Bab 11
"WHAT if orang itu tidak mahu maafkan I? What if dia pun benci akan I?"
Soalannya itu membuatkan Farhana Sofea terdiam buat seketika. Gadis itu kelihatan sedang berfikir atau lebih tepat sesuatu menganggu fikirannya. Debaran jantungnya semakin menggila menunggu jawapan Farhana Sofea. Dia takut untuk mengetahui jawapan gadis itu.
"I ada benci seseorang. Nope dua orang. Dua lelaki yang di mana penyebab I benci akan lelaki dan tidak percaya akan cinta."
Kepala menoleh memandang Farhana Sofea. Semakin tidak tenteram dia mendengar kata-kata Farhana Sofea itu. Adakah dia salah seorang daripada dua orang lelaki yang Farhana Sofea benci?
"Terfikir juga I kalau diorang datang minta maaf apa agak-agaknya I akan buat? Maafkan mereka setelah apa yang mereka sudah lakukan? Atau terus membenci mereka?" Keluhan kecil dilepaskan oleh Farhana Sofea.
Terjeda dia memandang ke luar tingkap kereta. Tangannya digenggam. Kesakitan yang masih terasa sehingga sekarang. Dua lelaki yang berbeza yang memberi kesakitan yang berbeza. Mampukah dia memaafkan mereka jika mereka tuntut kemaafan darinya? Mampukah?
Bibir Tengku Harriz diketap apabila perasan akan genggaman tangan Farhana Sofea. Gadis itu masih tersakiti dengan masa silamnya.
"Entahlah. I don't have an answer for that because I believe they will never ask for my forgiveness."
"He will"
Farhana Sofea menoleh memandangnya lama.
"I mean, I will. I will ask forgiveness from that person"
Suasana menjadi sunyi apabila kedua-dua memilih untuk diam. Kedua-dua selesa melayan perasaan masing-masing namun tidak lama apabila perut Farhana Sofea berbunyi meminta diisi. Disebabkan bunyi itu Tengku Harriz menoleh memandangnya dari fokus dengan pemanduan.
Bibir diketap oleh Farhana Sofea.
Perut ni pun satu hal nak juga berbunyi time ni! Dikutuk perutnya yang mengkhianati tuan badan di dalam hati. Pandangannya ke luar tingkap masih tidak beralih. Pura-pura tak dengar perutnya yang menyanyi itu dan pura-pura tak perasan Tengku Harriz menoleh ke arahnya.
Namun sekali lagi perut dia berbunyi.
Makin ingin mengutuk perutnya itu. Wahai perut janganlah malukan dia di depan Tengku Harriz! Kepala menoleh memandang Tengku Harriz yang sedia tadi asyik berpaling memandangnya. Buat tak tahu boleh tak?
"Apa?"
Tengku Harriz menahan ketawa.
"I guess someone lapar tapi tak nak mengaku. Malu kali dia."
Farhana Sofea mengetap bibirnya, memandang Tengku Harriz dengan geram. Nak je dia hempuk Tengku Harriz dengan heelsnya.
"Sabar ehh perut? Lagi 5 minit nak sampai" ujar Tengku Harriz dengan nada perlian, sengaja mahu membuatkan gadis itu semakin malu. Biarpun dahulu dia ada menyakiti gadis itu, namun sikap mengusiknya yang ada ketika ini tidak boleh dihapuskan. Seronok dapat mengusik gadis itu.
"Ke perut you dah tak sabar? Kalau tak I........"
"You diam, Harriz!"
Ketawa Tengku Harriz meletus, melihat muka Farhana Sofea yang membahang kerana diusik olehnya. Renungan tajam dari gadis itu membuatkan dia semakin terhibur. Dia berdehem setelah itu. Kawal macho setelah habis gelak. Tak sangka juga dia akibat perut Farhana Sofea yang berbunyi itu boleh menyebabkan dia yang selalu beku itu ketawa kerananya.
Dan sekali lagi perut Farhana Sofea berbunyi mengundang ketawa Tengku Harriz lagi sekali.
"Tengku Harriz!"
TENGKU HARRIZ menghentikan kereta Porsche yang berwarna biru miliknya di depan sebuah banglo mewah. Enjin kereta dimatikan namun dia masih termenung di dalam kereta berfikir mahu masuk atau pun tidak.
Keluhan kecil dilepaskan.
Seatbelt dibuka. Dia berkira untuk masuk ke rumah banglo tersebut memandangkan sudah berapa bulan dia tidak menjejak kaki ke sini. Harriz memboloskan dirinya keluar dari kereta lalu tanpa melenguhkan masa dia terus menuju ke pintu utama banglo tersebut. Kasut dibuang lalu dia masuk ke dalam rumah setelah memberi salam.
"Ingatkan dah tak ingat rumah sendiri, Tengku Harriz Adham" tutur seorang lelaki yang baru turun dari tingkat atas. Bunyi enjin kereta yang sangat dikenali membuatkan Tengku Hadif terus turun ke bawah.
"Pa" Tengku Harriz mendekati papanya lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman namun hampa apabila papanya mengendahkan dia lalu berjalan ke kolam di luar rumah.
Tengku Harriz mengeluh kecil. Matanya dipejam seketika. Sebab inilah dia malas nak balik ke rumah. Malas nak berhadapan dengan papanya kerana semua apa yang dia lakukan semua tak kena di mata papanya.
"Papa, mama sihat?" Soal Tengku Harriz menghampiri papanya lalu mengambil tempat duduk di sebelah papanya. Walaupun papanya melayan dia begitu tapi dia tetap hormat papanya.
"Kenapa? Tak sabar tunggu papa mama mati ke?"
Soalan yang keluar dari mulut papanya menyentakkan Tengku Harriz. Tidak sangka yang papanya akan berkata begitu. Tengku Harriz mengeluh kecil dan beristighfar. Cuba menenangkan hatinya yang jelasnya retak dengan soalan yang diajukan oleh papanya. Tidak pernah sekali pun dia terfikir macam tu.
"Ya Allah Pa, Riz tak pernah fikir macam tu" ujar Harriz.
Seorang perempuan mara ke arah mereka berdua. Dia tersenyum sinis tatkala Tengku Harriz menghulurkan tangan untuk bersalaman tangannya. Seperti Tengku Hadif, Tengku Farihah iaitu mamanya turut mengendahkan salamnya. Tengku Harriz sekali lagi kecewa dengan layanan mamanya.
"Buat apa pembunuh ada kat sini? Tak cukup bunuh kembar sendiri datang nak bunuh papa mama pula?"
Tengku Harriz menggengam erat tanganya. Hatinya kini retak beribu retak dengan kata-kata mamanya. Dari dulu dia selalu mendengar papa mamanya berkata begitu kepadanya sehingga sekarang. Walaupun sudah lali tapi hatinya turut sakit. Dia tahu yang dia punca dia dan Harraz diculik lalu terpisah tapi tidak boleh ke dia dimaafkan? Dia pun ingin hidup bahagia bukan dibelenggu dengan masalah tersebut.
"Papa mama, Harraz....." Bibirnya diketap. Dia sudah berjanji dengan Harraz untuk tidak memberitahu mereka berdua yang Harraz masih hidup. Bila ditanya, katanya ingin selesaikan sesuatu sebelum Harraz sendiri berjumpa dengan orang tua mereka.
"Sampai bila pa? Ma? Sampai bila nak salahkan Riz? Sejak kejadian tu papa mama tak pernah nak hargai Riz. Dibenci oleh papa mama sendiri. Papa mama fikir Riz tak sedih ke dengan kehilangan Raz? Riz kembar Raz, Riz lagi rasa kehilangan daripada korang berdua"
Tengku Farihah tersenyum sinis.
"Kau lagi sedih? Habistu aku yang mengandungkan korang berdua ni tak sedih? Hah tak sedih? Entah Raz tu hidup ataupun mati dan semua disebabkan kau, Tengku Harriz Adham!"
Tengku Harriz memejamkan matanya seketika mengumpul segala kekuatan. Kalaulah papa mamanya tahu yang kembarnya Harraz masih hidup dan dia telah berjumpa dengan kembarnya. Adakah dia masih akan dibenci?
"Kalau...kalau Raz masih hidup, mama masih akan benci Riz lagi ke?"
"Selamanya aku akan benci kau walaupun Raz kembali ke sini. 20 tahun aku kehilangan Raz. Boleh ke kau pulangkan 20 tahun tu? Takkan?"
Tengku Harriz tersenyum hambar. Sakit? Jujur rasanya hatinya kini rasa sakit yang amat. Lagi sakit dia putus cinta dengan Sofea Qaisara. Terlampau sakit dibenci oleh mama yang mengandungkan dia. Mana pergi mamanya 20 tahun yang lalu? Yang membelai dan memberi kasih sayang kepadanya?
Ya Allah, dia tak kuat.
"Dah korang dua beranak. Riz kau ikut aku, aku ada hal nak settle dengan kau"
Dengan kaki yang lemah longlai, Tengku Harriz mengikut papanya ke bilik kerja papanya. Walaupun dia rasa nak tumbang sekarang namun dia gagahkan dirinya. Dia fikir kalau Harraz kembali kepada mereka, semuanya akan berubah sedia kala tapi ternyata tidak. Betul kata mamanya. Dia tidak dapat kembalikan 20 tahun Harraz tiada bersama mereka.
"Papa nak cakap apa?"
Tengku Hadif memeluk tubuhnya. Matanya memandang langit yang cerah. Memandangkan Tengku Harriz berada di sini, sudah tiba dia menyatakan hasratnya. Badannya dipusing menghadap Tengku Harriz.
Dipandang Tengku Harriz atas bawah.
"Aku nak kau kahwin"
Mata Harriz membulat. Melihat muka serius papanya membuatkan dia sukar untuk bernafas. Kahwin? Dia tidak pernah berfikir untuk kahwin dalam masa yang terdekat. Masih banyak hal yang perlu dihandle. Jangan dikatakan dia nak kahwin, perempuan pun dia benci.
"Why so sudden?"
"Kau tahu yang telinga aku ni asyik duk dengar orang kata kau gay? Malu muka aku sebagai ceo dan tengku tapi anak gay"
Tengku Harriz meraup mukanya kasar. Entah mahu ketawa atau pun sedih. Dia gay? Papa dia buat lawak apa ni? Papa dia sedar tak cakap apa? Dia masih lurus! Tak pernah bercinta dengan mana-mana lelaki! Rambutnya dikusutkan. Stress!
"Pa! Riz masih lurus! Riz tak gay!"
"So buktikan yang kau tu tak gay. Aku tak kesah kau nak kahwin dengan siapa-siapa. Dan kalau kau kahwin, aku takkan paksa kau untuk ambik alih syarikat dan aku takkan kacau life kau"tutur Tengku Hadif. Penat telinganya mahu menadah apa yang dikatakan oleh orang sekelilingnya. Kanan kiri depan belakang mereka bagitahu yang Tengku Harriz gay. Mana dia nak letak muka?
Melihat Tengku Harriz yang mendiamkan diri, Tengku Hadif menghampirinya.
"Kalau kau tak jemput perempuan datang rumah selama seminggu dan tak kahwin dalam masa 3 bulan, you know what will I do right? Don't make me take another steps" ugut Tengku Hadif dengan nada serius. Dia tak main-main dengan kata-katanya.
Tengku Harriz mengeluh kecil sebaik sahaja papanya keluar. Dia menghempas punggungnya kasar di atas sofa. Rambut semakin dikusutkan. Kenapa jadi macam ni? Dia balik rumah sebab nak tahu khabar papa mamanya malah dia yang tersakiti. Bukan itu sahaja, dia diugut kahwin? Kebanganan apakah ini? Dengan siapa dia nak kahwin?
Tengku Harriz tersenyum kecil apabila satu nama terlintas di fikirannya.
FARHANA SOFEA mengerutkan dahinya setelah menamatkan panggilannya dengan Tengku Harriz. Dari mana lelaki itu dapat nombornya dia tidak tahu. Mereka tidak pernah bertukar nombor sepanjang perkenalan mereka. Buat apa nak bertukar nombor kalau setiap kali berjumpa akan bergaduh.
Dia yang baru sahaja mahu balik dari kerja terpaksa berpatah balik menuju ke Lestaria Cafe apabila lelaki itu call mahu berjumpa dengannya. Katanya ada hal yang mustahak untuk berbincang. Tidak lama perjalanan, akhirnya dia tiba. Masuk sahaja ke cafe tersebut, sudah dapat dia lihat figura Tengku Harriz yang berada di meja makan hujung sekali. Perlahan-lahan kakinya menapak ke arah itu lalu melabuhkan punggungnya. Kepala lelaki itu mendongak memandangnya.
"You nak bincang apa?"
Tengku Harriz diam menatap muka Farhana Sofea. Entah betul atau tidak keputusannya itu. Namun dia sudah buntu. Sungguh buntu.
"Harriz" tangan dilambai-lambai. Termenung pula lelaki itu.
Kelihatan lelaki itu berdehem kecil dan membetulkan kedudukannya. Dada lelaki itu kelihatan naik ibarat mengambil nafas dengan dalam. Dia pula yang berdebar-debar. Macam serious sangat je hal yang nak dibincang.
"Hana, kahwin dengan I"
Farhana Sofea diam. Memandang lelaki di depannya itu. Matanya berkelip-kelip. Otaknya cuba memproses apa yang baru dikatakan oleh Tengku Harriz tadi.
"Jadi isteri I" melihat Farhana Sofea yang hanya diam membuat dia duduk tidak senang.
"Apa you cakap?"
Kut kut telinga salah dengar sebab kemaruk melayan Crash Landing On You semalam yang telah membuatkan dia berdoa supaya dapat berjumpa dengan jodohnya secepat mungkin. Mana lah tahu dia pula yang termasuk dalam drama. Sebab itu ditanya ingin kepastian.
"Kita kahwin"
Sekali lagi Farhana Sofea diam menatap Tengku Harriz lama.
"You and me, kahwin"
"WHAT? KAHWIN?" soal Farhana Sofea yang jelasnya terkejut dengan apa yang disuarakan oleh lelaki yang duduk di depannya itu, iaitu Tengku Harriz Adham. Melihat semua orang yang berada dalam Lestaria Cafe memandangnya, Farhana Sofea tersengih malu. Dia kembali duduk di atas kerusi. Muka takyah cakap, memang merah habis! Terkejut punya pasal, tak pasal-pasal dia menjerit dalam cafe.
"Ehem" tekaknya dibetulkan. Farhana Sofea memandang muka Tengku Harriz dengan serious.
"You're not kidding me, right?" Soalnya ingin kepastian. Gila! Tengku Harriz ajak kahwin! Mamat ni betul ke tak?
Angin tak ada tiba-tiba kelapa jatuh. Tengku Harriz ni mimpi jatuh tingkat 50 ke tiba-tiba lamar dia? Perempuan lain dah pupus ke? Ke dia dah nak mati terdesak nak kahwin? Banyak persoalannya yang ingin ditanya tetapi mulutnya terkunci. Dipandang sahaja lelaki di depannya itu menunggu lelaki itu membuka mulut.
"Ada nampak I buat lawak ke? Tak kan?"
Farhana Sofea menjeling Tengku Harriz. Annoying!
"Apa motif you ajak I kahwin dengan you? Hello! Kita ni bagai kucing dengan anjing tau?!"
"So? Kucing dengan anjing tak boleh kahwin la?"
"Absolutely NO"
Tengku Harriz mengeluh perlahan. Cuba bersabar dengan Farhana Sofea. Rasa macam nak tarik balik apa yang dia kata tadi. Kenapa dia boleh terfikir nak ajak gadis itu kahwin? Kenapa Farhana Sofea? Dia sendiri tak tahu. Apa yang dia tahu, dia kena cari calon secepatnya dan bawa jumpa parents dia.
"Macam ni lah, I kena kahwin in 3 months so only you yang I fikir"
Farhana Sofea diam seketika sebelum ketawanya melepas.
"Ouh so kiranya you kena kahwin paksa lah ni? I'm sorry for that, but being married to you was impossible! I taknak kahwin dengan lelaki yang I tak cinta especially dia musuh I. It will never happen" ujar Farhana Sofea.
Tengku Harriz mengetap rahangnya geram. Terasa dirinya kali ini dipijak-pijak. Haish geram! Kenapa dia pergi ajak Farhana Sofea berkahwin! Ramai lagi bunga kat luar sana! Gadis itu juga dia pergi ajak kahwin. Matanya dipejam seketika. For his dad, he will do anything. Yang pasti papanya takkan mengongkong dia lepas ini! Yes, itu yang dia mahukan!
"Okay fine. You yang akan rugi tak kahwin dengan I"
Farhana Sofea mengecilkan matanya cuba memahami maksud tersirat Tengku Harriz.
"Cis! You ingat I ni gilakan duit? Haha so funny. Sorry I bukan perempuan yang macam you fikir. You offer I duit berjuta pun I tetap takkan kahwin dengan you! I ada maruah dan I bukan gilakan harta! Huh, what a jerk man of you! " seraya itu dia keluar dari cafe meninggalkan Tengku Harriz yang jelasnya geram dengan kata-katanya.
Farhana Sofea ketawa kecil. Silap betul cari pasal dengannya! Tak pasal-pasal kena reject dengan dia! Haha happynya dapat reject Tengku Harriz!
Siapa suruh cari gaduh dengan dia semalam! Geram betul bila teringatkan hal semalam yang Tengku Harriz mengusik perutnya yang berbunyi semalam. Sehingga mereka di restoran lelaki itu mengusiknya. Dia fikir Tengku Harriz mahu mematah balik ke tempat kerjanya kerana kereta dia masih ada di situ namun lelaki itu membawanya ke restoran.
Dari awal sehingga dia selamat sampai ke keretanya semula, Tengku Harriz mengungkit perutnya yang berbunyi. Mahu tak geram dia? Lagipun padan muka kena tolak lamaran! Tapi dia tak rasa yang Tengku Harriz serious tentang itu. Mungkin lelaki itu mahu mengenakannya lagi sekali.
Ya, mungkin.
Sedang dia berjalan, dia terlanggar seorang. Memang hidupnya suka langgar orang atau orang suka langgar dia? Kepala mendongak memandang wajah lelaki itu yang berselindung di sebalik hoodie dan juga mask. Tapi dia kenal renungan mata itu.
"Dark?"
**********
Author nak bagitahu yang cuti sem author tinggal seminggu je ni! Ada minggu depan je untuk author update and lepas tu I might be busy with my studies.
Tak ready nak masuk u and belajar.
Sksksksk
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro