Bab 28
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
**********
"UMI, jujur dengan Hana please"
Kepala ditundukkan. Jari bermain dengan hujung baju. Kalau boleh dia tidak mahu utarakan hal ini pada uminya lagi-lagi uminya belum sembuh sepenuhnya. Namun, kejadian semalam asyik membelenggu fikirannya. Asyik menghantuinya. Jadi, dia ke sini untu mencari jawapan daripada uminya.
"Apa jadi masa Hana berusia 7 tahun dan sebelumnya? Apa jadi 20 tahun yang lepas?" serak suaranya menanya. Dalam rasa ingin tahu, dia juga rasa takut. Takut untuk menerima hakikat yang sebenar. Takut kalau kebenaran yang akan diketahuinya akan membunuh semua semangatnya.
"Hana.......Hana tak bunuh orang kan?"
Puan Farah yang sedari tadi menundukkan kepalanya mendongak memandang Farhana Sofea.
Melihat pandangan uminya membuatkan dia semakin berdebar. Rupa seorang lelaki bercap hitam dan budak perempuan yang merupakan dirinya sewaktu kecil yang dipenuhi dengan darah sekali lagi terbayang. Tegak bulu romanya berdiri mengingatkan hal itu.
"Tak sayang......Hana tak bunuh sapa-sapa" pujuk Puan Farah apabila melihat badan anaknya menggigil kecil.
Lega.
Itu yang dirasakan sekarang. Dia fikir dia sudah membunuh lelaki yang bercap hitam sehingga lelaki itu datang menghantuinya. Namun kenapa lelaki bercap hitam dan dirinya ketika kanak-kanak dipenuhi dengan darah? Masih dia ingat bagaimana budak perempuan itu cuba mencapai tangannya dan memandangnya dengan penuh harapan. Seakan-akan meminta tolong dengannya. Seakan-akan mahu dia menarik mereka berdua keluar dari situ.
"Habistu apa jadi umi? Kenapa.....kenapa mereka datang menghantui Hana?" tidak mahu menangis di depan uminya namun dia tewas. Tewas selepas kejadian petang semalam menghantuinya. Bagaikan perkara itu pernah terjadi dalam kehidupannya. Bagaikan ianya adalah secebis memorinya yang telah dilupakan.
"Hana takut umi......Hana takut...."
Esakannya semakin kuat.
Semalam pun dia mengigau di tengah-tengah malam namun nasib baik ada Tengku Harriz yang memujuknya dan menemaninya.
"Umi.......Umi......"
Puan Farah turut menangis melihat anaknya yang selalu kuat kini sedang lemah di depannya gara-gara kejadian 20 tahun yang lepas yang mula menghantui anaknya itu.
"Umi minta maaf......" ditarik Farhana Sofea ke dalam pelukannya.
Namun untuk ceritakan apa yang terjadi, dia merasa sungguh berat. Berat hatinya untuk mengungkit cerita lama yang dah lama terkubur. Cerita yang penuh dengan duri. Cerita yang penuh dengan luka. Cukuplah 20 tahun lepas anaknya itu merana! Dan cukuplah anaknya itu juga merana 12 tahun lepas! Cukup!
Dia tidak mahu melihat Farhana Sofea terluka lagi dan lagi!
"Ayah.....ayah....Hana juga nampak ayah."
Dumm
Bagaikan dunianya sekali lagi hancur!
Puan Farah bagaikan terkejut dengan kenyataan anaknya itu. Walapun sebenarnya dia lebih tahu dari segalanya. Lebih tahu apa yang jadi. Tapi bila anaknya itu mula sebut tentang suaminya itu membuatkan dia semakin takut. Tubuh mula menggigil. Sejauh mana anaknya itu telah mendapat memori kanak-kanaknya kembali? Sejauh mana?
"Hana.....apa yang Hana tahu lagi?"
Pelukan dileraikan. Badan mereka dijarakkan. Perlahan-lahan kepalanya digelengkan. Hanya secebis itu. Hanya hela tawa ayahnya.
"Jadi betullah itu memori kanak-kanak Hana?" perit untuk menanya soalan itu. Perit untuk menerima apa yang terjadi semalam adalah secebis memori kanak-kanaknya yang hilang.
Puan Farah memejamkan mata. Dia bagaikan hilang kata. Tidak tahu ingin membicarakan bagaimana. Untu menidaknya, dia tahu anaknya lebih tahu dan faham.
"Hana lupakanlah....Jangan ingat"
"Macam mana.....macam mana umi?"
Kepala ditundukkan dengan sebal. Kenapa uminya tidak mahu menceritakan apa terjadi? Dia ingin tahu! Walaupun dia tahu perit untuk menelannya nanti. Tapi nanti tidaklah dia dibelenggu dengan apa yang terjadi semalam. Tidaklah nanti dia dihantui lagi sekali!
"Kalau umi taknak cerita, Hana akan tanya ayah."
Puan Farah mendongakkan kepalanya dengan mata yang terbuntang.
"Ayah ada dalam memori Hana yang hilang. Ayah mesti lebih tahu kan?"
"Tak....tak boleh! Jangan Hana..."
Kepala digeleng-gelengkan. Dato Khalish tidak boleh tahu Farhana Sofea mula ingat kejadian itu! Tidak boleh sekali-kali tahu!
"Kenapa umi? Tolonglah umi.....bagitahu Hana. Hana berhak tahu!"
Sedar yang dia terkuatkan suara pada uminya, bibirnya digigit. Melihat riak kecewa yang terpancar jelas pada muka uminya membuatkan dia rasa bersalah. Kepala ditundukkan.
"Sorry....Hana tak bermaksud nak kuatkan suara pa....."
Tubuhnya sekali lagi ditarik.
"Umi hanya nak yang terbaik untuk anak umi. Itu je"
Terasa belakang badannya digosok lembut oleh uminya. Dia hanya diam membalas pelukan uminya. Letih untuk bergaduh tentang isu semalam jadi dia membuat keputusan untuk tidak bertanya apa-apa lagi pada uminya. Dia tahu uminya takkan buka mulut ceritakan apa yang terjadi padanya.
JADI, dia kini berada di sini lagi. Di depan bangunan usang. Dia ternyata sudah gila! Berani dia jejak kaki ke sini lagi? Dan hanya datang seorang diri pula? Namun, hanya di sini dia akan mendapat semua jawapan dia! Hanya di sini semua persoalannya akan terjawab!
Hanya setapak dua dia berani melangkah masuk, kakinya terhenti. Tangan digenggam. Dia sungguh tidak berani ingin masuk ke dalam! Bagaimana kalau perkara semalam akan terjadi lagi? Bagaimana kalau dia tak dapat keluar dari bangunan ini?
Atau dia patut bawa Tengku Harriz ke mari?
Kebetulan, bunyi panggilan yang memaparkan nama Tengku Harriz terpampang di screen Iphonenya. Namun, dia teragak-agak untuk mengangkat panggilan itu. Confirm lelaki itu akan memarahinya jika dia beritahu yang dia ada di bangunan usang ini.
Bibir diketap. Lagi sekali Iphonenya berbunyi. Terjeda dia melihat nama Tengku Harriz yang terpampang.
Panggilan ditolak.
Baru ingin melangkah sekali lagi, namun bunyi geseran tayar kereta pada tanah menyentakkan dia. Kepala dipaling ke belakang. Takkan Tengku Harriz kut?
Dahi berkerut melihat 5 buah kereta hitam BMW mara ke arahnya. Segera dia menyorok di tempat yang berselindung. Kepala dikeluarkan sedikit. Mata tidak lepas memandang 5 buah kereta hitam itu parking mengelilingi keretanya.
Air liur ditelan kelat.
Beberapa lelaki yang kelihatan samseng keluar daripada kereta masing-masing. Gerun dia melihat mereka semua. Tahulah sekarang nyawanya di hujung tanduk kalau dijumpai mereka semua.
Sedang mereka cuba mengintai keretanya, salah seorang daripada mereka mengambil batu. Diangkat batu yang dipegang itu setinggi mungkin.
Prang
Berderai cermin kereta Hondanya itu!
Bibir diketap. Hati sudah mencarut pada lelaki itu. Melihat keretanya diceroboh membuatkan amarahnya semakin mencacak naik. Ni kalau bukan badan diorang yang semua besar-besar ni dah lama dia keluar melayangkan sepakan Farhana Sofea.
Beberapa file yang dijumpai di tempat duduk belakang dikeluarkan oleh seorang lelaki yang penuh tattoo di tangan.
Farhana Sofea mengigit bibirnya.
Itu file projeknya!
Kelihatan cermin kereta salah satu daripada beberapa kereta hitam itu diketuk dari luar. Laju orang di dalam menurunkannya. Namun dia tidak nampak siapa kerana terlindung oleh lelaki tadi!
"Kami jumpa ni boss"
Dipass beberapa file kepada bossnya.
Senyuman mengherot sinis setelah membelek file yang dijumpai anak buahnya. Ternyata tekaan tepat! Dia pernah lihat kereta honda itu! Ditutup kembali file yang penuh projek tentang renovation museum lalu dipasskan semula kepada anak buahnya.
Tangan dikepalkan.
Jadi hari ini sudah datang?
Masanya telah tiba!
"Bunuh dia"
"Baik boss!"
Dahi berkerut melihat mereka mengangguk kepala sesama sendiri. Apa jadi?
Bibir digigit tatkala melihat mereka mara ke arahnya. Segera dia menarik kepalanya semula. Dia berselindung di sebalik meja yang rosak. Tangan menekup mulut tatkala bunyi tapak kaki hampir dengannya menandakan mereka sudah masuk ke dalam bangunan.
Dalam debaran menyembunyikan diri, Iphonenya sekali lagi berbunyi. Membulat matanya ketika ini. Bunyi ringtone panggilannya nyaring berbunyi. Cepat-cepat dia menolak panggilan itu lagi sekali. Mampus dia!
Dup dap dup dap
Bunyi tapak kaki kedengaran makin hampir dengannya.
Air liur ditelan kelat.
Apa dia mahu buat?
Anak mata dipejam. Otak ligat berfikir. Dalam keadaan nervous sebegini, otaknya tidak mahu memberi kerjasama! Nafas dalam ditarik. Cuba menenangkan dirinya supaya dia boleh berfikir waras.
Mata terpandang satu kayu.
Bibir mula mengukirkan senyuman sinis tatkala idea mula terjah otaknya.
Perlahan-lahan tangannya mencapai kayu.
"Tenang Hana, tenang"
Nafas dalam ditarik sekali lagi. Bunyi tapak kaki didengarnya teliti. Makin lama makin dekat. Genggaman pada kayu dikuatkan.
Bang
Mahu luruh jantungnya mendengar bunyi jatuh di hujung sudut satu lagi. Kepala dikeluarkan sedikit. Melihat seorang lelaki mula membelakanginya kerana memandnag benda yang jatuh di hujung satu sudut lagi inilah peluang yang terbaik!
Kayu diangkat tinggi dan dengan sepenuh tenaga dia menghadiahkan pukulan pada belakang kepala lelaki itu.
Pakkk
Bunyinya agar kuat sehingga lelaki itu terpelanting ke dinding. Dia tersenyum sinis melihat lelaki itu shut down dengan hanya satu pukulan darinya.
Tidak melengahkan masa, dia mula mengangkat kaki. Mahu keluar dari bangunan usang itu namun tidak dijumpai pula pintu belakang! Takkan mahu keluar melalui pintu depan? Cari maut namanya!
Diterjah bilik ke bilik mencari tingkap yang terbuka yang membolehkan dia terjun keluar dari tingkap memandangkan dia masih berada di tingkat bawah. Tapi kenapa takde satu bilik pun yang bertingkap?
Dalam frust, dia seraya tidak sengaja terlanggar sesuatu besar. Kepala yang berpinar dipegang. Apa benda keras sangat? Sakit tahu kepala dia! Kepala didonggakkan memandang benda di hadapan.
Setapak demi setapak dia mengundur kebelakang. Air liur ditelan kelat. Ini manusia rupa gajah ke apa? Badannya begitu besar! Tattoo naga penuh di badan. Sakit kepalanya mendongak memandang lelaki itu!
"Err hai?"
Kening terangkat.
"Orang kata sebelum memulakan sesuatu, kena kenal-kenal dahulu. Nama siapa?"
"Kau ingat aku ada masa ke nak berkenalan dengan kau?" bentak lelaki itu.
"Amboi garangnya dia. Tanya sikit je pun"
Farhana Sofea tersenyum kecil melihat lelaki itu yang memandangnya kecil besak kecil besar.
"Janganlah garang-garang nanti perempuan semua lari. Single sampai tua baru tahu!"
"Habistu nak kena buat apa kalau taknak bagi perempuan lari?"
Mata bersinar-sinar. Senyuman semakin melebar. Masa untuk open table!
"Nak tips tak?"
Perlahan-lahan kepala diangguk.
Farhana Sofea memandang sekeliling. Melihat tiada orang selain mereka berdua, dia mengajak lelaki itu masuk ke dalam bilik yang terletak hujung sekali. Mereka berdua duduk bersila di atas lantai memandang satu sama lain dengan serious.
"Sebelum tu nama siapa?" soalnya ingin kenal-mengenal dengan musuh di depannya itu.
"Haru"
"Haru? Haru yang bermaksud day in korean atau haru yang bermaksud spring in japanese?"
Berkerut dahi Hari cuba mencerna kata-kata gadis di depannya itu. Apa yang gadis di depannya itu mengarut. Sayang muka cantik tapi tak betul!
"Err nevermind. So macam ni, senang je sebenarnya nak tackle perempuan. First kena senyum. Jangan tunjuk muka garang-garang"
"Smile" jari diletak di bibir lalu ditunjuk pada Haru cara untuk senyum. Melihat lelaki itu cuba melakukan perkara yang sama membuatkan dia terhibur. Dengan lagak Haru itu dia merasakan lelaki itu comel.
"Haa macam tu macam tu. Perghh handsome!"
Ditepuk tangannya dengan excited. Seketika dia lupa dia berada di mana.
Haru turut tergelak kecil.
"Lepastu rambut. Gaya rambut ni macam tak kena lah dengan Haru. Nampak samseng sangat. Sikat ada sikat?"
Sikat yang dibawa ke mana sahaja dia pergi, dikeluarkan dari poket belakangnya. Dia sangat mementingkan gaya rambut, namun tidak lah pula dia tahu gaya rambut undercut dengan rambut yang terpacak di tengah-tengah tidak sesuai dengannya.
"Wahh mantap ada sikat!"
Haru tersenyum bangga.
Dibiarkan rambutnya diubah suai oleh perempuan di depannya. Dengan penuh kesabaran dia menanti gaya akhir rambutnya. Melihat perempuan di depannya itu kejap ke kanan kejap ke kiri membuatkan dia makin berdebar-debar untuk tahu hasil akhir.
"Fuyoo macam suami aku"
Tersenyum bangga dia mengubah suai rambut Haru seperti Tengku Harriz. Tidaklah terlalu sama kerana rambut Tengku Harriz lebih lebat berbanding Haru. Tidak dinafikan dia sangat suka dengan gaya rambut Tengku Harriz. Dua tiga helai yang berjuntai di depan. Kanan kiri yang tersikat rapi jika mahu pergi bekerja dan gaya rambut messy jika lelaki itu berada di rumah.
Kepalanya digeleng-gelengkan. Angau pula pada lelaki itu!
"Elok ke?"
Kepala menoleh memandang Haru semula.
"Elok sangat! Ni mesti semua perempuan cair nanti"
Phone dikeluarkan dari poket. Camera dibuka ingin melihat gaya rambut barunya. Bersinar-sinar matanya memandang diri sendiri. Bagaikan jatuh cinta dengan dirinya sendiri. Tidak dinafikan gaya rambut yang diubah suai oleh perempuan di depannya itu sangat elok!
"Lagi-lagi?"
"La......"
"Banyak kau punya lagi-lagi yee?"
Mata Farhana Sofea bersinar-sinar.
"Harriz!"
************
Double update for today !
Jap gi author post next chapter.
Jangan lupa votement!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro