Bab 25
You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan!
**********
MATA dibuka katup berkali-kali melihat muka Tengku Harriz sedekat ini. Digesel kedua-dua matanya itu untuk memastikan dia tidak berangan atau bermimpi melihat muka Tengku Harriz. Setahu dia lelaki itu menghilang tanpa khabar selama 2 minggu dan sekarang berada betul-betul di depan matanya.
"Tahula rindu I tapi tak payah lah renung macam tu sekali"
Tengku Harriz bercakap?
Terasa saraf-sarafnya mula berhubung, dia segera menolak lelaki itu.
Pakkkk
"Auchh, sh*t!"
Kepalanya yang terhantuk pada bumbung kereta dipegang. Niat mahu mencempung Farhana Sofea yang tidur di seat penumpang masuk ke dalam rumah bertukar tragedi.
"Patut I biar je you tidur sini" ujarnya dengan renungan tajam. Badan yang separuh masuk ke dalam kereta ditegakkan kembali. Berdiri di tepi pintu kereta dengan renungan tajam. Sakit betul kepalanya terhantuk pada bumbung kereta.
"Ada I suruh you angkut I ke dalam kereta? Tak kan?" matanya dipusing ke atas. Slindbag diambil lalu dia keluar dari kereta. Dirempuh kasar badan lelaki itu. Geram kerana menghilang 2 minggu tanpa khabar!
Namun langkahnya terhenti apabila merasakan sekelilingnya aneh. Matanya liar memandang persekitaran. Berkerut dahinya. Rumah siapa pula ni?
"Rumah kita" bisik Tengku Harriz yang berdiri di belakang Farhana Sofea.
"Rumah kita?"
Kepala menoleh ke kiri. Melihat anggukan daripada Tengku Harriz membuatkan hatinya mula berbunga. Rumah kita.
"Apartment you?"
"Apartment is apartment. House is house"
"Dah jom masuk"
Dia mula masuk ke dalam rumah mengikut langkah Tengku Harriz. Rumah ini dua tingkat dan agak besar untuk 2 orang duduk. Decorationnya sangat cantik. Elegant! Bagus betul taste Tengku Harriz, kena dengan jiwanya.
"Baju-baju kat apartment, I dah pindahkan semua ke sini"
"Bila masa you pindahkan?"
Lelaki itu tidak menjawab. Diendahkan soalannya itu dengan menaiki tangga ke atas.
"Kenapa tak stay je kat apartment?"
"Less security"
Dahinya berkerut. Punyalah begitu ketat security di apartment sana tapi lelaki itu bagitahu less security? Nak masuk keluar pun susah apatah lagi mahu menceroboh masuk. Entah-entah baru melepasi pagar dah kena tangkap.
"Tapi sini lagi lah takde security langsung"
Jawapan itu membuatkan Tengku Harriz tersenyum sinis.
"Nampak macam takde guard jaga kat luar tapi ada yang sedang memerhati"
Sekali lagi dahi Farhana Sofea berkerut. Dia cuba mengintai di sebalik tingkat dari tingkat 2. Sunyi dan tidak kelihatan seorang pun guard.
"Tapi kenapa perlu security yang ketat?"
Tengku Harriz berhenti melangkah. Badannya dipusingkan menghadap Farhana Sofea.
"Sejauh mana you pandai taekwondo?"
Berkerut lagi dahinya. Tengku Harriz ni hilang 2 minggu, balik-balik tiba jadi protective semacam.
"Black belt"
Tengku Harriz mengangguk kepalanya perlahan-lahan sebelum dia membuat serangan hendap pada Farhana Sofea.
"Noob"
Terkial-kial Farhana Sofea memegang dengan Tengku Harriz yang mencengkam lehernya itu. Sudahlah badannya dihantuk ke dinding secara tiba-tiba. Lepastu dilabel pula noob.
"Manalah I tahu you nak buat serangan! Kalau you bagitahu I dah prepare awal-awal"
Bibir Tengku Harriz mengherot ke atas.
"Enemy kalau nak serang, dia akan beritahu dulu ke yang dia nak serang?"
Farhana Sofea memandang tajam.
"Tapi I bukan enemy you, I isteri you"
"Yes, you're my wife but are you sure I'm not your enemy?"
Semakin berkerut dahinya mencerna kata-kata itu. Takkanlah yang berdiri di depannya ini adalah Tengku Harraz? Dia kenal susuk tubuh Tengku Harriz. Dia tahu membezakan mereka berdua.
"You ni hilang 2 minggu ada terhantuk kepala kat mana-mana ke?"
Cengkaman pada leher Farhana Sofea dilepaskan. Bahunya diangkat seraya itu menuju ke beranda di bahagian ruang tamu di tingkat atas tersebut.
Matanya dipejam merasakan deruan angin malam yang meniup tubuhnya. Teringat kejadian petang tadi.
Flashback
"Kau nak terus pergi jumpa Hana ke?" soal Razul yang baru sahaja tiba di pangkalan bersama yang lain setelah menyelesaikan misi mereka selama 2 minggu.
"Hmmm"
Kepalanya diangguk. Farhana Sofea tidak tahu dia balik hari ini. Dia pergi menjalankan misi pun tidak memberitahu gadis itu. Menghilang sebegitu sahaja.
Phone yang berbunyi dikeluarkan dari poket. Nama Black yang tertera membuatkan dahinya berkerut. Jika Black menelefonnya, pasti ada benda mustahak yang ingin diberitahu padanya.
Seperti yang diberitahu Black, dia tiba di bangunan lama di mana tempat yang pernah mengurung dia dan Tengku Harraz. Dipandang bangunan itu lama dari luar. Sudah lama dia tidak menjejak kaki ke sini. Buat pertama kali dia datang ke sini kembali sejak pernikahannya bersama Farhana Sofea.
Ketukan pada cermin kereta menyentakkan dia.
Pintu kereta dibuka. Dia mula keluar dari kereta Audi, mengikut langkah Black menuju ke dalam bangunan. Tiba di tempat biasa, ada tulisan spray yang berwarna merah. Menyatakan amaran kepadanya.
'You really get on my nerves, but it's okay this time I will get on your nerves'
"This, aku jumpa gambar ni tertampal kat situ. This time they are not messing around"
Terbuntang matanya menyambut kepingan gambar tersebut.
"Fu*k!"
Tanggan menggenggam penumbuk sehingga renyuk kepingan gambar itu dibuatnya. Urat semakin timbul menahan amarah yang membuak-buak namun cuba dikawal agar sisi demonnya tidak terkeluar.
"So kau nak buat apa?"
"They wanna play a games, I will play a games too"
Gambar yang sudah renyuk itu dipandang dengan renungan tajam.
"You lay your finger on my girl, I'll laugh as your blood pours out of your mouth and smile as your skull bounces off a curb"
End flashback
Terasa genggaman pada lengannya membuatkan dia membuka matanya kembali. Anak mata dikalih memandang tangan Farhana Sofea yang memegang lengannya. Didonggak pula kepalanya menentang anak mata hitam gadis itu dengan kening yang terangkat
"Control your anger kalau taknak dia keluar" ujar Farhana Sofea yang perasan akan urat-urat yang timbul dari genggaman Tengku Harriz pada besi penghadang. Tahulah dia lelaki itu sedang menahan amarah.
Dia mengangguk kepalanya.
"Lepas ni setiap weekend belajar self defense dengan I"
"So sudden?"
Kepala diangguk.
"At least you can protect yourself if I'm not around"
"The one that I need to protect myself from is you. He"
Faham pada siapa Farhana Sofea rujuk tapi itu bukan hal besar. Bahaya manapun Adham dia tidak akan bunuh Farhana Sofea. Tidak seperti musuhnya. Mengingatkan kepingan gambar yang terdapat Farhana Sofea membuatkan dia tidak tenang.
Dia tahu itu bukan sekadar amaran, malah akan terjadi betul-betul. Disebabkan itu dia perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Keluar dari apartment yang dimiliki oleh CR Alpha Corporation. Tidakkah bahaya untuk mereka stay di situ jika orang yang ingin menyerang mereka adalah orang dalam? Cuma dia tidak tahu siapa.
"Something fishy. Ada apa-apa yang terjadi ke?"
Tengku Harriz diam menatap Farhana Sofea.
"Nothing. Just be careful" ujarnya sebelum beredar dari situ.
"Bilik you hujung sana"
Farhana Sofea mengecilkan matanya memandang Tengku Harriz sehingga hilang dari pandangannya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki itu!
"Aku kena siasat!"
MATA mengecil memandang ke hadapan. Kepala dikeluarkan sedikit memandang gerak geri itu. Sudah macam penyangak dia sekarang, memerhati setiap perlakuan Tengku Harriz. Dari lelaki itu keluar dari bilik ke dapur, dia mengikut lelaki itu dari belakang.
Badan disandarkan pada dinding semula. Hujung jemari menyentuh dagu. Lagak sedang berfikir dengan serious.
"Hmm takde benda yang curiga pun"
Aneh dia dengan perlakuan lelaki itu tadi.
"Apa yang curiganya?"
"Opocot hantu Kak Limah gigi jongang!"
Tengku Harriz diam berdiri memandang Farhana Sofea yang terkejut. Bibir diketap. Muka berkerut. Namun dia sudah tidak dapat tahan lagi. Akhirnya pecah jua tawanya.
"Alahai muka handsome macam ni dipanggil hantu Kak Limah hmm?" ujarnya lalu sambung ketawa lagi.
Bukat setakat gadis itu telatah menghiburkan hatinya, namun riak wajah gadis itu dan tindak balas gaya badannya sangat menghiburkan dia.
"You patut bersyukur I panggil you hantu Kak Limah. Kalau I panggil you pak kodok mahu terciduk terus" ujarnya sambil menggosok dadanya. Mahu terkeluar jantungnya disergah sebegitu rupa.
"Pak kodok cute apa?"
Mata dijeling pada Tengku Harriz. Melihat lelaki itu yang masih dengan sisa tawanya membuatkan dia makin geram.
"Baiklah, pak kodok"
"And for you, suits with Mak Kodok"
"Eww! Buruk! You sorang je lah jadi kodok. I taknak"
Tergeleng-geleng kepala dia membayangkan Mak Kodok. Dengan badannya yang bulat dan lembik! Binatang yang paling dia tidak suka sekali. Menggelikan!
"Aikk kita kan suami isteri. Kalau I Pak Kodok, you mesti Mak Kodok"
"Kalau macam tu I tarik balik kata-kata I"
Farhana Sofea mengangkat tangannya tanda surrender. Kalau berlawan mulut dengan Tengku Harriz, memang dia takkan pernah menang. Ada je lelaki itu mahu mengenakan dia balik.
Tengku Harriz tersenyum bangga, menang dalam perbalahan mereka.
"Mana you pergi 2 minggu ni?" ujarnya berdiri di beranda di tingkat 2. Pandangan dilemparkan pada kolam yang terbentang luas di bawah mereka.
Hampir 2 minggu lelaki itu pergi bekerja. Langsung tidak menghantar mesej apatah lagi menelefonnya. Tahu- tahu lelaki itu sudah pulang.
"Kerja"
"Ye lah I tahu. Kat mana?" Dengus Farhana Sofea.
"Mana-mana I diperlukan"
Jawapan Tengku Harriz itu memang membuatkan dia ingin menolak Tengku Harriz ke kolam dari tempat beranda itu.
"You kalau bagi jawapan memang saja nak bagi I naik angin kan?"
Dijongketkan bahunya pada gadis itu. Memang tidak akan dia beritahu di mana dia berkerja. Selagi identiti yang bertugas sebagai tentera itu tidak diketahui oleh gadis itu, selagi itu dia akan sembunyikannya.
"Tak important pun. Yang pasti I balik dengan selamat" cawan yang berisi air neslo yang dibawa dari dapur sedari tadi diperlawa pada gadis itu.
"Cara cakap macamlah you berperang selamatkan negara" perli Farhana Sofea. Air neslo dihirup sesedut.
"Memang pun"
Hampir tersembur air neslonya itu.
"Euww tolonglah. You bukan selamatkan negara, you makin meruntuhkan negara adalah dengan kerja mafia you tu" sekali lagi dia memerli Tengku Harriz namun kali ini lelaki itu diam tidak membalas apa-apa.
Seketika suasana diam menyepi.
Farhana Sofea menikmati air neslo yang dibuat oleh Tengku Harriz dengan angin yang meniup lembut. Sesekali dia memejamkan matanya. Terasa tenang dadanya kali ini.
Kesempatan itu diambil oleh Tengku Harriz merenung Farhana Sofea dari tepi dalam diam. Rambut panjang yang ditiup angin sesekali membuatkan hidungnya menangkap aroma yang wangi. Di saat gadis itu ingin menoleh cepat-cepat kepalanya menoleh ke hadapan.
"I caught you"
Kepala ditoleh melihat Farhana Sofea yang mengangkat keningnya dengan bangga.
"Cakap je lah yang you admirer dengan kecantikan I ka........."
Cawan yang dipegang hampir mahu terlepas tapi sempat digenggam oleh Tengku Harriz. Terasa pinggangnya ditarik rapat. Bibirnya dicium lembut oleh lelaki itu. Badannya hanya kaku tidak memberi respon apa-apa. Masih terkejut dengan tindakan lelaki itu yang mencium bibirnya.
Bibirnya terasa dilepas seketika. Mata dibuka menentang anak mata coklat itu. Desah nafas Tengku Harriz yang mengena mukanya membuatkan mukanya semakin panas.
Lama mereka merenung satu sama lain. Membiarkan mata yang berbicara. Membiarkan bintang dan bulan menjadi saksi yang sebenarnya mereka merindui satu sama lain sepanjang tidak berjumpa 2 minggu ini.
Sekali lagi bibir mereka dicantumkan. Dia yang hanya memakai baju tidur crop top bersama seluar panjang diambil kesempatan lelaki itu mengelus lembut pinggangnya. Sentuhan itu betul-betul membuatkan otaknya tidak berfungsi.
"I kiss you because I know, you miss me so bad"
Farhana Sofea diam menghadam kata-kata itu. Mata dicelik. Statik dia berdiri di situ dengan tangan yang masih memegang cawan. Dipandang Tengku Harriz yang mula menjarakkan badan mereka dengan bibir yang mengukirkan senyuman sinis membuatkan dia tersedar ke alam nyata.
"I rindu you? Memang tak la!" bentaknya.
Kaki melangkah masuk ke dalam. Mahu cepat beredar. Mukanya sudah pasti membahang sekarang. Namun tidak sesaat, dia kembali ke beranda semula merenung lelaki itu tajam.
"Berani you kiss I? Ni haa balasan!"
Disemburkan air neslo yang tersisa ke arah lelaki itu. Matanya membulat luas di saat Tengku Harriz melompat terjun dengan begitu bergaya dari beranda ke kolam yang betul-betul berada di bawah beranda itu. Sempat lelaki itu mengenyit mata kepadanya sebelum tenggelam di dalam kolam.
"Arghhh bencinya!"
Bibir diketap menahan geram. Dia merenung Tengku Harriz yang timbul di permukaan air dengan tajam. Melihat Tengku Harriz yang ketawakan dia dari atas semakin bengang hatinya. Seronok yaa nampak usik dia selepas hilang 2 minggu?
"You tunggu Harriz, I balas balik nanti!"
"I dare you!"
Farhana Sofea tersenyum sinis.
Cawan diletakkan di bawah lantai. Badan direnggang-renggangkan.
Dushh
Bunyi percikan air yang kuat.
"You ingat you sorang je boleh lompat dengan bergaya? I pun bolehlah" ujarnya setelah timbul di permukaan air. Muka yang basuh diraup dengan tangan.
Tengku Harriz yang hanya respon dengan mengangkat bahu dipandang dengan air liur kelat. Lelaki itu sedang terapungkan dirinya di hujung kolam. Tangan yang meraup rambut basah ke belakang seraya tidak sengaja menunjukkan betapa hotnya lelaki itu lagi-lagi dalam keadaan tanpa baju.
Entah bila dibuang baju dari badannya.
"Tenung je memanjang, cairlah tu"
"Bi.....bila?" dipercikan air pada Tengku Harriz.
"Mana ada I pandang you! I pandang belakang you tu"
Tengku Harriz menahan senyum. Macamlah dia tidak tahu anak mata hitam itu merenungnya bagai nak tembus.
"Hmm siapalah yang nak pandang kita ni kan?Ada DID pula tu."
Ehh ke situ pula dia!
"Jangan nak jadi sad boy sangatlah you! Ada fans berjuta. Sekali petik jari, bersusun nak you. Tak ke macam tu?" sekali lagi dia memercikkan air pada Tengku Harriz.
Kalau lelaki itu membuka jawatan untuk menjadi isteri lelaki itu, confirm ramai yang mohon. Hairan juga kenapa dia yang dipilih untuk menjadi isteri lelaki itu!
Kali ini Tengku Harriz membalas balik percikan air padanya. Terpejam matanya mengelakkan air daripada masuk ke dalam mata. Muka diraup dengan telapak tangan. Buka sahaja matanya, Tengku Harriz sudah berdiri tegak di depan dia. Agak rapat.
Entah bila lelaki itu ke mari, dia tidak sedar.
"Nak buat macam mana? Berjuta-juta fans pun but my eyes are only on you"
Smooth.
Dup dap dup dap
Mata tidak lepas memandang sepasang anak mata coklat. Berdiri dekatnya mereka sehingga dapat merasakan tamparan nafas Tengku Harriz pada mukanya. Kalau dekat lagi, mungkin Tengku Harriz akan mendengar degupan jantungnya yang kian rancak.
Berdirinya di tengah kolam dalam keadaan dekat begini, tidak menafikan dia bahawa lelaki tinggi lampai di depannya itu sangat hot dan handsome. Abs yang terukir di badan menambahkan lagi keseksian lelaki itu. Sepasang mata coklat yang turut cantik memang akan buat para gadis jatuh cinta termasuk dirinya.
Namun dia, layakkah untuk mencintai dan dicintai oleh lelaki itu?
Kepala ditunduk. Masa silam mula menghantuinya. Dia tidak layak!
"Ni pickupline yang dah lapuk ni. Tak de yang lain ke?" setelah sekian lama berdiam, akhirnya dia bersuara.
"Takde. Takut you je makin tergoda nanti. Risau malam ni, katil I kena panjat dengan you" selamba Tengku Harriz menggelengkaan kepala sambil acah menutup badannya yang terdedah dengan tangan.
"Jangan mengarut!"
Terlepas ketawa Tengku Harriz melihat muka kemerahan gadis itu! Mungkin gadis itu turut membayangkan katilnya dipanjat oleh gadis itu.
"Arghhh! I really hate you, Tengku Harriz!"
Air dipercikan pada Tengku Harriz seraya itu dia berenang ke tepi. Lama-lama dalam kolam dengan lelaki itu lain pula jadinya nanti.
"I hate you too, Farhana Sofea!"
**********
Nah bagi diorang sweet sikit sebab lepasni more heartbreaking scenes!
Enjoy!
Jangan lupa votement!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro