chapter 7
Aku mengeluh perlahan. By now aku dah confirmkan dengan diri sendiri yang aku takda kawan.
Aku tak taulah sama ada itu good news or bad news. Kalau bad, aku takda kawan nak tolong ajarkan untuk aku, untuk bersembang ke apa ke, kalau good pulak, aku tak payah susah payah nak ingat diorang, nak bergaul dengan diorang pun susah sebab aku tak kenal. Kan?
So aku rasa fair lah kot.
Sekarang ni waktu rehat, aku tengah duduk dekat meja sambil minum air teh ais. Yes, sorang-sorang.
Tiba-tiba ada orang duduk di sebelah aku.
"Dik, abang mintak maaf."
Aku pandang tepi. Hek eleh, baru nak muncul rupanya abang aku ni. Gedik betul. Jangan harap aku nak layan dia. Huh.
"Sorry lah abang tinggalkan Lisa. Abang.... ada hal tadi." Ceh, ada 'hal' sangat sampai sanggup tinggalkan aku yang tak tahu apa apa pasal sekolah ni.
Aku teruskan minum air dengan cepat. Lagi cepat aku habiskan, lagi cepat aku boleh blah. Jangan harap aku nak cakap dengar dia. Huh.
"Lisa, janganlah marah. Abang mintak maaf, okay?" dia buat muka sedih. Hak alamak abang aku ni nak sedih pahal, aku yang kena tinggal dia yang nak sedih. Lewls.
Aku bangun dan buang air yang habis diminum ke dalam tong sampah. Lepastu aku terus gerak ke kelas. Rayyan ikut aku di belakang.
Aku sengaja jalan laju, biar dia tak dapat nak catch up. Dia tarik lengan aku, membuatkan aku pusing menghadapnya.
"Okay, sebenarnya.... abang tak percaya Lisa." dia kata dengan muka yang serious. Ha, percaya apa pulak ni?
Dia teruskan lagi memandangkan aku tak memberikan sebarang respon. "Abang sebenarnya tak percaya yang Lisa.... memang tak ingat apa-apa. Abang fikir Lisa memain je. Tapi bila abang tengok abang Yusuf macam serious je, abang ragu-ragu, tak tahu nak percaya mana satu. Instinct abang sendiri atau Lisa. So, nak confirmkan mana satu betul, abang decide nak tinggalkan Lisa."
"Tinggalkan Lisa? For what?" aku mencelah.
"Yelah, kan abang tinggalkan Lisa, nak tengoklah betul ke Lisa tak ingat. Kalau Lisa ingat mesti Lisa terus masuk kelas, tapi abang nampak Lisa tanya orang lain, kan?"
"So, sebelum ni abang memang tak percaya Lisa lah ni?" aku tanya dia, nak minta kepastian.
Dia menggeleng kepala. "50-50 lah, kot. Eh, tak 80-20. Hehe." jawabnya sambil tersengih. "Tapi sekarang ni abang percaya. So, maafkan abang?"
Aku mengeluh. "Yelah-yelah. Tapi lepasni kena teman Lisa pergi mana-mana. Tau?"
"Alah, kenapa tak perggi dengan kawan je?"
"Speaking of that, Lisa ada kawan ke tak?" Sekali lagi aku tanya dia, sebab aku rasa masa first aku tanya dia tipu kata dia tak tahu.
Rayyan meneguk air liur, dan menarik nafas dalam-dalam. "Sebenarnya... Lisa pernah cerita dekat abang dulu. Abang pernah tanya Lisa, kenapa pergi mana-mana asyik sengsorang je. Duduk rehat dekat kantin pun sorang-sorang, bila raya kawan Lisa tak datang, Lisa tak pernah keluar dengan kawan. Abang peliklah, abang tanya Lisa takda kawan ke. And Lisa kata tak. Lisa kata Lisa benci semua orang. Lagi-lagi perempuan dekat kelas Lisa. Lisa kata, semua orang hipokrit. Orang nak kawan dengan Lisa semuanya ada udang di sebalik batu. Semua ada niat tak betul. Nak kawan sebab Lisa anak Dato', nak duit Lisa, nak jadi popular. Tapi abang rasa yang paling munasabah sebab Lisa ada abang yang teramatlah hensem, iaitu abang, bukan abang Yusuf. Anyway, sebab tu lah Lisa memang tak layan langsung sesiapa pun. Pernah satu masa tu, Lisa tengking dekat sapa tah sebab orang tu tak habis-habis kacau Lisa. Satu kantin terkejut tengok masa tu."
Seriously? Biar betul abang aku ni? Patutlah takda siapa pun tegur aku. And masa aku tegur budak perempuan tadi tu dia macam takut je dengan aku. Wow, menakutkan jugak aku ni.
Lepas habis Rayyan bercerita, dia pergi ke mejanya semula, tempat lepak geng dia. Since ada lagi 10 minit sebelum waktu rehat tamat, dan aku takda kawan nak borak, aku pun terus pergi ke kelas semula. Ada dalam tiga empat orang je dalam kelas, termasuk Lucas. Nice timing! Boleh aku tanya dia sekarang, dia takda alasan nak kata sekarang waktu belajar. Heh.
Aku duduk di tempat aku, dan terus menegur dia. "So, can I ask you a question?"
Lucas memandang aku selama beberapa saat dan mengeluh. Lagaknya macam dah bosan tengok muka aku. Cis, aku baru tegur sekali je kot! Termasuk sekarang, dua kali lah.
"What?" tanya dia balik.
"Can you speak Malay?" Aku tanya sebab aku malas nak speaking dah. lel.
Dia mengangguk kecil. "I can, but not really good."
Um, so.. aku boleh stop speaking ke tak ni?
"So, can I speak Malay or not?"
Dia ketawa kecil mendengar soalan aku. Apa? Setahu aku, mana ada aku buat lawak pun, kan.
"I understand Malay, but I'm going to speak English. Means, you can speak Malay like you normally do. Is that alright?" dia tanya aku pulak. Eh, caring pulak mamat ni. Tadi macam benci aku je. Mood swing ke apa?
"Okay, so aku nak tanya satu benda. Macam mana kau kenal aku?"
Dia memandang aku sambil mengerutkan kening. Mukanya nampak hairan. "What?"
Oh, dia tak faham maksud aku ke apa? "Alah, masa pagi tadi aku tanya kenal aku ke tak, lepastu kau angguk. Like, how? Kau baru je transfer harini. Kan?"
Soalan yang asyik buat aku tertanya dari pagi tadi sampai aku tak boleh nak fokus belajar. Eceh, bukannya aku faham pun cikgu ajar apa tadi. Kehkeh.
Dia cuma memandang aku beberapa saat sebelum memandang buku yang dibacanya tadi semula. Agak lama jugaklah aku tunggu dia jawab, tapi dia sambung baca buku dia pulak. "Hello?" aku lambai tangan dekat dia, tapi dia buat tak tahu je.
Omg seriously aku rasa geram gila dengan dia ni, apa patut aku buat? Hm, since buku tu yang buat dia tak layan aku, baik aku rampas. Aku tak jahat kan? Sapa suruh dia tak layan aku, huh.
Aku merampas buku yang dia pegang tu dan masukkannya dalam beg aku, lepastu aku terus menyandar pada beg, supaya dia tak dapat ambil.
"What are you doing?" Lucas menyoal dengan matanya yang bulat. Aku membuat muka 'duh' dan mengeluh. "Sorokkan buku kau? Duh."
Kalini dia pula yang membuat ekspresi muka aku tadi. "But for what? Duh."
"Um, kau tak jawab soalan aku? Duh."
Dia menggeleng kepalanya berkali-kali. "Not going to tell you."
"Why not?"
Dia kemudian memandang aku dengan muka innocent sehabis mungkin. "No reason."
Aku mengeluarkan keluhan berat. Annoying gila bapak dia ni! Apa salahnya pun bagitahu aku? Dia ada sorokkan sesuatu ke? Kenapa dia taknak bagitahu?
Aku nak paksa dia lagi tapi loceng dah berbunyi pulak. Bila loceng berbunyi, Lucas terus membetulkan kedudukan kerusinya dan mengeluarkan buku di atas meja. Langsung tak hiraukan aku.
Heh, aku dapat tahu dia ni jenis yang memang focus habis time cikgu ajar dalam beberapa jam aku baru jumpa dia.
Cikgu Jara (sebenarnya cikgu sejarah, tapi aku tak tahu nama cikgu tu so aku pun bagi jelah nickname tu) masuk beberapa minit lepas rehat tamat. Selepas bagi salam dan baca doa, cikgu suruh bukak buku teks.
"Harini kita belajar topik baru. Kita masuk Tamadun Awal Asia Tenggara. Kalau kamu tengok muka surat...." and bermulalah adventure di mana aku start berimaginasi sambil belajar, maksud aku, bukan berimaginasi pasal Sejarah tau, tapi pasal adventure yang aku reka sendiri. (DO NOT COPY MY ACTION, YOU'LL REGRET IT WHEN YOU'RE GOING TO RECEIVE YOUR SPM SLIP).
Lepastu aku mula bosan dengan imaginasi aku sendiri, otak aku bagaikan memberi aku satu idea apabila secara tiba-tiba je aku teringat yang aku simpan buku Lucas tadi.
Terus aku keluarkan buku tu senyap-senyap, tanpa pengetahuan cikgu. Hampir-hampir je aku ketawa bila baca tajuk novel tu.
P.S - I Love You.
Okay, sebenarnya aku tak dapat nak tahan ketawa, so aku ketawa yang tak cukup kuat untuk Cikgu Jara dengar, tapi cukup kuat untuk Lucas dengar dan pusing memandang aku dengan muka yang terkejut.
Aku tak tahu novel ni, tapi tengok tajuk pun dah tahu ni pasal cinta. Macam kelakar je Lucas baca. Tak sangka pulak dia jenis minat novel, romance pulak tu. Kalau genre macam Percy Jackson ke, Harry Potter ke, boleh tahan lagi. Ni P.S - I Love You weh!
Bukanlah lelaki tak boleh baca ke apa, tapi tak pernah terlintas di fikiran aku yang Lucas suka baca genre romance.
"Ps, hey, give me back my book." Aku dengar Lucas bersuara perlahan. Takut cikgu dengarlah tu.
"Haha, jangan harap." Aku letak bukunya di sudut mejaku yang paling tepi. Walaupun aku letak sudut paling hujung, tangan dia hampir-hampir je nak capai buku tu tapi nasib baik aku sempat tepis.
"Don't." aku bagi warning dekat dia. Dia memandang aku, bagaikan tak percaya apa yang aku kata. "What the hell? That's mine?" balas Lucas.
"Bagitahu dulu macam mana kau kenal aku, baru aku bagi balik." Tersenyum puas bila aku terfikir idea ni. Hm, bijak gak aku ni en. Hoho.
Lucas ketawa kecil. "Whatever. I'm not going to tell you."
Cis, dia ni taknak buku dia ke? Tak guna betul.
Aku bukak buku tu dan membelek sehelai demi sehelai. Aku perasan ada antara ayat yang dia hightlight kan dan ada yang..
"Hei, kau tulis apa ni?" aku tunjuk dekat dia helaian yang ada tulisannya.
Terus bulat mata dia memandang, tangannya laju hendak mencapai buku namun aku lebih pantas menghalang. Heh.
"Give it back to me. NOW." dia menarik buku itu dari tangan aku lagi sekali, kalini dia berjaya menggenggam hujung buku. Aku pun menarik dengan kuat, jangan harap aku nak lepaskan aset penting untuk aku blackmail dia.
"Bagitahu jelah! Apa yang susah sangat!"
"I'm not telling you anything!"
"BAGI-" tiba-tiba percakapan aku kena potong. Dengan siapa? Ha saksikan.
"Apa yang bising-bising dekat belakang tu? Lisa, Lucas?" suara Cikgu Jara membuatkan semua pelajar memandang kitorang.
Automatik aku lepaskan genggaman pada buku, menyebabkan Lucas terus mengambil dan menyimpannya.
"Takda apa-apa cikgu." aku cuba menahan suara aku daripada bergetar. Tiba-tiba nervous pulak sebab semua tengah pandang. Lucas ni gedik pulak bukan nak jawab ke apa, ni diam je. Ei, macam nak tampar je mamat ni.
Lepas Cikgu Jara sambung balik mengajar, aku menjeling Lucas setajam-tajam yang boleh.
"Bagitahulah, gila."
"What? After all you did to me? Hah, no way."
"Uh, all I did was took your book? That was it?"
Dia mengangkat bahu. "Whatever, still not gonna tell you."
Aku melepaskan satu keluhan yang berat dan panjang. "Ugh, you're so frustrating! Baru hari first jumpa aku dah tak suka kau. Huh."
Kalini barulah aku tumpu betul-betul cikgu ajar. Sampai tamat waktu pdp aku langsung tak tegur Lucas. Lagi sakit hati je dapat bila tegur mamat macam tu.
Lepas habis kemas buku, aku terus menggalas beg dan menuju ke pintu belakang kelas. Nak balik ah apa lagi.
"Wait, Lisa." suara Lucas ke tu?
Aku pusing belakang dan memandangnya. "Apa?"
"Did you.. um.. " dia berhenti separuh ayat. Mukanya nampak teragak-agak nak cakap. Apahal dia ni?
"Did you really mean what you said earlier?"
Aku mengerutkan kening. "What did I say?"
Dia memandang lantai, sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. "When you said you hate me."
Oh. Hek eleh tu ke yang dirisaukan.
"Taklah, aku gurau -"
"I'm sorry. I was such a jerk, wasn't I? Look, I'll tell you how I know you. But you have to forgive me. How's that?"
Aku mengangguk. That's a good deal, ey. Lagipun soalan aku tadi akhirnya akan terjawab jugak akhirnya.
"Aku sebenarnya gurau jelah. Aku tak benci kau pun."
Dia menghembus nafas lega. "Thank god. I didn't want you to hate me on my first day at school. Sorry, again."
"No worries. So, macam mana kau kenal aku?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro