Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TMB 8

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

"Assalamualaikum, Bella dah balik" pintu rumah dikuak perlahan. Matanya mengerling jam di pergelangan tangan. 7.30 malam. Pasti papa dan mamanya sedang menikmati makan malam. Tekaannya tepat.

Ibu bapanya sedang menjamu selera bersama Zeelan dan Zanver yang turut berada di situ. Zeelan yang perasan akan kehadiran kakaknya itu bersuara.

"Dah balik? Dating kat mana?"

Andrea hanya menjawab soalan itu dengan senyuman di bibir. Kerusi disebelah Zeelan ditarik dan punggungnya dilabuhkan.

"Ha sudah. Senyum-senyum pulak" Zeelan masih lagi menyakat. Andrea masih lagi dengan senyuman tadi.

"Amboi anak mama. Bukan main eh senyum tu" Datin Aliya turut mengusik.

"Biasalah tu. Macam lah awak tak macam tu dulu, lepas jumpa abang? Angau" sampuk Dato Mikael sebelum mendapat cubitan dari Datin Aliya.

"Aduh!" Dato Mikael mengusap lengannya yang menjadi cubitan isterinya itu.

"Abang jangan nak cakap kita pulak eh" pandangan dialihkan memandang Andrea semula.

"Jadi taknak cerita ke macam mana jalan tadi?" Datin Aliya menyoal.

"I'll already accept the marriage"

Dato Mikael sudah pun meraup mukanya. Syukur. Zeelan yang sedang mengunyah tidak pasal-pasal tersedak. Zanver hanya beriak biasa.

"Pergh. Mantap la bakal abang ipar aku" Zeelan memberi respon.

"Alhamdulillah" Datin Aliya tersenyum lebar. Turut bersyukur atas jawapan tersebut.

"Kata nak fikir dulu berapa hari, bagi masa konon. Baru kena ajak keluar dah setuju" Dato Mikael menggeleng kepala. Tapi turut gembira dengan pernyataan tersebut.

"Entah - entah apa dia calit apa kat kau. Dia ada bagi kau minyak ke apa?" soal Zeelan agak ragu-ragu.

"Kau ni takde otak ke apa? Takkanlah!" Andrea menampar bahu adiknya itu. Merapu saja kerjanya.

"Manalah tahu? Dunia sekarang mana boleh percaya" tambah Zeelan lagi. Andrea hanya membalasnya dengan jelingan.

"Jadi korang pergi mana je lah?" Zanver yang sejak tadi diam bersuara. Tangannya masih lagi naik menyuap ke dalam mulut.

"Muzium--"

"Hahahah! Dia ajak kau buat lawatan sekolah ke? Kenapa tak ajak pergi mall ke apa? Ini muzium" Zeelan sudah pun ketawa terbahak-bahak.

Dia sudah membayangkan bakal abang iparnya itu membawa Andrea ke pusat membeli-belah, kedai berjenama namun muzium?

"Eh kau elok sikit okay?" Andrea menjeling lelaki disebelahnya itu.

"Pergi muzium buat apa?" mamanya bertanya.

"Saja. Jalan-jalan. Tapi Bella rasa, dia ikut Google je" Andrea menjawab. Dato Mikael menepuk kepalanya.
Boleh pula Google.

"Lepastu korang pergi mana lagi? Takkan jalan sampai malam pergi Muzium je?" Dato Mikael menyoal dengan lebih lanjut.

"We went to beach. Dekat Port Dickson. Jalan-jalan ambil angin lepastu pulang. Kitorang tak masuk mana-mana mall pun" sambung Andrea.

"Jauhnya Port Dickson. Patutlah malam baru sampai rumah" ujar Zanver.

"Jadi majlis kamu nanti macam mana lah nanti?" soalan daripada Datin Aliya itu membuatkan mata Andrea terbeliak sedikit.

"Takkan cepat betul mama?" soalnya tidak percaya.

Dia baru sahaja memberi jawapan pada petang tadi, malam dah cakap pasal majlis?

"Kenapa pulak? Benda baik kita percepatkan, betul tak abang? Mama tak sabar nak tengok Bella kahwin ni" ujar Datin Aliya lalu memandang ke arah suaminya.

"Papa sokong je apa mama cakap tu. Why not hujung bulan depan? Boleh Bella?"

᯽᯽᯽

"Aku meriang, aku meriang rindukan kasih sayang. Ramai-ramai! Aku meriang, aku meriang"

Xean mengangkat mikrofon tinggi selepas lagu tersebut habis. Seakan-akan sedang berada di atas pentas konsert. Penontonnya? Mestilah Aizer, Mark dan Ray.

"Aku pulak! Aku!" Mark mengambil mikrofon satu lagi yang berada di atas meja.

"Lagu apa kau nak nyanyi Mark?" soal Xean. Mark yang sedang mencari lagu itu didekati.

"Kau mesti tahu lagu ni punya" ujar Mark sebelum menekan butang 'Play'. Xean melihat sekilas skrin TV dihadapan sebelum matanya seperti bersinar.

"Aku pun nak join!" Aizer bangun dari sofa yang didudukinya.

"Okay, okay, sama-sama!" laung Mark. Xean dan Aizer mengangguk. Serentak mereka bertiga menari dengan penuh gaya mengikut rentak lagu.

"Back to the beat, back to start!"

Xean mengetuai nyanyian tersebut. Aizer dan Mark sudah pun menari dengan kaki ke hadapan dan ke belakang.

"Sakit rasanya, putus cinta. Sesaknya di dada" nyanyi mereka serentak.

"Membuat kita jadi gegana, gelisah galau merana" Mark menyuakan mikrofon ke arah Aizer untuk menyanyi.

"Mendingan kita, happy aja. Lupakan semua. Marilah kita, goyang bersama. Goyang Dumang namanya!" Mark menyambung selepas giliran Aizer tadi.

Ray yang memerhati sejak tadi meraup muka. Apa pulak ni? Dangdut?

"Ayo goyang dumang, biar hati senang. Pikiran pun tenang, galau jadi hilang" nyanyi Xean yang kini sudah pun berdiri di atas sofa.

"Ayo goyang dumang, biar hati senang. Semua masalah jadi hilang" serentak Mark dan Aizer menyanyi.

"Jadi hilang tak masalah korang tu?" sampuk seseorang.

"Tak lah jugak. Tapi kau taknak join sekali ke?" soal Mark. Matanya masih lagi fokus memandang skrin TV.

Xean yang sudah nampak gerangan yang bersuara tadi terus melompat turun daripada sofa tadi. Mikrofon diberi kepada Aizer sebelum melabuhkan punggung di sofa.

Aizer menoleh memandang ke arah Xean menoleh tadi. Gulp.

"Woi, Mark, duduk" arah Aizer pantas. Mikrofon yang diberi oleh Xean tadi diletakkan di meja dan terus berlalu ke arah sofa.

"Sabar jap. Aku nak cari lagu lagi ni" balas Mark selamba. Tidak sedar akan kehadiran seseorang disisinya.

"Takpe biar aku pilih" Lelaki itu menarik remote di tangan Mark. Mark berpaling melihat lelaki tersebut sebelum meneguk air liur.

"Dah berapa lama tuan kat sini?" soal Mark. Matilah aku. Getusnya dalam hati.

"Cukup lama dengar korang bertiga memekak dari tadi. Lagunya pun semua tak best" ujar Tuan Albert. Tangannya sedang cekap menekan remote tersebut.

"Daddy cari apa pulak ni?" soal Aizer. Melihat daddynya yang sedang menaip mencari sesuatu di TV itu.

"Cari lagu lain. Lagu kamu ni pelik-pelik je. Ini lah baru best" ujar Tuan Albert sebelum mencapai mikrofon di atas meja yang diletak oleh Aizer tadi. Butang 'play' ditekan.

Mereka memandang ke skrin TV melihat lagu yang dipilih oleh Tuan Albert. Sebelum Xean bangun dari sofa yang di duduknya tadi meluru ke arah hadapan TV.

"Saya join, Tuan" mikrofon dirampas dari pada pegangan Mark.

"Jom, jom" ajak Tuan Albert.

"Senyumanmu. Buatku tersenyum malu, lirikanmu" Tuan Albert mula menyanyi.

Xean menyambung. "Memberi panahan kalbu, oh sayangku. Dengarlah bahwa diriku, ku perlu kamu"

"Hashtag!" ujar Tuan Albert dan Xean sebelum menyambung lirik seterusnya dengan penuh semangat.

Mark dan Aizer sudah ternganga. Boleh pula orang tua ni join sekali?

Ray yang menangkap kelibat Aiden yang baru sahaja muncul itu memanggil. "Isaac! Duduk dulu lah"

Aiden yang baru sahaja pulang daripada menghantar Andrea itu menoleh. Terdapat juga daddynya disitu yang sedang rancak menyanyi bersama Xean. Langkah disusun menuju ke ruangan tersebut. Punggung dilabuhkan di sofa.

"Amacam bro? Everything goes well?" Aizer mula menyoal. Hanya membiarkan Tuan Albert dan Xean yang masih sakan menyanyi itu.

"Ni abang kau kot" Aiden menjawab sebelum tersengih kecil.

"Dah kena accept la tu. Itu yang muka macam baru dapat sejuta ringgit" sakat Mark. Boleh dilihat dari wajah lelaki itu yang seperti mendapat semangat baru.

"Okay. Daddy dah boleh bincang pasal majlis dengan Uncle Ithard lah ni" Ujar Tuan Albert menggunakan mikrofon tersebut.

Xean, Mark dan Aizer sudah memandang kepada Tuan Albert yang masih membuat muka selamba.

"Apa? Benda baik kita cepatkan, kan Ray?" Tuan Albert memandang lelaki itu yang menganguk-angguk menyetujui pendapatnya.

"Tak cepat sangat ke?" soal Xean.

"Takpelah. At least hujung bulan depan ke, nak lagi cepat awal bulan depan. Isaac, are you fine with that?" Tuan Albert menyoal anak sulungnya.

"I'm fine with that. But we must ask her first" balas Aiden.

"Gelojoh la engko ni. Tak sabar-sabar" ujar Aizer sebelum mikrofon yang dipegang Tuan Albert mendarat di perutnya.

"Aduh! Daddy!" adunya. Perutnya yang dipukul oleh mikrofon tadi dipegang.

"Nanti daddy dengan Uncle Ithard bincang pasal tu. Kamu ni dari mana, lambat sangat balik?" soal Tuan Albert.

"Port Dickson. Pergi pantai" jawabnya.

"Uyo. Mantap lah. Pandai anak daddy ni" Tuan Albert memberi 'thumbs up'.

"Lepastu korang buat apa? Lari - lari kat pantai?" soal Xean pula.

"Macam ni kan Isaac?"

Mark berdiri dan mula mengejar Xean dengan gaya yang dilembut-lembutkan.

"Baby!" jeritnya manja sambil mengejar Xean.

"Ala, baby ni janganlah kejar - kejar I!" Xean menjerit gedik. Aiden hanya menggelengkan kepala.

"Lepastu main air laut. Ala baby ni!" tambah Aizer pula. Sakan menyakat abang sulungnya itu. Bahu Aiden dicucuk-cucuk menggunakan jari telunjuknya.

"Dahlah. Aku nak naik. Nak rehat" Aiden bangun lalu berlalu ke tangga rumah. Sebelum hilang disebalik dinding.

"Alolo. Apa yang penat sangat tu!" ujar Mark lagi sebelum diikuti dengan tawa Xean dan Aizer.

"Penat lah kejar-kejar dengan baby dia!" ujar seseorang manja.

Krik, krik, krik.

Mereka berpaling melihat suara itu.

Tuan Albert.

"Aku tak salah dengar kan?" Xean memandang Aizer dan Mark.

"Tak. Sebab aku pun dengar" Aizer mengangguk.

"Rupanya bapak kau ni gedik rupanya" ujar Mark sambil menolak-nolak lengan Aizer.

"Entah aku pun baru tau" Aizer memandang daddynya yang masih membuat muka selamba.

"Ingat korang je ke boleh jadi gedik? Orang tua tak boleh?" soal Tuan Albert. Tangannya naik memeluk tubuh. Gaya merajuk.

Ray meraup wajahnya. Sumpahlah Tuan Albert?

᯽᯽᯽

Andrea berbaring di atas katilnya. Penggambaran siang tadi membuatkannya lelah. Jikalau indoor shooting pun sudah membuatkannya lelah, outdoor shooting lebih berganda penatnya.

Kini hanya dia yang berada di Itali kerana Zanver baru sahaja pulang beberapa hari lepas. Maka tinggal lah dia seorang di rumah tersebut.

Tangannya mencapai IPhone yang berada di hujung katil. Skrin yang gelap itu menyala dan menampakkan wallpapernya.

Gambar yang diambilnya ketika dia dan Aiden pergi ke pantai 2 minggu lepas. Aiden yang sedang menatap keindahan pantai tika itu tidak perasan Andrea yang sudah pun mengangkat kamera.

Andrea mengerdipkan matanya berkali-kali. "Angau lah kau ni Bella!".

"Tapi takpelah, bakal suami jugak" ujarnya sebelum tersenyum kembali. Tinggal 3 minggu lagi berbaki sebelum menjelang hari perkahwinannya. Agak teruja dan agak berdebar.

Sungguh dia benar-benar sudah angau! Kepalanya menggeleng.

Uncle Albert serta papa dan mamanya telah berbincang untuk mengadakan majlis pada hujung bulan ini. Itupun selepas dia menolak cadangan mereka untuk satukan mereka pada awal bulan ini. Baginya itu terlalu awal. 

"No, Bella! It's too early!" ujarnya. Tidak mahu terlalu teruja.

Ting!

"Siapa ni?" getusnya dalam hati.

Mesej baharu yang diterimanya itu menarik perhatian. Nombor yang tidak dikenali. Namun tetap ditekannya kerana perasaan ingin tahu yang menyelubungi dada.

'I'm at your house. Go out, Now'

Pesanan itu ditenung lama. Mahu pergi atau, tidak? Tangannya mencapai sesuatu di dalam laci yang menempatkan lampu tidur itu. Pencarian lokasi dalam telefon diaktifkan, sebelum telefon tersebut di selit di poket seluar.

Pintu dikuak. Kepalanya menjengul memandang sekeliling. Sunyi.

"Kenapalah aku tak suruh Zeelan stay dulu sini" bebelnya seorang diri sebelum menuju ke lif rumah untuk turun.

Zeelan yang katanya ingin meluangkan masa dengan papa dan mamanya itu langsung belum pulang ke Itali sejak mereka pulang ke Malaysia 3 minggu lepas. Avon dan Ava pula mungkin tidak berada di rumah.

Kakinya melangkah menuju ke pintu rumah. Sebelum membuka pintu tersebut dia menjenguk ke luar melalui kaca di tepi pintu itu.

Susuk tubuh seorang lelaki yang sedang membelakang itu menerjah kornea mata.

"Aiden kot" gumamnya.

Andrea teringat yang mereka berdua belum lagi bertukar nombor telefon sejak pertemuan mereka. Dia hanya bersangka baik sebelum keluar daripada pintu rumah.

"Sì, mi trovi? (Ya, cari saya?)"

Lelaki tersebut berpaling. Mata Andrea membulat.

"Ciao (Hai)" ujar lelaki tersebut sambil tersenyum senget.

"Cosa ci fai di nuovo qui? (Awak buat apa datang sini lagi)?" soal Andrea dengan suara yang mendatar.

"Just dropping by. I heard that you will get married soon. No invitation for me?" soal lelaki tersebut. Masih dengan senyumannya tadi. Senyuman yang Andrea tahu, pasti ada kemahuannya disitu.

"For what? Destroying my marriage? Just go Kris. You've found a new one right? So stop disturbing me. Again"

Perkataan 'again' itu ditekan. Andrea yang berura ingin masuk itu terus ditarik oleh Kris. Andrea yang agak terkejut itu menyentap lengannya dari pegangan lelaki tersebut.

"What are you doing? Huh?" soal Andrea dengan nada yang sudah tinggi.

"Shush. Slow down your voice Amore mia" jari telunjuknya naik di bibir gadis tersebut sebelum Andrea berpaling mengelaknya.

"You better go or I'll make you go, Kris" Andrea langsung tidak membalas pandangan lelaki itu. Dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki tersebut.

"Why, Amore mia? I just want you to comeback with me" ujar Kris lagi. Kini berbisik di tepi telinga Andrea. Andrea dengan pantas menjauhinya.

"What? Amore mia? Kris stop with all this nonsense. You're just playing with me and I know that. I don't want to see your face here. Just go"

"Amore mia. Why you act like this?" soal Kris. Masih dengan nadanya tadi.

"Just go, Kris" Andrea berpaling, langsung tidak memandang ke arah lelaki itu. Kris cuba meragut dagu gadis tersebut namun pantas dielak oleh Andrea.

"It's okay Amore mia. Take your time. If you want to comeback with me just call me okay?" Kris tersenyum sebelum berlalu ke arah keretanya.

Andrea hanya membiarkan dan tersu masuk ke dalam rumah. Langsung tidak menghantar pemergian lelaki tersebut.

"Why Kris? Why?"

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro