chapter 20
Lepas kitorang habis belajar, mak Sarah hidangkan mee goreng untuk kitorang. Aku rasa biadap betul makan dekat ruang tamu sambil tengok Jurassic World dekat tv. Tapi Sarah yang insist nak duduk luar. Aku okay je hoho.
"Sarah, kau rasa.. kalau orang tu boleh dengar suara suara dalam otak dia, kau rasa dia gila ke?"
"Yeah. More like, schizophrenic."
Heh, lagilah aku taknak bagitahu dia kalau dia fikir macam ni.
So aku pun diam jelah taknak cakap apa apa. Tiba-tiba dia tanya soalan yang aku tak expect.
"Hei, tadi dekat kantin.. aku dengar ada orang buat hal. Kau tahu ke siapa? Aku dekat library so aku tak tahu apa apa."
Ha ha, pesal lah kau tanya soalan tu nak nangis aku wEh.
"Err.. aku lah tu."
Sarah membeliakkan biji matanya dengan muka teruja dia tu. "Seriouslah? Kau buat apa? Apa jadi?"
"Bukan buat hal, more like caused a scene. Sebenarnya soalan aku tanya dekat kau tadi tu ada kaitan dengan apa yang jadi dekat kantin."
Sarah membuat muka keliru. "Apa kaitannya dengan schizophrenia?"
Aku menghela nafas yang panjang. Tak tahulah nak bagitau ke tak. "Sarah, janji kau tak judge aku bila aku cerita, okay?"
Sarah tersenyum dan mengangguk. "Relaxlah, aku kan kawan kau. Aku tahu kita baru je kenal tapi kau boleh percayakan aku. Aku baik." dia kata dengan muka seinnocent habis.
Erk, ada jugak orang puji diri sendiri macam ni ye. Muka tebal jugak Sarah ni.
"Yelah yelah ni aku cerita. Masa dekat kantin tu, aku tengah borak dengan Lucas. Tiba-tiba aku terdengar suara suara tu. Aku pun jadi takutlah.
Tbh, suara tu takdalah bunyi menakutkan sangat tapi the fact that aku boleh dengar, buat aku jadi takut. Aku tutup mata dan telinga aku, a silly act I did trying to block the voices. Anyway, lepastu, tiba tiba je aku dengar orang jerit nama aku dengan kuat. Lepastu dia goncangkan bahu aku.
Aku terus tak jadi takut, kau tahu? Sebab tiba tiba je dia buat macam tu. Bila aku tengok, rupanya abang aku. Aku sebenarnya baru nak cakap thanks dekat dia sebab tolong aku, tapi aku perasan yang semua orang tengah pandang kitorang, maybe sebab abang aku jerit tadi. Aku jadi segan so aku pun.. tumbuk perut dia. Lepastu aku lari."
Sarah terus melepaskan tawa yang kuat. "KAU TUMBUK DIA HAHAHAHA."
Lawak sangat ke aku tumbuk dia? Ni sampai menangis ni kira over lah kan. Jangan sampai tumbuh six packs dah.
"Hoi, dahlah tu gelak."
Dia mengesat air mata dan berhenti ketawa. "Okay okay. Anyway, apa yang kau cakap tadi, kau dengar suara orang dalam otak kau?"
Aku mengangguk.
"Suara siapa? Ke orang random je?"
Wait. Aku tak pernah pun terfikir pasal tu. Sebabnya aku terlalu takut sampai takda masa nak fikir. Tapi bila fikir balik, rasanya suara tadi tu..
"Kenapa aku rasa macam suara Lucas ah? Tapi kadang kadang ada jugak suara perempuan."
Dia terus memetik jarinya. "Ke ni sebab kau suka dia sampai terdengar suara dia dalam otak kau? Dahsyat betul kau ni." Sarah membuat andaian dengan muka serious.
Aku terus pukul dia. Kepala dia aku suka Lucas. No offence tapi baik aku suka Adam daripada dia HAHA.
"Mana adalah. Hm, entahlah. Maybe khayalan aku je kot. Lagipun aku tengah cakap dengan dia masa tu." aku cuba sedapkan hati sendiri, dan supaya Sarah tak rasa aku ni gila.
"Anyway, tadi kau tahu tak abang aku cari pasal dengan form 4. More like, diorang yang cari pasal lah."
Muka Sarah tak nampak terkejut langsung. Macam dah biasa dengar pulak. "Normal lah tu abang kau. Semua orang takut dengan dia. Berani pulak budak form 4 tu cari pasal."
"Wait, kenapa kau kata normal? Abang aku tu gangster ke apa?" tiba-tiba aku rasa seram sejuk pulak. Abang aku yakuza ke?!
Sarah ketawa kecil. "Takdalah. Cuma semua orang tau, kalau orang cari pasal dengan dia atau kau, memang menempah maut."
"Eeh, sebab tu ke kau tak pandang dia langsung masa dia perkenalkan diri haritu?" ujar aku sambil menahan ketawa.
Muka Sarah terus berubah merah. "Mana ada! Aku cuma.. lapar?"
"Pft, tak munasabah langsung. Mengaku jelah. Tak payab takut. Ke takut cari pasal dengan aku ha? Ha?" aku saja mengusik sambil tersenyum senget.
Sarah membuat muka menyampah. "K fine, memang aku takut pun. Aku tak pernah cakap dengan dia pun."
"Hei, relaks lah. Abang aku bukannya orang jahat pun. Dia baik tau. Lagipun kau kawan aku, so dia mestilah baik dengan kau."
"Yelah yelah. Anyway, kau nak tahu tak kenapa orang takut nak cari pasal dengan korang?"
"Ada cerita?" tetiba aku rasa excited pulak nak dengar. Sarah mengangguk. "Haah. Ada satu masa ni.."
FLASHBACK SARAH'S POV
Fatimah ni dari tadi aku tunggu dia ambik buku, dah sampai lenguh kaki aku dibuatnya. Dia ni pergi cetak buku ke apa lama sangat ei.
Since aku tunggu Fatimah dekat dengan dewan, aku pun saja menjenguk budak team bola baling practice dekat dewan.
Aku nampak Lisa tengah dribble bola sorang sorang. Abang dia Rayyan tu pulak tengah duduk dekat kerusi sambil minum air.
Hm, tak tahu pulak Lisa dengan abang dia team bola baling. Keturunan pandai main agaknya.
Tiba- tiba Rayyan terus bangun dari kerusinya dan berkata, "Excuse me, tapi kau tengah berdiri depan aku sambil kutuk adik aku. Isn't that kind of harsh?"
Dia bangun memang tiba tiba gila sampai kerusinya terjatuh ke belakang. Walaupun dia tak cakap kuat, tapi satu dewan boleh dengar sampai diorang stop practice. Senyap.
Rayyan memandang seorang pelajar lelaki di hadapannya dengan tajam sekali.
"Huh? Kau apahal? Cari gaduh?" budak tu pusing memandangnya. Weh bapak ah budak ni cari maut ke apa do memang lenyek kau dia buat jadi lempeng japgi kang.
Serious meremang bulu roma aku bila nampak Rayyan senyum. Petanda tak baik tu. Habislah kau, budak tak kenal.
"Hm, let's see. Tak reti hormat senior, kurang ajar, kutuk orang tak bertempat.. Aku jujur jelah, eh? Aku cukup menyampah dengan orang macam kau ni. Dengan segala hormatnya sila berambus sekarang." balasnya dengan nada yang tenang. Dahlah dekat tangan dia pegang bola weh serious mampus kau budak tak kenal. Pandai kau cari pasal time dia pegang bola. Aku doa jelah untuk kau supaya survive. Selamat tinggal.
Ok, kidding. Aku nak tengok drama ni. Free kot! Lagipun nanti mesti heboh satu sekolah. Dan aku nak jadi orang yang saksikan depan mata.
"Siapa kau nak arah-arah aku? Aku tengah nak practice lah. Pergi main jauh jauhlah." budak tu buat tak layan dia.
"Aku kira sampai empat. Satu. Dua.."
Aku yang tengok pulak yang berdebar. Budak budak lain yang dalam dewan dah mula kecoh.
Budak lelaki tu masih tak buat apa apa, duk kaku je berdiri dari tadi.
Rayyan mengangkat bolanya dan mengubah posisi nak baling dekat dia. Gaya aku tengok dia macam nak smash je dekat budak tu.
"Aku bagi kau peluang terakhir. Pergi mintak maaf dekat adik aku, atau bola ni aku smash dekat muka kau. Lantaklah muka kau berdarah ke apa, like hell I give a damn."
Yang aku peliknya, mana cikgu yang sepatutnya train diorang ni? Dan budak lain asal tak panggil cikgu? Aku kenapa tak panggil cikgu? Ha ha, nahas aku kalau aku panggil. Silap hari bulan nanti dia pulak target muka aku kena smash.
Aku rasa ego budak tu tinggi gila sebab dia cuma membuat muka acah tough campur kerek dekat Rayyan.
"Tiga.."
Tak gerak gerak lagi.
"Okay. Empat."
Dalam masa 0.05 saat bola tu kena smash tepat dekat muka dia. Budak tu terus terjatuh ke lantai. Hidung dia berdarah dan pipi kiri dia memerah. Kejap lagi mesti lebam habis.
Dan dia.. pengsan.
Budak budak lain terus tolong angkat dia.
Oh sh, cikgu datang cikgu datang. "Hei, ni apa yang jadi ni? Kenapa dia berdarah macam tu?"
Muka icy cold Rayyan tadi terus berubah menjadi risau. "Cikgu, tadi kitorang tengah practice, lepastu saya tak sengaja tersmash dekat muka dia. Serious cikgu tak sengaja. Saya mintak maaf."
Aku nampak budak lain tak cakap apa apa pun, maybe diorang tahu bahana kalau bagitau cikgu perkara betul.
Aku pulak tak sangka yang cikgu terus percaya cakap dia.
Lepastu aku decide nak pergi kelas dah. Aku pandang tepi nampak Fatimah tengah tengok dalam dewan. Ei, minah ni dah sampai bukan nak bagitahu. Boleh dia enjoy sekali tengok. Eh tapi tak boleh nak salahkan dia, drama tadi memang tiptop.
Sehari dua lepastu aku dengar budak tu quit main bola baling.
END OF SARAH'S POV
Speechless gila aku dengar cerita Sarah. Biar betul dia ni.. abang aku yang perangai macam budak kecik, rupanya pembuli? What the hell.
"Sejak haritu, korang berdua kena nicknamed 'acid siblings' sebab well, no one wants to mess with acid."
"Erk, siapa bagi nickname tu? Buruknya. Hei, abang aku yang buat hal. Kenapa aku kena sekali?" agak terasa jugaklah orang samakan aku dengan acid. Macam nak kena cili je siapa yang start bagi nickname ni.
"School editor. Oh yeah, scene tu keluar dekat monthly issue sekolah. Thank god cikgu tak ambik tahu masa tu sebab sekolah kita jadi tuan rumah untuk pertandingan netball. So cikgu semua busy. Tapi cikgu biasanya memang tak ambik kisah pun. Eh, memanglah kau kena sekali sebab korang adik beradik. Aku pun takut nak dekat dengan kau tahu tak. Sebenarnya, dulu kau lagi menyeramkan daripada Rayyan tau. Semua manusia yang pandang kau, kau jeling. Kau pernah jeling aku tahu tak?" kata Sarah sambil acah buat muka terasa.
"Alah, tu kisah dulu. Sorry lah, aku pun tak tahu lah kenapa aku macam tu dulu. Sorry tau."
"No lah, aku tahu sebabnya. Kau dulu memang tak suka orang rapat dengan kau. Aku bukan stalker ke apa tapi aku perasan dulu masa kau form one perangai kau lain. Ceria, tak macam sekarang. Maksud aku, sebelum kau amnesia lah."
"Kenapa? Aku ada sejarah hitam ke apa?"
Sarah mengangkat bahu. "Kind of? Sebabnya dulu kau selalu kawan dengan sorang perempuan ni, lepastu tetiba je korang gaduh. And then perangai kau start berubah."
"Kau tak rapat dengan aku pun dulu so mana kau tahu ni? Jujur jelah, kau stalk aku kan." aku tersenyum senget. "Hoi, tak kuasa aku nak stalk kau. Kita sekelas dari form one so aku tahulah."
Balik rumah.
Aku decide nak tanya Rayyan pasal cerita aku dengar daripada Sarah. Tapi aku tak tahu sama ada aku patut tanya atau tak.
"Mende termenung tu. Gi belajar lah." tegur Rayyan sambil mencampakkan bantal kepadaku. Eh eh dia ni, suruh aku belajar tapi dia tu tak sedar diri SPM dah dekat tapi duk main PS4 lagi. Insaflah wahai abang tak seberapa muda.
"Abanglah pergi belajar, spm dah dekat." aku campak balik bantal dekat muka dia. Terus hilang concentration dia main game.
"Lisa! Tengok abang dah kalah!"
Aku tersenyum. "Baguslah. Bolehlah abang belajar sekarang kan?"
Rayyan mengeluh perlahan. Dia menutup matanya dan menyandar kebelakang.
Beberapa minit berlalu dan..
Sekali lagi aku campak bantal dekat muka dia. Boleh pulak dia tidur bila aku suruh dia belajar. Nasib baik tak letak batu dalam bantal tadi.
"Ha yelah yelah abang belajar nanti." katanya, tapi mata masih tertutup rapat.
Sementara dia tak semangat nak study ni, baik aku bukak cerita tadi.
"Abang, tadi Lisa ada dengar cerita.. abang buli orang. Betul ke?"
Rayyan membuat muka keliru. "Lisa merepek apa ni? Bila masa pulaklah abang buli orang. Abang ni baik tau."
Hm, mana satu aku nak percaya ni? Takkan Sarah nak tipu aku pasal abang aku sendiri kot.
"Lah, yeke. Habis yang Lisa dengar pasal acid siblings tu salah lah ni.."
Dengar je aku sebut pasal acid siblings tu, terus berpusing 45° kepala dia pandang aku.
"Mana Lisa tau pasal ni? Apa je Lisa tau?" nadanya terus berubah serious. Seram pulak aku dibuatnya.
"Yang abang buli orang tulah."
"Yelah tapi yang mana? Abang tak ingat."
Ok, cara abang aku cakap macam nak kata dia buli bukan sorang je, tapi macam ramai HOii.
"Masa practice bola baling. Abang smash bola dekat muka budak tu."
Rayyan ketawa. "Oh, budak tu! Haha, he deserved it tho. Jangan salahkan abang." dia mengangkat tangan tanda surrender.
"No, bullying is still wrong no matter what. Abang, tak baik tau abang buat dia macam tu."
Rayyan mengangkat bahu. "Entah, abang lagi prefer guna perkataan 'self-defense'. Dia yang cari pasal dulu. Abang takkan kacau orang kalau dia tak ganggu abang."
"Eh, dia kacau apa?" berdasarkan apa yang aku dengar daripada Sarah, budak tu tak cakap dengan Rayyan pun mula mula.
"Dia kutuk Lisa lah. Dia kata Lisa tak patut ada dalam team ni la, tak pandai main la, menyampah abang dengar. Dia cakap kuat kuat pulak tu. Mana tak berasap sedangkan abang berdiri betul betul belakang dia?"
"Alah, tu je ke sebabnya. Lisa bukannya kisah pun kan. Abang je yang over."
Rayyan menggeleng kepala. "No, abang paling pantang bila ada orang buat hal dengan Lisa. Atau abang sendiri. So abang tak kisah nampak over ke apa ke. Sapa suruh dia yang cari pasal dulu."
"Tapi, sebab abang fikir macam tulah orang panggil kita acid siblings tahu tak?"
Dia membuat eye roll sambil buat muka menyampah. "Tahu. Abang tak suka."
Sebenarnya, aku tetiba rasa suka pulak bila orang panggil macam tu HaHa.
"Tapi Lisa suka."
Dia memandang aku pelik. "Lisa suka? Eii, apa yang bestnya orang panggil macam tu. Orang lagi takut nak dekat dengan abang tau tak. Nanti susah abang nak dapat gf." jawabnya selamba.
"But people know not to mess with us, right? Rasa macam powerful tau bila orang semua gerun dekat kita." aku membalas.
Dia meletakkan tangan di bawah dagunya gaya berfikir. "Hm, when you say it like that, it sounds kinda cool."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro