Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

one

BANGUNAN pencakar langit yang dibina gah di atas tanah itu sentiasa menarik perhatian setiap orang yang menggunakan jalan raya yang berdekatan dengannya. Seorang jejaka yang berpakaian kemas keluar melangkah dari teksi setelah sampai ke destinasinya. Pantulan cermin dari bangunan itu dijadikan sebagai cermin wajahnya untuk merapikan rambut yang sedikit terjuntai. Tujuan kehadiran dirinya itu untuk membuat lawatan terhadap syarikat itu.

Pakaian diperkemaskan sebelum melangkah masuk ke dalam syarikat yang sering menjadi buah mulut penduduk tempatan. Kejayaan yang dikecapi oleh pemiliknya pasti memerlukan banyak pengorbanan untuk sampai ke tahap ini. Syarikat DLC yang megah ini juga dijadikan sebagai contoh untuk meningkatkan taraf ekonomi negara itu di persada dunia.

Setiap anak mata para pekerja wanita di situ terpaku dek melihat dua orang jejaka kacak yang asing melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Tatkala mereka membelah jalan menuju ke kaunter utama untuk melaporkan diri, para pekerja di situ mula berbisik di antara satu sama lain. Namun mereka semua diam tidak berkutik tatkala anak mata biru laut yang menggoda itu menikam lembut anak mata mereka.

Dagen atau lebih selesa dengan gelaran L itu merupakan seorang jejaka yang memiliki anak mata biru laut dan berambut hitam lebat itu sering menjadi tarikan para wanita. Senyuman manis yang menunjukkan barisan gigi yang putih itu mula terlakar di bibir merah lelaki itu. Hati para pekerja itu mula melebur dek cair dengan kelakuan lelaki itu. Dagen mula menggeleng perlahan kepalanya kerana sudah terbiasa dengan situasi begitu.

Rhysand, lelaki yang setia di sisinya itu pula tersenyum nakal melihat kejadian itu. Tanpa membuang masa mereka berdua mula melangkah ke arah pintu lif di hujung kaki lima bangunan tersebut. Ketika menunggu untuk sampai ke tingkat yang dikehendaki oleh mereka, Dagen membuat sedikit semakan dokumen yang berkaitan dengan Syarikat DLC itu. Lelaki itu tidak mahu terdapat kesilapan tatkala menemu ramah pemilik syarikat tersebut.

Ralit anak mata biru laut itu mengimbas skrin telefon pintar miliknya, Rhysand menyiku lengan lelaki itu. Jelingan bak helang yang ingin menyambar musuh itu dibalas dengan senyuman mengusik. Wajah polos Rhysand lemparkan.

"Dagen, engkau rasa pengurus syarikat ni peramah tak?" Soal Rhysand sambil dua alis kening miliknya tertaut bersama. Permukaan dahi yang tertutup dengan rambut hitam miliknya itu mula berkerut dek soalan tidak muhasabah milik Rhysand itu.

"Mestilah peramah! Tengok pekerja pun dah tahu, majikannya baik..." Jawab Dagen tanpa ragu. Hujung bibir merahnya terjungkit sedikit berpuas hati dengan layanan pengurus di sini. Semakin tidak sabar dirinya untuk berjumpa dengan tuan badan.

Daun pintu lif yang terbuka itu memaparkan suasana pejabat yang harmoni. Haruman lavender yang menyinggah masuk ke dalam rongga hidung itu menambahkan lagi keterujaan Dagen untuk berjumpa dengan pengurusnya. Anak mata biru laut itu mula mengimbas setiap sudut ruang pejabat itu. Senyuman manis tidak lekang dari bibir merah miliknya. Langkahan kaki dibawa menuju ke pejabat utama. Debaran di dada memuncak bagaikan hendak meletup.

Seorang lelaki separuh abad mula melangkah ke arah mereka dengan senyuman di bibirnya. Rambut perang keemasan dan anak mata hitam milik lelaki itu lagi menyerlahkan kekacakan yang dimiliki olehnya. Senyuman yang terlakar di bibirnya tidak ubah seperti senyuman milik Dagen.

Senyuman Dagen hampir mati dek terkejut bukan kepalang tatkala melihat wajah pengurus syarikat tersebut. Bibir merahnya melakarkan senyuman manis yang terbaik bagi memaparkan reaksi yang biasa. Mereka berjabat tangan dengan pengurusnya. Telapak tangan milik Dagen mula berpeluh dan menjadi sejuk.

Kerutan di wajah lelaki separuh abad di hadapan Dagen dan Rhysand itu mengundang kegusaran di dalam hati Dagen. Senyuman hambar terlakar di bibirnya.

"Encik tak apa-apa? Eh, ini Encik L yang terkenal tu kan? Kamu ke pelawat hari ni, gembiranya saya! Mari masuk pejabat saya!" Ujar lelaki separuh abad itu ramah sambil menepuk lembut belakang jejaka itu. Dagen menggosokkan tengkuknya perlahan bagi mengurangkan rasa segan yang bertandang di dalam dirinya. Tanpa membuang masa mereka bertiga menuju ke bilik pengurusan utama untuk menemu ramah.

Tidak sangka pelbagai soalan yang dikemukakan oleh Dagen dan Rhysand diwarnai dengan gelak tawa dan keramahan milik pengurus syarikat itu, Encik Lucian. Kegusaran milik Dagen yang bertandang hilang serta merta tatkala jam tangan yang terikat kemas di pergelangan tangannya ditilik sekilas. Senyuman bak bunga yang mekar menghiasi wajah kacaknya.

"Lama juga kita berbual, kan? Saya rasa ini masa untuk kami beredar, esok kami akan datang lagi..." Ujar Rhysand setelah berdiri dari duduknya. Encik Lucian mengangkat punggung untuk berjabat tangan dengan Dagen dan Rhysand. Disaat menggenggam telapak tangan Dagen, Encik Lucian berkata,

"Kalau ada masa lapang, malam ni jemputlah datang ke majlis hari lahir anak saya. Nanti saya hantar alamatnya ya," tepat ke dalam anak mata biru laut itu Encik Lucian memandang. Hatinya dijentik satu perasaan yang asing, lantas genggamannya dilepaskan. Senyuman janggal terlakar di bibirnya.

"Saya tiada masalah. L, engkau boleh datang tak?" Soal Rhysand kepada Dagen dengan wajah yang tertanya-tanya. Dagen menggigit lembut bibir merah miliknya sebelum mengangguk lemah kepalanya.

"Saya harap Encik L dapat datang! Anak saya memang minat dengan cara encik bekerja," pernyataan daripada Encik Lucian itu membuatkan Dagen berasa sedikit serba salah jika dirinya tidak mampu untuk hadir. Bibir merah lelaki itu mula melakar senyuman manis bagi menepis perasaan gemuruh di dalam dirinya.

Setelah meloloskan diri ke dalam lif, Dagen dan Rhysand melepaskan nafas lega. Akhirnya kerja mereka pada hari ini telah habis! Senyuman bangga yang terlakar di wajah Rhysand itu mengundang persoalan di benak rakannya. Dagen hanya menggelengkan kepalanya.

"Tak sangka Encik Lucian tu jemput kita pergi majlis hari lahir anak dia, kan?" Kata Rhysand sambil membuat mimik muka bangga. Rambut perang miliknya disikat dengan jemari dek kian serabut setelah lama berbual tadi.

"Kau tak rasa ke nanti kita boleh bekerjasama dengan syarikat ni?" Sambung lelaki itu lagi seraya menilik wajah tanpa riak rakannya itu. Tidak pernah pula lelaki itu melihat wajah Dagen semuram ini. Dagen memandang Rhysand dengan pandangan yang malas.

"Buang masa." Ujar Dagen dingin sambil melemparkan jelingan tajam seraya menolak rambutnya ke belakang. Rhysand agak terkejut melihat reaksi Dagen.

Di manakah Dagen bak malaikat yang dikenalinya itu?

"Dagen, kau tak apa-apa ke?" Soal Rhysand dengan suara yang perlahan sambil menyiku lengan Dagen kerana lelaki itu seakan berada di dunianya sendiri.

"Senyap," ringkas Dagen membalas sebelum membetulkan kotak suaranya. Kata-kata Rhysand bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Lelaki itu sedang bergolak dengan perasaan yang tiba-tiba sahaja merempuh bahtera emosi baiknya.

"Jangan campurkan urusan peribadi dengan kerja boleh tak?" Pesan Rhysand lembut. Kata-kata yang masuk ke dalam gegendang telinganya bagaikan Rhysand hendak bergaduh. Lantas Dagen mencengkam kolar baju kemeja milik Rhysand. Anak mata biru laut itu jelas bergetar di mata Rhysand.

"Cukup! Aku tak nak campur masalah kau, yang aku tahu engkau kena datang malam ni. Demi syarikat." Tegas Rhysand sebelum menolak Dagen jauh dari tubuhnya. Kakinya mula melangkah keluar dari lif. Dagen menggulingkan biji matanya. Naik turun dadanya menghirup oksigen untuk mengurangkan kemarahannya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro