Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 14

You duri, I duri. Bila bersama menyakitkan.

**********

BETUL lah bila dia rasa uminya macam ada sorok sesuatu darinya. Farhana Sofea terduduk lemah di atas kerusi biru di luar wad uminya. Siku ditongkat pada kaki. Telapak tangan menutup muka yang sembab menangis. Bahunya terhinjut-hinjut.

Dia mendapat tahu uminya pengsan dari Syafiq. Katanya mereka berdua ada kat Kuala Lumpur mahu melawatnya tapi tiba-tiba uminya pengsan. Terus bergegas dibawa ke hospital. 

Penyakit uminya Acute Myeloid Leukemia (AML) datang lagi. Relapsed.

Tengiang-ngiang apa yang diberitahu Dr. Azam tadi.

"Hana, saya ada berita buruk tentang umi awak"

Mata redup memandang Dr. Azam. Tangannya menguis-nguis hujung bajunya. Debaran dadanya kian merancak. Apatah lagi anak mata Dr. Azam itu turut memandangnya dengan pandangan redup.

"Umi awak........relapsed"

Cukup dengan satu perkataan sahaja dah cukup membuatkan jiwanya rentap dan hancur berkecai. Kepala digeleng, menidakkan kata-kata Dr. Azam yang pernah merawat uminya. Air matanya usah dicakap, mengalir turun ke pipi tanpa dia pinta.

"Kami dapati di leher umi awak terdapat swollen lymph node and she had developed genetic mutation FLT3. Jadi umi awak perlu jalani targeted therapy and transplant. Insyaallah kami akan cuba sehabis baik."

"Targeted therapy?"

"Iyup. Kita akan gunakan targeted therapy drugs untuk target spesifik sel kanser yang telah merebak dalam badan umi awak. Terapi ini lain dengan chemotherapy yang dilakukan sebelum ini dan akan mempunyai side effect yang berlainan dengan chemotherapy."

"Dan jika badan umi awak mempunyai response yang baik dan memuaskan kita akan menjalankan pemindahan sumsun tulang. Kami akan meletakkan umi awak dalam waiting list untuk bone narrow transplant." jelas Dr. Azam kepada Farhana Sofea tentang treatment Puan Farah yang akan dilakukan nanti.

Farhana Sofea menundukkan kepalanya setelah mendengar penjelasan Dr. Azam. Air matanya yang menitik menimpa lengannya yang digenggam itu dibiarkan. Tidak rasa mahu menyekanya. Matanya dipejam seketika sebelum mendongakkan kepalanya memandang Dr. Azam.

"Namun......." Dr. Azam mengeluh kecil.

"Kos rawatan agak mahal. Hampir mencecah RM200 000"

"Doktor buat lah apa pun yang boleh selamatkan umi saya. Saya mohon....se....selamatkan umi saya......." Bibir diketap. Badannya terasa menggigil.

"Saya tak kesah berapa kos rawatan umi saya asalkan umi saya boleh sembuh lagi"

Air mata Farhana Sofea mengalir laju. Walaupun dia tidak ada duit sebanyak itu, dia akan usaha untuk dapatkannya. Asalkan uminya boleh sembuh lagi.

Dr. Azam tersenyum nipis. Agak bangga dengan keluarga pesakitnya itu. Dari dulu sanggup berkorban untuk umi sendiri. Tidak mengeluh, tidak merungut. Jarang dapat berjumpa dengan seorang anak seperti Farhana Sofea.

"Saya akan lakukan yang terbaik untuk rawat umi awak"

Lamunan Farhana Sofea tersentak apabila namanya dipanggil dari jauh oleh Aufa. Kepalanya menoleh memandang Aufa yang memakai kot putih dan di dalamnya sepasang baju biru, berlari mendapatkannya. Mungkin baru habis dengan pembedahannya.

"Hana"

Aufa melabuhkan punggungnya di sebelah Farhana Sofea lalu mendakap kawan baiknya itu kemas. Teresak-esak Farhana Sofea menangis dalam dakapannya. Belakang kawan baiknya itu diusap lembut, cuba menyalurkan semangat kepadanya.

Terus dia bergegas ke sini apabila mendapat tahu yang Puan Farah, umi kawan baiknya itu ditahan di hospital yang sama dengan tempat dia kerja.

"Aufa, aku tak kuat....aku takut"

"Shhh aku ada Hana. Aku ada." Pujuknya walaupun itu takkan menenangkan Farhana Sofea. Keadaan mereka sekarang ini meningatkan kepada mereka yang dulu semasa Farhana Sofea tahu penyakit uminya.

"Aku pasti Dr. Azam akan buat yang terbaik."

"Ma....macam mana umi tinggalkan aku kali ni, Fa? Aku takut....aku takut sangat. Aku tak ada sesiapa selain umi"

Air mata semakin merembes keluar. Mengingatkan itu dirinya semakin takut. Pelukan dieratkan. Jujur dia masih tak bersedia untuk kehilangan satu-satunya ahli keluarga dia bahkan selamanya tidak akan bersedia.

"Jangan fikir yang buruk-buruk Hana. Insyaallah umur umi kau masih panjang. Sekarang kau dah buat solat hajat belum?"

Kepalanya digeleng.

"Bangun. Jom kita sama-sama solat hajat. Kita doa kat Allah semoga Allah sembuhkan umi kau kembali. Yang kau dapat bersandar sekarang ini ialah Allah. Yang kau dapat pinta tolong sekarang ini juga Allah. Allah takkan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu. Allah tahu kau kuat, Hana. Aku pun tahu kau kuat."

Sedikit sebanyak hatinya terpujuk dengan kata-kata Aufa. Terasa sedikit lega walaupun bukan sepenuhnya. Kepalanya diangguk berserta senyuman nipis. Ya, dia kuat. Farhana Sofea seorang gadis yang kuat.

"Jom kita pergi surau. Kita sujud kepadaNya. Meminta padaNya kerana Dia adalah sebaik-baik pertolongan"


TERDUDUK lemah Farhana Sofea di atas sejadah sedari tadi memikirkan dugaan yang ditimpa. Dia tahu Allah takkan mengujinya di luar kemampuannya. Allah tahu dia kuat sebab itu Allah uji dia dengan dugaan ini. Namun dia hanya manusia biasa. Menangis tatkala di uji.

Air mata dikesat namun masih sahaja mahu mengalir.

Fikirannya melayang mana nak cari duit untuk kos rawatan uminya itu? Sekadar RM 50 000 itu dia ada lah. Hasil daripada duit kerjanya, paid review yang dilakukan di media sosial dan juga kadang-kadang jadi duta pakaian mahupun barang-barang lain. 

Mana dia nak cari lagi RM 150 000 dalam masa yang terdekat?

Bahunya yang disentuh membuatkan kepala dia menoleh memandang Aufa yang mengukirkan senyuman kecil untuknya sebagai pembakar semangat. 

Aufa menggosok-gosok bahu Farhana Sofea. Dari tadi dia membiarkan gadis itu bersujud dan berdoa, merintih pada Allah. Melihat gadis yang sekuat Farhana Sofea mengalirkan air mata, dia juga turut sama rasa sakitnya.

"Fa....."

Kepala disandarkan pada bahu Aufa. Dipeluk kawan baiknya itu erat. Sekali lagi air matanya tumpas. Sekali lagi dia tewas. Sungguh dia rasa dirinya begitu lemah sekarang.

"Aku akan tolong kau, Hana. Aku akan tolong....."

Aufa menyeka air matanya yang kian turut mengalir. Umi Farhan Sofea turut merupakan umi dia. Puan Farah sangat baik kepadanya tambah lagi dia tidak dapat kasih sayang yang cukup daripada ibu kandung sendiri. Jadi Puan Farah tempat dia beradu. 

Mendapat tahu yang Puan Farah relapsed turut merupakan khabar derita untuknya.

"Aku takut, Fa. Aku takut kehilangan umi..." rintih Farhana Sofea dalam pelukan Aufa. Dia sangat takut kali ini. Berbeza buat kali pertama, kali ini dia rasa yang dia bagaikan hilang tempat kasih sayang. Apatah lagi bila uminya suka cakap bukan-bukan.

"Kita doakan yang baik-baik hmm? Jangan takut. Percaya pada Allah" pujuk Aufa. Belakang badan Farhana Sofea diusap lembut.

Kedua-dua bahu Farhana Sofea dipegang. Menjarakkan tubuh mereka. Dipandang mata Farhana Sofea yang sembab.

"Kau kuat, Hana. Kau dah lalui macam-macam. Kali ini aku percaya kau mampu laluinya sama seperti sebelum ni. Aku kan ada"

Farhana Sofea mengangguk kepalanya bersama senyuman kecil. Dia ada Aufa. Dia ada kawan-kawan baiknya. Yang akan menjadi lubuk kekuatannya.

"Ya Allah, Hana!"

Berkerut dahi Farhana Sofea melihat wajah kerisauan Aufa apatah lagi hidungnya tiba-tiba dikepit oleh Aufa.

Kepalanya didongak ke atas.

"Jangan dongak. Just kepit je. Aku pergi ambil tisu"

Aufa bangkit daripada duduknya lalu mengambil tisu dari slindbag Farhana Sofea yang tersangkut di dinding surau tidak jauh daripada mereka. Cepat-cepat dia hulur pada Farhana Sofea. 

Huluran tisu disambut oleh Farhana Sofea. 

"Kau tak cukup rehat ke Hana?" kepala digeleng oleh Farhana Sofea.

Hidungnya yang berdarah itu dilap dengan tisu. Dia sukar untuk tidur kebelakangan ini, memikirkan kata-kata uminya yang tiba-tiba mahu dia berkahwin dan juga memikirkan lamaran Tengku Harriz.

"Aku rasa kau patut buat check up. Kerap sangat hidung kau berdarah kebelakangan ini." bukan dia tak perasan akan hidung Farhana Sofea yang berdarah lebih-lebih lagi gadis itu tidak dapat rehat yang cukup.

"Tak ada apalah. Jangan risau. Sikit je ni" 

"Hana...."

"Jom lah aku nak pergi tengok umi. Kesian pula Syafiq yang jaga dari tadi"

Aufa mengeluh kecil sebelum dia turut bangun untuk menukar telekung. Dia pun kejap lagi perlu memantau pesakitnya.

"Hana, ayah kau dah tahu?"




RUMAH agam tiga tingkat dipandang jauh dari luar oleh Farhana Sofea yang masih berada dalam kereta Hondanya. Satu keluhan kecil terbit dari mulutnya. Tangannya menggengam erat stereng kereta. Dahinya bersandar pada stereng kereta. Berkira-kira apa yang dia buat ini betul atau tidak.

"Demi umi kau, Hana. Buang ego kau" dia memujuk diri sendiri.

Satu keluhan kecil terbit lagi.

Enjin kereta dimatikan. Pintu kereta dibuka. Perlahan-lahan dia memboloskan diri keluar dari kereta menghampiri rumah agam tersebut. Air mukanya dibuang jauh-jauh. Ego pun diletak di bawah. Yang penting uminya berjaya dirawat oleh doktor. Itu saja yang dia mahu.

Ting tong

Loceng ditekan dan ada suara dari operater berbunyi menanya padanya.

"Saya nak jumpa Dato' Khalish. Dia ada kan kat rumah?" soalnya sambil memerhati kereta Vellfire yang selalu dinaiki oleh Dato Khalish atau juga merupakan ayah kandungnya yang menyisihkan dan mengabaikan dia dan uminya.

"Cik siapa ye nak jumpa Dato' ?"

"Saya Farhana Sofea. Cakap kat dia urgent. Kalau tak saya buat huru-hara kat sini" ugutnya. Kerana dia tahu yang ayahnya akan mengelak untuk berjumpa dengannya apatah lagi dia menapak ke rumah ini.

Tidak lama pagar kecil terbuka dengan sendiri. Tanpa membuang masa, dia bergegas masuk ke dalam menuju ke pintu utama. Langkahnya mula perlahan apabila melihat seorang perempuan yang berumur sedang berdiri di pintu dengan renungan tajam.

Tangannya digenggam, memberanikan diri menghampiri mak tirinya, Datin Dayah. Kalau bukan disebabkan uminya, dia tidak ingin jejak kaki ke sini apatah lagi berjumpa dengan mereka.

"Kau nak apa?" soal mak tirinya itu dengan nada yang tinggi seperti tidak mengalu-alukan kedatangan dia ke sini.

"Nak jumpa Dato' "

"Dia tak ada"

Farhana Sofea mengukirkan senyuman sinis. Sebelum dia datang ke sini dia dah check bahawa ayahnya itu ada kat rumah atau tidak. Tangan memeluk tubuhnya.

"Saya tak bodoh" ujarnya bersahaja membuatkan Datin Dayah mengetap bibirnya geram.

Farhana Sofea berlalu melepasi Datin Dayah masuk ke dalam rumah biarpun dirinya tidak dipelawa masuk dan tidak akan pernah dipelawa. Dia mahu cepat-cepat selesaikan hal dia supaya dapat berambus dari sini secepat mungkin.

Bahunya secara tiba-tiba ditarik kasar oleh Datin Dayah.

"Biadab sungguh kau kan?"

"Saya taknak gaduh dengan Datin. Saya cuma nak jumpa Dato' " ujar Farhana Sofea menahan geram yang bergunung. Banyak lagi masalahnya sekarang ini dan dia tidak mahu mempunyai masalah lain pula.

"Mummy?"

Kedua-dua kepala menoleh memandang seorang lelaki di muka pintu. Nampak gaya macam baru balik dari somewhere.

"You?!" terkejut lelaki itu melihat Farhana Sofea berada di dalam rumahnya.

"La....Lan pernah jumpa dia?" Datin Dayah menyoal kepada anak keduanya, Dylan Shah dengan muka separa terkejut. Dipandang anaknya dan Farhana Sofea bergilir-gilir.

Farhana Sofea hanya tenang memandang Dylan Shah. Tidak terkejut dengan kehadiran lelaki itu kerana dari dulu dia sudah tahu Dylan Shah merupakan anak kepada ayahnya dengan mak tirinya, Datin Dayah. Dylan Shah adalah adik-beradik seayah dengannya.

"Dia la mummy, yang Lan cakap hari itu. Yang sepak Lan punya........" Kata-kata Dylan Shah terkunci apabila teringat akan rasa ngeri pada bahagian sulitnya itu.

Automatik tangannya menutup pada bahagian itu. Risau kalau gadis itu datang sini mahu menyepak aset dia lagi. Kakinya perlahan-lahan menuju pada Datin Dayah, berlindung di sebalik mummynya. Seram sejuk dia melihat pandangan Farhana Sofea.

Teringat akan kata-kata gadis itu.

'You know what? Many men end up in a coma bila diorang cari pasal dengan I. So you hati-hati lah ye. Jangan tunjuk muka you depan I lagi atau hantar orang-orang you. Sebab nanti I sendiri akan cari you'

Jangan kata yang gadis itu datang ke sini sebab ingin balas dendam yang di mana dia report gadis itu pada polis?

"Kau? Kau yang buat anak aku merana? "

Farhana Sofea hanya mengjongketkan bahunya. Kata-kata ibu tirinya itu lagak macam dia buat kesalahan yang besar sampai anak kesayangan dia tu merana. Padahal sepak pun tak adalah kuat sangat.

"Kau memang tak guna! " tangan naik ingin menampar Farhana Sofea namun gadis itu cepat menghalang tangannya.

"Saya dah cakap saya taknak gaduh dengan Datin. Saya cuma......." terhenti dia mahu meneruskan bicara apabila melihat ayahnya berdiri di atas tangga di tingkat atas.

"Apa yang kau nak?" Dato' Khalish menyoal sinis.

Dylan Shah memandang daddynya dan gadis itu bergilir-gilir. Dahinya berkerut. Melihat ketegangan mereka, dia tahu gadis itu ke sini bukan sebab dia tapi sebab lain. Nampak gaya daddy dan mummynya sedia kenal dengan gadis itu.

"Nak bincang something dengan........."

"Bincang apa?" Datin Dayah memotong percakapan Farhana Sofea. Matanya melirik kepada anaknya, Dylan Shah. Risau.

"Ikut aku"

Farhana Sofea memandang Datin Dayah dan Dylan Shah bergilir sebelum kakinya melangkah mengikut Dato' Khalish menuju ke bilik kerjanya. Sambil-sambil berjalan matanya liar memandang sekeliling. Ini buat kali pertama dia jejak kaki ke sini.

Keluhan kecil dilepaskan.

Melihat banglo besar ini membuatkan dia teringat akan kehidupannya dahulu bersama umi dan ayah. Bahagia. Tapi itu cuma sementara.

Dia tersenyum nipis.

"Mummy, siapa dia? Siapa Farhana Sofea? " soal Dylan memandang tepat anak mata Datin Dayah. Muka raut mummynya itu tampak risau. Kelihatan gelabah.

"Dia bukan siapa-siapa!"

"Tipu. Mummy tipu"

Dylan Shah menggelengkan kepalanya. Kelihatan mereka sudah kenal lama. Entah-entah sebelum dia kenal lagi. Jika tidak silap masa dia bagitahu nama Farhana Sofea kepada mummynya, muka mummynya jelas terkejut.

Tangannya digenggam erat.

"Jangan kata dia adalah Sofea yang Lan kenal?" tembak Dylan Shah.

Sofea. Gadis yang sudah disangka mati. Gadis yang zaman kanak-kanaknya penuh dengan dugaan.

Datin Dayah mendongakkan kepalanya memandang Dylan Shah. Matanya jelas terbuntang. Tergamam mendengar nama itu yang sudah lama tidak keluar dari mulut Dylan Shah. Anaknya masih ingat?

"Di.....dia Sofea?"


**********

Kesian Hana. Bab esok heartbreaking sikit. Be prepare!

Jangan lupa vote and comment tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro