chapter 11
Uh, apa dia buat dekat sini ni? And aku tak boleh nak tegur dia lagi sebab takut salah orang lol.
"Is it just me or lelaki tu berjalan ke arah kita?" tanya Linda, dia pun tengah pandang Lucas/Adam. Rayyan yang tengah sibuk bergaduh dengan Yusuf pun terus memandang ke arahnya.
Lepastu dia pandang aku. "Eh, tu bukan ke.. uh, siapa eh. Lupalah. Eh, abang pernah nampak ke? Entah, salah orang kot." katanya sambil menggaru kepala. Ei, dasar pelupa betul. Eh tapi dia baru nampak Lucas sekali je kot haritu haha.
Aku tak mengendahkan diorang, dan terus berjalan ke arah Adam or Lucas or whatever.
"Kau buat apa kat sini?" soal aku, sebaik sahaja aku berdiri depan dia.
Dia pandang aku ragu-ragu, lepastu dia bercakap perlahan. "You know it's me, right? Not that guy you sent me -- Oh, and if you don't believe me, my eyes are blue."
Aku terus pandang dia dengan pelik. Apa kena dia ni? Takda pulak aku cakap aku curiga dia ni Adam ke apa, tapi dia sibuk pulak nak yakinkan aku. Dan.. macam mana dia tahu perbezaan dia dengan Adam cuma mata diorang?
Aku bukak phone dan check balik gambar Adam tadi. Aku zoom in kan semampu yang boleh. Mata Adam bukannya nampak sangat tadi. I mean, kitorang duduk dalam gua kot. Okay, this is getting way too suspicious. Kalau dia tak cakap ni tadi aku mesti ingat coincidence je. Heh, nak buat macam mana. Kalau dia ni jadi spy, dah lama kena dedah identiti.
"Alright, you're Lucas. Tapi apa kau buat dekat sini? Macam mana kau tahu aku dekat sini?" Ni lagi satu yang pelik, macam mana dia tahu aku dekat sini? Nak kata aku bagitahu Adam, mana ada.
Lepastu dia tiba-tiba je smirk dekat aku. "Haven't I told you? I know things, Lisa."
Oh.
Oh.
Oh.
Nah, aku sebenarnya still tak faham macam mana dia 'know things'. Omg, jangan kata..
Lucas menggeleng kepalanya. "I'm not a stalker, if that's what you're thinking."
Aku terus memandangnya dengan muka terkejut. Dia ni..
Lagi sekali dia menggeleng kepala. Ha sudah, apa pulak kalini. "And I don't read your mind. I'm not a psychic."
SAH, DIA BACA MINDA AKU GILA.
"I'm not."
Aku ketawa hambar. "Habistu macam mana kau tahu exactly apa yang aku fikir? And don't tell me you 'know things'. That's a bunch of crap."
Dia terus mencebik. "Fine. I don't read your mind, but I read your face. Your face tells me everything."
"What does that even mean?"
"It means, you are--"
"WAIT, don't change the topic. Apa kau buat dekat sini?"
Dia buka mulut nak jawab, lepastu tutup balik. Dia menggaru kepala dan menongkat dagunya. "You're right, what am I doing here anyway? This is pointless, bye." dia terus berlalu pergi begitu sahaja.
Aik?
What even?
Aku memang speechless gila, sebab dia tinggalkan aku macam tu je. Bukan dia ada benda penting ke nak cakap? Wait, aku nak tanya pasal Adam tapi dia dah hilang pulak. Hish, salah aku jugak tetiba frozen tadi eii.
Aku pandang belakang, nampak Yusuf, Linda dengan Rayyan perhatikan aku. Uh, memang diorang dari tadi ke dekat situ?
Aku jalan balik ke arah diorang. Tak sampai lima saat aku sampai dah terus kena attack dengan soalan tak munasabah diorang.
"TU BOYFRIEND LISA KE? TELL ME HE'S NOT." See, sangat tak munasabah.
"Since when Lisa ada kawan ni?" Ouch, sakitnya hati (sangat). Tak sakit mana pun sebab aku tak tahu diri aku yang dulu macam mana.
"Hensemnya maigod, Lisa bagi kakak lah." Okay, tu memang sah Linda. Takkan Yusuf kot yang cakapkan HAHA.
Rayyan menepuk tangannya, meminta perhatian daripada kitorang. "Okay, semua. Shut up with all your stupid questions, kita kat sini nak pulihkan balik memori Lisa. Kakak jangan nak mengada-ngada ngorat lelaki hensem, okay?"
Linda dengan pantas menendang kaki Rayyan, yang juga pantas mengelak tendangannya itu. Terus bersorak gembira Rayyan dibuatnya. "BOO, You're such a loser," kemudian dia pandang aku dan berkata, " Abang nampak cool kan tadi? Betapa pantasnya abang elak tendangan--"
Tiba tiba Linda tendang dia lagi sekali. Kalini Rayyan leka so memang terkenalah tendangan padu dia. Hampir sahaja dia mencarut disebabkan kesakitan yang melampau di kakinya. Linda tersenyum senget. "Not cool anymore."
Belum sempat dia nak balas remark Linda, Yusuf mengetuk kepalanya. "Pahal semua nak buli aku ni ha? Aku tak bersalah!!" dia menjerit tiba-tiba, menarik perhatian beberapa orang di sekeliling. Yusuf menggeleng kepala, sudah bosan dengan perangai tak tahu malu Rayyan. "Kau yang lupa tujuan kita. Dah, jom pergi art gallery."
"Wait, kau serious? Art gallery is SO boring. Pergilah tempat lain." Rayyan merungut.
"Yes memang bosan, tapi ingat tak masa tahun lepas kita pergi sana dengan papa?" soal Linda sambil tersengih, barangkali teringatkan peristiwa lepas.
Yusuf dan Rayyan berpandangan sesama sendiri dan dengan tiba-tibanya melepaskan tawa yang cukup kuat. Yusuf mengesat air mata yang keluar, Rayyan pulak menahan six pack yang terbentuk secara tak sengaja akibat ketawa kuat sangat. Linda pun tak kurang juga ketawa.
Great. Now I feel like an outcast.
Agaknya Linda dapat kesan kenapa aku senyap je, so dia pun suruh diorang berhenti ketawa.
"So, apa yang terjadi dekat art gallery?" aku bertanya, curious nak tahu apa yang menyebabkan diorang tiba-tiba je ketawa macam tu.
Rayyan dengan excitednya terus bercerita. "Macamni, tahun lepas, papa ajak kitorang pergi art gallery, since kitorang —" Yusuf lagi sekali mengetuk kepalanya. "Jangan lah bagitahu dia. Dia kena ingat balik dengan sendiri." pesannya.
Muka Rayyan terus berubah menjadi masam. Kelakar pun ada aku tengok, macam budak kecil.
"Uh, tapi Lisa ada sekali ke masatu?" Yelah, kalau nak trigger balik memori aku sedangkan aku takda dekat sana, tak boleh jadi jugak kan.
"Duh, obviously lah Lisa ada sekali. That's why kitorang kata Lisa ada kenangan dekat sana." Linda menjawab pertanyaan aku.
"Alright, we're here." kata Yusuf.
Rayyan merungut dalam diam, sebabnya semua orang tahu betapa bosannya art gallery. Kosong dan penuh dengan frame gambar sahaja. No offence to peminat art though.
Belum sampai seminit kitorang dekat sini, aku nampak betapa bosannya muka Rayyan. This is such a torture to him. Bagusnya kalau dia ada girlfriend yang suka art. Heh. Tiba-tiba muka dia bercahaya. Dia tersenyum gembira. Sudah, patut aku risau ke?
Dia memanggil Yusuf dan Linda, since aku dekat sebelah dia je tak perlulah dia nak panggil aku kan. "Ada apa?" soal Yusuf. Rayyan tersenyum senget. "Kalau nak trigger balik memori Lisa, we can't just sit here and do nothing. Let's make trouble."
Ok, ni nampak bahaya. Aku harap Yusuf dengan Linda tak setuju dengan dia. Aku pandang diorang. Yusuf membuat muka 'duh'. "Obviously lah kita kena buat trouble, that IS the memory." jawabnya.
"Okay, so.. here's the plan." Rayyan memulakan bicara namun dipotong Linda. "Wait, kakak tak rasa Lisa patut tahu plan ni. Dia patut tengok sendiri, dan cuba ingat balik."
"So.. I should just stand here and do nothing?" soalku. Yusuf menggeleng kepala. "Don't do nothing, fikir. Try to remember back something, anything about this gallery. Apa yang terjadi tahun lepas. Oh yeah, Lisa pergilah jalan-jalan dulu sementara kitorang tengah plan ni. Nanti kitorang panggil Lisa balik. Nah, tak perlu panggil. Bila kitorang dah bersedia, Lisa mesti tahu punyalah nanti." arah Yusuf dan dia segera menghalau aku. Cis ,yelah yelah nak sangat aku berambus kan.
Aku pun pergi merayau ke bahagian lain. Dinding krim, dan berpuluh-puluh frame gambar yang terlekat di dinding. Aku pejam mata, cuba nak ingat balik. Semuanya terlalu kosong, macam mana aku nak ingat? Ugh.
Aku pergi merantau ke kawasan lain pula, kalini aku perhatikan sekeliling. Hei, bila perhatikan betul-betul, menarik jugak kan art gallery ni. Bolehlah aku ajak Rayyan pergi sini selalu HAHA.
Tahu kan art gallery ni biasanya macam library? Senyap sunyi je. So, bila dah senyap tu, mudahlah aku terdengar perbualan orang. Aku bukan suka curi dengar, tapi suara tu macam aku kenal sangat..
"Shut up, listen to me! Kenapa kau muncul depan dia? Bahaya tahu tak?"
"Nak buat macam mana, tak sengaja."
"How do you even come out in the freaking morning? I was struggling --"
"Shh, diam sikit boleh tak? Kalau orang dengar tak ke pelik bunyi tu?"
"Whatever. Just, how? You do realize you can only come out at night, right? So how did that happen?"
"Honestly, aku tak tahu. Aku bangun tidur je aku nampak semuanya cerah. So aku pun keluarlah jalan-jalan, lepastu aku terjumpa dia."
"Okay, this is so weird. The order isn't supposed to be like this. Kau tahu kan kita --"
"You think I don't know that? Let's just hope I'm not going to bump into her again, alright?"
"No, Adam. The order is going to get messed up. Everything's going to mess up. From now on."
Adam? ADAM?
Suara tu... aku baru perasan suara Adam dan Lucas sangat sama.
Wait, conversation ni sangat pelik. Sangat. Kalau ada dua orang yang tengah berborak, kenapa suara diorang sama? Tapi memang dua orang pun, kalau tak dia cakap dengan siapa kan? Tapi kenapa sama? Dan kenapa.. Adam?
Aku terlindung dari bilik sebelah, nak tengok tak berani pulak aku. Dahlah conversation pelik semacam je. Baik aku blah. Adik beradik aku yang lain ni mana pulak pergi?
"HEI, NO RUNNING IN THE HALLWAY!" aku terdengar orang menjerit. Tiba-tiba aku nampak Rayyan berlari menuju ke arah aku. Ada guard mengejarnya di belakang. What the-
Dia nAK LANGGAR AKU KE APA? Dahlah lari laju gila nak mati, so automatically aku pun start lari sekali hahaha.
Rayyan nampak terkejut bila nampak aku lari sekali. Bila dia dah selari dengan aku, dia tanya, "Kenapa Lisa lari sekali?"
"Sebab abang macam nak langgar Lisa je tadi!"
Dia ketawa dengar jawapan aku. Lepastu dia tiba-tiba menjerit dengan kuat. "WOOOOOOOOOO!!!" Ei, boleh pekak telinga aku ni.
Guard yang dekat belakang kitorang lagi sekali menjerit, "NO SCREAMING IN THE HALLWAY!" Hampir je aku gelak tapi tak boleh sebab aku tengah berlari kang mengganggu konsentrasi aku. The irony bila dia yang menjerit though. Awesome lah pakcik guard ni.
"Abang buat apa sampai kena kejar dengan guard?" soal aku. Dia tersenyum sinis dan berkata, "Nothing really. Abang cuma lari je. Tengok apa akan jadi nanti."
Kitorang stop dekat satu corner, aku fikir kitorang dah kena tangkap, tiba-tiba Yusuf muncul dari entah mana, dengan muka bengisnya, dia menghayunkan penumbuk dekat Rayyan. Eeehh??
Rayyan sempat mengelak, lepastu dia knee kick perut Yusuf, menyebabkan dia terbaring dekat lantai. Sementara Rayyan leka, Yusuf ambil peluang menendang kakinya, akhirnya Rayyan juga tersungkur sama. Tapi diorang berdua cepat-cepat bangun dan berlawan semula.
Aku pandang Linda yang tengah record diorang berlawan. "Uh, kakak, apa.. yang berlaku ni?"
Dia ketawa dan mengangkat bahu. "They're being weirdos. Jangan risau, nampak macam serious tapi diorang memain je tu."
Tiba-tiba datang guard yang mengejar kitorang tadi. Tercungap-cungap dia aku tengok. Bila nampak Rayyan dan Yusuf bergaduh, dia dengan muka yang risaunya bertanya, "Apa yang berlaku ni?"
Linda yang tadi ketawa, terus menyorokkan phone dia dan memandang guard tadi dengan wajah yang risau. "Uh, diorang tiba-tiba je bergaduh tadi. Pakcik tolong leraikan diorang saya takut ni." dia membuat muka yang teramat risau.
Bapak ah kakak aku pandai berlakon rupanya.
Dari ekspresi muka pak cik ni aku dapat agak dia seorang yang agak penakut. No offence pak cik tapi muka pakcik nampak macam baru jumpa hantu. Aku tahu pakcik ni tak berani nak leraikan abang aku bergaduh.
Dia keluarkan walkie talkie daripada poket seluarnya dan memanggil rakan setugas. Agak dah.
Aku pandang Yusuf dan Rayyan yang tiba-tiba je berhenti 'bergaduh', diorang pandang pak cik tadi dengan muka pucat. Linda pun sama. HAHA DIORANG TAK AGAK KE APA NI.
"Weh tahi kau kata takda guard lain!" Yusuf menjerit ke arah Linda. "Diamlah gila aku mana tahu!" balas Linda pula.
Yusuf dan Rayyan memandang sesama sendiri dan mengangguk. Diorang pandang kitorang berdua dan menjerit, "LARI!!!!!!!!"
Lepastu diorang terus pecut keluar dari situ. "JANGAN LARI!!!!" Pak guard tu pulak yang menjerit.
Aku watlek je berjalan keluar sebab bukannya aku yang buat hal pun en haha.
Aku nampak diorang duduk dekat satu bangku sambil tercungap cungap tarik nafas. Macam baru lari marathon pun ada aku tengok.
Aku mengambil tempat di sebelah Rayyan. "So, ada ingat apa-apa tak?" soal Linda.
Aku mengeluh dan menggeleng kepala perlahan. Rasa bersalah pun ada sebab diorang penat penat je buat semua tadi tu semata-mata untuk aku. Ugh kenapa aku tak boleh ingat je terus? Kenapa aku yang kena amnesia tiba-tiba?
Aku ketuk kepala aku banyak kali. Geramnya dengan diri sendiri. Tahu tak betapa frustratednya aku dengan semua ni? No matter how much I'm trying, I can't ---
Wait.
Something just triggered in my memory.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro