chapter 29
Possible ke aku dengar suara Lucas semalam? Memanglah selama ni aku asyik dengar suara suara orang, dan kadang-kadang antara suara tu semua, ada suara Lucas jugak. Tapi semua suara tu cakap pasal benda aku sendiri tak faham.
Contohnya?
Lamanya nak tunggu Lisa.
I wish we can play Jenga together, like old times.
Abang bawak makanan favou--
Kau gila apa? Ingat dia boleh makan sekarang?
Alah kau. Diam ah, datang bawak tangan kosong tak payah nak kutuk aku ah kan.
One day, everything is going back to normal. You promised me that.
Kitorang semua tunggu Lisa.
Ha, pelik kan? Kadang kadang tegak jugak bulu roma bila terdengar perbualan Yusuf dan Rayyan dalam kepala otak aku. Tak cukup nak dengar dekat luar, dalam otak aku pun nak kacau sekali ke cemana?
Tu semua dalam kategori biasa. Disebabkan aku dah selalu dengar, aku dah tak ambik peduli sangat. Tapi, paling dahsyat antara semua, aku terdengar orang menangis. Dan korang tahu waktu bila aku dengar? Tengah malam. Mana nak tidur lena bila terdengar orang menangis berjam lamanya dalam otak aku?
Ha berbalik kepada topik asal, aku keliru sama ada suara Lucas tu suara yang biasa aku dengar atau suara dia yang betul. Kalau ikut logik, memang sahlah tu suara bayangan otak aku sendiri. Gila apa nak dengar dia send telepathy dekat aku? Aku bukannya kembar dia. Aku bukannya kongsi badan sama. Aku bukan Adam. Cuma diorang berdua je yang boleh hantar telepati bagai. Ke diorang boleh hantar dekat orang lain jugak? Tak mustahil sebab diorang tak pernah cerita. Aku pun tak pernah tanya. So, sekarang ni aku nak tanya Adam. Nak tunggu Lucas bila entah nak muncul balik.
"Adam, sebelum ni korang send telepathy dekat masing masing je ke?"
Adam mengangguk. "Yep, kenapa?"
"Tak pernah try dekat orang lain?"
Adam mengangguk lagi sekali. "Mestilah pernah. We tried a lot of things, actually. Tapi semua tak jadi, kecuali antara kitorang berdua je."
"So.. tak possible lah kan dapat telepathy dari korang?"
"Shh, cikgu tengah cakap," kata Adam sambil cuba sedaya upaya untuk nampak fokus.
Terus terdiam aku dibuatnya. Aku pandang depan, nampak cikgu tengah perhatikan kitorang. Sesaat dua lepastu cikgu sambung mengajar balik.
Cara Adam suruh aku diam tadi buat aku teringat masa aku first jumpa Lucas. Aku masih teringat ayat dia sejibik sebijik.
God, can you please shut up? We're in the middle of class right now.
Ah, tetiba teringat balik ni kenapa? Dah dah lah buat diri sendiri sedih.
"Technically, sebenarnya tak mustahil. Macam yang saya pernah cakap sebelum ni, saya dan Lucas tak tahu sepenuhnya macam mana diri kitorang berfungsi. So, anything is possible." Adam berkata dalam nada perlahan.
Waktu rehat.
"Lisa, jom rehat!" Sarah datang ke meja aku. "Okay," aku terus bangun dari tempat duduk. Tiba-tiba Adam pun bangun sekali. "Boleh tak nak rehat dengan korang sekali?"
Ah, lupa pulak Adam ni boleh dikatakan macam pelajar baru. Dahlah takda kawan, tak tahu menahu apa pulak tu pasal sekolah ni. Seketika terlupa yang dia bukan Lucas.
Aku pandang Sarah yang nampak macam tengah frozen dengan mukanya jelas nak kata 'is this dude serious'. Sebab apa? Selama ni masa Sarah selalu datang dekat meja aku, tak pernah pernah pulak Lucas nak angkat muka pandang dia atau try berkomunikasi. Sarah pun pernah tanya aku, memang perangai Lucas macam tu ke? Aku jawab benda yang betul. Aku takdalah tahu sangat, tapi aku tak pernah nampak dia try buat kawan. Sarah tanya, habis dengan kau? Aku angkat bahu. Sebab aku deskmate dia kot?
Maka, teramatlah pelik bagi Sarah bila Adam tiba tiba nak join sekali dengan kitorang. Dan aku pun, takkan nak tinggalkan dia kan? Huish, gila apa. Nanti kena sambar dengan budak perempuan lain macam mana?
Aku bisik dekat telinga Sarah, "Lucas cuba nak berbaiklah dengan kau. Tak nampak ke sebelum ni dia tegur classmate lain? Layan jelah." Sorry Sarah, bukannya aku boleh bagitahu kau pun siapa Adam.
Kantin.
Kalau aku duduk dengan Lucas haritu pun dah rasa awkward, apatah lagi situasi sekarang ni. Apatah lagi aku yang kena duduk antara dua makhluk yang tak bercakap langsung ni. Adam jugak yang nak rehat sesama, kenapa baru sekarang nak acah perangai Lucas ni? Sarah ni pun satu, dari tadi makan sambil pandang tempat lain, dia jugak yang ajak aku rehat!
Ke aku yang kena betulkan keadaan? Kan? Lagipun apa dua manusia yang tak kenal memasing nak cakap?
"Sarah, Adam—, i mean Lucas, nak cuba berkawan dengan kau," aku pandang Adam, suruh dia tegur. "Um, hai. Saya Ad— Lucas."
Sarah ketawa kecil. "Nama kau Adam ke apa ni?"
Terus tersentak aku dengan Adam. Sarah perasan muka kitorang nampak serious. "Apa? Joke lah joke. Oh, nama aku Sarah. Btw, nak tanya kau satu soalan boleh tak?"
"Yep, tanyalah," kata Adam sambil tersenyum.
"Kau duduk sini berapa lama dah? And kau asal dari mana?"
Aku mengangkat kening dekat Sarah. "Tu dua soalan."
Adam ketawa kecil. "A few years ago. And sa— aku dari Australia."
"Okay, lagi satu soalan. Betul ke kangaroo ada dekat mana mana je?"
Sebaik sahaja soalan tu terpacul keluar dari mulut Sarah, aku terus ketawa terbahak bahak. Sampai menitik air mata, six packs pun macam nak membentuk dah.
Sarah menjeling aku. "Kau pahal?"
"Aku tak sangka budak pandai macam kau pun tanya soalan macam tu," aku kata, sambil mengesat sisa air mata.
Dia mencebik. "Tch, aku memang curious lah."
"Memang betul pun. Dia kata ada satu masa ni dia nampak kangaroo belakang rumah," aku yang jawabkan bagi pihak Adam. Adam terpinga pinga dengar jawapan aku. Oh, yang jawab haritu Lucas, bukan dia. And yang nampak kangaroo tu Lucas, bukan dia.
Sarah pandang aku dengan curiga. "Macam mana kau tau? Kau tanya dia jugak ke?"
Aku menggeleng kepala. "Nope, abang aku yang kau tak suka tu. Wow, nak ship koranglah."
Sarah buat muka menjijikkan dan mula bangun dari kerusi.
"Woi, nak pergi mana?"
"Library. Nak hantar buku," lepastu dia terus blah.
Eh, merajuk ke? Benci sangat ke kalau aku ship dia dengan abang aku pun? Bukannya abang aku huduh pun. Haritu pergi library siap dua tiga orang nak ambik gambar dengan dia. Sarah sarah.
"Lisa, tadi kenapa cakap pasal telepati?" soal Adam tiba tiba.
Oh, aku tak bagitahu dia lagi pasal tu.
"Sebenarnya kan.. semalam saya terdengar suara Lucas."
"What?" Adam membulatkan matanya.
"Err, tapi tak tahulah tu suara lain yang saya biasa dengar—" tunggu, dia tak tahu pasal suara suara tu.
"Anyway, saya tak pastilah betul ke tak. Awak rasa betul ke?"
"Dia cakap apa?"
"Dia kata dia harap dapat jumpa saya nanti."
Adam menongkat dagu, keningnya hampir bertaut. "Hmm, boleh jadi jugak. Tapi takkan tiba tiba je? Selama ni kitorang banyak kali cuba, tapi tak boleh pun. Ke ada variable lain?" dia pandang aku.
Aku menggeleng kepala, aku tak bersedia lagi nak bagitahu dia pasal suara tu. Lucas pun sama.
"Tak kot? Atau maybe sebab dia hilang?" aku meneka. "Ah, Adam. Saya ada benda nak tanya pasal korang ni."
"Yes?"
"Korang kan kata yang family korang dapat tahu korang ni dalam satu badan masa umur 5/6 tahun kan? Maknanya sebelum tu diorang ingat korang ni cuma satu manusia je. So, apa yang diorang panggil? Lucas? Adam? Ke nama lain?"
Soalan yang aku tanya membuatkan riak wajah Adam berubah dari senyum kepada.. sedih. Adam termenung tanpa bersuara, memandang ke suatu sudut dengan lama.
Alamak, aku tanya soalan sensitif ke? Mungkin family dia panggil dia Lucas.. ugh, apa aku dah buat? Aku cuma nak elak cakap pasal telepati tadi tu je!
Tiba-tiba Adam memejamkan matanya dan dia terjatuh dari kerusi. Dia terbaring di atas lantai, matanya masih tertutup.
Pelajar lain semua mata dah tertumpu dekat kitorang.
"Adam??"
Dia tak bergerak.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro