Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

PENJURIAN DAN PENILAIAN

PENJURIAN DAN PENILAIAN | JUDGING AND EVALUATION

JURI DAN PENILAIAN

1)Karya-karya yang dipertandingkan akan diadili oleh tiga orang juri.
2)Juri TIDAK AKAN didedahkan bagi tujuan privasi dan mengelakkan kemungkinan dan kecurigaan berlakunya khianat, rasuah atau bodek-membodek.
3)Juri yang terlibat ialah : Juri O, Juri N, dan Juri Z
4)Para juri berusia lingkungan 20-23 tahun
5)Kesemua juri mempunyai penulisan sendiri di Wattpad, dan mempunyai pengalaman menjadi juri.

RUBRIK PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

1)PENGENALAN (20m)

-Karya tidak semestinya memerlukan prolog sebagai pengenalan.

-Karya yang mengandungi prolog : Kategori pengenalan akan dinilai melalui Prolog dan Bab 1

-Karya yang tidak mengandungi prolog : Kategori pengenalan akan dinilai melalui Bab 1 dan Bab 2

-Markah akan diberi melihatkan kepada sama ada karya anda mampu untuk membuat para juri bertanya “Apa jadi lepas ini?”.

2)JALAN CERITA / PLOT (40m)

-Walaupun karya yang dipertandingkan belum lengkap, tetapi bab-bab awal perlulah mempunyai jalan cerita yang cukup untuk membuat para juri kekal ingin tahu akan ala yang terjadi seterusnya.

-Menarik dan seronok untuk dibaca

-Perkembangan cerita tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat

-Perkembangan perwatakan yang dikembangkan secara baik


3)SINOPSIS / DESKRIPSI (10m)

-Perlulah sesuai / relevan

-Tidak terlalu banyak memberi spoiler, dan tidak terlalu samar-samar.


4)TATABAHASA (30m)

-Penggunaan huruf besar, huruf kecil, titik, koma yang bertepatan pada kedudukan.

-DIGALAKKAN mengikut standard penulisan semasa di mana penggunaan bahasa pasar dan apa-apa bahasa bukan Bahasa Melayu dicondongkan (Italic)

-Bahasa santai dibenarkan, tetapi ejaan perlulah dipastikan agar tidak dipendekkan.

-Bahasa Wechat, bahasa mesej dan shortform akan menjejaskan pemarkahan anda.

-Elakkan aq, ko, jer, pegi, tau, dan yang seangkatan dengannya.

-Pemerengganan yang seimbang dan stabil

Jumlah : 100 markah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro