Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

TMB 7

𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞

᯽᯽᯽

"A-apa?" Andrea tidak percaya. Matanya memandang papa dan mamanya bersilih ganti. Dia tidak salah dengarkah?

"Papa dan mama nak satukan kamu dengan anak Uncle Albert. Which is Isaac, apa pendapat kamu?" Mata Datin Aliya merenung ke dalam mata anak perempuannya itu. Terdapat sesuatu di mata anaknya itu. Ketakutan.

"Why out of sudden?" Andrea mengawal gementar dalam suaranya.

"Papa nak seseorang untuk jaga kamu Bella. Papa taknak apa-apa jadi dengan kamu. Lagipun apa salahnya, umur kamu pun dah masuk 25 tahun ni kan?" sampuk Dato Mikael.

"Tapi pa, how about--"

"Papa tak tahu sampai bila papa boleh sorok kamu Bella. Papa taknak satu hari nanti semua benda tak terkawal, Bella yang mati" pujuk Dato Mikael lagi. Terdapat maksud tersirat di situ.

"Uncle taknak paksa kamu, kalau kamu taknak Andrea" Tuan Albert menyelit perbualan tersebut.

"Semua terletak dekat keputusan kamu. Papa dengan mama tak boleh paksa kalau kamu taknak" ujar Datin Aliya.

"Bagi Andrea fikir dulu boleh? Beberapa hari ke, tak pun seminggu?" Andrea membuka mulut selepas lama berdiam diri.

"Boleh. Ambillah masa kamu. Tapi jangan lama sangat, mama takut jadi apa-apa dengan anak mama ni" ucap Datin Aliya sambil mengusap rambut anaknya.

Andrea mengangkat kepalanya memandang ke arah Aiden. Pandangan mereka bertaut.

"Can we have a talk? Now"

᯽᯽᯽

"Awak tahu pasal benda ni?"

Andrea memulakan bicara. Selepas meminta izin untuk beredar tadi, Andrea terus membawa Aiden ke sini. Kini mereka berada di taman belakang rumah. Keduanya sedang merenung ke dalam kolam buatan dihadapan mata.

"What?"

"Tak payah buat tak tahulah. Pasal kita ni? Did you already know about it?" Andrea berpaling lalu kepalanya didongakkan melihat lelaki itu.

"Atau awak yang sebenarnya yang rancang semua ni?" Andrea menambah lagi.

"I know nothing about this. Daddy bagitau aku pun petang tadi. So, kau tak perlu tuduh aku macam-macam" balas Aiden. Langsung tidak memandang ke arah Andrea.

"But if you were in my situation, will you accept it?" soal Andrea.

"Yes" tanpa keraguan Aiden menjawab. Andrea memandang tidak percaya.

"What do you mean by 'yes'? Huh Aiden?"

"Yes, I'll just accept the marriage. That's it" Aiden mejawab. Sekali lagi tanpa ragu dan teragak-agak. Andrea meraup wajahnya. Keduanya diam tidak bersuara selepas itu. Banyak yang menjadi buah fikiran Andrea tika ini.

"Do you really accept me or you just want to take advantage on me?" soal Andrea lagi. Cuba menguji.

"Advantage for what? Hah?" soalan dibalas dengan soalan.

Keduanya diam membisu. Tidak tahu apa yang mahu dibalas.

"Isabella Zyellya Andrea"

"Hm, what?" balas Andrea acuh tak acuh. Langsung tidak memandang lelaki itu.

"Look at me" arahnya.

Andrea mendengus geram, namun diturutinya juga. Riah wajahnya menunjukkan tanda tidak puas hati. "Apa?"

"If you don't like me, just say it. Don't force yourself just because our parents ask for it. This is for your future. Our future"

Aiden mencari anak mata gadis tersebut. Ya, dia tahu pandangan tersebut. Andrea takut. Takut jikalau dia tersalah pilih.

"I didn't say that I don't like--"

"So kau memang suka aku la kan?" Aiden memintas laju.

"Eh, bu-bukan! Apa awak ni?" Andrea menidakkan. Lelaki dihadapannya itu sudah tersengih.

"Tak suka pulak? Betul ke kau ni?" Aiden menguji.

"Tak, tak, tak. Suka, suka. Eh?" Andrea memandang ke arah Aiden. Damn!

"Well I take that as acception" Aiden memgukir senyum. Andrea sudah pun membuat muka tidak puas hayi. Begitu saja dia terperangkap dengan soalan lelaki itu?

"Apa awak ni? Mana boleh macam tu" ujar Andrea. Dahinya sudah semakin berkerut memandang lelaki itu.

"Boleh la" Aiden membalas. Makin sakan menyakat gadis itu.

"Ish. Dah lah saya malas nak cakap dengan awak" Andrea berura-ura untuk pergi.

"Siap esok pukul 10 pagi. Aku nak bawa kau keluar" Andrea yang mendengar terus terhenti langkahnya.

"Senang je kan cakap macam tu? Takde, esok saya nak rehat" balas Andrea. Kepalanya menoleh memandang lelaki itu yang masih berdiri statik di tempat tadi.

"Okay then, kita tengok esok" Aiden berjalan mendahului gadis itu meninggalkan Andrea yang terpinga-pinga.

'Biarlah. Yang penting esok aku tidur'

᯽᯽᯽

TOK

TOK

TOK

"Bella. Bangun"

Ketukan bergema lagi di pintu tersebut.

"Bella"

Tiada sahutan.

"Isabella!"

"Apa? Aku nak tidur lah! Jangan kacau boleh tak?" Andrea menutup telinganya menggunakan bantal. Tidak mahu mendengar.

"It's already 9.45 a. m. Isaac chat aku, suruh kau siap. Bangun lah!" laung Zanver disebalik pintu. Nafas dihembus berat. Kenapa lah dia juga yang menjadi perantara lelaki itu?

IPhone di tangannya dilihat sekilas. Pesanan melalui whatsapp itu ditenung.

"Zanver, tolong bagitahu adik kau, Aku nak ambil dia pukul 10 ni. Pastikan dia bangun"

"Bella!" panggilnya lagi.

"Kau biar je lah dia tu! Nanti tahu lah dia nak give up!" balas Andrea yang berada di dalam bilik . Zanver hanya menggelengkan kepala.

Andrea menarik selimut bagi menyelubungi dirinya. Tidak lama selepas itu dia kembali lena. Langsung tidak bertindak untuk bangun sama sekali. Masa berlalu tanpa disedari, jam telah pun memasuki angka 10.

"Assalamualaikum!" laung Aiden dari depan pintu rumah.

"Waalaikumsalam! Ya, sekejap!" laung Datin Aliya yang sedang duduk menonton TV bersama suaminya di ruang tamu itu.

Datin Aliya bergegas menuju ke pintu rumah. Menyambut kedatangan jejaka itu yang sudah berdiri segak dihadapan pintu rumah.

"Saya datang nak jemput Andrea, dia dah siap ke aunty?" soal Aiden. Matanya mencuri pandang ke isi rumah. Tiada kelibat mahupun suara gadis tersebut.

"Kamu ada bagitahu dia ke kamu nak ajak keluar?" Datin Aliya mengerutkan kening. Dia tidak pula diberitahu apa-apa pula oleh anaknya yang seorang itu.

"Ada. Saya ada chat Zanver jugak suruh dia siap" terang Aiden.

"Aku dah bagi bangun. Tapi dia cakap, dia taknak ikut kau. Jadi aku rasa dia tidur balik" sampuk Zanver yang entah muncul dari mana.

"Haih Bella ni. Kesian orang menunggu je nanti" keluh Datin Aliya.

"Kalau aunty tak kesah, boleh saya naik pergi bilik dia?"

"Saya tak masuk, saya duduk kat luar je. Kalau tak, Zanver ikut saya sekali naik" tanya Aiden lagi kepada Datin Aliya.

"Boleh, boleh. Zanver bawa dia naik. Maaflah Aiden, anak aunty yang sorang tu keras kepala sikit" ujar Datin Aliya sebelum mengajak lelaki itu masuk ke dalam rumah.

"It's okay. Terima kasih" Aiden menunduk sedikit.

"Jom, naik" ajak Zanver. Menyusun langkah ke tangga besar rumah tersebut.

"Macam mana dia cakap dengan kau tadi bro?" soal Aiden.

"Hm, dia suruh biar je kau tunggu sampai kau sendiri nak balik" Zanver menggelengkan kepala. Setibanya di tingkat satu rumah tersebut mereka menyelusuri koridor disebelah kanan itu. Terdapat dua pintu di koridor tersebut. Salah satunya didekati dan diketuk.

TOK

TOK

TOK

"Bella!" Zanver memanggil. Sunyi. Tiada jawapan.

"Isabella Zyellya Andrea!" panggilnya lagi.

"Apa kau nak hah?" Andrea menguak pintu tersebut dengan kasar. Tanpa melihat siapa gerangan dihadapannya dia membebel.

"Kalau kau nak cakap pasal dia, kau blah la. Aku tak nak dengar. Suruh je dia balik. Aku nak tidurlah. Aku takde masa nak keluar hari ni, esok ataupun bila-bila" ujar Andrea sambil tangannya naik menggosok matanya sebelum matanya membulat.

"Dah?" Aiden menyoal.

"Dah habis cakap?" tangannya naik memeluk tubuh.

"Zanver! Siapa suruh kau ajak dia naik sampai atas ni?" ujar Andrea sebelum terus menutup pintu tersebut. Sudahlah rambutnya kusut masai, muka baru bangun, entah terdapat tahi mata ataupun air liur basi pun dia tidak tahu.

"Mama yang suruh. Ada bantahan?" soal Zanver.

Ergh! Dia sudah boleh membayangkan muka lelaki itu yang sedang senyum mengejek.

"Aku bagi kau masa 1 jam dari sekarang, bersiap. Kau buatlah apa kau nak, pastikan pukul 11 kau turun. I'll wait for you at the downstairs" ujar Aiden sebelum kedengaran bunyi tapak kakinya yang semakin menjauh.

"Kalau saya taknak?" Andrea menjawab.

"Dia dah turun" jawab Zanver yang masih berada di luar.

"Bella taknak pergi lah!" bentak Andrea. Tetap dengan keputusannya.

"Bella, ikut je. Pergi bersiap. Jangan buat orang tertunggu-tunggu" balas Zanver sebelum bunyi tapak kakinya juga semakin menjauh.

Andrea yang berada di dalam bilik itu menghembus nafas berat. Haih!

᯽᯽᯽

"Awak bawa saya pergi mana ni?"

Pandangan dibuang ke luar tingkap kereta. Kornea matanya melihat ke sebuah bangunan yang agak dikenali itu. Muzium Negara.

"Muzium? Kita buat apa dekat muzium hah?" Andrea berpaling memandang lelaki disebelahnya itu. Aiden yang tidak bersuara sejak masuk ke kereta tadi.

"Hei, jawab soalan saya" desak Andrea.

"Saja. Jalan-jalan. Dah, keluar" jawab Aiden sebelum keluar daripada perut kereta. Andrea sudah pun menyumpah serana lelaki tersebut.

Sudahlah mengambil masanya berehat, hanya untuk pergi ke muzium negara sahaja? Aduh.

Dia membuntuti langkah lelaki tersebut. Aiden menuju ke kaunter tiket. Selepas sahaja membeli tiket, mereka terus berjalan masuk ke dalam muzium tersebut.

Mereka berjalan-jalan sambil melihat pameran yang disediakan serta membaca info-info yang disediakan buat pengunjung yang datang. Nasib mereka agak baik pada hari ini kerana tidak terlalu ramai pengunjung yang hadir. Kebanyakan pengunjung pada harini bukanlah merupakan warganegara Malaysia.

Sekarang mereka sedang berdiri dihadapan pameran yang menunjukkan peta dunia. Terdapat juga peta tanah melayu sebelum merdeka dan lain-lain.

"I was born here" Aiden bersuara sambil jari telunjuknya menunjuk ke negara German dalam peta dunia tersebut.

"Oh, I don't know that you're Germans" Andrea menoleh memandang lelaki itu tidak percaya.

"Daddy was a Germans. Mommy memang pure Malaysia. They meet up when they're studying at Europe then get married after graduation" jelas Aiden. Andrea mendengar dengan penuh tekun.

"Wow interesting." Andrea mengangguk-angguk.

"You?"

"I was born here" Andrea menujuk ke arah negara Itali.

"Sekolah kat sini" tangannya bergerak ke negara Asia. Malaysia.

"University here" Dia menunjuk ke negara Australia.

"Now I'm staying here" tangannya kembali ke negara Itali.

Aiden mengangguk. Andrea membuat muka. Panjang lebar dia bercakap, itu sahaja reaksinya?

Mereka kini masuk ke ruangan yang menempatkan patung-patung sembahan ataupun berhala bagi kepercayaan orang terdahulu. Ini diambil dan disimpan sebaiknya agar generasi baru tahu akan kewujudan benda sebegini.

"Andrea" panggil Aiden. Gadis itu berada sangat jauh darinya. Entah apa yang menarik hingga dibacanya satu-persatu info disitu.

"Ya, kenapa?" Andrea mendekati Aiden.

"It looks like you" Aiden menunjuk ke arah pameran dihadapan mereka itu. Andrea menoleh sebelum mulutnya ternganga. Replika seperti beruk itu dilihat dua kali.

"Awak ni biar betul? Awak sama kan saya dengan beruk?" Andrea menjelingkan mata.

"Yes, but a way more beautiful" ujarnya sebelum meninggalkan gadis itu terkebil-kebil disitu.

"Itu pujian ke apa?" gumam Andrea sebelum mengejar langkah lelaki itu.

Kini mereka sudah pun keluar daripada muzium tersebut. "So kita nak pergi mana lagi?" soal Andrea.

Aiden menyeluk poket seluarnya sebelum mengeluarkan kunci kereta Aston Martin miliknya. "Kau pergi kereta dulu" arahnya.

Andrea hanya menurut. Dia menunggu lelaki itu di dalam kereta. Selepas hampir 10 minit menunggu, lelaki itu kembali bersama 1 beg kertas yang bersaiz sederhana besar.

Pintu kereta dibuka. Aiden masuk ke dalam perut kereta. "Kau suka yang besar ke yang kecil?" soalnya secara spontan.

"Hah? Tak faham" Andrea bingung.

"Jawab je lah"

"Erm, besar?" jawabnya teragak-agak. Aiden terus memberikan beg tersebut di hadapan wajahnya.

"Apa ni?" Andrea menyoal.

"Kau cuba buka dulu, baru kau tanya" balas Aiden sebelum memandu keluar daripada parkir.

Andrea menurut. Terdapat sebuah patung beruang bewarna coklat yang bersaiz sederhana di dalam beg tersebut. Dia menoleh memandang Aiden.

"Simpan lah. I still don't know what type of things you like. So I'll just grab that. Aku nak cari beruk macam kau tadi, tapi tiada" terang Aiden. Matanya msih fokus pada jalan raya dihadapan.

Andrea melakar senyum. Biarpun Aiden berkata begitu, dia faham tindakan lelaki itu yang ingin memberikannya sesuatu sebagai hadiah.

"Thank you" ucapnya. Aiden menoleh memandangnya sekilas. Dia nampak yang lelaki itu tersenyum kecil namun cuba disembunyikan.

"So kita nak pergi mana lepas ni?"

"Nak bagi beruk makan" balas Aiden selamba. Andrea menjengilkan mata. Tidak habis lagi dengan beruk, beruk, beruk.

"Saya rasa awak ni suka beruk la." teka Andrea.

"Betullah tu. Kau kan beruk" balas Aiden dengan spontan. Andrea tidak percaya dengan pengakuan yang dibuat itu. Mungkin baginya tidak jelas lagi, jadi dibiarkan sahaja. Aiden mencuri pandang gadis tersebut yang sudah diam tidak bersuara.

"Diam pulak"

"Saya diam pun salah. Saya bercakap awak bukan nak layan" balas Andrea. Aiden hanya menggelengkan kepala sebelum berdecit kecil.

'Haih Andrea'

᯽᯽᯽

"Hei, bangun" Aiden menoleh memandang gadis yang nyenyak tidur di kerusi penumpang. Selepas sahaja makan tadi, gadis tersebut terus tidur sepanjang perjalanan.

"Dah sampai?" Andrea menguap kecil. Pandangan dilempar ke luar. Kat mana pulak ni?

"Port Dickson" menjawab persoalan yang mungkin muncul di fikiran gadis itu.

"Jauhnya awak bawa saya. Patut macam lama je saya tidur" Matanya mengerling melihat jam di tangan. Sudah pun masuk pukul 5 petang.

"Dah, jom keluar. Aku tunggu kat luar" ajak Aiden sebelum berlalu keluar dari perut kereta. Dia menunggu Andrea di luar kereta.

Andrea menggeliat kecil. Rambutnya yang agak kusut dibetulkan. Lip matte dicalit semula ke bibir yang sudah hilang warnanya. Dia keluar daripada kereta dan menapak ke arah Aiden.

"Jomlah"

Mereka berjalan beriringan menuju ke pantai yang terbentang luas dihadapan mata. Aiden mengerling melihat Andrea. Nampak keterujaan dari tingkah laku gadis itu.

"Buka heels kau tu. Kau nak tertanam dalam pasir?" arah Aiden. Andrea melihat heels yang dipakainya sebelum menuruti arahan Aiden. Lelaki itu juga turut melakukan perkara sama.

"Awak pernah pergi sini ke?" Andrea membuka bicara antara mereka berdua. Kini mereka sedang berjalan di tepi perairan pantai.

"Nope. Aku baru je Google tempat ni" jawab Aiden. Kakinya menyepak beberapa cengkerang yang berada di jalannya. Andrea mengangguk faham.

"Saya tak pernah pun sampai jauh kat sini. Setakat KL dengan Selangor je lah" terang Andrea.

"So this is your first time?" soal Aiden. Langkahnya berhenti diiukuti dengan Andrea. Dia memandang ke wajah gadis itu.

Andrea mengangguk. "Yeah"

"Maybe I need to be proud that you had your first time with me" ujar Aiden sebelum tangannya yang memegang telefon itu menolak rambut Andrea ke belakang telinga.

"Well, thank you for that" Andrea mengukir senyum. Pandangan dilemparkan ke arah pantai yang terbentang luas dihadapan mata. Langkah diteruskan lagi.

"Saya nak tanya awak ni"

"Apa tu?"

"Kalau saya terima awak" ayat Andrea terhenti disitu. Kepalanya menoleh memandang Aiden disebelah.

"Sambung lah. Kau ingat aku tahu ke apa kau nak cakap?" desak Aiden.

"Ish awak ni, sabarlah!" Andrea mendengus. Potong line lah!

"Okay, okay. Sambung. I'll wait" tangannya naik emmeluk tubuh. Menunggu apa yang bakal dikatakan oleh gadis itu.

"Awak tak mainkan saya kan?"

Jeda. Hanya bunyi laut menjadi peneman mereka tika ini. Aiden melemparkan pandangannya ke arah laut dan Andrea semula.

"Kalau aku nak mainkan kau, kenapa tak dari dulu je?" soal Aiden kepada Andrea.

"Maybe you don't remember me, but I already know about you 2 years before. Aku tak pernah munculkan diri aku depan kau. Mungkin sebab tu kau tak pernah sedar. I didn't expect that we will met up again and start to catch feelings for you"

Andrea membisu. Pengakuan Aiden itu membuatkannya lidahnya terkedu. 2 tahun?

"What do you mean? 2 years? Where?" soal Andrea tidak percaya.

"Itu tak boleh bagitahu" Aiden tersengih. Andrea sudah pun membuat muka.

"Bagitahulah" desaknya. Aiden hanya menggeleng. IPhone ditangannya digunakan bagi menolak dagu Andrea bagi memandang ke arahnya.

"I just want you to know, that I'm serious for taking you as my wife. Not because of our parents, but it's my decision"

Andrea terus berpaling menghadap ke arah lain. Jantungnya berdegup kencang. Kenapa dia ni suka buat aku rasa macam ni?

"Yes"

"Apa pulak yang yes tiba-tiba ni?" soal Aiden. Tidak faham.

Andrea berpaling semula memandang ke arah Aiden. Tangannya digenggam kuat. Mengumpul kekuatan untuk bercakap.

"Yes, I'll accept the confession"

Aiden mengukir senyum sebelum berjalan semula meninggalkan Andrea.

"Lepas dah dapat jawapan je terus lari eh?" Andrea mengejar langkah lelaki tersebut.

"Kau lambat" mulutnya masih kekal dengan senyuman tadi. Langkah diteruskan meninggalkan Andrea.

"Eleh" Andrea mengejek. Mereka menyusun langkah ke kereta yang berparkir. Masanya untuk pulang ke rumah.

To be continued...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro