Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 1

NECKTIE berwarna hitam dicapai oleh Tengku Harriz. Tangannya laju menyimpul necktie di lehernya yang dikenakan bersama kemeja yang berwarna maroon. Memandangkan hari ini ada meeting penting dengan beberapa organisasi terpaksalah dia berpakaian kemas.

Dia memandang dirinya buat kali terakhir di pantulan cermin. Rambut tersusun rapi dan ada beberapa helai yang terjuntai di dahi. Kemeje yang kemas diserlah bersama necktie yang berjenama. Dada yang bidang dan tegap memang menyerlahkan ketulenana seorang lelaki yang bernama Tengku Harriz Adham tapi sayang girlfriend je takde.

Jam ditangan dipandang. Masih awal lagi.

Kot hitam dicapai lalu disangkut di lengan sebelum dia keluar dari bilik bersama beg hitam yang dijinjing. Kosong sahaja apartmentnya itu kerana dia sorang sahaja yang tinggal di apartment itu. Dia ada rumah tapi jarang-jarang dia balik. Tengok atas moodnya sendiri.

Tiba di parking, kereta Ferrari berwarna hitam dihidupkan. Sementara menunggu enjin panas dia scroll ipadnya terlebih dahulu. Melihat jadualnya hari ini. Bekerja sebagai Chief Operating Officer iaitu COO di Secret Hunter Agency memang banyak kerja. Kadang kerja tu melebihi CEO. Lagi pula si CEO kawan baiknya sendiri, memang banyaklah tugas dia.

Kereta Ferrari mula meluncur ke lebuh raya. Pagi-pagi memang jalan sibuk. Semua nak cepat sampai ke pejabat masing-masing. Phone yang berbunyi mengalihkan fokusnya yang memandu. Nama yang terpampang dipandang 'Black'. Butang hijau dislide ke kanan pada screen empat segi tepat yang terpampang di tengah-tengah dashboard.

Airpods disumbat pada telinga.

"Ada info pasal Harraz?" Soalnya pada Black, orang suruhannya yang diminta untuk mencari info pasal kembarnya yang hilang sejak penculikan itu.

"Dark has seen him but he wants to meet you there"

"I see. I will be there."

Panggilan dimatikan.

Nama 'King' dicari lalu didail. Sekejap sahaja panggilannya diangkat.

"Hello bro, I will be late. Aku nak jumpa Dark"

"Pasal Harraz?" Soal King hujung talian sana yang merangkak kawan baiknya atau dikenali sebagai Emir Adden Fattah da juga merupakan pemilik Secret Hunter Agency.

"Hmmm"

"Okay but don't forget we have a meeting with Dato' after lunch"

"No I don't"

Kereta diuturnkan di selekoh. Dia tidak lagi menuju ke Secret Hunter Agency tetapi menuju ke tempat yang Dark ingin berjumpa. Dan tempat itu agak jauh sedikit memandangkan ianya mengambil masa selama 2 jam mahu sampai ke sana.

Pokok yang hijau berderet sepanjang perjalanan Harriz ke tempat itu. Sudah tiada bangunan yang gah berdiri selepas sejam pemanduannya. Jalan juga kelihatan kosong sahaja, tidak kelihatan kenderaan yang lain. Memang jauh dari bandar.

Kereta Ferrari diberhentikan di depan bangunan kosong yang terbiar. Nafas dalam yang ditarik sebelum dia memboloskan dirinya keluar dari kereta. Lengan baju kemeja yang berwarna maroon disising ke siku. Kepalanya mendongak memandang bangunan itu. Bangunan dimana dia dan Harraz diculik semasa mereka masih kanak-kanak. Banyak kali dia menapak kakinya ke sini. Kadang-kadang menunggu kemunculan Harraz.

Seorang lelaki menghampiri dirinya yang masih berdiri statik di sebelah kereta Ferrarinya.

"I have something to show you" ujar lelaki itu yang dikenali sebagai Dark.

Harriz mengikuti langkah Dark masuk ke dalam bangunan itu dengan berhati-hati memandangkan semua alatan dalam bangunan itu sudah usang. Matanya sempat memerhati sekeliling. Memang tak banyak ubah tempat ini. Setelah operasi penangkapan penculik secara besar-besaran oleh unit gerak khas bangunan ini terbiar begitu sahaja.

Tahun 2002 dikejutkan dengan penculikan kanak-kanak yang memang terlibat banyak kanak-kanak termasuk dirinya dan kembarnya, Harraz. Matanya dipejam seketika. Tidak mahu mengingati kejadian tragis itu. Hanya mereka yang diculik sahaja tahu apa yang terjadi. Memang tragis dan brutal sekali. Layanan pada mereka juga teruk. Lagi-lagi kalau tidak mendengar kata. Sehingga meninggalkan trauma yang mendalam buat dirinya.

"This"

Lamunan Harriz tersentak. Segala memori tentang penculikan mula terbang. Dia menoleh memandang Dark. Dahinya berkerut saat melihat tulisan yang dispray dengan warna merah di dinding. Tangannya digenggam. Rahangnya diketap.

"Macam kau suruh aku tengokkan bangunan ni, aku always datang sini and semalam I found this" ujar Dark memandang tulisan itu

'Don't find him or either both of you will be in danger'

Harriz memejamkan matanya. Maknanya ada yang tahu dia sedang mencari kembarnya. Tapi apa masalah mereka jika dia mahu mencari kembarnya? Keluhan kecil dilepaskan.

"Tak notice siapa datang sini?"

Dark menggelengkan kepalanya.

"What do you want to do right now?"

Harriz tersenyum sinis.

"To make enemies come closer, I need to do what they dislike. Let their anger out and they will come hunting me."

Sebelum Tengku Harriz pulang, sempat dia merayau ke hutan belakang bangunan usang itu. Jauh dia berjalan sehingga dia tiba di satu pokok. Kepalanya menunduk seolah-olah sedang memandang dua budak sedang menyorok di sebalik pokok yang besar itu. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil

"Sofea, will you run with me?" soalnya pada budak perempuan yang bernama Sofea sambil menghulurkan tangan kepadanya.

Kepala Sofea mendongak memandang budak lelaki itu lama. Seakan teragak-agak untuk mencapai tangannya itu. Lama dia merenung muka budak lelaki itu yang disebalik cahaya langit malam.

"I will"

Keluhan kecil dilepaskan. Matanya dipenjam sesaat. Senyuman kecil yang terukir tadi sudah pudar. Matanya dibuka semula memandang pokok itu.

"I hope you will be safe, Sofea"





HANDBREAK ditarik sebaik sahaja kereta diparking tidak jauh dari Lestaria Cafe. Enjin kereta dimatikan. Farhana Sofea mencapai handbagnya yang berada di tempat duduk sebelah pemandu sebelum keluar dari kereta. Setelah memastikan keretanya dikunci, dia segera berlalu menuju ke Lestaria Cafe.

Namun dalam perjalan ke sana, tiba-tiba sahaja bahunya dilanggar seseorang membuatkan file yang dipegang oleh orang yang melanggarnya itu terjatuh ke lantai. Baru sahaja dia ingin menolong mengutip file yang terjatuh dan memohon maaf walaupun dia tahu bukan salahnya namun tidak jadi apabila orang yang melanggarnya itu terlebih dahulu membuka mulutnya.

"Haa elok lah. Orang jalan guna mata and you pula jalan pakai lutut" ujar Tengku Harriz yang bengang memandang filenya sudah berterabur di atas lantai.

Membulat mata Farhana Sofea apabila telinganya mendengar kata-kata yang dikeluarkan dari mulut lelaki dihadapannya itu. Bibir diketap geram cuba bersabar. Atas bawah dia menilik lelaki itu. Harapkan muka je handsome tapi mulut macam celaka!

"Ehem encik, I jalan pakai mata okay!" Tuturnya geram. Suka-suka hati je tuduh dia jalan pakai lutut. Padahal dia memang pandang depan tadi. Lelaki itu sahaja yang tiba-tiba muncul dari planet mana entah. Planet bunian mungkin.

"Kalau you jalan pakai mata, tak ada maknanya you akan langgar I melainkan....."

Sengaja Tengku Harriz menghentikan kata-katanya di situ. Dia yang berjalan mara ke arah gadis itu membuatkan gadis itu berundur beberapa tapak ke belakang sehingga belakang badannya menyentuh dinding kedai. Tangannya menahan gadis itu kiri kanan dengan senyuman sinis.

Farhana Sofea meneguk air liut perit. Suka-suka je mengunci dirinya di dinding! Sah lelaki dihadapannya itu benar-benar gila! Namun tidak mahu menunjukkan dia lemah, dibalas renungan mata helang itu dengan pandangan tajam.

"Melainkan you minat I. Sengaja main langgar-langgar" bisik Tengku Harriz pada telinga gadis itu sebelum dia menjauhkan dirinya daripada gadis tersebut. Tersenyum sinis dia apabila melihat muka gadis di depannya itu kelihatan bengang.

Bukan sekali dua dia berlanggar macam ni. Kebanyakan sengaja dilakukan oleh mereka. Nanti mulalah nak minta nombor phone lah nak minta bergambar lah. Puihh! Dah lapuk dah cara tu.

"Hello excuse me. I minat you? Euww please lah. I dah ada boyfriend okay and lagi handsome dari you. Setakat you apa lah sangat. Muka macam you berlambak kat sungai. Elok you pergi balik ke sungai. Risau kalau family buaya you cari" tutur Farhana Sofea sambil membuat muka jijik memandang lelaki itu. Mahu ketawa dia sekarang melihat perubahan muka lelaki didepannya itu. Nampak macam bengang je?

Siapa suruh berdebat dengannya! Dia selalu johan pertandingan debat masa kat sekolah menengah. Sudah tentu dia akan menang kali ini! Eheks.

Tengku Harriz mengetap rahangnya geram. Naik turun dadanya bernafas. Buaya dia bagi? Ehh nak kena betul minah depannya itu! Kalaulah dia tahu yang dirinya itu girlfriend pun tak ada, mahu berbaris depannya minta dijadikan suami! One in millionlah katakan. Muka handsome macam ni girlfriend tak ada!

"I blah dulu. Harap tak jumpa you lagi" tutur Farhana Sofea lalu cepat-cepat beredar dari situ. Risau melihat lelaki di depannya itu menahan amarah dengan tangan yang digenggam. Karang tak pasal-pasal dia kena tumbuk. Tengok genggaman itu kalau tak melayang ke langit silap hari bulan melayang ke underground. Fuhh seram!

Kening dijongket oleh Tengku Harriz.

"Cis kau siap minah sekali lagi aku jumpa kau memang kena kau dengan aku"

Dengusan kasar dilepaskan.

Tengku Harriz duduk mencangkung mengutip filenya yang sudah berterabur. Malang betul harinya ini. Sudahlah dia diugut supaya tidak mencari kembarnya itu lepastu jumpa minah yang mulutnya boleh tahan. Rasa macam nak sumbat cili je kat mulut minah itu! Biar padan muka dia sikit!

"Kau ni dah kenapa membebel seorang diri?"

Kepala didongak memandang Razul. Dia mengutip file terakhir lalu berdiri di sebelah Razul. Keluhan kecil dilepaskan membuatkan kening Razul semakin terjongket. Jarang-jarang dia mahu melihat Tengku Harriz begitu.

"Jom lunch."

"Ada meeting la kejap lagi." Tolak Tengku Harriz.

"Alaa sempat je. Sekarang tengah lunch kan. Kau tu tengok-tengok nanti tak makan seharian"

Tengku Harriz tersenyum kecil. Memang dia tak makan lagi hari ini. Breakfast tadi pun tak makan lagi kerana terkejar ingin tahu pasal Harraz. Lunch ni pun dia belum sentuh apa-apa lagi.

"Fine" akhirnya Tengku Harriz pasrah apabila melihat muka yang dibuat-buat sedih oleh Razul. Bukan Razul la kalau tak berlakon seharian.

MELIHAT kawannya yang sedari tadi mendiamkan diri sebaik mereka tiba di Lestaria Cafe membuatkan Farhana Sofea semakin geram. Tangannya menepuk kuat bahu Airisya membuatkan kawan baiknya mula tersedar ke alam sebenar.

"Babe! Kau dengar tak aku cerita apa?" Soal Farhana Sofea geram.

"Huh? Kau cerita apa tadi?" Leka termenung akan sesuatu sehingga membuatkan dia tidak sedar apa yang diceritakan oleh Farhana Sofea. Melihat Farhana Sofea yang memasamkan mukanya membuatkan dia tersengih kecil.

"Alaa babe sorryla" tutur Airisya sambil menggoyangkan lengannya.

"Haish kau ni buat bazir air liur aku je. Kau termenung apa Icha?"

Soalan Farhana Sofea membuatkan Airisya diam seketika. Keluhan kecil dilepaskan. Baru hendak buka mulut menceritakan apa yang jadi tapi tidak jadi apabila dia terpandang Danial dan beberapa bodyguard lain duduk di sebelah mejanya. Bibirnya digigit.

Kepala digelengkan perlahan.

"Tak ada apa. Cite lah balik cerita kau tu" ujar Airisya.

Farhana Sofea mendengus geram. Airisya yang tersengih itu dijeling tajam. Nasib kawan baik.

"Tadi ada sorang mamat ni langgar aku lepastu aku pula yang kena maki dengan dia. Dasar mamat poyo betul!" Tutur Farhana mula menceritakan kejadian yang dia dilanggar oleh seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Airisya.

"Hahhaha babe lucu la cite ko ni" tutur Airisya setelah mendengar cerita dari kawan baiknya itu. Terbahak-bahak dia ketawa. Memang tidak hairan kalau kawan baiknya itu bidas mana-mana lelaki yang dia jumpa. Kawannya sorang itu anti lelaki!

"Padan muka dia! Puas aku bagi kata-kata pedas! Huh!" Farhana Sofea tersenyum puas. Memang puas hati sangat dia kenakan lelaki itu tadi. Berani nak lawan mulut dengannya?

"Jangan macam tu babe. Kan nanti kan dia jodoh ko acane?" Tutur Airisya dengan kening yang dijongket bersama senyuman kecil.

Pak

"Auch. Sakitla" muncung bibir Airisya sambil menggosok bahunya yang ditampar oleh Farhana Sofea.

"Kau kalau mulut kau masin tak ke naya aku?"

"Ye lah. Tapi kan babe aku ada cerita yang aku mimpi kau dengan sorang laki ni kan."

"Yup. So?"

"What if lelaki tu adalah orang yang sama?" Soal Airisya. Keningnya dijongket pada Farhana Sofea bersama senyuman lebar. Dia ada cerita pada Farhana Sofea yang dia mimpi pelik pada kawan baiknya itu.

"Arhh kau mengarut je"

"Lelaki tu pakai baju warna apa tadi?" Soal Dhia Airisya ingin kepastian.

"Hmm tak silap aku baju kemeja maroon"

Airisya tersenyum lebar mendengar jawapan dari Farhana. Sah! Lelaki yang Farhana berjumpa tadi adalah Tengku Harriz memandangkan Tengku Harriz turut memakai baju kemeja yang berwarna maroon hari ini. Lelaki sama yang dia mimpi bersama Farhana Sofea.

"Tahniah babe. Kau dah jumpa jodoh kau. Nama dia Tengku Harriz Adham."

"Airisya!"

Jeritan Farhana Sofea menarik perhatian pelanggan Lestaria Cafe dan juga dua orang lelaki yang baru masuk ke dalam cafe itu. Mata Farhana Sofea kelihatan mahu terjongol keluar dari kelopak mata apabila dia terpandang akan lelaki tadi yang berdiri di pintu cafe ini. Tengah pandang dia juga pula tu!

Cepat-cepat Farhana Sofea mengangkat buku menu yang berada di depannya itu lalu melindungi mukanya. Makanan baru saja ditempah kalau dia berlari keluar aci tak?

Airisya yang melihat perangai pelik Farhana Sofea mengerutkan dahinya. Kepala menoleh ke kanan. Dia terpandang akan Tengku Harriz dan Razul. Lebar bibirnya mengukirkan senyuman.

"Korang. Sini!" tangan dilambaikan pada mereka berdua memanggil mereka datang ke mari.

"Kau panggil siapa duhh?" Soal Farhana Sofea dengan perasaan tidak sedap hatu.

"Panggil kawan suami aku. Aku nak kenalkan kau kat diorang hari ini" ujar Airisya dengan senyuman tidak lekang di bibir. Dalam hati dah ketawa dapat kenakan Farhana Sofea.

"See like you can't run from me" Farhana Sofea menelan air liur apabila suara itu menyapa telinganya. Habislah!

*******

Habislah Hana!

Done first bab! Harap korang sudi support this story.

Jangan lupa votement.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro