Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

"UMI, betul-betul lah? Umi dah pergi hospital?"

Farhana Sofea menyoal untuk buat ke berapa kali entah. Sejak dia balik ke Kuala Lumpur semula, hari-hari dia tanya bila mahu pergi ke hospital. Dah dia suruh ikut balik bersama dengan dia uminya itu tak nak. Macam-macam alasan diberi kepadanya.

"Ye, umi dah pergi. Tak percaya tanya Fiq. Fiq yang bawa umi pergi ke hospital."

"Okay, Hana tanya. Kalau umi tipu awas umi. Hari ni juga Hana pergi ambil umi."

Kedengaran uminya itu ketawa kecil di sana. Dia tengah serious ni, boleh pula uminya itu ketawa.

"Hana"

Kepala menoleh memandang pekerja Starbucks yang memanggil namanya apabila minumannya yang diordernya telah siap. Dia mula bangun dari kerusia lalu kaki melangkah ke kaunter untuk mengambil air Vanilla Latte . Ucapan terima kasih diberi begitu juga dengan senyuman kecil sebelum kaki mula melangkah menuju ke pintu.

"Habistu, doktor cakap apa umi?"

Dengan tidak sabar dia mula menghirup air tersebut. Hari yang panas membuatkan tekaknya mengidam air Starbucks hari ini. Jadi dia menyinggah sekejap Starbucks yang tidak jauh dari officenya. Hanya jalan kaki sahaja.

"Doktor cakap umi tak ada sakit apa pun. Cuma umi perlukan rehat sedikit."

"Betul ni dokt......oh my god!"

Bibir diketap oleh Farhana Sofea

"Sh*t!" ujar seorang lelaki.

Terbuntang mata Farhana Sofea apabila dia terlanggar seorang lelaki yang mahu masuk ke dalam Starbucks. Setakat langgar tu okay lagi tau tapi ni dengan package air mahalnya itu tertumpah mengena kemeja yang dipakai oleh lelaki itu. Warna putih pula tu. Memang terselah airnya yang mula membasahi kemeja itu pada bahagian dada sehingga mula membentuk dada lelaki itu.

Air liur ditelan kasar.

Apa pula kali ini?

Tak berani dia mahu mendongak kepala memandang lelaki itu. Melihat tangan yang digenggam itu, dia sudah tahu dah nasibnya memang tidak akan baik. Berurat tangan tersebut menahan amarah padanya. Yang paling sedih air mahalnya yang baru disedut sedikit sudah tinggal sedikit. Bala betul!

"You ni memang suka main langgar-langgar ke?"

Tidak bernafas seketika Farhana Sofea. Suara itu! Jangan kata dia lagi sekali kotorkan kemeja Tengku Harriz? Mungkin baru ini dia terlepas untuk mengganti balik kemeja sebelum ini, namun dia tidak rasa kali ini Tengku Harriz akan melepaskannya.

"Hana, Hana okay ke tu?"

Farhana Sofea menoleh memandang screen phonenya. Lupa sudah dia bercakap dengan uminya.

"Umi, Hana call nanti tau." Panggilan diputuskan. Kepala mendongak memandang lelaki yang berdiri di depannya itu yang sedang merenung tajam atau lebih tepat Tengku Harriz bersama wajah bekunya dan mata bak helang yang sedia menikam mangsanya.

"Ehh I pula? You tu yang suka main langgar-langgar." ujar Farhana Sofea membela dirinya walaupun dia tahu yang dia salah akan hal ini. Dia tak pandang depan kerana terlalu fokus menikmati air Starbucks yang baru dibeli.

Tengku Harriz tersenyum sinis.

"Then let's watch CCTV. Siapa yang langgar siapa."

Farhana Sofea menelan air liur kasar. Dah sah-sah dia yang salah!

"Encik, cik okay?" seorang pekerja Starbucks datang menegur mereka yang bergaduh betul-betul di pintu Starbuck. Kelihatan di tangan pekerja itu terdapat satu tuala lalu diserahkan kepada Tengku Harriz.

Farhana Sofea mendengus kecil. Sesekali dia mendongak kepalanya memandang Tengku Harriz yang duduk di depannya sedang menikmati air Starbucks yang dibelanja olehnya. Bukan dibelanja tapi dipaksa untuk bayar! Dah kaya duit berkepuk pun, dia juga kena bayar! Belanja boyfriend tak apalah juga, ni belanja mamat poyo! Tak puas betul hatinya.

"What?" Tengku Harriz menjongketkan kening apabila gadis itu tidak lepas memandang dia dengan pandangan tidak berpuas hati.

"Bila I boleh balik?" soal Farhana Sofea. Dari tadi dia tunggu untuk mengangkat kaki. Ingatkan dah belanja air tu bolehlah dia balik, ni kena duduk kat Starbucks teman Tengku Harriz minum. Bawa je lah air tu balik rumah!

"Cepatlah Harriz. Lambatnya you minum." rungut Farhana Sofea geram. Setengah jam dia duduk sini baru separuh air Starbucks lelaki itu diminum. Kalau dia tak sampai 10 minit dah habis dah! Lagi-lagi kalau hari panas!

"You fikir you belanja I dah settle?"

"Ehh harga kemeja I ni berpuluh kali ganda dari air yang you belanja ni tau!" sambung Tengku Harriz lagi.

Bibir diketap. Dalam hati berdoa janganlah disuruh ganti baju kemeja yang 4 atau 5 angka itu. Habis duitnya yang disimpan selama berkerja!

"Tapi sekarang dah nak pukul 7. I nak balik mandi and rehat daripada teman you minum air kat sini" ujar Farhana Sofea tidak berpuas hati. Dia sudahlah penat bekerja hari ini. Baru fikir nak balik rehat landing atas katil memandangkan dia period. Nasiblah juga segugut dia sudah hilang.

"Siapa luruh langgar I"

Mahu dicekik Tengku Harriz yang tidak mempunyai belas kasihan pada dirinya yang penat bekerja itu. Sudahlah emosi dia time period ni tidak stabil. Kan ada juga dia simbah air Starbucks atas kepala biar cepat habis.

"You ni tak makan lagi ke? Tenung I macam nak makan I" sengaja Tengku Harriz berkata ingin mendidihkan lagi kemarahan gadis itu. Dari tadi merenungnya tidak puas hati. Macam nak makan dia dah.

"Ye, I nak makan you. Biar lelaki nama Tengku Harriz Adham pupus dari dunia ni! Aman sikit hidup I!"

Tengku Harriz hanya menjongketkan bahunya. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Farhana Sofea.

"Kenapa tak suruh je bekas tunang you temankan?"

Farhana Sofea menyoal lebih kepada perlian. Dari tadi darahnya mendidih, biar darah lelaki itu pula mendidih. Nanti cepatlah balik! Melihat muka lelaki itu semakin dingin apabila dia menyebut bekas tunang dan badannya yang sedikit mengeras, tahula dia yang lelaki itu terkesan dengan kata-katanya.

"I balik dulu"

Belum sempat Farhana Sofea mahu berkata apa-apa, Tengku Harriz sudah mengangkat punggungnya terlebih dahulu meninggalkan air yang masih belum habis dan juga meninggalkan dia yang merasa bersalah. Bibirnya diketap. Dia tidak tahu apa yang jadi antara mereka berdua. Kasar sangat ke dia bergurau?

Keluhan kecil dilepaskan.

Hana lantak dia lah! Kau nak fikir perasaan dia buat apa?

Akhirnya, dia mengeluh kecil lalu lantas mengejar langkah Tengku Harriz. Sejahat-jahat dia dengan mulutnya yang lancang kadang-kadang tetapi dia juga selalu rasa bersalah. Bergantung kepada orang yang menerima kritikan.

Some people deserve critics, but some people do not.

Dan kes ini pula dia tidak tahu cerita tentang mereka berdua itu.

"Auchh!"

Dahinya digosok apabila terlanggar belakang badan Tengku Harriz yang seperti dinding. Keras nak mampus! Bergegar rasanya otak dia! Entah-entah dia punya otak dah retak! Bibir diketap geram. Suka hati lelaki itu je main brek tiba-tiba. Nasib di tangannya tiada air. Kalau tak mahu lagi sekali air tertumpah ke kemeja Tengku Harriz.

"Harriz yang you brek tiba-tiba ni kenapa? Sakit tau kepa......"

Kata-kata Farhana Sofea terhenti apabila terperasan akan seorang gadis yang berdiri di depan Tengku Harriz. Mata Tengku Harriz pula elok saja menatap anak mata gadis itu lama bagaikan terkejut kerana tidak menyangka akan terserempak dengan bekas tunang dia. Melihat dia yang berdiri di sebelah Tengku Harriz, gadis itu mengalihkan pandangannya. Memandang dia.

Kemudian gadis itu berpaling memandang Tengku Harriz semula sebelum jatuh pada dada Tengku Harriz yang di mana bahagian itu sedikit lembab angkara airnya yang tertumpah. Bibirnya diketap. Menyesal pula mengejar langkah Tengku Harriz. Dia pula yang rasa kekok.

Farhana Sofea mula menapak ke belakang perlahan-perlahan. Mahu lari. Tidak mahu dia terperangkap di antara mereka berdua. Namun satu tangan tiba-tiba mendarat di belakangnya memaksanya ke depan beberapa langkah supaya berdiri seiring. Siapa lagi kalau bukan Tengku Harriz.

"Honey, where are we going after this?"

"Hu....huh?"

Kepala menoleh memandang Tengku Harriz dengan muka yang sudah tentunya tergamam apatah lagi lelaki itu berpaling memandangnya dengan senyuman yang manis. Bayangkan muka yang beku yang selalu dihiasi dengan senyuman sinis tiba-tiba senyum manis kepadanya tambah lagi dengan panggilan yang manis juga. Tak ke kena serangan jantung?

Dia yang anti lelaki bila dilayan macam tu mahu bergoyah juga hatinya itu.

Tengku Harriz mendekatkan mulutnya dekat dengan telinga Farhana Sofea.

"Help me."

Farhana Sofea memandang Tengku Harriz dengan mata yang tidak berkelip. Terasa pelik apabila lelaki itu meminta tolong denganya dan bukan mengarahnya.

"You tolong I kali ini, I takkan minta you gantikan kemeja I"

Kalau dah Tengku Harriz memang selamanya akan jadi Tengku Harriz. Itu bukan minta tolong tetapi malah kepada memaksa. Tapi tak apalah kebaikan untuk dia juga. Tak perlu ganti kemeja yang mahal!

Farhana Sofea berdehem seketika.

"Emm makan? I lapar la"

Farhana tersengih kekok pada Tengku Harriz.

"Okay jom"

Tengku Harriz memegang pergelangan tangan Farhana Sofea yang berlapik itu lalu berjalan melintasi Sofea Qaisara yang hanya diam memandang mereka berdua. Diheret Farhana Sofea menuju ke kereta Ferrarinya yang tidak jauh diparking.

Bibir diketap oleh Farhana Sofea. Tangannya cuba ditarik tapi Tengku Harriz menggenggamnya erat. Geram pula dia. Suka-suka saja mahu memegang tangannya walaupun berlapik. Sudahlah bukan mahram!

Sesekali kepala menoleh memandang ke belakang. Sofea Qaisara masih memandang mereka berdua sehingga mereka hilang membolos diri ke dalam kereta Ferrari Tengku Harriz. Keluhan kecil dilepaskan. Kepalanya menoleh memandang Tengku Harriz yang sedang menghidupkan enjin kereta dengan mata Tengku Harriz masih memandang gadis itu.

"Kenapa tak getback je? Both of you look like still love each other." ujarnya memandang Sofea Qaisara yang mula masuk ke dalam kedai Starbucks. Kenapa semua orang hari ini nak minum air Starbucks? Dan tak ada kedai lain ke? Drive thru ke? Kenapa semua nak walk in ke kedai yang sama?

"My past"

Farhana Sofea menoleh memandang Tengku Harriz dengan dahi yang berkerut. Ketika itu kereta Ferrari Tengku Harriz telah pun meluncur laju ke lebuh raya. Masa silam? Masa silam apa yang membuatkan Tengku Harriz dan gadis itu putus tunang? Tiba-tiba dia rasa mahu tahu tentang mereka berdua. Jujur dia kata, mereka berdua secocok. Bagai pinang di belah dua.

"I told you, true love is when your partner can accept who you are"

"She can't accept your past?" tekanya.

Melihat anggukan Tengku Harriz baru dia faham kenapa mereka putus tunang. Namun apa masa silam Tengku Harriz sehingga gadis cantik seperti Sofea Qaisara berhenti memperjuangkan cinta mereka?

"I jahil dulu. Sangat jahil."

Getaran badan Tengku Harriz dapat dilihat oleh Farhana Sofea sebelum lelaki itu cuba mengawalnya. Anak mata coklat itu juga bergetar sedikit seakan-akan masa lalu Tengku Harriz masih menghantuinya sehingga ke hari ini.

"And people change, right?"

Manusia boleh berubah. Yang jahil tidak selamanya jahil begitu juga sebaliknya. Dia bukan mahu tiba-tiba berpihak pada Tengku Harriz tapi apa yang dia mahu Tengku Harriz tahu kejahilan tidak selamanya kejahilan. Apa yang dilakukan oleh lelaki itu di masa silamnya boleh dimaafkan tapi mungkin dengan berubah ke arah yang lebih baik?

"And some people can't be forgiven and it's me"

Farhana Sofea membetulkan posisinya menghadap Tengku Harriz. Badan disandar pada pintu. Tangan memeluk tubuhnya. Tidak berpuas hati dengan kata-kata itu. Baginya semua orang layak dimaafkan jika orang itu betu-betul menyesal dengan perbuatannya.

"What made you think that? If you ikhlas menyesal dengan masa silam you, you will be forgiven. Allah itu Maha Pengampun"

"Yes itu bila dosa dengan Allah. Tapi dosa dengan manusia?"

"Cari orang itu dan minta maaf dengannya."

"And what if orang itu tidak mahu maafkan I? What if dia pun benci akan I?"

Tengku Harriz menyoal dengan anak mata coklatnya tepat memandang ke dalam anak mata hitam pekat Farhana Sofea. Dia betul-betul teringin mahu mendengar jawapan kepada soalannya itu dari Farhana Sofea. Kerana jawapan itu dia cari selama ini.

Jawapan dari Farhana Sofea.

Gadis yang pernah terjebak di masa silamnya.

Orang yang dia berlaku jahil suatu ketika dahulu.

Dia.....adalah Farhana Sofea.

********

Dah boleh kut bagi korang suspense. Korang rasa apa Harriz buat kat Hana dulu?

Jangan lupa votement tau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro