Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

three

TOMBOL pintu rumahku dipulas lalu dikuakkan perlahan. Suasana di dalamnya amatlah berbeza dengan rekaan di rumah Encik Lucian. Anak mata biru lautku mula mengimbas setiap saat memori yang dirakamkan oleh mindaku di rumah ini. Rekaan yang tidak pernah aku ubah sejak 17 tahun yang lalu.

Dalam sekelip mata, hidupku berubah 360° kerana kekuranganku. Anak mataku, warna rambutku langsung tidak sama dengan genetik yang ibu bapaku miliki. Aku ditinggalkan di rumah pusaka ini. Matlamatku, impianku dan keutamaanku terpaksa dikuburkan semula dek perkara ini. Namun aku bersyukur segala memori pahit itu telah ditelan masa dan aku menginjak besar untuk membina semula semangatku yang musnah.

Banyak perkara yang telah aku lakukan untuk menampung kehidupanku sendiri sejak berumur lapan tahun. Sering kali juga aku melihat kanak-kanak lain yang dibelai kasih sayang oleh keluarga mereka itu hidup dalam keadaan yang bahagia. Aku inginkan kasih sayang seorang ibu, aku inginkan kasih sayang seorang bapa. Namun itu semua hanyalah mimpi yang tidak akan aku gapai buat selamanya.

Dihina.

Diseksa.

Dibuang.

Segala kesakitan yang tidak seharusnya seorang kanak-kanak rasai telah aku terima itu cukup memberikan aku satu kesan yang mendalam. Aku kian bangkit untuk membuktikan orang yang hina seperti aku ini juga mampu untuk hidup sendiri dan berjaya. Aku mula menghidupkan obor untuk menerangi jalan hidupku yang sudahpun gelap. Aku tidak mahu hidup di dalam drama!

Akan tetapi oborku kian terpadam. Hari ini, setelah 17 tahun aku berjuang untuk hidup sendiri, dia kembali. Tanpa aku sedar, orang yang aku sanjung dan kagumi sebelum ini merupakan orang yang paling aku sayang dan aku rindui. Namun namaku tidak terukir di hatinya langsung.

Kasih sayang dan kemewahan yang dicurahkan kepada bukan darah dagingnya itu membuatkan aku semakin tidak berpuas hati, dalam erti kata lain aku teramat cemburu. Aku terasa diabaikan olehnya, ayah aku sendiri. Tidak sangka manusia seperti ini hidup di permukaan bumi.

Cecair hangat yang mula bertakung di tubir mataku mula mengalir membasahi pipi. Degupan jantung mula menjadi lemah. Dadaku naik turun menghirup oksigen di udara. Bibir merahku menggeletar menahan sebak.

Aku mula melangkah lemah ke arah kamar mandi untuk membersihkan diri. Pantulan cermin yang memaparkan wajah muramku itu ditenung lama. Tiada lagi Dagen yang manis dengan senyuman seperti sebelum ini. Tiada lagi rasa simpati terhadap orang yang telah menyakitkan hati aku. Aku akan berhenti menjadi seorang yang baik.

Tak, aku tak boleh.

Kata-kata Rhysand mula menerawang dalam benakku, "Jangan campurkan urusan peribadi dengan kerja boleh tak?" Kelopak mataku dipejam rapat, aku keliru. Patutkah aku utamakan perasaan aku berbanding perasaan orang lain? Tak, perasaan orang lain lebih penting daripada diri aku. Mereka layak dilayan dengan baik. Biarlah mereka tidak mengetahui isi hati yang telah lama aku pendam.

Esok aku akan jadikan hari aku seperti hari biasa. Tidak akan pernah aku menjatuhkan senyuman ini. Memandangkan esok ulang tahun hari kelahiranku, aku akan berkorban.

Jangan lupa senyum wahai diriku... pantulan cermin di hadapanku memaparkan seseorang yang sedang tersenyum. Aku gembira walaupun hati ini terluka.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro