pagar rumah banglo itu. Tak pasal kena mendaki bukit dengan memakai heels. Jelingan maut diberikan kepada Tengku Harriz yang berjalan di tepinya. Geram betul.
"If anyone else asks you who you're, just say you're my friend"
Kepala diangguk faham. Dia hanya diam mengikuti langkah Tengku Harriz masuk ke dalam rumah banglo itu. Matanya liar memandang sekeliling. Agak ramai orang dan boleh dikatakan kebanyakan dia tak kenal. Jadi dia merapatkan dirinya dengan Tengku Harriz. Kan tak pasal nanti ada orang tarik pinggang dia.
Birthday party yang diadakan ini dah macam kelab dah dia tengok. Pergaulan yang sangat bebas. Entah apa punya party Tengku Harriz bawa dia. Kalau ummi dia tahu ni mahu taknak mengaku anak.
"Yoo Tengku Harriz"
Farhana Sofea menoleh kepalanya memandang seorang yang memakai suit merah menghampiri Tengku Harriz yang sedang berbual dengan birthday boy tak silap dia,Tengku Daim Hayyan. Kalau tak silap dia buat search Tengku Daim Hayyan merupakan sepupu Tengku Harriz.
"Suprisingly to see you here" ujar lelaki yang memakai suit merah itu.
Matanya mengecil memandang lelaki itu. Macam pernah tengok muka itu. Sedang dia merenung lelaki itu, anak mata lelaki itu tepat memandangnya membuat mata mereka bersabung.
"Who's that beautiful lady beside you?"
Tengku Harriz hanya diam. Malas mahu melayan Dylan Shah yang sememangnya dia sangat annoying dengan lelaki itu. Bukan setakan annoying tapi tak suka!
"Hye pretty, I'm Dylan Shah"
Tangan dihulur kepada Farhana Sofea tapi Farhana Sofea hanya memandang sepi tangan itu. Gila ke mahu menyambut? Jadi dia hanya mengukirkan senyuman sambil perkenalkan dirinya.
"Hana" ringkas sahaja. Lagipun dia dah ingat siapa lelaki itu. Dylan Shah, anak Dato'. Boleh dikatakan seorang anak yang problematic.
"Hana. Hmm beautiful name for beautiful ladies"
Senyuman kecil diukirkan. Kalau perempuan lain dah terawang-awangan apabila dipuji begitu tapi tidak dia. Macam dia kata anak yang problematic. Dah tentu juga playboy.
"She must be important to you right, Riz? You rarely bring any girl with you except your ex. Who's she? Girlfriend? Fiance? Or you wif...."
"Girlfriend or fiance or my wife there's nothing to do with you. Who is she, it is none of your business" ujar Tengku Harriz dengan nada tegang. Muka pun dah semakin tegang.
"Wo guys. Enough. This my party. Jangan buat kecoh" Tengku Daim Hayyan menjampuk menghentikan mereka setelah lama berdiam diri.
"Enjoy okay?" Tengku Daim Hayyan mengheret Dylan Shah menjauhi Tengku Harriz dan Farhana Sofea.
"You lapar?" Soal Tengku Harriz memandang Farhana Sofea.
"Agaklah" ujar Farhana Sofea tanpa berlapik. Memang dia lapar pun sekarang. Balik kerja tadi tak sentuh apa-apa makanan. Jadi perutnya sekarang sedang berbunyi minta diisi.
"There's food. You nak makan ambiklah. I nak pergi kat Ayaaz. Nanti you pergi sana"
"Encik Ayaaz?"
"Hmmm tu"
Farhana Sofea berpaling memandang pada tempat yang dipandang oleh Tengku Harriz. Kelihatan Ayaaz sedang melambai tangannya pada mereka. Bibirnya mengukirkan senyuman. Okay cun ada geng nak berbual!
Farhana Sofea yang pada mulanya mahu mengambil makanan terhenti langkahnya mahu mara pada Tengku Harriz dan Ayaaz apabila beberapa perempuan menegurnya yang merupakan followers instagramnya. Tiba-tiba terasa dirinya famous apabila ada orang kenal dia.
"Gosh Hana, I suprise betul dapat jumpa you kat sini. I ingatkan salah orang dah tadi"
Farhana Sofea mengukirkan senyuman kecil.
"I pun tak sangka ada orang kenal I kat sini"
Yang nak makan bersama Tengku Harriz dan Ayaaz terus tak jadi. Dia pula leka berbual sambil makan dengan beberapa followers instagram dia itu. Dia memang suka layan followers instagramnya sampaikan lupa akan Tengku Harriz. Perempuan kalau dah borak memang lupa lelaki.
"Macam mana kau kenal Hana?" Ayaaz menyoal. Pelik dia melihat Tengku Harriz datang bersama Farhana Sofea yang merupakan pekerjanya itu.
"Coincidence"
Sesekali dia menoleh memandang Farhana Sofea yang rancak berbual tidak jauh darinya. Dari tadi dia perhati, risau juga kalau Dylan Shah tiba-tiba menghampiri Farhana Sofea. Bukan dia tidak tahu perangai Dylan Shah. Lagipun dia bawa Farhana Sofea ke sini jadi gadis itu merupakan tanggungjawab dia.
"OMG, you're so pretty Hana"
"Looks who talking"
Mereka ketawa kecil. Perempuan kalau tak tangkap gambar lepastu muat naik kat media sosial memang tak sah.
"Damn it, I need to go home. Bye Hana. See you again later"
"Yeah, kitorang balik dulu. Btw you memang humble and sporting. Suka dapat jumpa you depan-depan"
Farhana Sofea tersenyum. Tangan dilambai pada gadis yang bernama Melissa dan Aurora itu yang sudah mahu pulang itu. Setelah mereka hilang dari pandangannya, langkahnya dibawa menuju ke Tengku Harriz yang berdiri seorang diri berhampiran kolam. Ke mana Ayaaz pergi dia tidak tahu.
Sedang dia mahu menghampiri Tengku Harriz, langkahnya dihentikan oleh Dylan Shah. Nasib dia yang memakai heels tinggi itu tidak terpelecok apabila Dylan Shah tiba-tiba berhenti di depannya. Kan tak pasal dia jatuh ke dalam kolam.
"I still wonder who you are to him." Ujar Dylan Shah dengan tangan yang memegang satu gelas. Dipusing-pusing gelas itu sambil merenung wajah Farhana Sofea.
"Friend. We're just friend" jawab Farhana Sofea seperti mana Tengku Harriz bagitahunya tadi.
"I don't think so. I kenal Harriz. Dia bukan jenis suka bawa perempuan ke hulur ke hilir. Hanya sorang perempuan je dia selalu bawa ke mana-mana. Don't you want to know?"
"It's none of my business. I taknak tahu menahu hal dia"
Dylan Shah ketawa kecil. Boleh tahan gadis di depannya itu. Nampak seperti bukan seorang perempuan yang lemah. Ni buat dia makin ingin tahu siapa gadis di depannya itu buat Tengku Harriz.
"Funny. How interesting you are"
Farhana Sofea mengukirkan senyuman kecil. Dalam hati cuba bersabar. Kepala sesekali memandang Tengku Harriz yang bercakap dengan phone pulak. Taknak tolong ke dia ni!
Dylan Shah turut menoleh ke arah Tengku Harriz. Senyuman manis diukir sambil kaki semakin menapak ke arah Farhana Sofea.
"Let's see how important you're to him" bisik Dylan Shah pada telinga Farhana Sofea membuatkan dahi Farhana Sofe berkerut seribu.
"Wha...."
Kedebush
Badannya selamat ditolak oleh Dylan Shah ke dalam kolam.
"Hana!"
********
Next bab Hana gaduh dengan Dylan Shah and keluar sisi charming Tengku Harriz.
See you guys tomorrow. Insyaallah author update esok bab 4.
Jangan lupa votement
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro