TMB 6
❝𝐓𝐡𝐢𝐬 𝐢𝐬 𝐰𝐚𝐫 𝐟𝐨𝐫 𝐨𝐮𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞❞
᯽᯽᯽
Andrea menyarungkan seluar straight cut berwarna hitam dan blouse putih. Rambut blondenya pula hanya dibiarkan lepas dan tidak diikat. Dia hanya mengenakan solekan ringan di wajahnya.
Tidak mahu berlebihan seperti ketika dia ingin mengadakan penggambaran. Pakaian yang dikenakan juga agak kompleks dan tidak menonjol.
Wajahnya dilihat sekilas di hadapan cermin. Selepas memastikan semuanya tepat di matanya, dia berlalu menuju ke pintu untuk keluar.
Pintu dikuak. Langkah disusun menuju ke tangga besar rumah tersebut. Sesekali kepalanya menjenguk daripada tingkat atas ke tingkat bawah, mana tahu jikalau tetamu yang dijemput papa sudah tiba.
"Angel, kau tengok apa?" terjah seseorang. Andrea terus berpaling ke suara tersebut. Ava rupanya.
"Is the guest already here?" soal Andrea. Ruang tamu dibawah masih kosong tanpa sesiapa.
"Belum lagi. Uncle kata on the way. Tak tahu lah 'on the way' gaya orang Malaysia" ujar Ava sebelum berlalu ke tangga untuk ke tingkat atas. Mahu pergi bilik dia mungkin, fikir Andrea
Rumah tersebut mempunyai dua tingkat tidak termasuk tingkat paling bawah. Tingkat pertama ini pula ialah semua bilik untuk ahli keluarga. Terdapat empat semuanya.
Manakala di tingkat kedua terdapat enam bilik lagi. Dua daripadanya milik Avon dan Ava manakala dua lagi khas buat Makcik Minah serta Ryan yang menjadi driver buat papa dan mamanya. Bilik lain pula disediakan buat tetamu jika papanya mengundang sesiapa ke rumah.
Kakinya menyusun langkah menuruni tangga besar yang terus menyambungkan dia ke ruangan belakang rumah ataupun taman kecil yang dibuat oleh mama dan papanya sendiri.
Telinganya menangkap suara riuh-rendah ketawa mereka di taman luar rumah itu. Dan semestinya suara Zeelan yang paling kuat di pendengarannya. Andrea menyusun langkah ke sana.
"Tolong! Tolong! Argh, panas!" jerit lelaki itu apabila api di dalam tempat pemanggang itu semakin marak.
"Eh kipas la bengong, terbakar ayam tu!" Avon membalas. Tangannya laju mencapai kipas tangan dan mengipas api tersebut.
Kepalanya menjenguk ke luar melihat ahli keluarganya yang sedang duduk disitu. Zeelan dan Avon sedang membakar sesuatu di tempat pemanggang. Kakinya menyusun langkah mendekati mereka.
"Siap dah tuan puteri?" ujar Dato Mikael yang perasan akan kehadiran anak perempuannya itu.
"Sorry papa. Bella cari baju tadi, sebab tak tahu papa jemput ni siapa jadi Bella tak tahu nak pakai apa" Andrea menerangkan lantas mengucup pipi papanya.
Dato Mikael hanya tersengih dan menggeleng kepala. "Takpelah, duduk. Sekejap lagi mereka sampai"
"Fikir kau pakai gaun ke apa lambat sangat" sampuk Avon. Matanya memandang sekilas ke arah Andrea.
"Takkan lah aku pakai gaun malam-malam" Andrea menjengilkan mata. Andrea mendekati kerusi yang diduduki oleh Datin Aliya sebelum melabuhkan punggung disebelah wanita itu.
"Siapa juga yang datang ni papa, sampai buat BBQ bagai? Is it your friends?" soal Andrea memulakan perbualan.
"Well you might know after this. Papa tak boleh bagitahu, tak suprise la nanti" Dato Mikael menjawab.
"Apa papa ni? Nak suprise pulak. Siapa mama? Mama kenal tak?" Andrea menjuihkan bibir, kepalanya memandang ke arah mamanya yang duduk disebelah pula.
Datin Aliya menggeleng. "Tunggu je. Mama pun taknak bagitahu"
"Tak perlu bagitahu dia ma, biar dia tertanya-tanya" Zanver menyampuk. Menyokong kedua mama dan papanya.
"Eh apa korang ni--" Ayat Andrea terpotong.
"Assalamualaikum!" laung seseorang dari ruang hadapan rumah.
"Waalaikumsalam! Dah, jom pergi sambut diorang" jawab Dato Mikael lantas bangun daripada kerusi yang didudukinya. Tangannya dihulurkan mengajak Datin Aliya untuk bangun daripada kerusi. Zanver dan Andrea yang turut berada disitu hanya buat tidak tahu sahaja.
"Eleh nak sweet-sweet pulak pasangan tua ni" Zeelan mengejek. Belum sempat dia mahu masuk ke dalam rumah itu dia terjatuh di hadapan pintu akibat ditendang oleh Dato Mikael.
"Tinggal lah kau kat situ. Bella, Zanver, Avon pergi sambut diorang" Dato Mikael terus berjalan ke ruanagan hadapan bersama isterinya.
"Sakitlah papa!" ujar Zeelan sambil mengusap lututnya.
"Kan mendapat" Zanver berlalu meninggalkan lelaki itu di situ.
Andrea yang mengekori langkah kedua ibu-bapanya itu agak sedikit berdebar. Siapa gerangan yang dijemput oleh papanya itu? Kenapa dia perlu rasa berdebar sebegini?
Setibanya sahaja mereka dihadapan gerbang pintu rumah tersebut, mata Andrea menangkap kereta - kereta yang berada di perkarangan rumahnya itu. Semuanya merupakan model kereta mewah yang semestinya harganya mencecah ratusan ribu. Matanya juga tertancap pada sekumpulan lelaki yang berkumpul di belakang kereta tersebut.
"Lama dah tak jumpa kau Ithard. Nampak makin tua ya?" ujar lelaki tersebut sambil berjabat tangan dengan Dato Mikael. Walaupun dari rupanya sama saja umur mereka.
"Kau pun apa kurangnya Ifrard. Kau tak payah cakap, makin berkedut muka" Dato Mikael berseloroh.
"Mulut laki kau ni memang tak boleh tolong kan?" Tuan Albert memandang Datin Aliya.
Datin Aliya menggeleng. "Kalau dengan kau pun dia macam tu, faham - faham lah" ujarnya sebelum mereka bertiga tertawa.
"Jom lah masuk. Kita sambung borak kat dalam" ajak Datin Aliya sebelum mendahului mereka.
"Psst, psst. Zanver" Andrea berbisik cuba memanggil abangnya yang berada di samping papanya itu. Zanver yang sedar dirinya dipanggil memandang sekilas ke belakang. Keningnya dijongket sebelah. 'Apa? Pergilah tegur diorang' Zanver memberi isyarat melalui ekspresi muka.
"Ha Zanver, besar dah kamu ye" tegur Tuan Albert sebelum Zanver menyalamnya. Zanver hanya memberikan senyuman.
"Lama tak jumpa uncle" tangannya menyalam lelaki itu diikuti dengan Avon.
"Uncle ada je kat Malaysia ni, kamu je yang tak jenguk" ujar Tuan Albert sambil menepuk sedikit bahu lelaki itu. Matanya menangkap kelibat Andrea yang berdiri di belakang Dato Mikael dan Zanver itu.
"Kamu dah taknak jumpa uncle ke Andrea?"
"Eh Uncle Albert, Hai. Bukan taknak jumpalah. Baru dapat pulang Malaysia" Andrea menjawab dengan senyuman di bibir.
"Anak kau seorang lagi mana Ithard?" soal Tuan Albert. Dari tadi matanya mencari kelibat anak lelaki Dato Mikael yang seorang lagi itu.
"Ada kat dalam. Mari lah kita masuk" ajak Dato Mikael sebelum jalan beriringan masuk ke dalam rumah bersama Tuan Albert.
"Kejap, Ithard" Tuan Albert berpaling semula.
"Eh, korang buat apa lagi kat kereta tu? Masuk cepat!" laung Tuan Albert. Memanggil sekumpulan lelaki yang dilihat Andrea tadi. Mereka berpaling lalu berjalan ke arah gerbang pintu rumah tersebut.
Andrea mengalihkan kepala memandang mereka. Pandangannya bertaut dengan mata tersebut. Wajah itu! Jantungnya berdegup kencang.
'What the? Apa dia buat disini!?' getus hati kecilnya.
Aiden yang sedang menyusun langkah ke gerbang pintu rumah tersebut menangkap susuk tubuh seorang gadis yang agak dikenalinya. Mata mereka bertaut sebelum gadis itu mengalihkan pandangan. Hujung bibirnya ternaik sedikit.
"Aiden! Lama dah tak nampak kamu. Yang lain pun dah besar eh semua" Dato Mikael menyambut salam lelaki tersebut diikuti dengan Aizer, Mark, Xean dan Ray.
"Uncle makin hensem oh!" puji Mark membuatkan Dato Mikael tergelak. Ray hanya diam selepas bersalam dengan lelaki tua itu.
"Makin segak, makin macho" tambah Aizer lagi.
"Kan, kan, kan. Aku pun perasan dari tadi" Xean menyambung.
"Dah, dah tak perlu puji lebih-lebih. Uncle takde duit nak bagi korang" Dato Mikael berseloroh.
"Maaflah Uncle. Baru dapat datang, bukannya tak balik Malaysia, tiada masa" ujar Aiden. Matanya melihat sekilas Andrea yang berdiri di samping Dato Mikael itu.
"Andrea?" tegurnya.
"Eh, er, hai" Andrea menjawab kekok. Dia menundukkan badannya sedikit sebelum berlalu pergi.
'Aiden tu anak Uncle Albert ke?! Macam mana aku tak tahu benda macam ni? Aduh Andrea'
"Marilah kita masuk dulu. Makan malam dah siap tu, lepasni kita sambung borak"
᯽᯽᯽
"Fuh kenyangnya!" ujar Aizer sambil mengusap perutnya. Pinggan dihadapannya ditenung, habis 2 pinggan nasi ditambahnya.
"Lama aku tak merasa makan banyak macam ni" tambah Mark pula. Melihat semua lauk tadi di atas meja makan 14 kerusi itu yang hampir penuh dengan lauk membuatkannya rambang mata.
"Makcik Minah masak tak pernah mengecewakan" sampuk Zeelan. Mulutnya masih lagi penuh dengan makanan.
"Mengunyah tu cuba diam, patut tak reti kenyang. Ni mesti tak baca doa sebab tu setan ikut makan" perli Avon. Entah pinggan ke berapa sudah rakannya yang satu itu makan.
"Kau lah setan tu" tambah Zeelan. Tangannya mencapai seketul lagi ayam yang terakhir di meja tersebut.
"Ivan" panggil Xean.
"Apa kau nak?"
"Lek lah. Aku tak cakap lagi. Aku rasa diorang tu boleh masuk geng kita lah" ujarnya, tangannya menunjuk ke arah Zeelan dan Avon.
"Aku pun fikir benda sama" Mark menambah.
"Takpe, lepas ni kita tengok. Layak ke tidak" Aizer mengangguk-angguk.
"Dah kenyang kan semua? Pergilah duduk dekat ruang tamu dulu. Ava, Bella tolong Makcik Minah dulu" arah Datin Aliya. Andrea dan Ava terus mengangguk.
"Nanti kau letak je dalam troli tu Ava, nanti biar aku cuci" arah Andrea yang masih duduk di meja makan itu.
"Kau biar betul, Angel? Banyak macam ni?" soal Ava. Merujuk kepada semua pinggan mangkuk yang berada di meja tersebut.
"Uncle dah habis makan?" soal Ava.
"Dah. Ambillah"
Ava terus mengambil pinggan dihadapan Dato Mikael itu dan meletakkannya di troli yang menempatkan pinggan-pinggan kotor tersebut. Dia berlalu pergi ke tempat Aizer, Mark dan Xean duduk.
"Dah siap makan? Saya nak ambil pinggan tu" Ava berura-ura mahu mengambil pinggan dihadapan Mark itu sebelum Mark menahan.
"Come ti chiami (Apa nama kau?)" ujarnya. Mark tersengih kecil melihat wajah bingung Ava. 'Mesti dia tak faham'.
"Non sono affari tuoi (Bukan urusan awak)" Ava membals sebelum mengambil pinggan tersebut tanpa menghiraukan Mark yang sudah tercengang. Tanggannya mencapai juga pinggan abangnya, Xean dan Aizer lalu dimasukkan ke dalm troli tersebut dan berlalu ke dapur.
"Dia faham lah bro. Hahahah" Zeelan yang menyaksikan adegan dihadapannya itu sudah pun ketawa mengejek.
"Aduh Mark. Nice game" Xean menepuk bahu lelaki tersebut.
"Kau dah habis makan belum?" soal Andrea kepada Zeelan. Tangannya mencapai pinggan milik lelaki tersebut.
"Terima kasih ya bibik. Makanannya sungguh enak!" sebelum memberikan flying kiss kepada Andrea.
"Kau kemas bahagian kau sendiri" dia mengembalikan pinggan tersebut ke tempatZeelan dan berlalu ke tempat Zanver, Ray, Tuan Albert dan Aiden duduk.
"Eh aku main-main je bangang" ujar Zeelan sebelum meletakkan semula pinggannya ke troli tersebut. Dia mengeyit mata ke arah Andrea sebelum berlalu meninggalkan meja makan besar itu.
Sebaik sahaja mengutip pinggan di tempat Zanver, Tuan Albert dan Ray, dia mendekati Aiden untuk mengambil pinggannya.
"Pinggan" pintanya. Aiden menghulurkan pinggan kotornya tadi namun sebelum Andrea mengambilnya, dia terus melarikan pinggan tersebut.
"Awak nak bagi, atau awak nak cuci sendiri?" Andrea malas mahu melayan lelaki dihadapannya itu. Dia berlalu saaja meninggalkan meja tersebut dan menuju ke ruangan dapur.
Aiden hanya tersengih sebelum bangun dari kerusinya. Membuntuti langkah gadis itu ke dapur.
Matanya hanya melihat tingkah laku gadis tersebut yang menolak troli tersebut ke arah singki. Lengan bajunya diangkat sedikit dan paip dibuka.
Aiden mendekati Andrea yang sibuk mencuci pinggan tersebut. "Need help?". Aiden menyoal.
"No. Just wash your hand and go to the front"Andrea langsung tidak menoleh memandang lelaki tersebut. Tanggannya masih menyental minyak pada pinggan yang dicucinya.
Aiden mencuci tanggannya menggunakan sabun tangan sebelum di lap menggunakan tuala kering. Dia mencapai beberapa pinggan mangkuk di dalam troli tersebut dan mula untuk mencucinya. Pandangan maut Andrea tidak dihiraukan.
"I've said it before, I don't need your help. Just go, I want to do it myself" ujar Andrea sebelum mematikan paip singki disebelahnya, tempat Aiden sedang mencuci itu.
"I know you can do it, but let me help you" tangannya membuka semula pili air tersebut dan meneruskan kerjanya. Andrea hanya menjengilkan mata. Malas mahu berlawan mulut.
Tangannya membuka semula pili air tersebut namun dimatikan oleh Aiden. Dia membuka lagi pili tersebut namun Aiden menutupnya sekali lagi. Kepalanya menoleh memandang lelaki tersebut.
"Apa masalah awak ni? Kalau nak tolong tu tolong je lah. Jangan--" ayatnya terhenti apabila Aiden membalingnya dengan sepasang glove berwarna kuning.
"Pakai tu. Tangan kau dah berkedut macam mak nenek" ujar Aiden sebelum menyambung kerjanya. Andrea hanya terkebil-kebil namun diturutinya juga. Bibirnya mengukir senyum kecil tapi cuba ditahan.
Andrea meneruskan tugasnya yang tergendala tadi. Kurang daripada 20 minit semuanya telah selesai dicuci oleh mereka berdua. Andrea menghembus nafas lega.
"Fuh, siap pun" ujarnya. Tangannya di lap pada tuala kering.
"Nasib aku tolong, kalau aku tak tolong berapa lama kau cuci semua ni" Aiden membalas.
"Ye lah. Thank you. Jom lah pergi depan, nanti pelik diorang kita lama sangat" ajak Andrea lalu berjalan terlebih dahulu. Aiden hanya tersengih sebelum mengekori gadis tersebut. Mereka sudah pun mendengar suara riuh-rendah mereka di ruang tamu tersebut.
Sebaik sahaja tiba di ruangan tersebut, Andrea terus melabuhkan punggung disebelah Ava. "Apa korang buat dari tadi?" soalnya.
"Ini je lah dari tadi. Sebab uncle kata ada benda dia nak cakap tapi tunggu korang berdua" balas Ava. Andrea hanya mengangguk kecil.
'Tunggu kami berdua?' getus hatinya.
Matanya memandang sekeliling. Tuan Albert, papa dan mamanya sedang berborak sesama mereka. Zeelan dan Avon pula sedang bermain game bersama tiga orang lagi yang mungkin rakan kepada Aiden itu. Kelibat abangnya serta seorang lagi antara mereka tidak tahu kemana.
"Dah siap? Ingat lama lagi nak cuci pinggan tu" perli Aizer yang melihat kehadiran abangnya serta anak perempuan Dato Mikael itu.
"Diamlah kau" ujar Aiden sebelum mengambil tempat disebelah Tuan Albert. Mark dan Xean hanya memberi pandangan mengejek sebelum memandang semula ke skrin telefon.
"Woi turret woi!" teriak Zeelan. Matanya fokus pada skrin telefon.
"Kejap, kejap! Aku datang" Xean membalas.
"Macam ramai je tu, aku tolong lah" ujar Aizer.
"Woi, war pun ajak lah" sambung Avon. Turut sama fokus memandang skrin telefon.
"Tolong aku woi!" Xean sudah pun berdiri namun matanya masih pda skrin tersebut. Tangannya laju menekan skrin.
"You have been slain"
"Aduh!" Xean kembali duduk.
"An ally has been slain. Enemy double kill"
"I'm done with this game" ujar Zeelan sebelum berlalu ke dapur. Meninggalkan sahaja telefonnya di atas meja kopi.
"Sikit lagi ni, boleh ni." balas Aizer sebelum dia juga turut meninggalkan telefonnya dan pergi ke dapur membuntuti Zeelan.
"Enemy triple kill"
"Enemy maniac"
"Enemy savage"
"Wiped out"
"Defeat!" ujar Xean, Mark dan Avon serentak mengikuti suara daripada permainan tersebut.
"Noob lah kau ni" Avon menunjuk kepada Xean yang duduk disebelah Mark itu.
"Haih, aku pulak. Kau tu main fanny dua cable je baik tak payah sembang. Apa nama kau tadi tu? Ha, Oven" omel Xean semula.
"Eh kau durian, mulut baik sikit eh--" belum sempat Avon menghabiskan ayatnya, Dato Mikael memotong.
"Dah, dah. Kamu nak gaduh jangan kat sini"
Ray dan Zanver yang baru memunculkan diri juga turut mendengar dan mengambil tempat duduk di sofa yang masih kosong.
"Bella sini" panggil Datin Aliya.
"Ye ma?" dia melabuhkan punggung disebelah wanita itu dan memandang ke arah mama dan papanya.
"Kami dah bincang dengan Uncle Albert, pasal kamu" Datin Aliya memulakan bicara. Ketika itu semua yang berada di ruang tamu menumpukan perhatian kepada Andrea.
"Hah, kenapa pulak pasal Bella?" Andrea menyoal tidak faham.
Datin Aliya meraih tangan gadis tersebut. "Papa dengan mama nak satukan kamu dengan Isaac"
To be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro