Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

four

SUASANA pejabat di Syarikat DLC sama seperti hari biasa. Rhysand dan Dagen datang bersama untuk sesi seterusnya. Mereka berdua sudah berbaik setelah Dagen meminta maaf pada malam tadi. Kini mereka berdua menuju ke pejabat utama milik Encik Lucian.

Lelaki separuh abad itu leka melihat permandangan kota di luar tingkap pejabatnya. Senyuman bermakna di bibir lelaki itu mengundang persoalan di dalam hati Dagen dan Rhysand. Daun pintu kayu itu diketuk oleh Dagen sebelum melangkah masuk bersama Rhysand. Encik Lucian menyambut mereka dengan ramah.

"Dipersilakan duduk," pelawa Encik Lucian sebelum melabuhkan punggung di sofa empuk miliknya.

"Kenapa encik senyum sorang-sorang tadi?" Soal Rhysand sambil tersenyum janggal. Lelaki separuh abad itu tertawa sinis.

"Hari ini hari ulang tahun kelahiran dia, saya cuma teringat." Jawab Encik Lucian sambil memandang bingkai gambar yang tergantung di dinding pejabatnya.

"Bukan kita dah sambut semalam ke?" Soal Rhysand keliru. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Hari ini hari lahir anak kandung saya, Azriel cuma anak tiri." Dagen sedikit tersentak, tidak sangka Encik Lucian masih mengingati anak kandungnya itu.

"Di mana dia sekarang? Encik tak cari?" Soal Dagen dengan penuh tanda tanya. Encik Lucian menggulingkan biji matanya.

"Dia siapa untuk saya cari? Takpelah, kita teruskan sesi kita hari ini..." Ujar Encik Lucian senada. Nampaknya lelaki separuh abad itu sudah tidak berminat untuk berbual tentang anaknya.

"Kalau encik nak tahu hari ini hari lahir L," kata Rhysand sambil tersenyum nipis memandang Dagen yang sudahpun menahan sebaknya.

"Ouh, selamat hari lahir L!" Senyuman di wajah Encik Lucian dibalas dengan pandangan kosong oleh Dagen.

"Saya rasa mulai sekarang Encik Lucian boleh panggil saya, Dagen Lucian. Saya lebih selesa," ujar Dagen lega setelah ayahnya sendiri mengenali dirinya.

"Dagen... anak ayah?"

Dagen bangun mengangkat punggung keluar dari ruang pejabat itu tatkala keheningan menyelubungi seisi pejabat. Biarlah Encik Lucian sedar akan kesalahannya sendiri. Dagen hanya mampu berdoa agar dia akan berjumpa dengan kebahagiaannya sendiri suatu hari nanti.





















tamat .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro