Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 15

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan.

**********

"Di.....dia Sofea?"

Dylan Shah mengundur setapak ke belakang. Dipandang mummynya yang masih berdiam. Melihat reaksi mummynya itu jelas menjawab soalan dia.

"No! Mummy dah kata dia bukan siapa-siapa!"

"Tell me the truth, mummy! Apa ni? Mummy cakap Sofea dah mati"

"Yes dia dah mati! Budak tu dah lama mati!"

Hati yang sudah lama sembuh kini terluka kembali. Sofea. Gadis yang dulunya sangat penting dalam hidupnya. Ibarat adik kandung dari rahim sama, dia mencurahkan kasih sayang seorang abang kepadanya tatkala gadis itu disisihkan.

"Lan akan tanya dia sendiri!" Ujarnya lalu bergegas mendaki tangga.

"Lan! Dylan Shah! "

Farhana Sofea menarik nafas dalam sebelum mengangkat muka memandang ayahnya yang sedang merenung dia dengan tajam.

"Yang kau datang sini kenapa? Nak hancurkan keluarga aku?" Dato Khalish menyoal sinis. Ini kali pertama Farhana Sofea datang berjumpa dengannya setelah bertahun-tahun berlalu. Mereka ada juga terserempak di luar tapi masing-masing tidak buat kenal.

"Umi sakit" jawab Farhana Sofea.

"So? Dia sakit atau sihat, tak ada urusan dengan aku."

Farhana Sofea tersenyum sinis. Mahu ketawa mendengar kata-kata yang diutarakan oleh ayahnya.

"Ayah kena ingat ayah masih suami kepada umi."

"Yes! Sebab aku nak biarkan umi kau bergantung tak bertali."

Bibir diketap oleh Farhana Sofea dengan geram. Tangannya digenggam erat. Matanya dipejam seketika. Cuba menyabarkan hatinya yang kian mendidih apabila ayah dia asyik menumpahkan minyak ke dalam api yang sedia membara.

"Fea tak minta banyak, tapi kali ini Fea minta ayah jalankan tanggungjawab ayah sebagai suami. Kali ini je."

Nafas dalam ditarik.

"Tolong bayar kos rawatan umi."

Kedengaran ketawa meletus masuk ke gegendang telinganya membuatkan hati seorang anak yang bernama Farhana Sofea terluka biarpun dia sudah tebalkan dinding hatinya. Namun dia hanya insan biasa. Yang lemah apabila sering disakiti oleh orang yang sama.

Tangannya dikepal.

"Aku? Bayar kos rawatan umi kau? Kau buat lawak apa ni? Dia bukan urusan aku lagi."

Bukan urusan ayah dia lagi?

"Tapi umi masih isteri ayah!"

Farhana Sofea sudah hilang sabar. Uminya masih sah isteri kepada ayahnya dan itu takkan dapat diubahkan melainkan ayahnya melafazkan cerai! 

"Tolong.....tolonglah ayah. Jalankan tanggungjawab ayah. Kali ini je" birai mata sudah basah. Dia tidak minta banyak, hanya membayar kos rawatan uminya kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup. Setakat kos rawatan umi dia itu apalah sangat untuk ayahnya yang berpangkat Dato'.

"Fea mohon ayah......Fea janji Fea takkan kacau family ayah lagi."

Tubuhnya dijatuhkan ke lantai. Melutut di depan Dato Khalish. Air mata sudah mengalir laju turun ke pipi tanpa dipinta. Kalau tak sebab umi dia, datang sini pun dia tidak mahu apatah lagi melutut pada lelaki yang sudah banyak melukakan hatinya dan uminya. 

Lelaki yang pertama mematahkan hatinya. Bukankah sebagai seorang ayah, dia lah hero kepada anaknya? Cinta pertama anak perempuannya? Bukankah begitu?

Tapi kenapa tidak dirinya? Kenapa tidak ayahnya?

Ya, dia mengaku dia dahagakan kasih seorang ayah, Dia dahagakan perhatian dari seorang ayah. Dia dahagakan cinta dari seorang ayah. Dia dahagakan segalanya-galanya dari seorang ayah. Kenapa ayahnya tidak pernah mengerti dan tidak pernah untuk mengerti?

"Pengemis"

Kepala ditundukkan memandang lantai. Hatinya kian rapuh. Mahu sahaja menempik sepuas hati tapi dia sabarkan dirinya. Cuba kuatkan dirinya.

'Demi umi, Hana.' sering kali diingatkan kepada dirinya.

"Susah ke ayah? Susah sangat ke permintaan Fea?"

Dato Khalish hanya diam menunduk kepala memandang anak perempuannya. Dengusan kasar dilepaskan sebelum dia menuju ke kerjanya mengambil cek di dalam laci meja. Ditulis sebanyak seratus ribu di atas kepingan kertas tersebut sebelum mara mendekati Farhana Sofea. Dicampak cek tersebut kepada Farhana Sofea.

"Tak sangka umi kau ajar kau jadi pengemis macam ni. Dulu, umi kau yang pengemis sekarang anak dia pula."

Tangan digenggam erat oleh Farhana Sofea.

"Umi kau tu dulu mengemis cinta dan kasih sayang aku. Dia pergi turunkan perangai dia tu pada anaknya pula. Huh....memang patut aku gantung dia tak bertali. Perempuan murahan macam tu memang laya........"

Pang

Kepala Dato Khalish tertoleh ke kiri

"Ayah boleh hina, Fea. Tapi jangan sesekali hina umi!"

Turun naik nafas Farhana Sofea menahan amarah apabila ayahnya menghina uminya. Dia boleh tahan lagi kalau ayah dia hina dia. Kata dia pengemis. Tapi kalau melibatkan umi dia, dia takkan berdiam diri! Dia akan pertahankan uminya!

"Kurang ajar kau!"

Tangan diangkat tinggi untuk membalas tamparan tersebut namun tangannya cepat ditangkap oleh Farhana Sofea.

"Fea bukan seperti dulu. Yang lemah. Yang terima pukulan ayah." tangan Dato Khalish ditepis kasar olehnya.

"Macam ni kau ehh datang untuk minta tolong aku bayar kos rawatan umi kau? Biadap betul kau sekarang."

Bibir diketap oleh Farhana Sofea. Kepalanya ditunduk ke bawah. Sudah lupa niatnya yang satu itu datang ke sini untuk minta tolong dengan ayahnya tapi dia buat onar.

"Ayah yang hina umi dulu! Fea takkan kurang ajar kalau ayah yang tak kurang ajar dulu!" ujarnya geram masih mahu mempertahankan uminya.

"Kau ni memang kurang ajar!"

Farhana Sofea memejamkan matanya bersiap sedia untuk menerima tamparan tersebut. Dia risau kalau dia melawan lagi sekali, ayahnya akan menarik cek yang diberikan kepadanya semula.

Pang

Tertoleh kepalanya ke kiri.

"Daddy!"

Dylan Shah sudah tergamam melihat Farhana Sofea yang ditampar oleh Dato Khalish. Kalau dia masuk cepat sedikit sudah pasti dia dapat menghalang. Mummynya tadi menghalang dia masuk. Kepala menoleh memandang mummynya yang senyum puas hati.

Bibirnya diketap.

Teringat akan peristiwa 20 tahun yang lalu.

"Terima kasih ayah untuk segala-segalanya. Ayah dah buktikan hari ini yang ayah seorang ayah yang tak guna!"

"Kau!"

Tangan diangkat lagi sekali ingin menampar Farhana Sofea tapi kali ini dihalang oleh Dylan Shah. Tajam dia memandang Dylan Shah yang mengenggam tangannya kemas.

"Enough daddy!"

Farhana Sofea berpaling memandang Dylan Shah yang dulunya selalu menjadi hero untuknya. Mahu ketawa apabila dia teringatkan akan dirinya yang menyepak aset lelaki itu tapi kini dialah yang selamatkan dirinya dari ditampar oleh ayah sendiri buat kali kedua.

"Lan! Jangan masuk campur!" Datin Dayah menarik Dylan Shah jauh dari suaminya sendiri. Risau dengan anaknya sekali terkena tempias nanti. Dia kenal sangat sikap baran suaminya itu macam mana.

"Umi kau memang tak pandai ajar anak! Sudahlah pengemis! Murah pula tu! Mesti masa aku tak ada duk layan jantan lain sampaikan anak sendiri kurang aj......"

"Ayah!"

Farhana Sofea membongkokkan badannya mengambil cek di atas lantai. Dipegang dengan kedua-dua tangannya sebelum dia mengoyak cek tersebut di depan ayah sendiri sebelum dilemparkan hirisan kertas itu pada muka ayahnya.

"Semoga ayah bahagia dengan harta ayah. Fea tak patut datang sini!" ujarnya lalu beredar dari situ. Tidak ingin dia mengambil cek tersebut. Mengambil cek tersebut bermakna dia menerima cemuhan dan hinaan ayahnya kepada uminya! Dia takkan biarkan uminya dipandang hina oleh sesiapa pun!

Sedang dia mahu turun tangga bahunya ditarik kasar. Badan berpusing menghadap Datin Dayah. Keluhan kecil dilepaskan. Mahu apa lagi mak tirinya itu?

"Kau jangan kacau keluarga aku lagi!"

"Saya pun tak ingin."

Tubuh dipusingkan ingin menyambung langkah turun tangga. Langkahnya dihentikan. Tubuh dipusingkan menghadap Datin Dayah.

"Kalau mati nanti bawalah harta tu masuk kubur sekali ye" ujarnya dengan senyuman sinis.

Kerana harta umi dan dia disisihkan. Kerana harta umi dan dia dipandang hina. Kerana harta umi dan dia dilukai berkali-kali. Kerana harta....ya harta.

"Kurang ajar!"

Tidak dapat menampar gadis itu, dia menarik tudung gadis itu. Bergelut mereka berdua di atas tangga. Farhana Sofea cuba mempertahankan dirinya manakala Datin Dayah semakin menyerang anak tirinya itu.

"Lan kecewa dengan daddy. Daddy tak pernah berubah." ujar Dylan Shah lalu beredar dari bilik kerja daddynya itu. Keluar sahaja dari bilik kerja itu, terkejut dia melihat mummynya dan Farhana Sofea sedang bergelut di atas tangga. Segera dia menghampiri mereka berdua.

"Mummy!"

Ditarik mumynya menjauh untuk meleraikan pergelutan itu tetapi mummynya masih berdegil mahu juga menyerang Farhana Sofea lagi sehingga tertolak gadis itu ke belakang.

Matanya terbuntang memandang Farhana Sofea yang tergelincir akibat tolakan mummynya yang tidak sengaja.

"Fea!" 

Tangan Farhana Sofea cuba diraih oleh Dylan Shah dan dia berjaya menarik gadis itu daripada berguling-guling di atas tangga. Namun tidak tahu di mana silap langkah, kakinya pula tergelincir. Badan Farhana Sofea ditolak kuat sebelum dirinya mula berguling-guling di atas tangga.

"Lan!"

Farhana Sofea yang terjatuh dengan tangan dan lutut mencium lantai terkaku melihat Dylan Shah berguling-guling di atas tangga hingga ke akhir tangga. Dia memandang Datin Dayah yang turun mendapatkan Dylan Shah yang terlentang di atas lantai.

"Lan! Bangun Lan!"

Digoncang-goncang  badan Dylan Shah yang sudah tidak sedarkan diri dengan dahi yang mula mengeluarkan darah. Tangan terketar-ketar melihat darah yang mengalir.

"Da.....darah."

Kepala menoleh merenung Farhana Sofea yang terketar-ketar menghampirinya dan Dylan Shah. Dia bangkit daripada duduknya lalu menghampiri Farhana Sofea dengan kemarahan yang membuak-buak.

Pang

Pipi kanan yang masih terasa pijarnya ditampar oleh ayahnya semakin sakit apabila ditampar pula oleh Datin Dayah. Jatuh terduduk dia akibat tamparan yang begitu kuat.

"Kau tengok apa yang kau dah buat kat anak aku!" tudung Farhana Sofea dicengkam kuat. Ditunjal-tunjal kepala anak tirinya itu.

"Kau memang bala tahu tak! Kau patut mati dari dulu!"

Farhana Sofea hanya diam diperlakukan begitu. Langsung tidak membalas. Matanya hanya merenung Dylan Shah yang cedera itu akibat selamatkan dia dari jatuh. Tangannya digenggam erat. Air mutiaranya jatuh lagi.

'Setiap kali Lan selamatkan Fea, kenapa endingnya selalu begini?' rintih hatinya berkata.

"Dayah, dah! Daripada you layan perempuan ni, baik kita bawa Lan pergi hospital" Dato' Khalish cuba menghentikan isterinya menyerang anaknya.

"Kau siap perempuan!" sempat dia menendang perut Farhana Sofea sebelum berlalu pada Dylan Shah semula.

Perutnya yang ditendang itu dipegang. Bibir digigit menahan esakan daripada keluar. Lantas dia mengagahkan dirinya untuk berdiri. Belum sempat untuk melangkah terasa cengkaman pada belakang tudungnya.

Bukan mak tirinya tapi ayah kandungnya sendiri.

"Kau berambus dari sini! Jangan tunjuk muka depan aku lagi! " diheret Farhana Sofea ke pintu rumah.

"A.....ayah sakit" dipegang tangan ayahnya itu. Terasa mahu tercekik dia dibuatnya. Laju air mata menitis ke pipi.

"Berambus! "

Bang

Pintu rumah yang terhempas kuat dipandang sayu oleh Farhana Sofea yang jatuh ditolak oleh ayahnya. Terhinjut bahunya akibat menangis diperlakukan sedemikian. Sakit pipinya yang terada pijar, sakit apabila jatuh ditolak tidak sesakit hatinya yang terasa dirobek oleh ayah sendiri.

"Fea benci ayah!"

Dia lantas berdiri, berlari menuju ke pagar rumah. Langit malam yang sedia gelap, terasa semakin gelap. Apatah lagi tiada bintang yang meneranginya. Tambah pula hujan renyai-renyai. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kereta, hujan mula melebat. Selebat-lebat air matanya yang mengalir.

Dia tewas.

"Ma.....maafkan Fea, Lan" badannya terketar-ketar.

Sekali lagi Dylan Shah tersakiti akibat cuba melindunginya. 

Entah berapa lama dia memandu, dan di mana dia sekarang pun dia tidak tahu. Fikirannya kosong semasa dia memandu dari rumah ayahnya tadi. Kepala mendongak memandang papan tanda panduan atau guide sign. Melihat Pantai Redang yang tertulis membuatkan dahinya berkerut.

Dia ada di Sekinchan?

Jauh dia termenung sehingga tidak sedar di menuju ke kampung. Melihat Pantai Redang yang tertulis itu membuatkan dia ingin pergi ke pantai. Tidak lama dia memandu akhirnya dia sampai. Hujan yang lebat itu diperhati lama sebelum dia membuat keputusan untuk turun.

Dibiarkan tubuhnya dibasahi dengan air hujan tatkala kakinya memijak pasir-pasir menuju ke laut yang terbentang luas. Keadaan di situ tidaklah gelap sangat kerana dipenuhi dengan lampu.

Farhana Sofea berdiri memeluk tubuhnya yang kian basah memandang laut yang terbentang luas.

Matanya dipejam merasai deruan angin yang meniup tubuhnya. Gelombang ombak yang menghasilkan bunyi yang mampu menenangkan dirinya. Dan titisan hujan yang sayu seperti dirinya.

Sekali lagi dia tumpas. Dia tewas.

Air matanya yang ditahan, jatuh sekali lagi bersama titisan hujan yang menimpa bumi. Hatinya renyuk. Begitu renyuk. Tidak dapat kasih sayang daripada seorang ayah sangat menyakitkan. Kecewanya dia sekarang hanya Allah yang tahu.

"Aku tak kuat......Aku tak kuat, Ya Allah" rintihnya meluahkan apa yang dia rasa.

Terduduk mencangkung dia di depan laut yang terbentang luas. Dadanya ditumbuk berkali-kali. Sakitnya apabila dihina oleh ayah sendiri. Ayah yang dulunya dianggap heronya namun kini yang mencemuh dan menghinanya. Apa salah dia?

"Umi.....maafkan Hana.... Maafkan Hana. Hana mungkir janji umi...."

"Hana jumpa ayah....Hana menangis......Hana tak kuat....."

"Ma......maafkan Hana, umi"

Lutut dipeluk erat. Kepalanya disembankan. Menangis sepuas-puasnya. Meluahkan segala-galanya. Dia hanya insan biasa. Yang menangis apabila diri lemah. Yang sakit apabila diri dicaci dan dihina. Yang tewas apabila diri sudah tidak dapat menampung segala kesakitan.

Itulah dia disebalik Farhana Sofea yang berpura-pura kuat.

Air hujan yang tidak menimpa badannya lagi membuatkan air matanya turut kering tidak mengalir lagi. Penat menangis sehingga mata rasa kuyu.

"Kau kuat, Hana. Kau kuat" ujarnya memujuk diri sendiri. Memberi semangat kepada diri sendiri.

Kepalanya didongak memandang laut. Deruan angin yang menyapa mukanya itu membuatkan dia rasa mahu menangis lagi. Mungkin dia tidak melepaskan apa yang terkubur di hati sepenuhnya lagi.

Namun dahinya berkerut apabila mendengar titisan hujan namun tidak pula hujan menimpa badannya. Kepala didongak ke atas. Ada payung yang menghalang hujan mengena tubuhnya.

Kepalanya ditoleh ke kiri. Ada kaki.

Perlahan-lahan kepala dia mendongak ke atas memandang figura yang berdiri di sebelahnya itu yang memegang payung untuknya. Sepasang anak mata coklat sedia menyambut anak mata hitamnya bersama senyuman kecil.

Senyuman yang memujuk.

"Harriz?"

Farhana Sofea lantas berdiri menghadap Tengku Harriz dengan mata sembab akibat menangis. Lelaki itu hanya diam merenung hujung bibirnya yang luka akibat tamparan ayahnya dan mak tirinya. Kepalanya ditunduk.

Dan tika itu dia terpandang tangan Tengku Harriz yang digenggam menahan amarah. Berurat tangan kekar lelaki itu. Melihatkan itu membuatkan dia semakin mahu menangis. Terbayang tangan ayahnya yang menampar dia buat kali pertama.

Pecah tangisannya di depan Tengku Harriz.

"Shout when you want to shout, cry when you want to cry. Don't hold it."

"I bukan sesiapa untuk you, tapi bahu I sedia bersandar untuk you, Hana" seraya itu kepala Farhana Sofea ditarik bersandar pada dadanya.

Ditepuk bahu Farhana Sofea lembut. Kalau gadis itu dah sah menjadi isterinya, memang dia peluk dah tatkala gadis itu memerlukan bahu untuk bersandar. Hanya ini yang dia mampu buat walaupun perbuatan ini tidak elok sebenarnya.

Air mata semakin mengalir menyimbah bumi bersama hujan tatkala kata-kata itu masuk ke telinganya. Entah kenapa dia berasa selesa menangis dan bersandar pada Tengku Harriz. Terasa yang dia masih mempunyai seseorang untuk bersandar.

Hujung baju Tengku Harriz digenggam erat olehnya. Jika halal, dia sudah peluk lelaki itu erat.

"People cry not because they're weak. It's because they've been strong for too long."

Tengku Harriz tersenyum nipis. Esakan Farhana Sofea semakin kuat.

"You have many people who love you and.....you have me too. 

"Even thought.........I'm your enemy."

**********

Kadang kala orang luar itu lebih baik daripada keluarga sendiri. Yang lebih memahami, yang lebih memberi sokongan.

**********

Kesian Hana sob sob. Nasib Harriz ada.

Guys nak minta few quotes atau kata-kata semangat boleh tak? Author down sekarang, banyak masalah nak fikir. Sakit otak nak masuk u ni, banyak dugaan. Korang doakan urusan author dipermudahkan okay.

Ikut mood malas sebenarnya nak update tapi kesian pula korang.

Jangan lupa votement tau.

















Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro