Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 17

LANGKAH Tengku Harriz yang semakin jauh dikejar oleh Farhana Sofea yang memakai heels sambil mulut terkumat-kamit mengata lelaki itu yang meninggalnya jauh dibelakang. Namun di saat pintu dewan terbuka luas, langkahnya sekali lagi berhenti. Dipandang orang-orang di dalam dewan CR Hotel Grand itu yang semestinya merupakan ahli CR Alpha Corporation.

Air liur diteguk kasar.

Buat pertama kali dia menjejaki kaki ke majlis besar yang diadakan oleh CR Alpha Corporation walaupun ayahnya turut dari ahli itu. Tidak pernah dia dijemput dan dia juga tidak ingin menjejaki kaki ke sini. Kalau ayahnya, Dato Khalish nampak batang hidung dia kejap lagi ni, memang gaduh besar la.

"Why are you still standing there, Farhana Sofea? "

Mata dialih memandang anak mata coklat yang dingin menatapnya yang mengenakan suit maroon yang sama padan dengan dressnya.

"Harriz, you masuk sorang je lah. I nak balik"

Tengku Harriz mengecilkan matanya memandang Farhana Sofea sebelum melangkah menghampiri gadis itu. Tepat berdiri di depan gadis itu.

"Don't say that you're scared of your father?"

Farhana Sofea hanya diam. Tidak mengangguk dan tidak juga menggeleng. Jangan tanya macam mana Tengku Harriz tahu pasal ayahnya. Yang pasti segala maklumat tentang dirinya semua sudah diketahui oleh lelaki itu. There's no more secret about her, but a lot of secrets about him.

Keluhan kecil dilepaskan oleh Farhana Sofea.

"You know right my father told the world that Farhana Sofea is already dead. Tak ke kecoh nanti?"

Tengku Harriz tersenyum misteri.

"That's nothing for you to worry about. I have another suprise"

"Apa maksud you? Suprise apa?"

"Yang pasti you takkan jadi topik hangat besides others akan jadi topik hangat"

Berkerut dahi Farhana Sofea cuba memahami kata-kata Tengku Harriz. Namun belum sempat dia mahu membuka mulut, lelaki itu terlebih dahulu memegang pergelangan tangannya lalu menariknya masuk ke dalam dewan.

Bibir diketap oleh Farhana Sofea apabila mata-mata mula memandangnya dengan seribu soalan. Sudah semestinya mereka tertanya-tanya siapa gadis yang Tengku Harriz bawa ke majlis CR Alpha Corporation. Lagi pula lelaki itu jarang menghadirkan diri ke mana-mana majlis seperti ini.

Dewan mula riuh dengan mulut yang berbisik satu sama lain. Yang pasti ada beberapa mata mencerlungnya tajam bagai mahu telan dia di saat dia melalui satu meja bulatan VVIP. Siapa lagi kalau bukan ayahnya, Dato Khalish dan juga isteri tercinta di sebelahnya.

"Hana, datang pun. Mama ingat tak datang"

Senyuman diukirkan buat mama Tengku Harriz iaitu Tengku Farihah dan juga pada Tengku Hadif. Dia baru saja berjumpa dengan parents Tengku Harriz 3 hari lepas. Tak macam apa yang Tengku Harriz kata, kedua-dua mereka baik sahaja menerima kedatangannya walaupun ada awalnya terasa canggung dan pergaduhan mulut sedikit akibat hubungan Tengku Harriz yang tidak berapa baik dengan parentsnya.

"Duduk sini. Mama tak sabar nak kenalkan Hana sebagai bakal menantu mama" Tengku Farihah menepuk kerusi disebelahnya menyuruh Farhana Sofea duduk di situ.

Punggungnya dilabuhkan pada meja bulat itu. Sempat juga dia berbicara itu ini dengan Tengku Farihah sebelum majlis bermula manakala Tengku Harriz hanya diam sahaja disebelahnya menatap Iphone sedari tadi sehingga majlis bermula. Nampak sangat tidak berminat dengan apa yang dikatakan oleh Chairman di depan. Baik tak payah datang!

"You"

"Hmmm?" Mata masih memandang screen phone. Tangan pantas menaip.

"I nak pergi toilet jap"

"Okay"

Farhana Sofea pantas bangun. Niatnya bukan nak ke tandas sangat pun tapi mahu ambil udara kejap kat luar. Sama macam Tengku Harriz, dia pun tidak berminat ingin tahu perihal CR Alpha Corporation.

"So both of you will get married?"

Kepala ditoleh memandang ke belakang. Seorang perempuan yang memakai dress putih turut keluar dari dewan. Lama dia merenung bekas tunang Tengku Harriz sebelum kepalanya diangguk perlahan.

"Congrats"

Farhana Sofea menyimpulkan senyuman canggung.

"Thanks"

"Untung Harriz kan dapat perempuan yang boleh terima kisah silam dia"

"Well, past is past. He also deserves a better life"

Ketawa kecil oleh gadis itu membuatkan Farhana Sofea mengerutkan dahinya.

"If you know what he did in the past, I don't think you will accept him especially we're a women. You don't know his past, aren't you?"

Entah kenapa dia tiba-tiba terasa mendidih dengan soalan yang diajukan oleh Sofea Qaisara. Gadis itu nampak lembut sebelum ini tapi malam ini lain sedikit. Ataupun the true colour is reveal by her.

"Let's just say, we both have our past and we accept them by keeping them a secret and moving on"

"But the truth will not forever be hidden"

"For sure but......"

"Honey"

Kepala ditoleh memandang Tengku Harriz yang menghampiri mereka berdua. Anak mata coklat itu bersilih ganti memandang mereka berdua sebelum tepat berhenti pada anak mata hitamnya.

"Let's come in"

Kepala digeleng.

"I belum pergi toilet lagi"

"Then, I will go with you"

Sempat dia tangkap mata tidak kepuasan oleh Sofea Qaisara apabila Tengku Harriz berjalan melepasinya seperti dia tidak wujud di situ. Langung tidak menegur bekas tunangnya itu. Hanya sekadar eye contact sahaja. Itu pun acuh tak acuh.

"You tak nak cakap dengan ex you? " soalnya sambil menuju ke tandas bersama Tengku Harriz.

"For what? " kening dijongketkan oleh Tengku Harriz.

"Anything. Mana tahu you nak tanya dia banyak benda"

Tengku Harriz diam merenung Farhana Sofea lama.

"Mind our business"

Dengan itu, Farhana Sofea menyumpah dirinya dalam hati kerana berkata begitu. Matanya dijuling ke atas. Cakap dengan Tengku Harriz memang tak sah kalau dia tak sakit hati.

"Whatever! "

Tengku Harriz mengjongketkan kening pada Farhana Sofea. Tiba-tiba mood marah dah kenapa? Tergeleng-geleng kepala dia memandang Farhana Sofea masuk ke dalam tandas. Perempuan perempuan memang emosi tak stabil.

"Riz"

Kepala ditoleh memandang Sofea Qaisara.

"I nak cakap sikit dengan you"

"I tak ada apa nak cakap dengan you"

"But I ada"

Keluhan kecil dilepaskan oleh Tengku Harriz.

"Follow me"

Dia membawa Sofea Qaisara jauh daripada tandas dan dewan. Tidak mahu orang melihat mereka berdua berbicara lagipun dia akan memperkenalkan Farhana Sofea sebagai bakal isteri dia kejap lagi.

"You betul-betul cintakan dia? "

"If you just want to ask about my feelings for her then forget it"

"Wait! " tangan Tengku Harriz dicapai.

Terjongket kening Tengku Harriz memandang lengannya dipegang oleh Sofea Qaisara. Walaupun dia sudah memberi isyarat mata untuk melepaskan tangannya namun gadis itu semakin mengetatkannya sehingga dia membuat keputusan untuk menarik lengannya kasar.

"What do you want, Sara? We are over and there's nothing to talk about"

"I'm sorry. I'm sorry for what I did to you"

Tengku Harriz diam menatap anak mata hitam itu. Mencari keihklasan dari gadis itu.

"Then, I forgive you"

Sofea Qaisara tersenyum lega. Beban yang dia pikul selama bertahun-tahun akhirnya hilang.

"Thanks, Riz. Errr can we be friends again?"

Sekali lagi Tengku Harriz diam menatap anak mata itu yang penuh dengan harapan.

"We never can be friends again." ujarnya lalu meninggalkan Sofea Qaisara yang tampak terasa dengan kata-katanya.

Masuk sahaja dalam tandas setelah senyap-senyap mendengar perbualan Tengku Harriz dan bekas tunangnya langkahnya terus terhenti apabila terpandang perempuan berumur 40 - an di depan cermin tandas. Tajam mata itu menikam matanya. Malas nak bergaduh, dia memusingkan balik badannya. Mahu beredar dari tandas ini.

Baru tadi hatinya senang dengan apa yang dituturkan oleh Tengku Harriz, terus hilang mood dia apabila melihat mak tirinya.

"Kau memang ada niat lain kan datang sini? Sengaja nak rosakkan keluarga aku"

Farhana Sofea mengambil nafas dalam sebelum berpaling memandang Datin Dayah semula. Mak tirinya yang selalu tidak berpuas hati dengannya.

"Malangnya saya ke sini hanya kerana bakal suami saya saja"

"Bakal suami? Apa maksud kau?" Berkerut dahi Datin Dayah cuba mencerna kata-kata yang dilontarkan oleh Farhana Sofea.

"Harriz.....bakal suami kau? Kau nak kahwin dengan dia??! " terjerit kecil Datin Dayah apabila berjaya menangkap kata-kata gadis itu. Dengan siapa lagi kalau bukan dengan Tengku Harriz yang membawanya ke sini.

Senyuman manis dilontarkan oleh Farhana Sofea.

"Unfortunately, yup. We will married soon"

"Apa dia kau cakap?!"

Mengaduh kecil Farhana Sofea apabila bahunya ditarik kasar dari belakang.

"Ayah"

"Kau ulang balik apa yang kau kata tadi! " jerkah Dato' Khalish.

Farhana Sofea mengetap bibir menahan rasa apabila dijerkah oleh ayahnya. Bergema suara jerkahan itu di dalam tandas. Nasib tiada orang lain di sini melainkan mereka bertiga.

"Hmm. Fea akan kahwin dengan Harriz. Soon"

Dato' Khalish mengetap rahangnya. Kedua-dua bahu Farhana Sofea dicengkam kuat.

"Kau jangan mimpi nak jadi sebahagian CR Alpha Corporation! "

"Fea tak hamak semua itu! Fea bukan macam ayah yang gilakan harta! "

"Kau memang kurang ajar kan? "

Tangan diangkat oleh Dato' Khalish namun terhenti menyebabkan Farhana Sofea tergelak kecil.

"Kenapa tak tampar je anak kurang ajar ayah ni? Tamparlah macam yang ayah tampar sebelum ni! Kenapa? Takut? Takut nanti jadi perbualan hangat? " sengaja Farhana Sofea mengapi-apikan kemarahan Dato' Khalish.

"Kau! "

Lagi sekali Dato' Khalish mengangkat tangannya bersedia untuk menampar Farhana Sofea manakala Farhana Sofea pula bersedia menerima tamparan itu. Memang dia sengaja kerana dia ada niat yang lain. Biar semua orang tahu malam ni macam mana kelakuan Dato' Khalish yang sebenar.

Namun tiada bunyi tamparan yang kedengaran.

"Don't you dare to slap her, Dato'"

Keras dan tegas suara itu menyapa gegendang telinganya membuatkan Farhana Sofea membuka mata laju. Dipandang Tengku Harriz yang memegang lengan ayahnya. Muka lelaki itu begitu tegang dan matanya begitu tajam menatap anak mata bundar Dato' Khalish yang terkejut dan tidak berpuas hati

"This is our family matter"

Bibir Tengku Harriz tersungging sinis.

"She's my future wife. Anything relating to her is my business "

Pegangan Dato' Khalish pada lengan Farhana Sofea dileraikan kasar oleh Tengku Harriz sebelum dia menarik Farhana Sofea keluar dari situ. Terkejar-kejar langkah Farhana Sofea cuba mengejar langkah Tengku Harriz yang besar.

"Are you stupid or are you just being stupid?"

Farhana Sofea brek langkahnya dengan mengejut apabila Tengku Harriz tiba-tiba menghentikan langkahnya dan berpaling memandangnya. Hampir sahaja hidungnya yang mancung itu melanggar dada bidang Tengku Harriz.

"What?"

"Never let people do the same thing twice"

Farhana Sofea menggigit bibirnya. Faham akan maksud kata-kata Tengku Harriz.

"That's my purpose"

"By letting people hurt yourself?"

"It's none of your business!" dia berjalan melepasi Tengku Harriz dan juga melepasi pintu dewan. Sekarang ni dia mahu balik! Mahu order grab, mahu balik lepastu baring atas katil! Menyesal datang sini!

"Harriz!"

Lengannya cuba ditarik namun tidak terlepas dari pegangan Tengku Harriz.

"I nak balik lah Harriz! "

Tengku Harriz memusingkan badan memandangnya. Cukup dengan anak mata helang itu sudah mampu membuatkan mulutnya terkunci rapat. Amarah kelihatan membara pada anak mata coklat itu.

"Fine!"

Akhirnya dia akur lalu masuk ke dalam dewan semula. Dilabuhkan punggungnya disebelah Datin Farihah. Senyuman kecil dilemparkan pada Datin Farihah yang memandangnya sebelum anak mata bergerak memandang Tengku Harriz yang berjalan ke atas pentas.

Dahinya berkerut begitu juga dengan orang tua Tengku Harriz.

"There's something I want to announce"

Mata Tengku Harriz tiba-tiba memandang ke arahnya membuatkan dia mula tidak keruan. Jangan Tengku Harriz buat kerja gila sudah!

"I want to announce that I will get married soon with the girl who is sitting there"

Dengan itu semua mata kini tertumpu ke arahnya. Ada yang bertepuk tangan, ada yang mula berbisik dan ada yang mengucapkan tahniah terutama yang berhampiran dengannya.

Seraya itu juga terdapat beberapa staff sedang melakukan kerja mereka mengedarkan jemputan kad kahwin mereka yang dia tidak tahu sudah siap. Tersenyum malu dia memandang mereka semua. Memang nak kena betul si Tengku Harriz! Tak payah la nak announce bagai! Edar kad cukup je lah!

"And I have another suprise"

Semua mata kini kembali fokus pada Tengku Harriz dengan perasaan tertanya-tanya.

"Welcome back, my twins"

Pintu dewan terbuka luas. Seorang lelaki yang memakai suit hitam dan mukanya sebiji sama dengan Tengku Harriz berjalan di atas karpet merah menuju ke pentas. Ketika itu semua orang bagaikan terkejut termasuk dirinya yang tidak tahu akan hakikat Tengku Harriz yang mempunyai kembar.

"A....abang, anak kita Ha....Harraz masih hidup"

Kepala ditoleh memandang Tengku Farihah yang sedang berdiri dengan air mata yang bergelinangan.

"Hye, nice to meet my family back. I'm Tengku Harraz Akhtar. Harriz's twin"

Berkerut dahi Farhana Sofea mendengar nama itu.

"Akhtar?"

*********

Hyee guys!!!

Rindu Harriz and Hana tak?

Sorry lama tak update, tak sempat nak update. Nah author update. Harap tak bosan chapter ni. Lama tak menulis and idea pun taknak datang.

By the way Harraz is back!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro